HANG TUAH DI PERAK
Sewaktu Hang Tuah disisihkan dari istana Melaka akibat fitinah pembesar Melaka , maka pergilah Hang Tuah ke hulu Melaka. DAri sini, beliau pergi ke Perak. Di Perak, beliau berkahwin dengan dengan orang istana Perak bernama Halimah. Daripada perkahwinan ini lahirlah anak bernama Mas Dia, Seri Dewi, Mat Saaih dan Hang Semaun
Mas Dia berkahwin dengan Bendahara Perak melahirkan Tok Temu. Seri Dewi berkahwin dengan Raja Mahmud (Perak). Mat Sain tidak dapat dikesan pergerakan keturunannya dan Hang Semaun kutemui keturunannya di Langgar Pekan.
Ada pun Seri dewi itu beranakkan Raja Muhammad (Baginda Demu) lalu berkahwin dengan Tok Temu dan beranakkan Mohd Ali Jaafar Sidek. Akan Baginda Demu ini menghadapi fitnah dalam istana Perak lalu menyisih diri ke Kuala Lipis. Demikian kisah yang awal.
Baginda Demu itu bernama Raja Muhamad, asalnya Raja Muda di Perak. Ada adiknya bernama Raja Ahmad. akan Baginda Demu itu adalah anak Seri Dewi anak Laksamana Hang Tuan. Seri Dewi ini berkahwin dengan Raja Mahmud, Yang Dipertuan Negeri Perak. Seri Dewi ini ada adik beradik bernama Masada, Panglima Mat Saih dan Hang Semaun
Baginda Demu ini dikhabarkan difitnah dikatakan sial. Untuk menyelelamatkannya, oleh Mamak Bendahara Perak yang bernikah dengan Masada binti Hang Tuah, dipelihara Raja Demu ini dirumahnya sehingga besar.
Adapun Tok Demu isterinya Tok Temu berasal dari Asam Kumbang Perak, dibuang lalu hilir mengikut Sungai Jelai Kecil lalu berkampung halaman di Lubuk Yong hampir dgn kampung Pasir Emas. Beranak ke Mohd. Ali Jaafar Sidek.
Akan Hang Semaun itu puas saya mencari susur galurnya. Khabarnya terikat pada keluarga orang kaya Chandak dan keturunan ini turun juga ke kuala Atok dan warisnya Allahyarham Lebai Hasan yang duduk di pangkal jambatan kuala Atok.
Akan hubungan keturunan Hang Tuah ini dengan orang-orang Rawa yang mendiami Raub amat dekat hubungannya.
Ada pun sekarang saya mencari-cari akan kedudukan Tok Miknah (mungkin nama lain dalam teromba orang Pahang) yang didakwa oleh orang-orang Rawa Raub yang baru sampai telah bernikan dengan Tok Perak @ Tok Prak , pembuka kampung sengkela.
Akan Tok Miknah ini dari keturunan Tok Kaya Busu (Budu) beranakkan Kulop Mat Daham.
Dalam sejarah orang-orang Rawa Baru di Raub ini ,mereka memadamkan hubungan bersemenda dengan keturunan Budu dan seolah-olah orang Rawa baru ini tiada kaitan darah dengan orang Budu dan Sega,
Ada pun dalam cataran saya, Tok Ba binti Abu Samah binti Malek bin Tok Mat Saleh bin Ngah endik bin Mohamad Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad ( Baginda Demu) telah bernikah dengan Fakih Khalifah (Temau) beranakkan Saadiah, Hj. Salam, Hj. abdul Raof, Hjj. Saripah dan Adam.
Ada pun sekarang saya mencari-cari akan kedudukan Tok Miknah (mungkin nama lain dalam teromba orang Pahang) yang didakwa oleh orang-orang Rawa Raub yang baru sampai telah bernikan dengan Tok Perak @ Tok Prak , pembuka kampung sengkela.
Akan Tok Miknah ini dari keturunan Tok Kaya Busu (Budu) beranakkan Kulop Mat Daham.
Dalam sejarah orang-orang Rawa Baru di Raub ini ,mereka memadamkan hubungan bersemenda dengan keturunan Budu dan seolah-olah orang Rawa baru ini tiada kaitan darah dengan orang Budu dan Sega,
Ada pun dalam cataran saya, Tok Ba binti Abu Samah binti Malek bin Tok Mat Saleh bin Ngah endik bin Mohamad Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad ( Baginda Demu) telah bernikah dengan Fakih Khalifah (Temau) beranakkan Saadiah, Hj. Salam, Hj. abdul Raof, Hjj. Saripah dan Adam.
Salasilah lengkap Tok Mat Amin bin Tok Malek bin Tok Mohamad Salleh bin Tok Ngah Endik bin Tok Muhamad Ali Jaffar Sidek (Tok Deyong) bin Raja Muhamad (Baginda Demu – Tok Keramat Padang Asam, Perak) anak Seri Dewi binti Hang Tuah. Sape2 dari Perak dan Pahang tampil dapatkan pengesahan ini .
Dua orang ada pertalian jurai keturunan dengan Hang Tuah ialah Hashim Zabidi ( sekarang tinggal di Tempoyang, Lipis) dan Novelis Hasanuddin Md. Isa, Pengetua Sek Men Agama Al-Falah, Batu Talam, Raub.
Catatan lisan itu tidaklah dimasukkan dalam kitab ' Sejarah Melayu ' saringan W.S. Sheleaber dan kitab ' Sulalatus Salatin '.
Salam Untuk Arisel Ba. HANG TUAH DI PERAK merupakan satu versi sejarah pribumi yang masih disimpan oleh pemilik peribadi, tetapi eloklah versi ini dipaparkan sebagai satu cebisan sejarah zaman silam daripada sejarah perdana.
BalasPadamAda juga sumber pribumi yang menyebut bahawa Makam Hang Semaun (Orang Kaya Lipis I) itu lokasinya di Lubok Lela, Benta (Lipis), dan tidak meninggalkan waris. Tapi jika saudara ada bertemu waris Hang Semaun di Langgar, Pekan itu amatlah menarik dan penting untuk penelitian selanjutnya.
Salasilah HANG TUAH seperti yang dipapar dalam blog itu ada persamaan dengan salinan salasilah yang ada pada beberapa penyimpan SALASILAH ORANG LIPIS.
Mengenai Panglima Saaih - ada yg mengatakan beliau pada satu waktu berada di Kerdau, Pahang - perlu rujukan silang.
SALASILAH TOK DIYUNG (Muhammad Ali Jaafar) yg dihubungkan dengan BAGINDA DEMU masih mengelirukan - tapi ia boleh dijernihkan jika ada SALASILAH AUTENTIK drp keluarga utama mereka. Dato' Razak Ator (Bekas Pengarah Pendidikan Pahang) - ada salasilah yg agak lengkap - Tok Diyung sudah ada di Lipis pada Tahun 1540M.
Apakah En. Hashim Zabidi dan En. Hassanuddin mempunyai SALASILAH HANG TUAH untuk rujukan generasi akan datang ? Wassaalam.
Assalamualaikum,
BalasPadamSaya juga ingin mengetahui titik pertemuan Tok Mohd Ali Jaafar ini dengan Perak. Sejarah Perak mengenai TOk Temong jelas ada. Adakah dia sama dengan Tok Temu? Ada cerita mengatakan makam Tok Temong itu tidak mengandungi jasad Tok Temong dan beliau sebenarnya hilang. Itu juga tidak dipasti. Tok Temong itu didalam sejarah Perak ialah adik kepada Tok Saban yang telah menjemput Sultan Muzafar menjadi Sultan pertama Perak.
menurut salasilah yang saya ada Lebai Hassan di tepi Sg. lipis Kuala Atok itu ayahnya Mukim Tut binti Tok Teh binti Embong Saedah bte Tok Mohd Amin(Keramat Bkt. Tersan) bin Tok Malik(Pagar) bin Tok Moh Salleh bin Tok Engah Endik bin Tok Diyong bin Baginda Demu.
BalasPadamSlm..saya ingin sgt berjumpa dgn mereka yg dikatakan waris kpd tok temong krn ada perkara yg amat perlu sy ketahui..mohon bantu.
BalasPadamYa Saya.
Padam01110883370
In sya Allah
Ya Saya.
Padam01110883370
In sya Allah
Salam tuan, mengikut catitan di Perak, Tok Temong berkawin dgn Tun Samad Panjang Janggut@Tok Busur Putih@Tok Putih Jembal dapat anak iaitu Tun Jaafar Sa'ban dan menurunkan keturunan Maharaja Perba Jelai di Lipis Pahang. Tok Temu pula isteri Baginda Demu dapat anak Tok Muhammad Ali Jaafar@ Tok Diyong...
BalasPadamMengikut sejarah Tok Temong (namanya Tun Aminah) adalah adik kpd Tun Saban Perak sementara Tun Samad Panjang Janggut pula adalah Bendahara Patanike3... Baginda Demu pula di katakan adalah anak Sultan Perak semasa itu dan Tok Temu adalah anak Raja Bendahara (memerintah Hilir Perak) iaitu adik kpd Sultan Perak tadi. Sekadar perkongsian sekiranya ada yg lebih mengetahui kisah mereka ini di pohon pencerahan..
BalasPadamSalam OrgUlu Pahang. Anda mempunyai kandungan yang luas mengenai TUN ABDUL SAMAD yang berkahwin dengan Tok Temong Perak. Sukacita jika sdr dapat menghubungi saya di alamat emel : warisanperba@gmail.com T.kasih.
BalasPadam