MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT
Assalamu'alaikum,
Baru sahaja sebentar tadi saya melawat blog bapak di http://terombarawa.blogspot.com.
Arwah datuk saya ada memberikan catitan 'family-tree' keturunan kami dari Rau di mana dia adalah cicit kepada seseorang yang bergelar Mangaraja Sutan Laut Tapi (tercatat dia dari Kahaiti atau Tanah Datar Putih) yang mempunyai 3 orang anak: Siti Fatimah (dikatakan menetap di Kerling), Tuanku Umar (Panglima Imam Perang Rau), Tuanku Ibrahim (Panglima Imam Perang Harimau Meratak)...Adakah Bapak mengenali nama-nama ini? Saya adalah piut kepada Tuanku Ibrahim. Dia dan adik-beradiknya terlibat bersama-sama Tuanku Tambusai berjuang di dalam Perang Padri. Dia menjadi buruan Belanda dan telah tercedera parah di Air Bangis, tetapi para pengikutnya telah membawanya lari ke Tanah Melayu dan membuat helah agar Belanda menganggapnya sudah mati. Ini adalah kerana Belanda meletakkan harga yang tinggi ke atas kepala mereka ini samada hidup atau mati.
Tuanku Ibrahim dimakamkan di Kampung Gebok, Negeri Sembilan. Anaknya pula Hj. Jalaluddin dibawa ke Perak dan kemudiannya bersama-sama dengan Tuan Syeikh Muhammad Noor dan pengikut-pengikut Naqsyabandiah telah membuka Kampung Sg. Cincin, Gombak.
Apakah Bapak mempunyai sumber-sumber yang mengenali siapakah Mangaraja Sutan Laut Tapi ini? Saya juga berharap agar dapat bertemu dengan keturunan dari galur Siti Fatimah itu.
Terima Kasih.
-Helwa Asyiqin
Helwa Asyiqin Juffri" helwa.asyiqin@gmail.com
Sdr. Helwa Asyiqin Juffri
Terima kasih dengan maklumat yang diberi. Kami baru nak mula mengumpul salasilah keluarga keturunan orang-orang Rao di Tanah Melayu. Minta berikan alamat lengkap untuk kami menghubungi selepas ini.
Maklumat yang sdr beri ini penting, mungkin satu keturunan dengan keluarga saya yang berasal dari Pagar Ruyong, Tanah Datar, Sumatera Barat yang telah datang ke Sungai Ujung, Negeri Sembilan dalam abad ke 16 lagi.
Apapun, diminta layari web JARO Raub, Pahang - http://www.jaro.com.my. dan boleh juga layari blog saya http://orangrawa.blogspot.com atau blog Sdra Zabidin di http://sekondakhati.blogspot.com.
Sekian, respon buat kali ini. Sem,oga kita dapat bertemu nanti.
Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi
Raub, Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan