Isnin, 2 Februari 2009

TEROMBA BESAR KETURUNAN PANGLIMA TOK PERAK @ TOK PRAK

TEROMBA BESAR KETURUNAN PANGLIMA TOK PERAK @ TOK PRAK

Assalamualaikum pak itam,
saya baru sudah mengemaskini setakat termampu pecahan keturunan Panglima Tok Perak dengan isterinya yang pertama (pertama pada anggapan saja), Tok Mikrah di Semantan Hulu, Raub. Jadi di dalamnya banyaklah cicit-cicit beliau yg bersuamikan orang Rao moyang-moyang kita tu.

Nama-nama Rao yang ada di dalamnya ialah:
1. Tuan Fakeh Rao di Kuala dong,Raub
2. Haji Muhd Salleh Lentor di Ajai, Raub (Rao Tanjung Botung)
3. JoPogang di Ajai, Raub (Rao Tanjung Botung)
4. Haji Shukur di Ajai, Raub5. Tok Rantau di Ajai
6. Tok Bilal Laton di Ajai, Raub (Rao Padang Nunang)

Saya akan masukkan dalam CD dan poskan ke pak itam seberapa segera yg boleh.
Jadi rancangannya bila teromba maya online ni akan boleh diakses oleh masyarakat?
sekian, wassalam.

Daripada:
"MOHD SAFUAN"

Ahad, 1 Februari 2009

MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT 2

MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT 2

Terima kasih. Saya boleh dihubungi pada 0193276041 dan juga melalui faceboook (handle: Helwa Asyiqin). Tanah Datar yang dimaksudkan adalah Tanah Datar Putih yang terletak di hilir Sungai Rokan.

Yang membuatkan saya berminat untuk mengkaji sejarah keluarga saya apabila saya bertemu dengan family-tree yang ditulis oleh arwah datuk sebelum dia meninggal dunia.

Saya telah membuat kajian peribadi tentang silsilah keturunan rau saya semenjak dari zaman universiti lagi. Cuma approach saya agak berbeza sebab saya mulakan dengan menelaah buku-buku yang ditulis oleh pengembara, kolonis dan ahli-botani dari Eropah yang telah melawat Asia Tenggara khususnya Sumatra sewaktu zaman penjajah dahulu seperti marsden, snitzger, raffles dan lain-lain, untuk mendapatkan 'feel' ataupun gambaran sosio-budaya dan geografi masyarakat pre & post Padri War waktu itu...saya dapati melalui apa yang tercatit di dalam buku2 itu bahawa Rau itu adalah sebahagian daripada wilayah Kerajaan Melayu Aru/Rokan yang terletak dari hulu sehingga ke hilir sungai Rokan di mana ini negerinya adalah Rantau Binuwang ataupun sekarang ini Dalu-Dalu didalam wilayah Riau. (Perlu berhati-hati di sini kerana catitan daripada kolonis terutamanya sangat biased)

Sesiapa yang ingin ke pesisiran pantai Natal untuk berdagang, bila mudik ke hulu Sungai Rokan itu maka akan dikenakan tol oleh orang-orang Rau! Melalui suatu catitan pula, dikatakan bahawa penduduk lelaki Rau pada masa itu memakai 'fesyen' seluar sebelah biru (nila) dan sebelah merah (kesumba)...

Saya tidak dapat mendaftar dengan JARO...Tuanku Ibrahim (moyang saya) memberi amanat kepada kami semua cucu-cicitnya untuk melupakan Rau, malahan tidak dibenarkan kami untuk belajar bahasa Rau ataupun menjejak kaki ke Rau....ini adalah kerana beliau telah dikhianati oleh pengikutnya sendiri yang menjadi tali-barut Belanda....malahan, yang membukakan pintu Benteng Tujuh Lapis di Dalu-Dalu yang menjadi pertahanan terakhir pengikut Padri yang masih bersama Tuanku Tambusai (di mana sebilangannya adalah orang-orang Rau, adalah orang Rau sendiri!) Ini adalah ringkasan cerita lisan keluarga kami. Wallahu'alam...

-Helwa Asyiqin

MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT

MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT

Assalamu'alaikum,
Baru sahaja sebentar tadi saya melawat blog bapak di http://terombarawa.blogspot.com.
Arwah datuk saya ada memberikan catitan 'family-tree' keturunan kami dari Rau di mana dia adalah cicit kepada seseorang yang bergelar Mangaraja Sutan Laut Tapi (tercatat dia dari Kahaiti atau Tanah Datar Putih) yang mempunyai 3 orang anak: Siti Fatimah (dikatakan menetap di Kerling), Tuanku Umar (Panglima Imam Perang Rau), Tuanku Ibrahim (Panglima Imam Perang Harimau Meratak)...Adakah Bapak mengenali nama-nama ini? Saya adalah piut kepada Tuanku Ibrahim. Dia dan adik-beradiknya terlibat bersama-sama Tuanku Tambusai berjuang di dalam Perang Padri. Dia menjadi buruan Belanda dan telah tercedera parah di Air Bangis, tetapi para pengikutnya telah membawanya lari ke Tanah Melayu dan membuat helah agar Belanda menganggapnya sudah mati. Ini adalah kerana Belanda meletakkan harga yang tinggi ke atas kepala mereka ini samada hidup atau mati.
Tuanku Ibrahim dimakamkan di Kampung Gebok, Negeri Sembilan. Anaknya pula Hj. Jalaluddin dibawa ke Perak dan kemudiannya bersama-sama dengan Tuan Syeikh Muhammad Noor dan pengikut-pengikut Naqsyabandiah telah membuka Kampung Sg. Cincin, Gombak.
Apakah Bapak mempunyai sumber-sumber yang mengenali siapakah Mangaraja Sutan Laut Tapi ini? Saya juga berharap agar dapat bertemu dengan keturunan dari galur Siti Fatimah itu.
Terima Kasih.

-Helwa Asyiqin
Helwa Asyiqin Juffri" helwa.asyiqin@gmail.com
Sdr. Helwa Asyiqin Juffri

Terima kasih dengan maklumat yang diberi. Kami baru nak mula mengumpul salasilah keluarga keturunan orang-orang Rao di Tanah Melayu. Minta berikan alamat lengkap untuk kami menghubungi selepas ini.

Maklumat yang sdr beri ini penting, mungkin satu keturunan dengan keluarga saya yang berasal dari Pagar Ruyong, Tanah Datar, Sumatera Barat yang telah datang ke Sungai Ujung, Negeri Sembilan dalam abad ke 16 lagi.

Apapun, diminta layari web JARO Raub, Pahang - http://www.jaro.com.my. dan boleh juga layari blog saya http://orangrawa.blogspot.com atau blog Sdra Zabidin di http://sekondakhati.blogspot.com.

Sekian, respon buat kali ini. Sem,oga kita dapat bertemu nanti.

Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi
Raub, Pahang