Selasa, 16 Ogos 2011

SEJARAH ISLAM DI DAERAH BERA


SEJARAH ISLAM DI DAERAH BERA
Posted by Sejarah Islam Pahang at 6:12 PM Monday, November 8, 2010 0 comments
TOKOH ULAMA SEKITAR DAERAH BERA
1600-1957.

Daerah Bera merupakan satu daerah yang sudah lama wujud di Pahang ;dulu di kenali dengan nama Daerah Mengkarak, pengasas kepada daerah ini tidak lain tak bukan ialah Tuk Mengkarak 1 ia itu Imam Zul Bayan atau yg bernama Hashim yang merupakan Mufti Pahang sekitar tahun 1720-1750.

Tuk Mengkarak (Imam Dzu Bayan)
(1630-1730)
Tokoh ini merupakan ulama yang mula membuka Kampung Mengkarak, di Daerah Bera. Beliau dikenali juga dengan nama Hashim. Beliau dikatakan berasal dari Sumatera dari suku Minangkabau, Ibunya adik beradik perempuan kepada Tuk Suji Bilang yang membuka penempatan di kawasan Temerloh.
Hubungan Imam Syahibudin dengan Imam Zu'l al-Bayan,dimana ibu Imam Dzulbayan merupakan adikberadik kepada Suji Bilang,datuk kpd Tuk Shahibudin;seperti berikut::

Tersayang-sayang pada rasaan
Kepada "Umbi" Datuk Perempuan
Orangnya arif lagi budiman
Upas jahil sudah termakan

Makam beliau kini terdapat di Mengkarak tetapi tidak dipelihara dengan baik. Makam ini terletak di tebing Sungai Pahang,kemungkinan besar dalam beberapa tahun lagi makam ini akan runtuh dihanyutkan oleh arus Sungai Pahang yang sentiasa mengubah tebing sungai.
Tokoh ini disebut oleh Tuk Shahibudin di dalam syair "Ghafilah " dengan gelaran Imam Zu al- Bayan,yang bermaksud "Orang yang mempunyai kemampuan menjelas dan menerangkan sesuatu". Beliau mempunyai kemampuan untuk menghuraikan dan mentafsirkan ajaran Hamzah Fansuri dengan jelas dan memuaskan hati pendenganr dari segi kefahaman teks,huraian dan tafsiran serta bandingan. Menurut cerita mitos beliau digelar "Imam Dua Bayang" yakni kerana kehebatan dan ketinggian ilmunya maka jika pada waktu malam beliau mempunyai dua baying tidak sebagaimana orang biasa yang mempunyai satu baying.
Tuk Mengkarak Seorang ulama yang terkenal di negeri Pahang dan menjawat jawatan Mufti ketika itu:

Cerita ini dipendekkan
Masyhur di Pahang Imam Zu'l al- Bayan
Ialah jadi Na'ib al-Sultan
Pulang kepadanya perintah sekalian

Dari sumber Tuk Shahibudin, beliau digelar Naib Sultan yakni pemangku sultan. Dari segi Bahasa Melayu kemungkinan kita memberi tafsiran bahawa beliau ini menjadi ganti sultan apabila baginda sultan tiada di dalam negara,ini telah menimbulkan beberapa kekeliruan sebenarnya maksud di sini beliau sebagai naib sultan di dalam hal-hal keagamaan, beliau menjawat jawatan mufti Negeri Pahang pada masa itu. Setakat nota ini ditulis,beliaulah merupakan mufti pertama(1700M) yang dapat dikesan secara jelas melalui bahan sejarah seperti Syair Ghafilah ini.
Beliau dipercayai mendapat pendidikan di Acheh kerana ajaran yang dibawa oleh beliau adalah dari Aliran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri dari Acheh, Oleh sebab kealiman beliau berbanding dengan ulamak-ulamak lain di Pahang ketika itu,dipercayai beliau mempelajari ajaran ini dari anak murid Shamsuddin Sumaterani.Sebuah buku karangan beliau dapat dikesan untuk membuktikan dakwaan ini. Sekembalinya ke Pahang beliau telah dilantik menjadi mufti.Ajaran yang di bawa oleh be;iau merupakan Ajaran Mertabat Tujuh sebagaimana beliau dapat dari gurunya Shamsuddin Sumaterani sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuk Shahibudin di dalam Syair al Ghafilah:

Kepala ilmu mengenal diri
Dimisalkan tanah, buyung dan kendi
Sekalian alam wujud mazaji
Hanyalah Allah yang hakiki

Berbagai jenis kias dan misal
Siapa yang menang itulah handal
Alam Arwah , Alam Misal
Alam Ajsam , Insan Kamil

Alam Lahut , Alam Jabarut
Alam Nasut , Alam Malakut
Ayan Thabit dimisalkan ombak
Putus makrifat disanalah hanyut

Muhadith dan Qadim di sana terhimpun
Umpama laut ombak mengalun
Dimisalkan benih dengan pohon
Benihkan dahulu atau pohon?

Sedutan Syair Al Ghafilah

Huraian dari syair di atas mengenai ajaran Mertabat Tujuh yang diasakan oleh Hamzah Fansuri dan di bawa ke Pahang oleh Tuk Mengkarak boleh kita rujuk kepada sumber di bawah ini yang kami petik dari beberapa buah kitab.
Hamzah Fansuri ialah ulama sufi dan penyair Indonesia. Tahun lahirnya masih belum diketahui secara pasti. Ada yang berpendapat Hamzah Fansuri lahir di Barus atau Fansur pada penghujung abad ke-16 dalam wilayah kekuasaan Aceh. Negeri asalnya masih menjadi pertikaian, sama ada "Syahru Nawi", "Bandar Ayuthia" ibu kota kerajaan Siam pada zaman dahulu atau Syahru Nawi, nama lama tanah Aceh sempena nama seorang Pangeran Siam bernama Syahir Nuwi yang datang membangunkan Aceh sebelum kedatangan Islam . Ada ulama yang mengatakan Hamzah penganut Syiah yang sesat, dan tidak kurang pula meyakini bahawa dia mengikut Mazhab Imam Syafie dalam bidang fikah dan mengamalkan tarekat Qadiriyah. Pegangan sufinya sama saja dengan Abi Yazid Bisthami, al-Hallaj dan Abdul Karim al-Jili, yakin tidak mencampuradukkan ajaran sufi mereka dengan ahli sufi seperti Imam Ghazali dan sebagainya Hamzah benar-benar mengalami sufi berupa praktik bukan teori, kerana susah payahnya semasa pengembaraan, sedangkan pada zamannya alat perhubungan tidaklah selancar sekarang.
Hamzah mengembara di seluruh Asia Tenggara, walaupun yang dicatat hanyalah negeri seperti Pahang, Kedah, Banten, Jawa dan Siam. Riwayat lain mengatakan dia pernah sampai ke Makkah, Madinah, Baghdad dan Parsi dengan selamat bahkan mungkin dia juga menguasai beberapa bahasa daerah di seluruh Asia Tenggara. Kecaman yang mengatakan dia berfahaman "Wahdatul Wujud" itu merupakan perkara biasa kerana berlaku hampir kepada semua ulama sufi. Beberapa karangan Hamzah ialah Asraarul 'Arifiin, Syarbul 'Asyiqiin, al-Muhtadi, Ruba'i Hamzah Fanshuri, Ziinatul Muwahhidin, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Dagang dan Syair PerahuDi dalam hal taswuf atau ilmu kesufian, Syeikh Hamzah Fansuri menganut paham Wahdat Al Wujud, yaitu paham kesatuan antara Mahluk dan Tuhan. Dalam hal ini beliau sangat dipengaruhi oleh para sufi seperti Muhyidin Ibnu Arabi, Abdul Karim Jili, Al Hallaj, Bayazid Al Bistami, Fariduddin Attar, Jalaluddin Rumi, Al Ghazali dan lainnya.
Pada tahun 1650 di Sumatera, khususnya di Aceh, terjadi perdebatan sengit tentang paham Wahdat Al Wujud yang melibatkan ahli-ahli tasawuf, ushuludin, dan fiqih pada saat itu. Perdebatan ini dibicarakan antara lain oleh Syeikh Nuruddin Ar-Raniri di dalam buku Bustan Al-Salatin, yang menentang paham Wahdat Al-Wujud dari Syeikh Hamzah Fansuri dan para muridnya.Perdebatan itu akhirnya memuncak menjadi perseteruan politik. Pada masa Sultan Iskandar Tsani (1937-1641), Syeikh Nuruddin Ar-Raniri diangkat menjadi qadi Sultan. Pada masa itu pula, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri kerap menyatakan di dalam khutbah-khutbahnya bahwa ajaran tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsudin Sumatrani telah sesat, karena termasuk ajaran kaum zindiq dan pantheis. Kemudian atas saran Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan ulama istana Aceh pada waktu itu, Sultan Iskandar Tsani memerintahkan pembakaran ribuan buku karangan penulis penganut paham Wahdat Al Wujud di halaman masjid Raya Kutaraja. Karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri juga termasuk yang dibakar. Bahkan, para murid dan pengikut Syeikh Hamzah Fansuri banyak yang dikejar-kejar dan dibunuh

Oleh kerana syair-syair Hamzah dibawa ke Pahang dan diajarkan di pusat-pusat pengajian di Pahang ketika itru,maka kita dapati lahir seorang tokoh penyair di Pahang iaitu Tuk Shahibudin(1708) yang juga menulis syair-syair untuk menolak ajaran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri ini di Pahang.Syair-syair beliau merupakan kecaman-kecaman terhadap pengikut fahaman ini yang hanya mengikut secara membuta tuli.
Di samping itu , Tuk Mengkarak oleh kerana berketurunan bangsawan beliau juga mahir di dalam pentadbiran;di antara jasa beliau ialah membina sebuah mahkamah timbang tara bagi menghukum pesalah,Setiap pesalah yang ringan atau yang dikenakan denda akan diletakkan di atas satu dacing yang mempunyai dua piring. Semua pesalah dinaikan ke atas salah satu piring dacing itu, manakala dacing yang disebelah lagi diletakkan padi atau beras,pisang jagung dan sebagainya. Cara ini pernah ditegur oleh Pak Sako di dalam bukunya. Ini kerana Pak Sako tinggal di Kampung Buntut Pulau yang mana masih menyimpan dacing tersebut sekitar tahun 1930an,dacing ini diwarisi dari Imam Muda Mamat anak kepada Imam Zul' al -Bayan yang tinggal di sana.Pak Sako mungkin tidak memahami konsep Takzir di dalam Islam, konsep ini mempunyai pelbagai cara bagi si Hakim untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil dan kesalah yang tidak ada di dalam hokum Hudud dan Qisas. Sebenarnya cara ini tidak salah kerana bagi kesalahan takzir,si hakim mempunyai kebebasan untuk menjatuhkan hukuman. Mungkin cara ini sesuai pada zaman dahulu yang mana denda bagi setiap kesalahan kecil berupa pisang,ubi,padi dan beras.
Di samping itu beliau juga membina sebuah tali air bagi pengairan sawah di Kampung Mengkarak.Ini bagi meningkatkan pendapatan petani.





Tuk Mengkarak 11 (Imam Nur Qadim1670-1760)
Tokoh ini juga dikenali melalui syair "Ghafilah" yang dikarang oleh Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720 yang menyebutkan nama beliau, yang merupakan seorang ulamak yang alim dan banyak membantu ayahndanya di dalam urusan pentadbiran agama di negeri Pahang ketika itu. Semasa hayatnya beliau mengaji kepada bapanya dan kemudian dipercayai mendalami ilmu Mertabat Tujuh di seluruh pelusuk Negeri-negeri Melayu yang ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh aliran Hamzah ini.

Kemudiannya itu Imam NurQadim
Anak yang tua lagipun alim
Mertabat besar terlalu rahim
Seisi Pahang, tawakal dan salim

Ramai pengkaji tersilap di antara Imam Zu 'l al-Bayan dengan tokoh ini apabila menyebut mengenai "Tuk Mengkarak".Tokoh ini merupakan Tuk Mengkarak yang kedua,Tuk Mengkarak yang pertama adalah Imam Zul Bayan. Beliau merupakan mufti kedua yang dapat di kesan yang mengantikan ayahndanya setelah ayahndanya meninggal dunia. Maqam beliau terdapat berhampiran dengan masjid Mengkarak dan juga kesan masjid yang didirikan oleh beliau masih terdapat di sana. Tokoh ini merupakan seorang pendidik yang mempunyai murid yang sangat ramai diPahang ketika itu, namun hasil karya beliau tidak dapat dikesan walaupun menurut sumbar yang tidak rasmi masih ada beberapa orang yang menyimpan naskah-naskah syair karangan beliau.
Imam Nur Qadim mahir di dalam Ilmu Mertabat Tujuh,beberapa perdebatan telah diadakan dengan Imam Syahibudin yang menentang aliran ini,akhirnya oleh kerana pengaruh Gerakan Pembaharuan di Acheh yang dipimping oleh Sheikh Nuruddin al Raniri berjaya mengalahkan fahaman ini,maka Imam Nur Qadim pun mengistiharkan bahawa pendapat mufti Acheh ketika itu dianggap benar dan betul. Kejayaan Tuk Shahibudin mengalahkan Imam Nur Qadim di dalam perdebatan mungkin kerana pada masa itu terdapat pelbagai ajaran di Pahang yang sedikit sebanyak disedari oleh Imam Nur Qadim akan masalah tersebut. Ajaran yang pelbagai bentuk dan cara ini membuatkan terdapat pelbagai ajaran sesat di Pahang ketika itu yang berakarkan Salek Buta dan ajaran Hakikat yang tidak diketahuan asal dan puncanya.
Maka semula penduduk negeri Pahang kepada fahaman Widatul Suhud bukan lagi Widatul Wujud.

Che Walat Sulong Keramat(1750)
Keramat Kuala Bera, seorang ahli di dalam Ilmu Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri dan mengajar juga Ilmu Hakikat dan Makrifat. Tokoh ini disebutkan oleh Tuk Shahibudin di dalam Syair Ghafilah:

Asal makrifat tiga perkara,
Pertama itu akal yang sempurna,
Kedua itu panca indera,
Ketiga riwayat dengan cerita.

Segala yang jahil bernama zulumat,
Kepalanya itu kafir dan murtad,
Kemudian jahil tiada bertaubat,
Seperti Che Walat Sulung Keramat.

Kalau kita perhatikan bahawa kritikan Tuk Shahibudin ini agak keras kepada tokoh ini. Akan tetapi ini bukan sebagaimana kita gambarkan.Kita mesti memahami situasi di Pahang ketika itu yakni sekitar tahun 1720, banyak berlaku krisis politk dan kepimpinan di Pahang disamping krisis akidah sebagaimana di Acheh. Tuk Shahibudin keseorangan pada masa itu untuk menghadapi lawan yang ramai. Pelbagai cara beliau gunakan untuk menbawa lari masyarakat Pahang dari fahaman Mertabat Tujuh yang berakarkan Widhatul Wujud kepada fahaman beliau yang berasaskan Wihdatul Suhud.Apabila beliau menulis sesuatu beliau cuba membawa audien beliau membenci dan melarikan diri dari ajaran yang sedia ada,maka kita dapati beliau menggunakan kata-kata yang agak keras dan kasar.
Diantara ajaran yang dibawa oleh Che Walat Sulong Keramat ialah Ajaran Mengenal Diri, Hakikat Diri dan Diri yang sebenar diri. Dipercayai ajaran ini merupakan olehan beliau dari apa yang beliau pelajari dari Tuk Ku Pulau Manis yang mengajar Kitab Hikam dan juga berasaskan kepada Ajaran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri di Acheh.. Keterangan-keterangan dari Kitab Hikam sangat mengelirukan hingga menyebabkan pelbagai tafsiran dibuat oleh para pengkaji kitab tersebut,Bagi Tuk Shahibudin, ilmu yang semacam ini lebih merupakan imijinasi dan rekaan dari sebahagian para ulamak yang tidak patut dibicarakan di hadapan orang awan yang jahil. Walaupun method ini tidak salah untuk dibicarakan tetapi kadar akal orang awam tidak mampu untuk memahami ilmu ini dan akan menyebabkan mereka sesat.
.Imam Koming(1800an)
Beliau di percayai berasal dari Kampung Pedah di Jerantut,dalam satu perjalanan beliau bertemu dengan seorang pahlawan yang bernama Panglima Koming,orang besar raja. Panglima Komeng menerima kurniaan Sultan Ahmad kerana jasa-jasa beliau membantu Baginda menguasai negeri Pahang, dalam perjalanan yang sama maka kedua-dua Komeng ini bertemu di satu tempat dan mereka dikatakan mengadu kekuatan masing-masing dengan ilmu yang dipelajari di atas perahu masing-masing. Oleh kerana mereka tidak dapat mengalahkan antara satu sama lain maka akhirnya mereka berdamai dan mengaku bersaudara.Maka Pahlawan Koming menjadikan Imam Koming sebagai menantu beliau. Kedua mereka membuka perkampungan di tempat mereka beradu tenaga,kekuatan ilmu zahir dan batin , lalu kampong itu dinamakan dengan sempena tempat mereka mengikat perahu mereka iaitu di Juai Buluh di dalam Sungai Pahang. Oleh kerana sebutan "Juai" menjadi berat pada sebutan lidah maka lama kelamaan di sebut "Guai" sehingga kehari ini di sebut Kampung Guai.Beliau merupakan tokoh yang pertama dapat dikesan mendirikan pondok di Kampong Guai, Bera. Gandingan dua tokoh yang mempunyai kehebatan ilmu dunia dan ilmu akhirat ini akhirnya menjadikan kampong ini tempat rujukan penduduk setempat mendapat pendidikan agama.

.Imam Kassim bin Imam Koming (1840 an)
. Kadi Ismail(1860an)
Kampung Guai adalah diambil nama sempena nama seorang perempuan yang jelita pada masa dahulu. Gadis ini telah dikahwinkan dengan En Comot iaitu cucu kepada Imam Dzu'l al- Bayan. Hasil dari perkahwinan ini maka kedudukan kampong Guai mula berubah. Semangat keagamaan semakin kuat maka mulalah didirikan pondok pengajian di sana. Di antara tanda ketinggian ilmu keagamaan di kampong tersebut lahirnya seorang alim yang akhirnya menjawat jawatan Kadi di Daerah Bera. Kadi Ismail,maqamnya masih kekal sehingga hari ini di Kampung Guai berhampiran dengan Sekolah Agama Al Ittifaqiyyah. Anak cucu beliau ramai yang menjadi ustaz dan ulamak di antaranya Ustaz Ahmad di Kampung Tuk Langit Guai Seberang.
.Tuan Haji Semaun bin Haji Ishak(1900an )

Tokoh ulama ini berasal dari Negeri Sembilan ,ibunya bernama Hajjah Fatiah yang berkahwin dengan bapa kepada Kadi Ahmad di Kg Berhala Gantang,Haji Semaun datang ke Pahang untuk tinggal bersama bapanya akan tetapi membatalkan hasrat beliau apabila dipanggil oleh penduduk kampung Guai untuk menetap di sini.
Di Kampung Guai beliau telah berkahwin dengan Cik Putih anak kepada Imam Kassim bin Koming yang merupakan imam tua di kampung tersebut,beliau juga berkahwin dengan isteri keduanya orang kampung Paya Kecil.
Beliau mendirikan pondok di tapak balai raya kampung Guai dan juga sebuah masjid di situ. Oleh kerana beliau terkenal dengan kealimannya maka ramailah penduduk sekitar yang datang mengaji ke Guai antaranya Bilal Ahmad, bapa kepada Tuk Empat Omar. Anak muridnya datang dari Bera,Lebak,Batu Papan sehingga ke Buntut Pulau

.Imam Awang bin Imam Kassim (1920an
.Tuan Imam Haji Abdul Kadir bin Long
Bapa tokoh ini berasal dari Kampung Pulau Tawar Jerantut, datang ke Kampung Guai untuk menuntut ilmu dari Tuan Guru Haji Semaun. Setelah habis mengaji bapa beliau berkahwin dengan seorang wanita penduduk Kg Guai yang bernama Juriah.
Sejak kecil beliau menuntut ilmu dari Tuan Guru Haji Semaun,bapa beliau seorang yang cintakan agama sehingga semua anak-anaknya disuruh mengaji ilmu agama dan menjadi orang yang alim seperti Tuan Haji Sham,Lebai Husin dan Mak Cu Busu merupakan guru quraan di Kampung Guai.
Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Kelantan dan Patani selama lebih sepuluh tahun. Beliau sangat alim di dalam ilmu keagamaan,setelah tamat pengajian beliau di Patani, Haji Abdul Kadir di panggil oleh Kadi Kuala Lipis pada masa itu membantu beliau mengajar di pondok Kampung Tanjung Besar di Kuala Lipis.
Beliau tinggal di Tanjung Besar sejak dari tahun 1926 hingga ke awal perang Jepun dalam tahun 1940,kemudian beliau kembali ke Kampung Asalnya di Guai dan membuka pondok pengajian dimana beliau sebagai pengetuanya sehingga ke tahun 1950.

.Tuan Guru Haji Abdul Majid bin Buyong (1910-1956)
Tuan Guru Haji Abdul Majid bin Buyong al Hafiz,meninggal pada tahun 1956, Berasal dari Ulu Langat Selangor,Beliau berketurunan dari suku Mendailing, apabila usianya remaja dihantar oleh kedua orang tuanya menghafal al Quraan di Kelang, setelah tamat pengajian di Kelang menyambung pengajian di Kedah. Setelah tamat di Kedah,Tuan Guru merasa tidak puas hati dengan ilmu yang ada datang ke Pondok Benut Payung untuk belajar di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sekitar awal tahun 1940an.
Di Kelantan,Tuan Guru bertemu dengan ramai pelajar dari Pahang terutama dari Kampung Guai,Tuan Guru juga sempat bertemu dengan Tuan Guru Haji Hasanuddin Mohammad dari Kampung Berhala Gantang. Setelah hampir 5 tahun di Kelantan, Tuan Guru Haji Majid berhasrat untuk ke Mekah,akan tetapi beliau telah dipelawa oleh rakan-rakannya dari Kampung Guai untuk membuka pondok di kampung ini. Hasrat itu disambut oleh beliau dengan senang hati.
Di Guai beliau berkahwin dengan Cik Nah mendapat tiga orang anak: En Ismail,Ustaz Abdul Aziz dan Salamiah.Isteri kedua bernama Badariah bte Hashim, mendapat dua orang anak: Ustaz Ishak dan Ustazah Rubiah (UKM), Isteri kedua Tuan Guru adalah berasal dari keturunan Cina yang memeluk Islam terkenal dengan panggilan "Tukang Hashim", beliau pandai membina rumah;antara pekerjaan utama beliau mengambil upah membina masjid. Kesemua anak Tuan Guru tinggal di luar Kampung Guai.
Tuan Guru memulakan pondoknya di satu kawasan yang berhampiran dengan Sungai Pahang di atas tapak seluas setengah ekar,maka didirikan sebuah bangunan dan dibuatkan sebuah rumah untuk beliau. Sebuah surau didirikan di sebelah hulu masjid bagi tujuan mengajar dan latihan solat jemaah, dari surau ke rumah Tuan Guru dibuat satu titian yang panjang supaya memudahkan tuan guru datang ke surau pada waktu solat.Pondok ini mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat.Menurut En Mohamad bin Mat Taib, sambutan penduduk tempatan terhadap pondok ialah kerana ketika itu zaman dharurat,maka sebahagian penduduk kampung Lebak,Tengguh,Mengkarak datang ke Kampung Guai meminta perlindungan dari Tuan Guru, Sdr Manaf Jepun yang menguasai kawasan Guai ketika itu sangat hormat kepada Tuan Guru Hj Majid dan memberi janji bahawa pasukannya tidak akan membuat kacau di Guai. Keistemewaan Tuan Guru,beliau tidak suka bercakap kosong atau sia-sia, jika tidak ada apa yang hendak diperbualkan maka beliau akan mengaji Quraan dengan kuat,biasanya jika ada jemputan kenduri maka dari penambang ke rumah yang dituju beliau akan diiringi oleh penyambut tetamu dari belakang dan di hadapan beliau akan mengaji al Quraan. Kemerduan suara Tuan Guru menarik hati penduduk setempat untuk semakin rapat kepada beliau.Tuan Guru juga mengadakan kelas Maghrib setiap malam di Masjid Beliau,kelas ini khusus untuk golongan dewasa. Setiap malam di adakan kelas Tafsir,Fekah,Tasawuff,Tauhid dsb, Bagi pelajar pondok pula kelas di adakan sesudah solat subuh dan sebelah pagi, mereka diajar mengikut peringkat kemampuan mereka. Di antara murid Tuan Guru yang masih hidup ialah: Abu Osman bin Abu Bakar (Lanjut),Abdul Wahab bin Osman(Guai),Hj Ahmad bin Chik (Guai),Mat Sham(Buntut Pulau),Ustaz Hj Idris bin Omar(UKM)Usia Tuan Guru tidak panjang, dalam umurnya lebih kurang 46 tahun beliau meninggal dunia.
. Lebai Jaafar bin Abdul Majid ( - 1962)
Tuan Guru Haji Abdul Majid digantikan oleh Lebai Jaafar bin Abdul Majid,Beliau adalah berasal dari Kampung Kerdau, mendapat didikan awal dari Tuan Guru Haji Ibrahim,Bukit Ketumbit Kerdau dan Tuan Guru Haji Bakar Lagu. Beliau merupakan murid Tuan Guru yang paling cerdik dan mempunyai suara yang sangat merdu terutama apabila membaca al Quraan dan berzanji.Dengan kebolehan ini maka beliau dilantik menjadi Mudir mengantikan Tuan Guru. Usia beliau juga tidak panjang, ini kerana setelah berkahwin kesihatan beliau tidak begitu baik dan selalu sakit-sakit. Keadaan ini menyebabkan madrasah tidak terurus dengan baik dan sempurna.ramai pelajar mula lari meninggalkan sekolah.
Setelah empat tahun menjadi mudir di sekolah ini beliau kembali ke rahmatulllah. Antara adik beradik beliau yang dikenali ialah Sdr Yusuf Majid(bekas suami kepada seniwati Sarimah)

. Tuan Guru Hj Ahmad bin Hj Chik (1935 - )
Lebai Jaafar digantikan pula oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Chik yang mentadbir sekolah ini dari tahun 1961 sehingga 1998, Tuan Guru Hj Ahmad dilahirkan di Kampung Teluk Sentang Mk Sanggang pada 22.9.1935Pendidikan awal di Sek Melayu Kg Sanggang,kemudian di Sekolah Melayu Kg Teluk Sentang . Kemudian beliau dihantar mengaji ke Kampung Guai di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Majid pada tahun 1949 hingga ke tahun 1954, setelah tamat di Sekolah ini beliau menyambung pengajian di Sek Men Agama Arjunid di Singapore . Kemudian Tuan Guru mendapat tawaran belajar di Kolej Islam Kelang di Selangor. Di sana pengajian hanya sempat dihabiskan selama setahun sahaja kerana kekurangan perbelanjaan. Akhirnya beliau kembali ke kampong halamannya dengan hati yang berduka lara.
Pada bulan Januari 1961 telah datang dua orang dari Kampung Guai ke rumah beliau di Teluk Sentang menjemput Tuan Guru datang ke Guai untuk mengantikan Tuan Guru Haji Jaafar. Kedua yang datang itu ialah Ketua Kampung Guai, Tuk Empat Salehuddin dan Ustaz Abdul Rahman bin Haji Kadir. Bermula pada 8hb Jan 1961 maka Tuan Guru mulalah menhidupkan Sekolah Menangah Agama Al Ittifaqiyyah,Kg Guai dengan bersungguh-sungguh hingga dapat melahirkan sebilangan ramai anak murid yang berpendidikan tinggi dan berjaya.Bermula dengan sistem pondok kemudian terus kepada sistem sekolah agama moden yang mana sekolah dilengkapi dengan kemudahan asrama dan bilik kelas yang teratur. Dengan usaha Tuan Guru bermula dari tapak seluas setengah ekar sehingga hari ini jumlah keseluruahan tapak sekolah seluas 12 ekar, terletak di atas kawasan bukit yang cantik pemandangannya.Sekolah Men Agama Al Ittifaqiyyah di ambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1998 kerana memandangkan negeri ini masih kekurangan sekolah agama kerajaan negeri dengan itu maka jumlah sekolah Kerajaan Negeri Pahang sebanyak 18 buah. Perjuangan beliau untuk menghidupkan sekolah ini merupakan satu perjuangan yang lama dan sukar, ini kerana kedudukan sekolah ini jauh dari arus perdana, akan tetapi hampir lebih 50 orang bekas pelajar sekolah ini berjaya di dalam pendidikan antaranya Tuan Haji Abdul Rahman Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Pahang, Penceramah terkenal Ustaz Mahmud Mat.
Tuan Guru berkahwin dengan Rahmah bt Ismail ,isteri beliau merupakan cucu kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah. Di Kampung Teluk Sentang terdapat ramai adik beradik kepada Kadi Ibrahim sebapa , Dari hasil perkahwinan ini beliau memperolehi tiga orang anak; Ustaz Faisal bin Hj Ahmad, Ustazah Salwa bin Haji Ahmad dan Muzammil bin Haji Ahmad.

Rabu, 10 Ogos 2011

RIWAYAT AWAL KAMPUNG KUALA ATOK





RIWAYAT AWAL KAMPUNG KUALA ATOK

Oleh:
Hasanuddin bin Md Isa







1. Pendahuluan
Saya menulis riwayat ini untuk menjadi ingat-ingatan kepada ahli keluarga saya yang menetap di dalam wilayah Kuala Atok dan juga kepada yang sudah berhijrah keluar dari kampong tercinta itu. Riwayat Kampung Kuala Atok merupakan riwayat cakap dengar yang saya peroleh semasa mendiami kampung tersebut 1961 hingga 1990. Selain itu terdapat catatan daripada beberapa teremba (catatan salasilah) yang menjadi rujukan.
Dalam menulis riwayat awal kampong Kuala Atok ini, saya merujuk pengkisahan yang diceritajab oleh bapa saya Al-Marhum Hj. Md Isa bin Omar bin Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu Terap) sebelum kewafatannya pada 1981 yang lalu. Semasa peristiwa berjaga masjid pada tahun-tahun 1980-an juga disebabkan ada kegiatan membakar masjid di negeri Pahang, sempat juga saya mendengar akan hal bermulanya kehidupan di Padi Setempat dan Bukit Setugal daripada Imam Mohd Nor binti Hjj. Sara binti Hj. Sulaiman bin Kulah binti Nica binti To Aya bin Tok De binti Itam Mas Pahang binti Tok Kaya Ibrahim dan Abdullah bin Monek bin Tok Kembar bin Tok Amit bin Tok Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lela bin Tok Yop bin Embong Pian bin Muhamad bin Tok Panglima Hang Tuah. Selain itu dapat juga saya menyemak cerita-cerita yang saya peroleh itu dalam pertemuan saya dengan Haji Abdul Rahman @ Pakwe gedompong binti Wah binti Ismail bin Hj. Mat Sidek binti Itam mas Pahang binti tok Kaya Ibrahim sekitar tahun 1987 di rumah di Kg. Tersan, Raub.

2. Asal datangnya penduduk
Lembahan Sungai Lipis bermula daripada Kaki Gunung Lipis di sempadan negeri Perak sehingga ke Kuala Sungai Lipis di pertemuannya dengan Sungai Jelai. Pada zaman pemerintahan Melaka 140M0 - 1511M, kawasan ini masih tiada penghuni. Penghijrahan orang-orang dari Melaka ke Pahang secara beransur-ansur telah menjadi penghuni kawasan-kawasan lembahan sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis.

3. Penerokaan Lembahan Sungai Lipis
Tidak dapat dipastikan setepatnya tarikh bila lembahan sungai Lipis mulai di diami. Namun begitu dalam Sejarah Negeri Pahang, Mukim Budu sudah dicatat sudah didiami sedemikian lama. Kawasan ini di bawah pengaruh Maharaja Perba Jelai yang mula bertapak pada 1567M. Dalam pentadbiran negeri Pahangm seorang penghulu bertaraf orang kaya berlapan dilantik mengetuai mukim ini. Dengan terbukanya kawasan Budu , secara beransur-ansur lembahan sungai Lipis mula diteroka sehingga terbangunnya Mukim Sega Lama. Di antara Mukim Budu dan Mukim Sega Lama ini mulalah penghijrah ini membuka kampung-kampung kecil untuk didiami.

i. Padi Setempat
Salah sebuah kampung yang dibuka di antara Mukim Budu dan Mukim Sega Lama ini ialah Padi Setempat. Lokasinya ialah di tepi tebing Sunggai Lipis di hulu sedikit dari lubuk yang dalam dipanggil ' Lubuk Benggali '. (Pengarang tidak pasti kenapa dipanggil lubuk benggali). Dari tebing Sungai Lipis menganjur ke tanah permatang terdapat lembahan pamah yang sesuai dibuat tanah paya dan tapak rumah kediaman.
Tidak dapat dipastikan orang pertama yang meneroka Padi Setempat. Namun begitu, pada tahun-tahun 1960 , terdapat beberapa rumah yang masih berada di sekitar kawasan tersebut. Antaranya dimiliki oleh Idris anak Doh anak Yong anak Khatib Ipeh anak Imam Long, rumah Jemilah anak Seoma anak Khatib Hijau anak Kumin anak Embong Saedah anak Mohd Amin anak Tok Malek, rumah Lebai Hasan anak Timah anak Hj. Derapor anak Imam Long.

Di kawasan Padi Setempat, penduduknya mengusahakan tanaman padi tahun untuk sumber makanan. Selain mencari binatang-binatang hutan dan sungai sebagai lauk pauk, mereka juga mengusahakan tanaman jagung di kaki bukit tanah paya mereka.

ii. Bukit Setugal
Oleh kerana belahan Sungai Lipis sentiasa dibanjiri air setiap kali tibanya musim tengkujuh, maka kawasan Padi Setempat akan digenangi air. Untuk itu perlu ada kawasan yang selamat untuk tempat tinggal sementara pada waktu banjir itu. Selain itu, usaha menambah rezeki tidaklah boleh bergantung kepada tanah paya semata-mata. Maka penduduk Padi Setempat bergotong-royong menebang pokok besar dan menebas semak samun hendak dibuat cherang bagi tujuan bercucuk tanam.
Memandangkan kawasan kaki paya hingga ke permatang bukit itu tidaklah terlalu luas, maka diusahakan kawasan itu secara beramai-ramai dengan menugal jagung. Setiap keluaga diperuntukkan setahil benih jagung. Dalam kerja berderau mengusahakan kebun jagung itu, terbitlah pakatan menamakan kawasan kebun mereka itu sebagai Bukit Setahil tugal atau Bukit Setugal.

iii. Pembukaan Kuala Atok, Bukit Atok dan Merang

Sekitar tahun 1800, penduduk di sekitaran Padi Setempat semakin ramai. Mahu tidak mahu perlu diteroka tanah hutan yang lebih luas untuk kediaman. Berlakulah pakatan untuk mengagihkan kawasan penempatan mengikut ahli kekeluargaan yang rapat.




a. Kampung Kuala Atok, Bukit Atok dan Kampung Sekolah

Oleh Imam Long bin Tok Sabudin, diajaknya anak-anaknya iaitu Hj. Derapor, Khatib Ipeh, Yat dan Dayang membuka jaluran pematang dari Bukit Setugal menuju ke air mudik. Kerja meneroka hutan itu berhenti di satu tempat disebut ' Kubang Sawa' (simpang empat kuala atok - dekat masjid baru)

Ada pun nama Kuala Atok itu diambil sempena sungai tempat mandi manda Imam Long bin Sabudin bin Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chandak binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim (Budu). Ada pun tanah paya di seberang Sungai Atok itu cantik juga untuk bertanam padi dan diminta oleh adik beliau bernama Tok Tehh bin Tok Sabudin untuk diteroka dan dijadikan kampong halaman. Diteroka oleh Tok Tehh dan anak-beranaknya dijadikan kampong halaman lalu dipanggil kawasan itu ' Bukit Atok'.

Setelah Kampung Bukit Atok itu didirikan, maka akan Tok Yat bin Imam Long ingin pula membuka kampong halaman di sebelah kampong Bukit Atok itu. Lalu diteroka pula kampong bersesuaian dengan keperluan anak beranaknya Setelah sekolah kebangsaan Kuala Atok didirikan pada tahun 1910, dikenali kawasan kampong itu sebagai
KAMPUNG SEKOLAH.

b. Kampung Merang
Dalam perkembangan seterusnya Kampung Kuala Atok ini, Tok Sitam bin Janai bin WanHusin (Tok Dahalek) bin Tun Salehuddin bin Rasa Muzafar bin Raja Ahmad bin Raja Zainal bin Raja Husin (Sultan Alaudin Ri'ayat Shah - Raja Melaka) membuka pula kawasan di hulu sebatang alor menuju ke kawasan bukit. Semasa kerja-kerja membuka penempatan itu terlalu banyak binatang ' Merang ' terdapat di kawasan sungai. Lalu sepakat mereka menamakan kawasan itu sebagai ' Kampong Merang.'

c. Kampung Paya Peranggan dan Kampung Olok Empang.

Berlakunya perang saudara di Selangor kira-kira pada tahun 1873 ramai penduduk di mukim Sega yang dipanggil berkhidmat menjadi panglima perang. Antara mereka ialah Tok Juan bin Imam Muhamad Keramat Budu Terap, Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad , Tok Keli bin Mohd bin Tok Aya bin Tok De . Tok Juan memimpin Sayap Kiri, Abdul Rahman memimpin Sayap kanan menuju ke Kuala Kubu dan Tok Keli bersama-sama Hj. Mohd Nor menuju ke Ulu Kelang.

Setelah tamat perang sekitar 1884 dan kalahlah pihak Raja Mahadi, maka baginda Sultan Ahmad menangguhkan pengunduran pulang pasukan Pahang di Kuala Kubu. Ini bertujuan supaya dapat dikutip cukai bagi membayar belanja perang. Mana-mana penduduk yang gagal membayar cukai dijadikan hamba kerahan kepada panglima perang untuk bekerja di Pahang.

Dalam hal ini, Tok Juan bin Imam Muhamad yang menjadi Ketua Sayap Kiri pasukan Pahang dianugerah 40 orang hamba. Hamba-hamba ini dikerah membuka kampong yang kemudiannya dikenali sebagai PAYA PERANGGAN.

Akan hal Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad, dia juga seperti bapanya membawa pulang hamba dan membuka pula kampong di kawasan tanah berselut di hulu (Kg. Sekolah) . Dibuatnya empang kecil untuk tujuan mengairi kawasan paya dan di hilir empang itu dibangunkan kampong halamannya. Dengan kerjasama hamba kerahan dan penduduk kampong Kuala Atok, dibina saliran parit dari olok empang menuju ke Bukit Atok. Satu lagi saliran ialah dari Gambut menuju paya peranggan. Setelah selesai kerja-kerja membina kampong itu, Tok Juan dan Tok Abdul Rahman membebaskan hamba kerahan itu. Pulanglah mereka semula ke Kuala Kubu dan ada juga hamba kerahan perempuan yang diambil oleh penduduk Kuala Atok sebagai isteri.


Melantik Ketua Kampung

Sehingga tahun 1888, sealam-alam Kuala Atok itu menjadi sangat luas. Apabila Tok keli memegang jawatan Pembesar Berlapan Mukim Sega, maka dikeluarkan arahan melantik ketua kampong Kuala Atok bagi memudahkan urusan berkerajaan di Pahang.

Maka akan penduduk Kuala Atok memandang hal ini juga penting. Untuk melantik seorang ketua perlu banyak perkara yang dipertimbangkan. Terlebih lagi sang ketua ini perlu sangat-sangat dipercayai oleh Penghulu Mukim Sega yang menjadi Penghulu Raja Pahang.

Maka pada waktu itu tidaklah ada tokoh yang rapat dengan Tok Keli dari segi kekeluargaan melainkan anak sepupu Tok Keli yang bernama Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu Terap) . Dalam jalur keturunan lain dapat dibaca sebagai Abdul Rahman binti Mastera binti Uji bin Ngah Janggut bin Tok Aya bin Tok De binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim (Budu ).

Setelah Tok Abdul Rahman ini meninggal dunia sekitar tahun 1920-an, maka sepakat pula penduduk Kuala Atok mengangkat tokoh kedua menjadi ketua kampong iaitu Bilal Ibrahim bin Yat bin Imam Long bin Sabudin bin Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chandak binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim (Budu). Dapat dibaca juga jalur keturunannya seperti berikut. Bilal Ibrahim bin Yat binti Imam Long binti Embong Saedah bin Tok Mohd Amin (Keramat Bukit Tersan) bin Abdul Malik Tok Malek bin Tok Mat Saleh bin Ngah Endek bin Mohd Ali Jaafar Sidek. Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad baginda Demu binti Seri Dewi bin Tok Panglima Hang Tuah



Rabu, 25 Mei 2011

Sejarah Pulau Tawar Penuh Warna Warni




Sejarah Pulau Tawar sangah indah , penuh seni dan warna warni . Dulu Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang . Peta jerantut tak wujud lagi tapi Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang ni , Pulau Tawar , Budu , Jempol , Chenur , Semantan , Bukit Betong memang terkenal dulu . Tok Gajah memerintah 1/3 dari daerah Ulu Pahang dari Pulau Tawar . Jajahan Pulau Tawar dari Burau sampai ke Budu . Hebat sungguh Pulau Tawar di awal tahun 1800-an dulu hingga awal 1900an dulu . Taliair pertama dibina di Pahang pun di Pulau Tawar (klik sini empang salan). Clifford , Rodger dan semua residen dan pegawai kanan British Negeri Pahang pernah sampai dan tinggal di Pulau Tawar . Dulu Pulau Tawar memang kaya , paya dia luas , Dulu orang Pulau Tawar semangat juang dia tinggi . Dulu masa orang Lepih, orang Bentong , orang Raub , orang Tembeling bersekutu dengan British , orang Pulau Tawar bersama dengan orang Semantan dan orang Jempol mengangkat senjata menentang British .

Tapi sejarah Pulau Tawar juga menunjukan memang Pulau Tawar tiada pemimpin berkaliber sejak Mat Kilau dan Tok Gajah lari meninggalkan Pulau Tawar . Semua pemimpin Pulau Tawar bermula era Tok Gajah adalah pemimpin import . Tok Gajah diimport dari Budu . Mat Kilau diangkat jadi pemimpin sebab dia anak Tok Gajah . Sejarah orang Melayu dulu-dulu amat menghormati keluarga pemimpin dan kepimpinan adalah diwarisi . Sebab itu orang Pulau Tawar patuh dengan Mat Kilau . Kalau Mat Kilau tak menentang Ingeris dulu mungkin sejarah Jerantut bukan seperti sekarang ini . Mungkin Jerantut tak wujud sekarang ini , mungkin Pulau Tawar la pusat bandar Jerantut sekarang ini . British pinggirkan Pulau Tawar sebab Pulau Tawar kuat menentang British dan kuat mempengaruhi Sultan. Sultan Pahang pernah bersemayam di Pulau Tawar. Sultan Pahang tak suka British jajah Pahang tapi Sultan terpaksa terima juga nasihat British atas desakan Johor . Sebab itu Sultan lari dari Pekan ke Pulau Tawar untuk jarakkan diri dari penasihat british . Sultan tahu orang Pulau Tawar sanggup mati untuk jaga Sultan . British tahu kalau Sultan , Tok Gajah , Mat Kilau serta Datuk Bahaman selalu bersama maka British akan di halau dari Pahang . British tak nak Sultan terpengaruh dengan nasihat Tok Gajah sebab itu Bristish paksa sultan pindah balik semula ke Pekan dan fitnah Tok Gajah sebagai penderhaka.

Mungkin ramai yang salahkan Mat Kilau sebab Mat Kilau lah yang menyebabkan Pulau Tawar tak maju sekarang ini.Mat Kilau menyusun gerakan menentang British di Ulu Pahang ini dari Pulau Tawar . Peperangan di Batu Balai , Cheka , Kuala Tembeling , Lubuk Ampai diterajui oleh Mat Kilau dan orang Pulau Tawar dengan bantuan orang Budu dan orang Semantan . Orang Tembeling , orang Batu Balai tak ikut serta dalam perang menentang British ni . Kalau adapun secara sembunyi-sembunyi takut berterang-terangan . Orang Pekan dan orang Lipis pula secara terang-terangan bersekutu dengan British menentang Tok Gajah , Mat Kilau dan Datuk Bahaman sehingga memaksa Tok Gajah , Mat Kilau , Datuk Bahaman dan pengikut lari ke Perak , lari ke Terengganu dan Kelantan Dengar ceritanya Tok Gajah meninggal dunia dan disemadikan di Kg Kuala Nering , Terengganu sementara Datuk Bahaman di tangkap di kelantan dan dibuang daerah ke ChiangMai bersama pengikutnya . Dengar cerita juga Raja Siam sgt kagum dan telah menganugerahkan Datuk Bahaman dan pengikutnya sebuah kampung di Chiang Mai untuk diduduki sepanjang tempoh buangan . Dengar ceritnya juga Datuk Bahaman telah meninggal dunia di Chiang Mai dan di semadikan berdekatan dengan Stesyen Keretapi Lampang, Chiang Mai Thailand . Cucu cicit nya sekarang menetapnya disana di Kampung Chulabhorn Patana 12.
Blog WZWH ada sentuh pasal UMNO Pulau Tawar (sini) . Dulu Bila WZWH sentuh pasal Pulau Tawar Cikgu Pian marah sebab dia kata dia keturunan Pulau Tawar (sini) keturuanan Pulau Tawar tak boleh diusik nanti mengamuk .

Tapi dalam orang selalu kaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau , sebenarnya sejarah Pulau Tawar melebihi sejarah Mat Kilau . Sebelum Tok Gajah datang , Pulau Tawar dah maju . Kedatangan Tok Gajah sebenarnya hanya merangsangkan lagi kemajuan Pulau Tawar . Masjid Pulau Tawar tempat Mat Kilau membuat pengistiharan itu dah ada sebelum Tok Gajah datang ke Pulau Tawar . Pemimpin tempatan Pulau Tawar dah ada sebelum Tok Gajah turun dari Budu mengambil alih kepimipinan Pulau Tawar . Kedatangan Tok Gajah menghakis kepimpinan tempatan . Tapi dasar orang Pulau Tawar menghormati raja . Orang Pulau Tawar menerima siapa sahaja kepimpinan yang disuakan kepada mereka . Sehingga sekarang pun begitu juga , siapa sahaja disuakan sebagai pemimpina di Pulau Tawar diterima walaupun penerimaan tersebut semakin lama-semakin terhakis .

Sudah sampai masanya orang Pulau Tawar warna warnikan semula Pulau Tawar yang suram ini dengan melahirkan kepimpinan berkaliber . Bukan setakat untuk memerintah Pulau Tawar sahaja tapi terus kedepan mewarnakan Pahang dan seterusnya Malaysia . Pulau Tawar perlu lahirkan pewira yang berjuang untuk rakyat dan agama bukan setakat pejuang perut sendiri . Pulau Tawar tidak boleh lagi melahirkan pengkhianat bangsa sendiri . Kepimpinan Pulau Tawar perlu hapuskan perasaan hasad dengki . Selagi perasaan hasat dengki ada dalam hati kepimpnan Pulau Tawar selagi itulah Pulau Tawar tetap suram . Kepimpinan Pulau Tawar perlu mengalakan anak-anak Pulau Tawar untuk maju dalam segala segi yang tidak bertentangan dengan agama islam . Jangan ada halangan-halangan dari kepimpinan Pulau Tawar untuk anak-anak buah berusaha untuk maju . Jangan sesekali ada halangan politik . Yang perlu ada ialah galakan demi galakan tanpa dipengaruhi oleh kekangan politik . Biarlah anak-anak Pulau Tawar menjadi ahli dan menyokong politik mana pun tapi jangan sesekali ada dari kalangan kepemimipin Pulau Tawar yang menjadikan politik sebagai batasan yang menghalang kemajuan anak-anak Pulau Tawar dalam segala bidang yang mereka ceburi .

Sejarah Pulau Tawar Penuh Warna Warni

Sejarah Pulau Tawar sangah indah , penuh seni dan warna warni . Dulu Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang . Peta jerantut tak wujud lagi tapi Pulau Tawar ada dalam peta negeri Pahang ni , Pulau Tawar , Budu , Jempol , Chenur , Semantan , Bukit Betong memang terkenal dulu . Tok Gajah memerintah 1/3 dari daerah Ulu Pahang dari Pulau Tawar . Jajahan Pulau Tawar dari Burau sampai ke Budu . Hebat sungguh Pulau Tawar di awal tahun 1800-an dulu hingga awal 1900an dulu . Taliair pertama dibina di Pahang pun di Pulau Tawar (klik sini empang salan). Clifford , Rodger dan semua residen dan pegawai kanan British Negeri Pahang pernah sampai dan tinggal di Pulau Tawar . Dulu Pulau Tawar memang kaya , paya dia luas , Dulu orang Pulau Tawar semangat juang dia tinggi . Dulu masa orang Lepih, orang Bentong , orang Raub , orang Tembeling bersekutu dengan British , orang Pulau Tawar bersama dengan orang Semantan dan orang Jempol mengangkat senjata menentang British .

Tapi sejarah Pulau Tawar juga menunjukan memang Pulau Tawar tiada pemimpin berkaliber sejak Mat Kilau dan Tok Gajah lari meninggalkan Pulau Tawar . Semua pemimpin Pulau Tawar bermula era Tok Gajah adalah pemimpin import . Tok Gajah diimport dari Budu . Mat Kilau diangkat jadi pemimpin sebab dia anak Tok Gajah . Sejarah orang Melayu dulu-dulu amat menghormati keluarga pemimpin dan kepimpinan adalah diwarisi . Sebab itu orang Pulau Tawar patuh dengan Mat Kilau . Kalau Mat Kilau tak menentang Ingeris dulu mungkin sejarah Jerantut bukan seperti sekarang ini . Mungkin Jerantut tak wujud sekarang ini , mungkin Pulau Tawar la pusat bandar Jerantut sekarang ini . British pinggirkan Pulau Tawar sebab Pulau Tawar kuat menentang British dan kuat mempengaruhi Sultan. Sultan Pahang pernah bersemayam di Pulau Tawar. Sultan Pahang tak suka British jajah Pahang tapi Sultan terpaksa terima juga nasihat British atas desakan Johor . Sebab itu Sultan lari dari Pekan ke Pulau Tawar untuk jarakkan diri dari penasihat british . Sultan tahu orang Pulau Tawar sanggup mati untuk jaga Sultan . British tahu kalau Sultan , Tok Gajah , Mat Kilau serta Datuk Bahaman selalu bersama maka British akan di halau dari Pahang . British tak nak Sultan terpengaruh dengan nasihat Tok Gajah sebab itu Bristish paksa sultan pindah balik semula ke Pekan dan fitnah Tok Gajah sebagai penderhaka.

Mungkin ramai yang salahkan Mat Kilau sebab Mat Kilau lah yang menyebabkan Pulau Tawar tak maju sekarang ini.Mat Kilau menyusun gerakan menentang British di Ulu Pahang ini dari Pulau Tawar . Peperangan di Batu Balai , Cheka , Kuala Tembeling , Lubuk Ampai diterajui oleh Mat Kilau dan orang Pulau Tawar dengan bantuan orang Budu dan orang Semantan . Orang Tembeling , orang Batu Balai tak ikut serta dalam perang menentang British ni . Kalau adapun secara sembunyi-sembunyi takut berterang-terangan . Orang Pekan dan orang Lipis pula secara terang-terangan bersekutu dengan British menentang Tok Gajah , Mat Kilau dan Datuk Bahaman sehingga memaksa Tok Gajah , Mat Kilau , Datuk Bahaman dan pengikut lari ke Perak , lari ke Terengganu dan Kelantan Dengar ceritanya Tok Gajah meninggal dunia dan disemadikan di Kg Kuala Nering , Terengganu sementara Datuk Bahaman di tangkap di kelantan dan dibuang daerah ke ChiangMai bersama pengikutnya . Dengar cerita juga Raja Siam sgt kagum dan telah menganugerahkan Datuk Bahaman dan pengikutnya sebuah kampung di Chiang Mai untuk diduduki sepanjang tempoh buangan . Dengar ceritnya juga Datuk Bahaman telah meninggal dunia di Chiang Mai dan di semadikan berdekatan dengan Stesyen Keretapi Lampang, Chiang Mai Thailand . Cucu cicit nya sekarang menetapnya disana di Kampung Chulabhorn Patana 12.
Blog WZWH ada sentuh pasal UMNO Pulau Tawar (sini) . Dulu Bila WZWH sentuh pasal Pulau Tawar Cikgu Pian marah sebab dia kata dia keturunan Pulau Tawar (sini) keturuanan Pulau Tawar tak boleh diusik nanti mengamuk .

Tapi dalam orang selalu kaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau , sebenarnya sejarah Pulau Tawar melebihi sejarah Mat Kilau . Sebelum Tok Gajah datang , Pulau Tawar dah maju . Kedatangan Tok Gajah sebenarnya hanya merangsangkan lagi kemajuan Pulau Tawar . Masjid Pulau Tawar tempat Mat Kilau membuat pengistiharan itu dah ada sebelum Tok Gajah datang ke Pulau Tawar . Pemimpin tempatan Pulau Tawar dah ada sebelum Tok Gajah turun dari Budu mengambil alih kepimipinan Pulau Tawar . Kedatangan Tok Gajah menghakis kepimpinan tempatan . Tapi dasar orang Pulau Tawar menghormati raja . Orang Pulau Tawar menerima siapa sahaja kepimpinan yang disuakan kepada mereka . Sehingga sekarang pun begitu juga , siapa sahaja disuakan sebagai pemimpina di Pulau Tawar diterima walaupun penerimaan tersebut semakin lama-semakin terhakis .

Sudah sampai masanya orang Pulau Tawar warna warnikan semula Pulau Tawar yang suram ini dengan melahirkan kepimpinan berkaliber . Bukan setakat untuk memerintah Pulau Tawar sahaja tapi terus kedepan mewarnakan Pahang dan seterusnya Malaysia . Pulau Tawar perlu lahirkan pewira yang berjuang untuk rakyat dan agama bukan setakat pejuang perut sendiri . Pulau Tawar tidak boleh lagi melahirkan pengkhianat bangsa sendiri . Kepimpinan Pulau Tawar perlu hapuskan perasaan hasad dengki . Selagi perasaan hasat dengki ada dalam hati kepimpnan Pulau Tawar selagi itulah Pulau Tawar tetap suram . Kepimpinan Pulau Tawar perlu mengalakan anak-anak Pulau Tawar untuk maju dalam segala segi yang tidak bertentangan dengan agama islam . Jangan ada halangan-halangan dari kepimpinan Pulau Tawar untuk anak-anak buah berusaha untuk maju . Jangan sesekali ada halangan politik . Yang perlu ada ialah galakan demi galakan tanpa dipengaruhi oleh kekangan politik . Biarlah anak-anak Pulau Tawar menjadi ahli dan menyokong politik mana pun tapi jangan sesekali ada dari kalangan kepemimipin Pulau Tawar yang menjadikan politik sebagai batasan yang menghalang kemajuan anak-anak Pulau Tawar dalam segala bidang yang mereka ceburi .

Khamis, 14 April 2011

RIWAYAT KETURUNAN TUN HJ. MUSTAPHA BIN RAJA KAMALA PENGHULU PERTAMA YANG MENGASAS TG. MALIM ATAU BERNAM

RIWAYAT KETURUNAN TUN HJ. MUSTAPHA BIN RAJA KAMALA PENGHULU PERTAMA YANG MENGASAS TG. MALIM ATAU BERNAM

Tanjung Jambu 1790 - Kg Kubu 1870 - Tanjung Malim 1876
Tanjong Malim,asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis.
Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 - 1870, bergelar menteri :
• Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Katib b Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Doba Dato’ Menteri Katib
• Dato’ Menteri Amin b Dato’ Menteri Doba
• Dato’ Menteri Mat Taya b Dato’ Menteri Amin

Tun Hj. Mustapha b. Raja Kamala atau dipanggil Penghulu Tua adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad pada masa itu.
Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Tun Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim.
Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato’ Hj. Mustapha juga dipanggil Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya.
Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Nagari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tg. Malim. Panglirna Kanan berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglirna Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tg. Malim, Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya. Bermakna adalah Dato’ Haji Mustapha sepupu dengan Hj. Abas b Hj. Siun dan Hjh. Rahmah bt Hj. Siun, ertinya isteri Hj Siun adik beradik dengan isteri Raja Kamala.
Oleh yang demikian, Tun Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini diambil sempena nama sebatang pokok yang bernama pokok Kelumpang dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan rurnahnya, masjid dan lain-lain dengan pengikutnya.Tempat itulah pekan Kalumpang sekarang.
Pada masa itu juga Bernam atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Selangor. Tun Hj. Mustapha dilantik sebagai Penghulu Bernam atau Tg. Malim yang pertama dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi assistant Penghulu Bernam.Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tg. Malim. Di sinilah kaitan Tg. Malim dan Kalumpang pada zaman tersebut.
Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut sungai, Tg. Malim jatuh dalam pemerintahan negeri Perak dan Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan Selangor sehingglah kini. Untuk mengingati atau mengenang jasa Tun HjMustapha, kerajaan Perak sudi dan bersetuju atas permintaan kaum kerabatnya menamakan jalan di kawasan Kg. Kubu itu laitu berhampiran kawasan stesen bas lama Tg. Malim, dinamakan Jalan Hj. Mustapha Bin Raja Kamala yang ada pada hari ini.
Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Tun Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy Ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi kuburTun Hj. Mustapha tanpa protokol di mana orang Tg. Malim dan Kalumpang berasa hairan mengapa Baginda ziarah? Jawabnya adalah kerana Tun Hj. Mustapha pernah jadi ketua orang Rao di Gali dan pengikut setia Tok Gajah. Almarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasa moyangnya Sultan Ahmad Shah pada zaman tersebut.
1876 – 1898
Yang Berusaha lagi Bijaksana Penghulu Tun Haji Mustapha b Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Sumatra Barat, Penghulu yang pertama Kg Kubu.

Sabtu, 26 Februari 2011

mencari susur galur nenek tupin

mencari susur galur nenek tupin



Assalamualaikum w.b.t

Semoga encik sihat.

Maaf mengganggu.Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai jalur keturunan saya,melayu rao.

Bapa saya Abdul Manaf.
Datuk saya Jaya.
Moyang saya Ali.
Ali pula ialah adik beradik dengan Supik dan Tupin(pembuka Kg. Dacing,Negeri Sembilan).Tupi datang ke Tanah Melayu bersama Pulasan.Saya difahamkan JARO ada membuat lawatan ke Kg Dacing.

Seperti Tupin dan Supik,Ali bapanya ialah Menang/Menang.

Disini,saya terfikir kemungkinan pihak tuan ada membuat pertukaran maklumat teromba ketika membuat lawatan di Kg. Dacing.

Maklumat yg saya dapati daripada cucu Pulasan,hanyalah sehingga Manang/Menang sahaja.Saya sehingga kini hanya mendapat beberapa fragmen sahaja.
1)makam Manang/Menang berada di Indonesia.Makam itu dijaga oleh orang mandailing.
2)Tupin pernah pulang semula ke Rao.Beliau kemudiannya singgah di Pagarruyung.
3)Tupin memiliki loket yg mencatatkan tarikh 1938.


Harap pihak tuan dapat mnyalurkan sebarang maklumat yg berkaitan.salam
"muhammad naim"

Ahad, 26 Disember 2010

Abdul Manaf b. Jaya b. Ali b. Manang

Abdul Manaf b. Jaya b. Ali b. Manang

Assalamualaikum w.b.t

Saya Muhammad Naim,buat masa sekarang saya sedang mencari silsilah keturunan ayah saya yang berketurunan Melayu Rao.Malangnya,sumber maklumat terhad.Saya amat-amat berharap pihak tuan dapat membantu kami.Kami merupakan Melayu Rao yang tinggal di Negeri Sembilan.

Menurut persemendaan ayah ialah
Abdul Manaf b. Jaya
Jaya b. Ali
Ali b. Manang

Maklumat kami terhenti setakat Manang sahaja,iaitu moyang kepada ayah(Abdul Manaf b. Jaya b. Ali b. Manang) saya.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasiah atas kesudian pihak tuan membaca e-mail kami. Besarlah harapan kami agar pihak tuan membantu kami dalam usaha kami ini.Segala usaha pihak tuan membantu pihak kami semoga diberkati Allah hendaknya...Amin...

Salam Ukhhuwwah...
"muhammad naim"

Khamis, 23 Disember 2010

BERITA:JEMPUTAN.

BERITA:JEMPUTAN.

Dijemput ke Mesyuarat Agung Badan Warisan Tok Shahrom, Tok Gajah (Imam Perang Rasu) Jerantut Pahang di Masjid Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut pada hari Ahad, 26 Disember 2010, jam 9 pagi hingga 2 ptg., Dijemput sekalian waris yang berkait dengan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau baik di Negeri Pahang mahupun di luar Pahang , saya sekadar memanjangkan jemputan ini

BERITA:JEMPUTAN.

BERITA:JEMPUTAN.

Dijemput ke Mesyuarat Agung Badan Warisan Tok Shahrom, Tok Gajah (Imam Perang Rasu) Jerantut Pahang di Masjid Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut pada hari Ahad, 26 Disember 2010, jam 9 pagi hingga 2 ptg., Dijemput sekalian waris yang berkait dengan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau baik di Negeri Pahang mahupun di luar Pahang , saya sekadar memanjangkan jemputan ini

BERITA:JEMPUTAN.

BERITA:JEMPUTAN.

Dijemput ke Mesyuarat Agung Badan Warisan Tok Shahrom, Tok Gajah (Imam Perang Rasu) Jerantut Pahang di Masjid Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut pada hari Ahad, 26 Disember 2010, jam 9 pagi hingga 2 ptg., Dijemput sekalian waris yang berkait dengan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau baik di Negeri Pahang mahupun di luar Pahang , saya sekadar memanjangkan jemputan ini

BERITA:JEMPUTAN.

BERITA:JEMPUTAN.

Dijemput ke Mesyuarat Agung Badan Warisan Tok Shahrom, Tok Gajah (Imam Perang Rasu) Jerantut Pahang di Masjid Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut pada hari Ahad, 26 Disember 2010, jam 9 pagi hingga 2 ptg., Dijemput sekalian waris yang berkait dengan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau baik di Negeri Pahang mahupun di luar Pahang , saya sekadar memanjangkan jemputan ini

Isnin, 13 Disember 2010

Tok Gajah


Tok Gajah

Gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang , Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ,nama sebenar beliau Imam Rasu bin Shahrum ialah ayahnda kepada Mat Kilau , beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala piul , dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa , dari Pedah sampai Tanjung Lindung juga Lembahan Sungai Budu di Lipis kedudukannya setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang , seorang pahlawan yang menentang kehadiran penjajah ke Tanah Melayu bersama Dato’ Bahaman dan pejuang - pejuang sezamannya yang di pimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895 , pada 1892 Inggeris mengeluarkan perintah tangkap pada Tok Gajah , menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan Kemudian ke Hulu Terengganu , meninggal dunia pada tahun 1901.Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering , Kuala Berang , Hulu Terengganu , Terengganu Darul Iman . Sila-silakanlah ke situ , tak ketemu tubuh badan pun , menziarah kuburnya sudah Alhamdullilah

Sejarah Mat Kilau anak Imam Rasu anak Tok Shahrom Rao, Temau, Raub, Pahang






Sejarah Mat Kilau anak Imam Rasu anak Tok Shahrom Rao, Temau, Raub, Pahang

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato' Bahaman .

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.
KEMUNCULAN MAT KILAU
• Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawardan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
• Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuahJawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Sethtelah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.
• Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahunbeliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Buduuntuk ditadbir oleh beliau..
• Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .
LATAR BELAKANG MAT KILAU
• Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
• Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
• Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
• Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.


ZAMAN KANAK-KANAK
• Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.
• Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.
• Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang terkenal di Pulau Tawar.
HOBI MAT KILAU
• Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
• Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.
• Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .
• Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.
• Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.
PERKAHWINAN MAT KILAU
• Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
• Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
ILMU YANG DIPELAJARI
• Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
• Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
• Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
• Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
• Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
SIKAP PERIBADI MAT KILAU
• Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
• Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
• Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
• Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya.
• Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
• Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
• The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".
• The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
• Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
KEMUNCULAN MAT KILAU

• Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
• Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
• Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
• Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
• Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
• Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
• Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
• Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
• Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran.
• Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR
• Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.
• Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan MelayuTok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.
• Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.
• Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.
• Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan olehImam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
• Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
• Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
• Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
• Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.
• Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.
• Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.
JEJAK MAT KILAU
Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna

JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.


Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.

Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.

Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.

Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.

Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantalmenggunakan rakit.

Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

LALUAN JEJAK MAT KILAU
Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.

1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raubhingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)

2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun keKampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.

Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.

Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.

Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.

KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU
Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.


9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai


Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris


13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)


22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.


Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.


Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan


Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan


Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat


Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan


Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling


14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)


6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana


Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang
MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA
Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.

Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah),yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

12 TAHUN ISYTIHAR DIRI
Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.

"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.

GURU SILAT
Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau,Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

CUBA BERI BAYANGAN
Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah

DEMIKIANLAH ADANYA KISAH MAT KILAU
Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Cucu ( Aki Md. Yunus B. Teh ) dan Nenek (Wan Sipah Bte Teh ) Ayahanda Cucu ( Jamaluddin Bin Md. Yunus) semuanya di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut dan Bonda Cucu (Kamsiah Bte Jamil) yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kenanga Jengka 7, Pahang. AMIN YA RAB BAL ALAMIN

PAWANG NONG ULU CHEKA (PAWANG ORANG RAO )


PAWANG NONG ULU CHEKA (PAWANG ORANG RAO )

Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Talib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Beliau telah dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Bt. Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Bt Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1 lelaki dan 2 perempuan).

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada tahun 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekak di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis di daerah ini.

Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.

Makam beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.

Pawang Nong atau juga dikenali dengan gelaran Awang Nong adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai ilmu persilatan Melayu serta ilmu perubatan tradisional yang tinggi sehinggakan pernah dicerita menerusi cerita lisan orang-orang tua dahulu bahawa beliau mempunyai ilmu kebal dan ketika penjajah ingin menebaknya peluru senapang hanya sekadar memasuki poket beliau sahaja tanpa dapat mencederakannya walau sedikit pun.

MAT KILAU PAHLAWAN MELAYU RAO PAHANG




MAT KILAU PAHLAWAN MELAYU RAO PAHANG

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU
Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU
Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.


ILMU YANG DIPELAJARI
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.


SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


KEMUNCULAN MAT KILAU

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

TOK GAJAH-Pahlawan Melayu Rao Pahang





TOK GAJAH-Pahlawan Melayu Rao Pahang

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.


Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.