Friday, 21 May, 2010 11:29 PM
From:
This sender is DomainKeys verified
"Akey Neet"
Add sender to Contacts
To:
ariselba@yahoo.com.sg
Assalamualaikum,
Saya Sulaiman bMuhammad berasal dari kg Guai Bera,Pahang. Saya menjumpai Blog tuan [TEROMBA AR-RAWI] ketika mencari2 kisah kedatangan orang2 Rawa ke Tanah Melayu. Apabila disebut dlm blog tuan 'siapa yang berasa dia berdarah rawa bolehlah berkongsi maklumat' [maaf saya tak merujuk kpd ayat yang sebenar] Maka saya yang hina ini rasa terpanggil untuk memberi info dan mendapay maklumat dari tuan.
Saya pernah dengar org2 tua di Guai ini berkata : "ORANG RAWA [mungkin satu jalur] KALAU NAK KAHWIN MESTI DATANG KE GUAI,KERANA DISINI INDUKNYA"
Lebih kurang tahun 1974 ayah saya Muhamad bin Hj Pin pernah berkata kepada saya (umur saya 12 tahun) " Kita ni keturunan Rawa sebelah, Minang sebelah" Ayah saya meninggal tahun 1977 (umur 85 th).Baru2 ni cucu saudara saya (Samsul) ada memberi kepada saya satu salinan 'terembe' - bahasa orang Guai-[teromba] keturunan saya [sulaiman -muhamad-Hj Pin-Awa [perempuan] - Komeng (yg dipercayai org rawa datang dari Pagaruyung- [Raja melukut- tidak terbaca pula saya tentang Raja Melukut ini dlm sejarah org Rao, mungkin samaran) Yang dipercayai orang Minang seperti kata ayah saya itu ialah Hj Ismail yang berkahwin dengan Awa anak kepada Komeng(bendahara) - yang saya nak tahu sangat siapa Komeng tu dan dari mana? [ Pagaruyung dan Rao sangat luas ]
Emak saya Leha bt Taib,pula berasal dari Gajah Mati/Batu Hampar (Mentakab), keluarga beliau bertaburan di Catin/Jambu Rupit (Mentakab), Kg Bolok (Langcang), BatuMalim - Keluarga PakNdak Tanjung -sudah meninggal (Raub). Menurut cerita mulut beliau kpd saya bahawa kami keturunan Tok Ombak. Menurut beliau Tok Ombak datang ke Kg Bolok membuang nama raja [Raja Ombak] dan juga memakai nama Tok Dagang- Wallahu 'A'Lam. Pertanyaan saya... Adakah Tok Ombak adalah orang yang sama denganTengku Umbak dari Roa ke Seri Menanti dan ke Raub. Di manakah makam/kubur Tengku Umbak? kerana kubur Tok Ombak ada di Bolok.
Maaf kan saya jika info di atas ada yang tidak tepat, saya perhatikan orang roa ini ada adat budayanya serta bahasa pertuturannya,maafkan saya sekali lagi jika saya hilang itu semua.... Saya akan berikan no h/p tuan kepada cucu saudara saya itu untuk tujuan perhubungan dan maklumat.
Terima kasih'
Salam Persaudaraan.
*Jika sudi balaslah emai lini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan