Jumaat, 13 Mac 2009

Sejarah Awal Tanjong Malim


Sejarah Awal Tanjong Malim

Tanjung Jambu 1790 – Kg Kubu 1870 – Tanjung Malim 1876
Tanjong Malim,asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis.
Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 – 1870, bergelar menteri :
• Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Katib b Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Doba Dato’ Menteri Katib
• Dato’ Menteri Amin b Dato’ Menteri Doba
• Dato’ Menteri Mat Taya b Dato’ Menteri Amin
Dato’ Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir pada masa itu.
Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Dato’ Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim.
Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato’ Hj. Mustapha juga dipanggil Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya.
Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Nagari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tg. Malirn. Panglirna Kanan berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglirna Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tg. Malim Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya.Bermakna adalah Dato’ Haji Mustapha sepupu dengan Hj Abas b Hj Siun dan Hjh Rahmah bt Hj Siun, artinya isteri Hj Siun adik beradik dengan isteri Raja Kamala.
Oleh yang demikian, Dato’ Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini diambil sempena nama sebatang pokok yang bernama pokok Kelumpang dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan rurnahnya, masjid dan lain-lain dengan pengikutnya. Tempat itulah pekan Kalumpang sekarang.
Pada masa itu juga Bernarn atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Selangor. Dato’ Hj. Mustapha dilantik sebagai Penghulu Bernam atau Tg. Malim yang pertama dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi assistant Penghulu Bernam. Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tg. Malim. Di sinilah kaitan Tg. Malirn dan Kalunipang pada zaman tersebut.
Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut sungai. Tg. Malim jatuh dalam pemerintahan negeri Perak dan Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan Selangor sehingglah kini. Untuk mengingati atau mengenang jasa Dato’ Hj Mustapha, kerajaan Perak sudi dan bersetuju atas permintaan kaum kerabatnya menamakan jalan di kawasan Kg. Kubu itu laitu berhampiran kawasan stesen bas lama Tg. Malim, dinamakan Jalan Hj. Mustapha Bin Raja Kamala yang ada pada han ini.
Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato’ Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi kubur Dato’ Hj. Mustapha tanpa protokol di mana orang Tg. Malim dan Kalumpang berasa hairan mengapa Baginda ziarah? Jawabnya adalah kerana Tun Dato Hj. Mustapha pernah jadi ketua orang Rao di Gali dan pengikut setia Tok Gajah. Airnarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasa moyangnya Sultan Ahmad Shah pada zaman tersebut.
1876 – 1898
Yang Berusaha lagi Bijaksana Dato’ Penghulu Haji Mustapha b Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Sumatra Barat, Penghulu yang pertama Kg Kubu.

Dato’ Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato’ Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim.

Anak-anaknya :
• Muhammad Ali + Raja Aminah & Selamah
• Zaharah
• Nuruddin
• Ulwi
• Pidir
• Abd Majid
• Gurun
• Hitam
• Muhammad + Cik Tun
• Kechik + Haji Bidin
• Ramli
• Mohd Zain
• Lelo + Haji Shahabuddin-Imamludin
• Sabariah
• Tanda + Haji A Wahid
• Rashidah
• Siti Mariam + Haji Mohd Siddik
• Sawiyah
• Zainal Abidin
• Sufian
• Jemah + Yusuf
• Ahmad@Awil + Saadiah
• Abdullah Sani
• Hafsah
• Zubaidah
• Saemah + Haji Ahmad
• Binti@Umi Salamah
• Ubi@Hapipah
• Khamsiah
• Bahakudin@Imam Bahak
• Talib
• Tupat
• Abas
• Jama’yah + Ramli
• Us. Mustapha
• Fatimah + Hj Mohd Sidek
• Dogun
• Abdullah + Rukiah
• Jamaliah
• Rukiah
• Saiyah
• Rahmat + Khamsiah
• Abd Manaf
• Azimun
Adik beradik Dato’ Hj. Mustapha
1. Siti Khadijah
2. Siti Atikah
Rujukan:
1. Allahyarham Hj. Abdullah Bin Hj. Salam. (Anak Panglima Kanan)
2. Allahyarhamah Hjh. Zabedab Hj. Salam. ( Anak Panglirna Kanan)
3. Allahyarharn Ahmad Bin Yusof ( Cicit FIj. Mustapha Bin Raja Kainala)
4. Ustaz Mustapha Bin Ramli. (Cicit Hj. Mustapha Bin Raja Kamala)
5. Allahyarliam Adi Hj. Kassim (Cicit saudara Imamludin salah seorang Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang)
6. Allahyarham Mokhtar Hj. Kassim ( Cicit saudara Imamludin- salah seorang Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang
7. Buku Riwayat Tg. Malim karangan Allahyarharn Cikgu Zainal Abidin Daud (Murid Tua SITC — 1929)

Khamis, 12 Mac 2009

Azlan Khairuddin

Salam


saya azlan b khairuddin , dari kg pandan k.lumpur, asal kg ibu & ayah saya drpd kg pulai gopeng
perak,

ayah saya khairuddin bin mohd som bin Hj davi. berkampung di sekitar gopeng dan selama di perak.

Wassalam

Azlan Khairuddin
azlan.khai@gmail.com

Selasa, 10 Mac 2009

Sejarah Pembukaan Kampung Tersan, Sega, Raub, Pahang

Kampungku Kampung Tersan.
Cerita ini ditulis oleh Sdra Mohd. Hashim bin Zabidi

Kampung Tersan adalah kampung tertua di Mukim Sega, Raub Pahang. Alasan saya ialah apabila saya baru baru ni menelaah atau mengkaji satu Salasilah atau Teremba atau Teromba atau Family Tree, peninggalan Bapak saudara sepupu saya bernama Zakaria bin Imam Ngah yang telah lama meninggal dunia. Berbulan bulan saya mengesan salasilah ini akhirnya saya dapati berada dalam simpanan anaknya sendiri Hamdan bin Zakaria, saudara dua pupu saya yang tinggal di Kampung Som dekat Damak Jerantut Pahang.

Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan bernama Tok Mat Amin keturunan Tok Baginda Demu. Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu dadapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.

Kampung Tersan semakin besar dan penduduknya bertambah ramai, lalu wujudlah kampung kampung lain disekitarnya menjadikan sebuah kampung yang lebuh besar yang akhirnya bergelar Mukim Sega.

Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin di lantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Bila dia meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan. Kemungkinan besar semasa hayatnya Tok Mat Amin yang alim, warak dan banyak jasanya maka Almarhum Tok Mat Amin di takbir dalam firasat dan mimpi anak cucunya sebagai wali Keramat. Selepas itu ramailah anak cucunya berziarah ke makam tersebut, bertahlil dan berdoa malah ada yang membayar niat dan bernazar konon.

Ringkasan:

Tok Baginda Demu ( datang dari Perak ) – Tok Muhammad Ali Jaafar Sidek - Tok Ngah Endik - Tok Muhammad Salleh - Tok Imam Malik - Tok Mat Amin –

Isnin, 9 Mac 2009

Alam Minangkabau (03)


Alam Minangkabau (03)


Ditulis oleh Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo
Sabtu, 28 Agustus 2004

V. Sungai Tarab Nagari Tua

Seiring dengan perkembangan waktu, masyarakat di Nagari Pariangan bertambah ramai juga, sedang nagari itu tidak begitu luas sehingga sudah penuh sesak oleh orang banyak. Maka bermusyawarahlah ninik Sri Maharaja Diraja dengan segala orang besarnya untuk memindahkan sebagian orang kedaerah baru.

Setelah bulat mupakat, mendakilah ninik Sri Maharaja Diraja ke puncak gunung merapi hendak melihat dimana tanah yang baik dan subur akan tempat memindahkan orang orang itu. Setibanya beliau dipuncak gunung merapi, memandanglah beliau kesegala arah. Pandang jauh dilayangkan pandangan dekat di tukikkan.

Kelihatan oleh beliau setumpuk tanah tanah gosong yang ditumbuhi rimba di baruh gunung kearah selatan yang kelihatannya tanahnya berpasir. Gosong gosong itu adalah puncak puncak bukit yang tersembur dari permukaan laut waktu itu.

Setelah itu beliau kembali turun, dan bersama sama dengan Cateri Bilang Pandai beliau pergi melihat tanah itudengan berlayar. Pelayaran beliau itu hanya menepi gunung merapi saja dan akhirnya beliau sampai ditepi pantai, lalu berlabuh dan langsung memeriksa tanah tadi.

Didapati oleh beliau tanah itu lebih luas dari Pariangan Padang Panjang dan nampaknya lebih baik dan lebuh subur.

Disebelah mudik tanah itu ada pula sebidang padang pasi yang amat luas yang sangat baik untuk tempat orang bermain dan bergembira.

Setelah ada keyakinan bagi ninik Sri Maharaja Diraja dan Cateri Bilang Pandai, lalu keduanya kembali ke Pariangan Padang Panjang untuk menjeput orang orang yang akan mendiami tempat tersebut.

Beliau membawa tujuh karib bai'id beliau laki laki dan perempuan, begitupun Cateri bilang pandai membawa pula enam belas orang, yaitu delapan pasang suami istri.
Setelah mereka tiba ditanah tadi, mereka mulai membuka ladang, berladang mencencang melateh, membuat teratak ditempat itu. Lama kelamaan teratak menjadi sebuah dusun bernama dusun Gantang Tolan dan dusun Binuang Sati.

Kemudian dusun itu bertambah lama bertambah ramai pula. Maka dibuat orang pula dipinggir dusun itu sebuah koto tempat berkampung, berumah tangga. Dari koto itulah orang orang berulang ulang keladangnya yang didusun tadi.
Semakin lama didalam koto tadi orang semakin bertambah ramai juga, lalu koto itupun dijadikan nagari, diberi nama nagari Bunga Setangkai. Kenapa bunga setangkai, sebab sewaktu ninik Sri Maharaja Diraja sampai disitu beliau mendapatkan setangkai bunga yang sangat harum baunya, dan dibawah bunga itu ada pula sebuah batu luas dan datar. Panjangnya tujuh tapak ninik Sri Maharaja Diraja, batu itu diberi nama oleh beliau "Batu Tujuh Tapak" Sampai sekarang batu itu masih ada didalam nagari Bunga Setangkai.

Adapun padang pasir yang di mudik nagari Bunga Setangkai, lama-kelamaan ditumbuhi oleh kayu-kayuan, sehingga kemudian menjadi rimba yang berkampung kampung. Pada akhirnya daerah itu menjadi koto, lalu menjadi nangari yang diberi nama Pasia Laweh, takluk kepada nagari Bunga Setangkai.

Didalam nagari Bunga Setangkai dibuat orang sebuah balairung tempat ninik Sri Maharaja Diraja dan Cateri Bilang Pandai menghukum. Dekat balairung itulah ninik Sri Maharaja Diraja membuat istana tempatdiam.

Kemudian keluarlah sebuah mata air dibawah sebuah pohon yang bernama tarab dihalaman istana ninik Sri Maharaja Diraja. Air yang keluar sangat jernih dansejuk serta besar sehingga menjadi suatu anak sungai, oleh sebab itu Cateri Bilang Pandai memberi nama Sungai Tarab.

Karena Sungai itu sangat termasyhur nama Bunga Setangkai dilupakan orang sehingga nagari itu berubah nama jadi nagari Sungai Tarab.

Didalam nagari Sungai Tarab ditanam orang delapan orang penghulu yang diambil dari dalam kaum orang yang delapan pasang, yang mula mula mencencang melateh nagari tersebut. Penghulu yang delapan itu memerintah orang dalam nagari Sungai Tarab dan menguasai masing masing kaumnya. Penhulu itu bernama "Datuk nan Delapan Batur" Yakni delapan batu kedudukan dahulu.

Kemudian setiap penghulu itu membuat pula sebuah balairung sehingga disebut orang pula delapan balai kedudukan Datuk Nan Delapan Batu.

Delapan balai kemudian menajdi delapan suku yang terbagi atas 2 kampung. Satu kampung di mudik (Sungai Tarab) dengan lima balai dan satu lagi di hilir dengan 3 balai sehingga kampung ini disebut TigaBatur.

Setelah berkoto, bernagari dan berpenghulu yang akan memelihara orang didalam Sungai Tarab, ninik Sri Maharaja diraja merasa senang sekali dan beliau beserta Cateri Bilang Pandai kembali lagi ke Pariangan Padang Panjang.

Meninggalnya Ninik Sri Maharaja Diraja

Ninik Sri Maharaja Diraja meninggal di Pariangan Padang Panjang, yaitu beberapa lalu kemudian setelah beliau kembali dari Sungai Tarab. Sepeninggal beliau jabatan raja di pariangan Padang Panjang tidak ada karena beliau tidak mempunyai waris. Posisi beliau dijabat oleh karib beliau yang ada di Sungai Tarab. Adapun yang memerintah di Pariangan Padang Panjang sepeninggal ninik Sri Maharaja Diraja adalah Datuk Bandaharo Kayo, Datuk Maharaja Besar, Datuk Suri Diraja, Cateri Bilang Pandai dan Cateri Rino Sudah. Sedangkan yang memerintah di Sungai Tarab dipegang oleh Datuk Delapan Batur, dibantu oleh Cateri Bilang Pandai mewakili karib ninik Sri Maharaja yang belom dewasa.

Tuan Putri Jamilan

Setelah beberapa lama ninik Sri Maharaja Diraja meninggal dunia, Tuan Putri Indah Jalia janda beliau kawin dengan Indra Jati yang bergelar Cateri Bilang Pandai.

Dari perkawinan itu beliau berputra enam orang, dua orang laki laki, pertama bernama Sutan Balun dan yang kedua bernama Sikalab Dunia dan empat orang perempuan bernama: Putri Reno Sudi, Putri Reno Mandi, Putri Reno Judah dan si bungsu Puteri Jamilan. Tuan Putri Jamilan ini kawin dengan karib ninik Sri Maharaja Diraja yang menjadi raja di Sungai Tarab itu.

Disadur oleh : Dewis Natra
Sumber : Buku Curaian Adat Minangkabau
Penerbit : Kristal Multimedia Bukittinggi