Sabtu, 10 Januari 2009

Menjejak kasih ke tanah rao



Menjejak kasih ke tanah rao
Oleh: Marisma



Sepi berangkat ketika subuh,
Membuka masa yang kita kuncikan,
Dari sebuah kisah,
Nama di hujung musim,
Yang semakin jauh,
Kini kembali bertaut.
( cetusan rasa Ayahnda T. Puji )

Tarikh 26hb. Feb. 2002 tidak akan luput dari ingatan apabila rombongan keluarga kami dari Raub, Pahang seramai 42 orang telah menuju ke Padang Nunang Rao untuk bertemu dengan waris keluarga yang masih tinggal menetap di sana. Kami keluar memulakan perjalanan seawal jam 4.00 pagi dari Hotel Ambun Suri di Bukit Tinggi, SUMBAR dengan menaiki bas menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan yang berliku-liku dan melalui kampung-kampung yang damai dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas akhirnya kami sampai juga ke Padang Nunang sebuah kampung di daerah Rao jam 9.00 pagi dengan disambut secara meriah oleh penduduk-penduduknya dengan acara keramaian adat minang. Seterusnya kami telah di sambut oleh Duli Yang Dipertuan Padang Nunang bersama-sama Permaisuri yang kemudiannya mempersilakan semua anggota rombongan masuk kerumah beliau. Maka berpeluk-pelukanlah keluarga rombongan dengan keluarga di Padang Nunang ini kerana mereka tidak menyangka boleh berjumpa kembali selepas terpisah selama 200 tahun lebih. Waktu itu dapat dilihat kemesraan masing-masing yang melepaskan kerinduan kepada keluarga yang masih ada pertalian 3 atau 4 pupu. Kami juga telah dihidangkan dengan makanan-makanan tradisional Rao seperti Lemang, Rendang, Kelamai Jagung dan lain-lain kueh yang jarang dapat kami berjumpa.

Selepas keberangkatan tiba Sultan Pagaruyung serta Permaisuri dan Yang DiPertuan Gadih Gadang Pagaruyung serta ahli-ahli rombongan dari Istana Pagaruyung maka tepat jam 11.00 pagi, Majlis Adat Istiadat di mulakan dengan menjemput Duli Yang Mulia Sultan Pagaruyung memberi ucapan dan diteruskan oleh wakil dari Pahang iaitu YM Tengku Puji B. Tengku Abd. Hamid dan juga ucapan dari Yang Di Pertuan Padang Nunang. Selesai majlis pada jam 12.30 tgh kami telah dipersilakan ke majlis jamuan makan tengahari dan sudah pastinya hidangan 'Kosa' (Gulai Rebus) adalah salah satu menu wajib dalam majlis keramaian seperti ini.

Selesai jamuan makan dan setelah berehat sebentar beramah mesra dengan tetamu yang hadir maka tibalah saat kami meminta izin untuk beredar kerana meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia. Dimasa inilah kami dapat melihat kedua-dua belah pihak keluarga berpeluk-pelukan dengan airmata yang berlinangan... Jam 2.00 petang rombongan kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi selanjutnya ke Dumai. Sampai di Dumai jam 1.00 tengah malam, dan kami semua telah bermalam disini. Keesukan harinya kami melanjutkan perjalanan pulang dengan menaiki feri ke Melaka dan terus menuju balik ke Raub...

PENAKIK PISAU SERAUT,
AMBIL GALAH BATANG LINTABUNG,
SEDULANG JADIKAN NYIRU,
SETITIK JADIKAN LAUT,
SEKEPAL JADIKAN GUNUNG,
ALAM TERBENTANG JADIKAN GURU........

Dilahirkan di Ibu Kota Kuala Lumpur,
tatapi mambasa dikampuang halaman Ibu nan tacinto......
Pagaruyung Talatak Di Balai Janggo,
Tampek Bajalan Urang Baso,
Duduak Ket Kampuang Tiado Bandingannyo,
Hai... Sampai Bilo-Bilo Takanang Juo....

Rona roni kehidupan dihadapi dengan tabah dan cekal..
tapi ada juga masanya terpaksa mengalah dan bertahan....
Padang Nunang Rao Tuanku Mudo tinggakan,
Duduak sabanta di Sri Menanti,
Perjalanan hidupku telah ditakdirkan,
Apalah gerangan hikmah yang menanti.

Mencintai Sejarah dan Seni Budaya.....
Selingkar Kisah Datuk Paduka,
Melakar Sejarah Di Bumi Pahlawan,
Tuanku Nan Selapan Hebat-Hebat Belaka,
Bersatu Teguh Menentang Penjajahan.

Tok Gajah Pahlawan Gagah Perkasa,
Melawan Musuh Tiada Terkata,
Indahnya Budi Cantiknya Bahasa,
Sebahagian Seni Budaya Bangsa.......

Tiada ulasan: