Jumaat, 31 Julai 2009

Respon Dari Seminar Melayu Rao di UPSI..



Seminar Melayu Rao di UPSI..
Assalamu'alaikum Pak Subari,

Saya Wan Maria anakanda Tengku Mariam cucu Tengku Seti ( anak saudara kepada Dato Tengku Mustapha mantan Speaker DUN Pahang suatu ketika dulu ) Kita belum lagi bertemu atau bersua tapi saya pernah menalipon Pak Subari melalui anak saudara saya Ridzwan yang duduk di Kuantan beberapa bulan dulu.

Saya telah mengikuti seminar melayu Rao diUPSI pada 25hb Julai tersebut, membaca blog Pak Tam Subari di Terombarawa dan membaca komen2 Razak Nasir @ Razakrao dlm blognya di Multiply......

Saya anak kampung Durian Sebatang dari titisan Tengku Khairul Alam ( Tengku Muda Padang Nunang yang berhijrah ke Raub dari Sri Menanti dan beliau datang dari Padang Nunang, Mapattunggul RAO....) sejarah ini tak boleh dipertikaikan oleh siapa2 dari orang rawa diluar sana sebab silsilah ninik moyang kome dipelihara dgn rapi dan nama mereka pun tak pernah diubah2 macam separuh2 orang yg berhijrah dulu...

Saya berdiri sebagai seorang yang terbuka untuk menerima pendapat2 dari sesiapa tetapi biarlah ianya ada fakta dan bukti2 yang jelas. Sejarah di Rao ada berbagai macam versi yang saya tak pertikaikan pun sebab kedatangan apa jua suku bangsa dari daerah lain atau dari benua mana sekalipun adalah perkara biasa dalam mana sejarah tamadun manusia... Kalu rao dari suku Champa, atau Lubu atau Leco kemudiannya dari Hindia atau dari Minang dan berlaku pertembungan budaya dan adat serta perkahwinan berlaku dimana2 dibumi ini hatta di Tanah Melayu pun sama keadaannya... tetapi saya sangat sedih dengan tanggapan segelintir orang rawa spt Razak yang tidak mahu langsung menerima apa2 cerita yang berkaitan dengan Pagaruyung....

Perlu ditegaskan sejarah asal sebenar yang ada dalam teromba besar yang di simpan di Istana Pagaruyung, anak2 Raja di Rao memang dijemput dari Pagaruyung...sejak dari Anangga Warman putra Adityawarman menjadi Raja Rao yg pertama...kemudian tiada yang berhak, kemudian dijemput lagi kali ke2 dari Pagaruyung menjadi YDP Padang Nunang bergelar Yang Dipertuan Bagindo Soripado. Kemudian dari keturunan ini tiada pula yang layak menjadi raja dan dijemput pulak kali ke3 ke Pagaruyung pada masa itu serentak dengan penghantaran Raja Melewar ke Sri Menanti, dijemput seorang Raja yang bergelar Yamtuan Nan Sati dan dari keturunan inilah sehingga sekarang menjadi YDP di Padang Nunang Rao......

Saya betul2 tak faham dengan fakta yang hendak disampaikan oleh Dt Amran Datuk Jorajo dlm kertas kerjanya "Asal Usul Orang Rao: DiTinjau Dari Peninggalan Kebudayaannya"... Pada pendahuluan kertas kerjanya ada menyebut bahawa Tuan Barido dan Tuan Kayo adalah dua orang yang asal membuka dan meneroka daerah Pasaman ini dan mereka berasal dari BALAI JANGGO di Pagaruyung....maka disebutlah mengenai nagari Lubuk Sikaping, kemudian mengenai sistem adat yang diambil dari laras Koto Piliang dan laras dari Bodi Caniago..... disebut juga asal usul daerah Rao dari Warih Nan Dijawek dari sumber Limo Puluh Koto, dari Limo Puloh Kaum yang berangkat dari Pariangan Padang Panjang dan sebagainya.......ini semuanya datang dari daerah minangkabau Pak Subari !!

Kami pulak nampak ada usaha2 tertentu samada dari orang perseorangan atau kelompok di Rao yang cuba menongkah arus perjalanan sejarah di rao ini dan cuba untuk menolak sistem adat atau mungkin Tambo Adat dan Tambo Alam Minangkabau.... Tambo2 ini sememanglah menjadi rujukan penting kalau nak mengkaji sejarah awal di ranah minang. Rao adalah sebahagian dari daerah di Minangkabau atau istilah pentadbirannya terletak dibawah Negeri Sumatera Barat. Perlu lihat semua yang bersangkutan dan kita tak boleh nak berdebat perkara2 yang dah jelas dan terang2an.....

Segala kemusykilan dan pertentangan pendapat dari seminar ini telah dibincang oleh saya dan keluarga kami (keturunan Tengku Samad) dengan panjang lebar dengan Prof. Dr. Puti Reno Raudha dan suaminya Pak Wisran Hadi. Mereka selepas seminar itu dijemput pulang kekampung kita di Durian Sebatang, Dong....Kak Raudah bukan asing kepada kami Pak Subari! dan harap begitu juga kepada semua yang ada kaitan darah dgn anak2 Raja Pagaruyung......

Walaupun terguris dengan sindiran tajam Dt Amran Datuk Jorajo, Apriadi Sanusi atau Razak sekalipun dalam seminar itu, Kak Raudah mengambil jalan "open minded"....walaupun orang mencemuh mengenai adat dan institusi Pagaruyung dia masih mampu tersenyum sinis! kerana beliau "letih" berbicara dengan orang yang tak faham asal muasal sesuatu kisah dan sejarah yang panjang........

Makanya keputusan kami yang juga keputusan dari TUAN GADIH PAGARUYUNG, Kak Raudah akan membawa perkara perselisihan pendapat ini ke tengah. Maka biarlah Datuk2 Adat di ranah Minang yang akan memanggil semua datuk2 adat di Rao untuk bersemuka dan berbincang mencari penyelesaiannya.

Begitulah Pak Subari pendapat saya mengenai perkara2 yg timbul hasil dari seminar tersebut...Banyak kajian yg perlu diteliti, apatah lagi menjemput Apriadi Sanusi seolah2 seperti melepaskan batuk ditangga! anak muda yang baru dalam tahun pertama Phd nya dalam bidang agama Syariah diminta menjelaskan perkara mengenai sejarah dan diaspora masyarakat Rao.... dia buat perbandingan bahasa rao dgn bahasa minang pun tak betul.....ada ker bahasa pasar dan bahasa harian minang dijadikan perbandingan bahawa itulah bahasa resmi minang !... Pak Subari,... saya malu betul pada Pak Wisran Hadi,seorang Sastrawan Negara Indonesia yang pakar didalam soal sosial budaya dan kesenian di Sumatera Barat datang mendengar penerangan dari Apriadi ini....beliau hanya mampu menggelengkan kepala....geram betul dia nak bangun ke microfon memberi pendapat...tapi biasalah....MC kata times up! ^_^

Sehingga dapat kita bersua kembali....
Salam takzim dari saya.

Wan Maria.
Sekadar Menjawab:
Sdri Wan Maria

Prinsip saya mudah saja - Semasa empayar Sriwijaya, Pagar Ruyung adalah sebuah Kerajaan di bawah naungannya. Selepas Sriwijaya runtuh, Kerajaan Pagar Ruyung bangkit menjadi Kerajaan Pagar Ruyung yang besar dan luar pengaruh dan jajahan takluknya. Apabila Belanda menjajah Sumatera, Kerajaan Pagar Ruyung telah hilang daulat, pengaruh dan kuasanya dan hanya tinggal sejarahnya saja. Saya berpendapat: Selepas penjajahan Belanda, Orang Pagar Ruyung telah membawa haluan mereka sendiri, dan Orang Rao juga telah membawa haluannya sendiri. Untuk mengubati luka dan maruah keturunan, banyak mitos dalam penafsiran yang pelbagai telah kita dengar, tapi apa yang penting, seseorang itu baik berdarah raja atau berdarah hamba, jika punca keturunannya berpunca dari daerah Rao-Mapattunggul, dia adalah aslinya Orang Rao, jika seseorang itu percik keturunannya berpunca dari daerah Pagar Ruyung, Tanah Data, Orang itu tetap aslinya Pagar Ruyung. Apabila mereka merantau ke Tanah Melayu, darah keturunan Rao telah bercampur dengan keturunan lain yang sedia ada di Tanah Melayu waktu itu termasuk khabarnya ada yang berkahwin dengan Orang Asli dan Orang Bunian. Fakta sejarah mengikut versi siapa penulisnya, itu sebab penulisan sejarah yang ditulis oleh Orientalis Barat lebih diperakui. Walaubagaimanapun, semua kisah silam itu tetap menjadi misteri dan tugas kita mencari dan membongkarnya dengan akal yang waras, ilmu yang ikhlas disamping mendapat hidayah dari Allah. Allah Wualam.

Dari Subari @ Ismail bin Lebai Ahmad bin Jaafar bin Ibrahim bin Idris.
Saya diberitahu bahawa Idris ini telah membuka Surau untuk Bersuluk di Sungai Ruyung, Gali, disambung oleh anaknya Ibrahim dan berakhir dengan Jaafar sebelum Surau untuk bersuluk itu berpindah ke Surau Jeram Pangkin, Dong seperti yang ada pada hari ini.