Khamis, 25 Disember 2008

SEJARAH RAWA DI TANAH MELAYU


SEJARAH RAWA DI TANAH MELAYU

Sejarah orang Melayu Rao@Rawa bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing.
Pekerjaan utama suku kaum Rao iaJah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.

Hijrah Perantauan Rao ke Tanah Melayu

Ada empat gelombang perantauan orang-orang Rao ke Tanah Melayu iaitu:

a) Gelombang Pertama bermula pada tahun 500 Masehi hingga tahun 1400 masehi terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas, kerana Tanah Melayu terkenal dengan Semenanjung emas.
.
b) Gelombang Kedua bermula pada tahun 1401 masehi hingga tahun 1600 masehi terdiri daripada golongan pedagang, terutamna pedagang emas, kain dan ubatan –ubatan terutama apabila Melaka menjadi Pusat Perdagangan Nusantara.

c) Gelombang Ketiga bermula pada tahun 1601 masehi hingga tahun 1800 masehi terdiri daripada tokoh agama, pemburu emas. bijih timah dan tentera upahan apabila dibuka Pusat Perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura disamping Melaka.

d) Gelombang Keempat bermula pada tahun 1801 masehi hingga tahun 1900 masehi dengan perantauan beramai-ramai apabila orang-orang Minangkabau bekerjasama dengan Belanda membunuh orang-orang Rao terdiri daripada Anak-Anak Raja Rawa dari Rao-Mapat Tunggul, Padang Nunang dan Pagar Ruyung, bersama-sama hulubalang dan pahlawan, ulamak dan tokoh agama Islam terutama ketika era Perang Paderi di Sumatera Barat (1815 – 1833) termasuk pakar-pakar dalam mencari emas, bijih timah, hasil hutan, tukang-tukang rumah, tukang-tukang emas/besi, pesilat yang handal dan kebal dan dukun/bomoh yang handal.

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan
• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848)

• Negeri Pahang
• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor
• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak
• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan
• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melalui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Takrifan Rao

"Istilah Rawa merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao – sebuah kacamatan di dalam Kabupaten Pasaman di Sumatera Barat. Negeri Rao di sebelah utara berjiran dengan Tapanuli yang didiami Mandailing manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Sumatera Barat yang majoriti penduduknya; Minangkabau. Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur pula bersempadan dengan Riau. Perkataan Rawa hanya popular di Makkah dan Malaysia. Ia kurang dikenali di Rao. Wan Mohd Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007) berpendapat bahawa istilah Rawa di Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Anak beliau bernama Haji Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki. Pada asalnya disebut ar-Rawi mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatera. Namun demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi dicantumkan pada akhiran nama mereka. Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Makkah. Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama itu seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau Makkah. Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang menggunakan perkataan tersebut".

Sumpahan KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat.

Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI.

Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan.
Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

'Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.
"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim”

Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218
Gelaran Bukan Untuk Di Puja Puji, tetapi sekadar Mengenal Asal Usul Jati Diri, Jangan Malukan Keturunan Sendiri, Amanah & Janji Harus Turuti, Bila Gelaran Sudah Di Beri, Laksanakan Tugas Seikhlas Hati

82 ulasan:

BaeBlackleads berkata...

salam .... sye diberitahu oleh ayah saya bahawa keturunan kami keturunan rawa

sheila berkata...

salam,

saya berketurunan rawa.. dari gopeng n umah uci saya di sg itek hehehhehe

Mohammad Syakir Hassan berkata...

saya pon keturunan rawa..saudara belah ayah tinggal di kawasan Gopeng. Ayah saya orang Gunung Mesah Hulu.

Unknown berkata...

saya br tahu saya keturunan rawa sebelah mak, masih mencari ahli keluarga yang menetap di gopeng...

Unknown berkata...

Askum sy kturunen rawo. Atuk sy pngajar tareqat naqsyabandy yg brkampung di Ulysses bernam

Unknown berkata...

Hehehe..sy pun rawa jugak...bru tau..teringin nak tau sejarah keturunan saya...

Honey5112 berkata...

rasa macam sedare je.....ayah saya pun org sg itek, gopeng

Unknown berkata...

36wa... honey same la ngan saye atok nenek moyang dan seangkatan memang berasal dari kg cholek hingge la ke sg itek.. pergh... jangan wat pasal ngan orang rawa ni... ganas wo

jueaizawa berkata...

Salam.. Sy keturunan Rawa Dari Raub Pahang..

Shah berkata...

Name tok sy mat rawi @ mat rawa, agk2nye rawa jgk ke?

Unknown berkata...

oh RAWA sudah lama aku mencari mu.... ALHAMDULILLAH.....

Pesuruhjaya Sumpah Hentian Kajang Jalan Reko berkata...

Org Kg.Budu Lepeh juga dikatakan berketurunan org Roa..begitu jugs dibeberapa Kg di Lepeh juga ramai brdarah Roa...!!

Halim Bin Khalid berkata...

Di Negeri sembilan ada sebuah kampung orang Rawa@ Rao. Terletak di mukim Lenggeng bersempadan dengan sesapan minang kabau(Selangor). Telah wujud ratusan tahun lamanya merupakan pintu masuk bangsa ke seluruh negeri sembilan. Jika anda ke bukit Broga, kunjungi kampung ini.

Unknown berkata...

assalamualaikum.....sy juga berketurunan rawa abah dan mak sepupu keturunan Khatib mat arif anak ke-2 kepada tok shahrom raub. ingin mengenali suku sakat dan menyusuri keturunan. sekian,wassalam....

Wan cina berkata...

Saya juga keturunan rawa.. generasi ketujuh maharaja pageng.. hihi.. di alor star, arwah nenek dan atok cakap rawa..diorang dua je paham..arwah ayah dan adik beradiknya pon tak paham..

Unknown berkata...

Atuk saya tok ali pintas sungai itik..

Unknown berkata...

Atuk saya tok ali pintas sungai itik..

Unknown berkata...

salam.. sy pelajar unimas sedang buat kajian mengenai bahasa pertuturan kaum rawa yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda kerana lebih gemar menggunakan bahasa kebangsaan dan juga malu untuk menuturkan di kyalayak.. sy ingin memeinta pandangan balas dari mereka yang merupakan gererasi asal kamu rawa agar memberi pendapat dan maklum baalas mengenai isu yang timbul.. saya juga masih belajar dan sedang membuat kajian berkenaaan bahasa pertuturan kaum rawa di gopeng perak.. trima kasih..

Unknown berkata...

Isu kami x berbahasa rao bkn sbb malu. Tp sbb jarang mak bapak kami bertutur kat rmh.

Unknown berkata...

Isu kami x berbahasa rao bkn sbb malu. Tp sbb jarang mak bapak kami bertutur kat rmh.

Unknown berkata...

Assalamualaikum semua,saya Muhammad Zulhusni Bin Haji Nawawi dan ibu saya bernama Salbiah Binti Pawang Haji Abdul Rahman berketurunan Rao daripada Kampung Guai,Bera, Pahang. Susur galur Raja Komeng daripada Tanah Acheh. Itu saja saya tahu dan ayah saya masih lagi ada menyimpan carta susur galur di rumah, Bandar Jengka. Jika ada pertanyaa boleh contact 011-33951973. Terima kasih.

Unknown berkata...

Assalammualaikum kilen sado'o dan waalaikummussalam dikembalikan. Ako keturunen Rao bolah omak di Kg. Gunung Mesah Hilier , Gopeng. Arwah niniek bokeh ketuo kampung. Rumah belakang mosojid. Salom ukhwah

Unknown berkata...

Ondek... Bahaso Rao ko unik. Rugi tang kalau ndo pahom urang awak mengecek

Unknown berkata...

Ondek... Bahaso Rao ko unik. Rugi tang kalau ndo pahom urang awak mengecek

Unknown berkata...

Kalau nak bersua sanak famili di rawa datanglah ke rao

Unknown berkata...

Kalau nak bersua sanak famili di rawa datanglah ke rao

Jue Sulaiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jue Sulaiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jue Sulaiman berkata...

Assalamualaikum... Awk ko asal dari pintu ladang gopeng... Nk mencari asal usul arwah ayah awk.. Yg berkaeten rajo Ajam... Arwah ayah awk ko asal dari RAO sumatra barat... Awk dh betanyu kek surang kawen kek FB to pasal rajo Ajam ko.. Tp dio kato indo bulieh nk bukak cerita sesuko atie... Kato dio tau sejarah RAO ko...di unfriend pulo awak.... Bagak tang nyonyo.... Salah pulo kwak awk nk betanyu no.. Pasal asal usul arwah niniek awk nyo.. Awk dh la indo konal sapo rajo Ajam to.. Klu indo tau bak mano nak tau kwak.. Me botol la dio to tau cerito dongen sejarah asal usul RAO ko mengapo kedukoit nk kongsi ken... Maop la.. Awk nk tau sangat pasal sejarah rajo Ajam ko...assalamualaikum

Unknown berkata...

Saya adalah dari keturunan Pakeh khalifah menatap di daerah raub

Unknown berkata...

Assalamualaikum,

En. Badlee Shah, bolehkah saya berhubung dgn encik sekiranya saya nk mendapatkan maklumat dan lakukan kaji selidik berkaitan etnik rawa @ rao?

Unknown berkata...

Saya pon rawa.. tpi di tapah..

Unknown berkata...

sungai etik dekatlah dgn temoh...ramai org rao disana termasuk keluarga saya

Unknown berkata...

rao tapah kat mana tu..sy rao batu tigo temoh

Sabri berkata...

Teringat cara cakap abang muluk dlm cerita tenggelam kapal van der wick, itukah cakap rawa, sejak dua menjak ni, saya sedang mendalami karya Hamka, tapi terjumpa plak ttg masyarakat sana, termasuk rawa, makin ingin tahu ttg rawa ni, nenek dan tokwan saya katanya orang rawa, terima kasih

Unknown berkata...

assalamualaikum...menurut kata arwah ayah aku....saya keturunan rawa tapah

Bob berkata...

Salam.
Mcm mana nak tahu asal rawa.cuma tahu...ada bgtau sy ni keturunan rawa berdarah keturunan raja2..ad tak tanda2 yg kita boleh tahu?

Einaangel Network berkata...

Salam.. Saya keturunan rawo.. Di kampung sy, Tapah, Perak, keluarga saya masih berbahasa rawa... Alhamdulillah.. Semoga tak hilang rawo didunia ni ya.. Amin...

Unknown berkata...

Sy ank sulung, ms kecil sy ada upacara jijak tanah..di ceritakan oleh ibu sy.. arwah opah & nenek org perak tp xpasti daerah mana sbb kedua² sdh meninggal.. ibu sy org utara.. arwah papa org perak pun meninggal ms umr sy 3thn iaitu ank kpd arwah opah & nenek..jd sy terputus hubungan dgn fmly sebelah arwah papa..skrg sy br lah sy cuba mendalami asal usul keturunan rao ni.. mohon tunjuk ajar

Unknown berkata...

Alhamdulillah godang gak keturunan kito ko.igtkn kocek sang keturunan rajo pagaruyung kt Malaysia ko.yg awak tao yg ado gopeng,tapah,behrang dongen chenderiang sang. Salam 1 keturunan k0 untok semuo. Awak mencari keturunan moyang awak dari pagaruyung.ako generasi keompek.dari Keturunan pendekar amin&salang> pak etom&timah> om & aya > ako(Elip kungsilited)

sarina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ezrina98 berkata...

Bukan semua rawa berdarah raja.. Ada juga org rawa rakyat biasa.. Yg berdarah raja.. Raja Rao raja berdaulat, darahnya kuat.. Kene berjejak dll..

ezrina98 berkata...

Itu maknanya awak lalui upacara berjejak.. Terutama darahnya Dr belah ayah, JD kuat... Upacara jejak biasanya org rawa kata untuk mereka yg pantang tanah.. Pantang tanah ertinya, berdarah keturunan raja berdaulat...

Unknown berkata...

Salam..aku urang rawo SG itek.ajarlah anak-anak cakop rawo.bahaso rawo dah nak pupuih.sodeih

Unknown berkata...

Azz..
Pantang tanah

Unknown berkata...

Asal usul ora rao tu dari champa sebenarnya berhijrah ke sumatera lepas tu kemudian baru ke malaya,orang rao sebenarnya suku lubu bangsa mongoloid

Monster Mom berkata...

Arwah bapa saya meninggalkan salasilah keturunan kami kpd saya. Memang berakhirnya di Maharaja Pageng... Saya boleh dihungi di jujomy@gmail.com

Mazz berkata...

Saya orang rao sungai itik cucu hasan dan husin

Mazz berkata...

Indho ku podah

izzue886 berkata...

patutla ada dengar orang Gopeng bercakap macam loghat negeri sembilan..rupanya asal usul dari Sumatera Barat jugak

Mrpenny berkata...

Assalamualaikum...
Sy pn Asal usul keturunan puti. Kg di gunung mewah, Gopeng. Saudara2 jauh dan dekat dri sg etek bwk la ke gunung mesah ada bersangkut paut... walaubagaimanapun kita tetap asal usul dri rawo@rao , Sumatera barat...

Mrpenny berkata...

**mesah

Unknown berkata...

Hi...I berminat berkenaan pakaian traditional kaum Rawa...

Unknown berkata...

Bapak mertua saya asal sg itik . Keturunan rawa juga , lepas tu pindah ke sg siput , dah meninggal

Izat berkata...

Assalamualaikum...Ada sesiapa disini asal usulny dari lenggeng n9?

Izat berkata...

Sedang mencari sudara Mara dari kg katop lenggeng n9

Unknown berkata...

saya pun dari keturunan rawo,dari sebelah nenek... dulu mereka tinggal di kg masjid dgn temoh stesen.. dulu nenek mmg suka cakao bahasa rawo tp kami kurang faham... kami dari keturunan raja juga tp tak ingat namanya... gelaran unyan saya tu 'panglima belanga'.. arwah bapa saudara saya dulu rajin pergi ke sumatra dan melawat tinggalan istana moyang, katanya istana tersebut telah diambil sebagai bahan sejarah oleh pihak pemerintah di sana... dulu masa nenek bercerita masing2 hanya mendengar je tak amik peduli sangat... dlm keluarga klau ada yg berkahwin mesti ada sedikit warna kuning jika tidak pengantin akan pengsan..

Unknown berkata...

Bertaut kasih dengan si rao....tak putus cerita tentang keturunanya,kalau diikut kata orang tua,kita pun rasa macam ada

Namhar berkata...

Hahahah mcm2 alkisah rawa .bangsa rawa.semua mengaku keturunan Di raja.pelik Dan hairan Susie galur rawa Bukan mcm yg lain jika keluarga Di raja mesti Ada trombo nya Dan Akan Di simpan Bukan mcm family tree yg boleh main tulis2 je .bangsa Kita adalah bangsa yg berperang dgn bangsa minang tetapibTetapi dgn bangsa mandailing.kalau Al kisah keluarga nya di rahsiakan adalah Di sebabkan alasan takut Di buru Dan Di bunuh.itu kisah semasa zaman dulu.jadi bila dh jadi rahsia sampaikan Ada yg terus lenyap Dan Di simpan terus.jadi carilah asal usual keturunan kamu Dan ketahuilah leluhur keturunan kamu.

Unknown berkata...

Orang rao tu asal usulnya dari champa bersuku bangsa lubu

Unknown berkata...

Rumah arwah opah saya betul2 belakang masjid. Arwah abah saya nama Mohd Rashidi Bin Buyong. Skrg rumah blakang masjid tu rumah Mak Teh saya.

takaful_pru berkata...

Samo la kito... Urg rao. Tapi rao dr ulu beronam... Hulu Selangor. Tapi asal usul yg mulo mulo indo tau

Unknown berkata...

Assalamualaikom semuo..salom 1 malaysio n salam 1 rao..siko dului pun ado buek berjojak tanoh..n bersunet gunoken gunteng kuneng,kayen kuneng..ndo ko pahom omak siko buek..dh godang bruo siko pahem..sukuo rao yg maseh berdaulek..patot mulot omak siko berbiso...hehehe..maaop la bahaso siko tonggang langgeng...baruo belajo cakep bahaso siko...

Unknown berkata...

Assalamualaikom..samolah siko panglimo hitom..bolah omak..batuo tigo temoh..

Unknown berkata...

Assalamualaikom..betul 2..dlu saya pun xfham..kenapa sye perlu berjojak n bile bersunat or berkatan..gune gunting kuning,kain cuci kuning..ade lagi buah limau..mmg xpham..dh godang bru faham..sbb 2 la mulut mak sye berbise..asal ckp aje jdi..nyumpah la tu bile kite degil..dlu x minat nk kaji bab keturunan mak sye ni..dh godang mcm ney..jdi semangat n minat mngkaji asa usul keturunan mak sye..ayah sye petani..tpi lebih kepada mak..

Unknown berkata...

Assalam. Aruah abah saya keturunan Rawa. Nama dalam kad pengenalan berbinkan Sutan Badat. Memang loghatnya macam minang. Hari isnin disebut senayan.Banyak yang saya dah lupa..

Unknown berkata...

Indo apa suku bangsa lubu dari champa lari ke sumatera lari ke malaya

Yusri bin Hamzah bin Mat bin Dahalan bin Sutan Mas berkata...

Adakah adat pantang tanah sama dgn adat pijak tanah? Adat ni dulu di amalkan dikg saya. Saya berdarah roa@rawa susur galur Sutan Mas.

Yusri bin Hamzah bin Mat bin Dahalan bin Sutan Mas berkata...

Adakah adat pantang tanah sama dgn adat pijak tanah? Adat ni dulu di amalkan dikg saya. Saya berdarah roa@rawa susur galur Sutan Mas.

Unknown berkata...

Assalamualaikum,
Saya jua urang rawa, rumah uci kamidopen mosojid kg batu tiga , Temoh Perak.kini rumah tu saudara kami yang jaga, nama nya Ajih, penghulu kg batu 3 kini.wasaalam .

dikwi berkata...

Salam, saya berketurunan Rawa dari belah arwah ayah. Unyang, niniek, ayah dan adik beradik ayah semua boleh cakap loghat Rawa... Kami dari Hulu Selangor sempadan Tg. Malim.. Adik lelaki dan anak lelaki sulung saya memang ada upacara jejak tanah dan berbuai masa masuk setahun sebulan. Sy x mahir ckp loghat Rawa sangat tapi ada juge keluar perkataan2 bunyi loghat Rawa kadang2 bila bercakap dgn adik beradik .. Salam ukhuwah... Sy bangga berketurunan Rawa dan risau juga kalau lepas ni hilang begitu saja dlm keturunan Sy akan dtg...

Unknown berkata...

Orang rao asal usul suku bangsa lubu dari champa begitu juga orang minang dari china selatan lebih tepat dichampa,org champa pun ada adat perpatih begitu juga orang kepulauan palau,belajar lagi sejarah

Unknown berkata...

Indo tu maksudnya india klau indon yer

Unknown berkata...

Baa bahaso rao samo jo bahaso minangkabau..piece from Minang langat@paja kantuik.

Deedot berkata...

As salam.. sy berketurunan rawo.. di kalumpang selangor.. nama atuk sy mat amin bin long.. dah lama sy nk tahu pasal susur galur sy ni..

Unknown berkata...

Arwah abah keturunan Rawa asal usul susur galurnya pendakwah agama,arwah Tok Bibah pernh cerita kmi bnyk berkaitan dgn istana.x blh jejak tanah,mcm2la.

Nur berkata...

Terima kasih terangkan pasal keturunan ni. Masa kecil dulu saya tak faham lansung apabila ayah bercakap dengan sedara mara apabila balik kampung( kg maran ,kuala kangsar) apabila dah besar makin faham .dan ingin tahu pasal keturunan minang rawa ni.

Unknown berkata...

terima kasih min, sungguh berinformasi, anak rawa dari selama, perak. cerita nya bermula dgn mudik sungai selama, berbekal kepala tombok memulakan perkampungan bernama kampung medan. sekarang terpanggil menetap di tanjong malim.

Cinta berkata...

Salam.

Minta izin, ada sesiapa mengenali Raja Muda/ tengku muda dari lubuk sikaping/ sumatera yg berhijrah ke perak... Tq

Unknown berkata...

Bapa saya ceritakan yg arwah opah saya orang Rawa. Namanya Rokiah. Dah meninggal dunia sebelum saya lahir lagi. Sedara mara masih ada di Gopeng tapi bapa saya dah tak kenal sesiapa. Arwah opah saya dulu tinggal di Kg Pisang, Batu Gajah. Arwah anak lelaki sulung arwah opah dgn suami pertama dulu pernah tinggap di Bidor. Jadinya, memang dah tak kenal sesapa pun keluarga arwah opah.

Mohd Khairul Anwar berkata...

UlunBernam di Keliang ke? Dekatlah dgn rumah Opah. Di tempat kita tradisi membakar kelamai dah xde langsung, 20 tahun lepas Masih ada lg depan rumah Opah.

Nina berkata...

Keluarga kami merupakan cucu cicit keturunan Ahmad Melaka Ar-Rawi