Selasa, 2 Jun 2009

DIASPORA RAO DI SEMENANJUNG MALAYSIA

DIASPORA RAO DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Afriadi Sanusi

Abstrak
Kertas kerja ini membahaskan tentang masyarakat keturunan Rao di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan, (library research) pengamatan, temu bual, dan kajian historis dengan menggunakan kaedah analisis data secara induktif, deduktif dan komparatif. Objek yang dikaji adalah dari berbagai-bagai-bagai aspek yang berkaitan dengan masyarakat keturunan Rao Malaysia. Seperti agama, budaya, bahasa,
adat resam dan sebagainya. Kajian ini hanyalah catatan awal atas
pengamatan penulis terhadap masyarakat keturunan Rao
di berbagai-bagai tempat Malaysia.Hasil kajian ini
diharap dapat memberikan suatu gambaran
yang jelas tentang identiti dan sumbangan
masyarakat Rao di Malaysia.


I. Pendahuluan

Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui
lagi Maha Mengenal. (QS.49:13)

Berbicara tentang masyarakat Rao Malaysia jangan dibayangkan dengan keadaan Malaysia yang sekarang ini. Menurut Jaringan Anak Rao Malaysia JARO yang bertugas mengumpulkan salasilah masyarakat Rao Malaysia, orang Rao telah datang ke tanah Melayu bermula semenjak abad ke 5 Masehi lagi. Akan tetapi penghijrahan secara besar-besaran dan terorganisir bermula semenjak abad ke 16, 17 dan abad 18. Data itu juga didukung oleh Tengku Lukman Sinar, seorang sejarawan yang berasal dari Rao yang sekarang berada di Medan . Menurutnya Orang Rao dan Kampar dulunya menetap di Sungai Itek Gopeng Perak, Manting Negeri Sembilan dan Raub Pahang pada abad ke 16.

Ini bermakna bahawa keadaan Malaysia sekarang sangat berbeda dengan keadaan Malaysia dizaman dulu. Belum ada KLCC, KLIA, Sepang dan bangunan tinggi lainnya ketika itu. Ini juga bererti bahawa masyarakat Rao memberikan sumbangan yang bererti dalam semua bentuk pembangunan di Malaysia yang ada saat ini. Belum ada Malaysia dan Indonesia ketika itu, sebab Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945 dan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Belum ada negara yang namanya Indonesia dan belum lahir kerajaan yang bernama Malaysia ketika masyarakat Rao datang ke Tanah Melayu ini waktu itu.

Keadaan dizaman itu sangat berbeda dengan keadaan Malaysia saat ini. Orang Rao pula tidak tinggal diperkampungan orang-orang tempatan, tetapi menetap dan membuka penempatan baru yang belum diterokai dan belum berpenghuni lagi. Membuka hutan, merodah donei, menyuluh arah, jalan beliku menurut lagu sekondakhati. Sejarah juga mengatakan bahawa masyarakat Rao menjadi pengasas perkampungan baru dan sebagai peneroka awal di beberapa tempat di tanah Melayu . Ia tidak sama dengan masyarakat Felda yang diberi berbagai-bagai kemudahan untuk meneroka perkampungan dan lahan pertanian. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelang sahaja memakan masa sehingga enam hari lamanya.

Di waktu itu Nusantara tidak dibatasi oleh sempadan dan batasan, bahkan penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah Nusantara biasanya di alu-alukan dan disambut bagaikan menyambut sang pahlawan. Ini kerana setiap negeri memerlukan orang ramai untuk membuka tapak-tapak pertanian yang baru untuk menukar hutan belantara menjadi perkebunan, morodah segala macam bahaya untuk mencari sumber kehidupan. Setiap negeri memerlukan ramai penduduk untuk meramaikan negeri dan menjaga keselamatan negeri.

Nenek penulis pernah bercerita, bahawa dizamannya dulu orang biasa sahaja memberikan tanahnya untuk orang yang baru datang ke tempatnya untuk lahan pertanian dan perumahan. Siapa yang rajin dan kuat anak cucunya nanti akan menjadi kaya dan senang lenang. Ini kerana tanah yang diberikan tiada batasan had tertentu, sekuat yang mampu menukar hutan belantara menjadi penempatan dan pertanian seluas-luasnya.

Ini juga kerana yang hijrah dan yang menerima penghijrahan itu memiliki identiti yang sama. Kesamaan dari segi alam, ekonomi, politik, dan sejarah masa lalu. bentuk tubuh, warna kulit, budaya, bahasa, agama dan berbagai-bagai kesamaan lainnya membuat mereka merasa bersaudara antara satu dengan lainnya. Belum ada mengenal sistem pasport, visa dan fiskal ketika itu. Asia Tenggara pula pernah menjadi sebuah kesatuan disaat permukaan air laut turun.

II. Beberapa Pengertian

a. Istilah diaspora
Penyebaran atau penaburan benih" untuk merujuk kepada bangsa atau penduduk etnis manapun yang terpaksa atau terdorong untuk meninggalkan tanah air etnis tradisional mereka; penyebaran mereka di berbagai bagian lain dunia, dan perkembangan yang dihasilkan kerana penyebaran dan budaya mereka. Pada abad ke-20 khususnya telah terjadi krisis pengungsi etnis besar-besaran, kerana peperangan dan bangkitnya nasionalisme, fasisme, komunisme dan rasisme, serta kerana berbagai bencana alam dan kehancuran ekonomi. Pada paruhan pertama dari abad ke-20 ratusan juta orang terpaksa mengungsi di seluruh Eropa, Asia, dan Afrika Utara. Banyak dari para pengungsi ini pergi ke benua Amerika .
Menurut Wan Ashari Wan Teh Diaspora melayu bererti perpindahan atau penghijrahan dari tempat asal Alam Melayu ke kawasan lain diluar alam melayu samada suka rela atau terpaksa. Diaspora juga bererti mereka yang berasal dari alam melayu tetapi telah berhijrah kekawasan baru bukan melayu . Sementara Diaspora Rao yang penulis maksudkan di sini adalah perpindahan Masyarakat Melayu Rao ke alam Melayu lainnya di Semenanjung Malaysia. Kalau sahaja saat ini dunia Melayu belum di pecah-pecah menurut persepsi dan konsep penjajah, maka penghijrahan masyarakat Rao ke semenanjung Malaysia ibaratkan perpindahan orang Kelantan ke Perak atau perpindahan orang Rao ke Medan saja.
b. Pengertian Hijrah

Hijrah bererti Pindah. Hijrah merupakan satu cara yang dilakukan oleh para nabi untuk melepaskan diri dari alam kebatilan dan kerusakan menuju kebaikan dan kehidupan yang lebih baik . Hijrah pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebanyak dua kali, pertama ke Tha`if dan kedua ke Madinah. Hijrah tidak berarti lari dari masalah, tetapi menyusun strategi baru untuk menuju ke langkah selanjutnya yang lebih baik.

Hijrah adalah sunnah yang harus ditempuh oleh setiap umat Islam disaat mereka menemukan hambatan spritual, ekonomi, sosial di tempat asalnya dan melihat ada peluang yang lebih baik ditempat lain. Hijrah dilakukan kerana dorongan iman atau percaya bahawa bumi Allah itu sangat luas. Maka dari itu konsekwensi dari berhijrah adalah iman dan berjihad, yakni memperjuangkan apa yang dipercayai itu.

Menurut Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, penghijrahan orang dari Sumatera ke tanah Melayu telah berlaku zaman berzaman dan jauh sebelum kedatangan Barat menjajah tanah Melayu. Ini bererti berbeda dengan penghijrahan kaum China dan India ke tanah Melayu yang dilakukan atas keinginan dan keperluan penjajah. Penjajah ketika itu memerlukan kaum China sebagai pedagang dan kaum India sebagai pekerja kebun. Penghijrahan masyarakat Rao pula adalah penghijrahan melalui proses hijrah semula jadi kerana adanya persamaan sejarah, antropologi, linguistic dan budaya antara masyarakat Rao dengan masyarakat tempatan. Masyarakat rumpun Melayu pula memiliki adat kebiasaan merantau untuk mempertingkatkan imeg, status, taraf sosial dan ekonomi individu dan masyarakat.

c. Hijrah Masyarakat Rao ke Tanah Melayu

Menurut Arisal BA, salah seorang keturunan dan pengkaji Rao Pahang mengatakan; Masyarakat rao datang ke tanah Malayu bermula abad ke 5 Masehi lagi terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas, kerana Tanah Melayu terkenal dengan Semenanjung emas. Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, pendekar, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri ;

1. Negeri Sembilan: Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melalui Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848)
2. Negeri Pahang: Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.
3. Negeri Selangor: Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenal pasti.
4. Negeri Perak: Penghijrahan melalui Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.
5. Negeri Kelantan: Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalui Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melalui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

d. Pengertian Rao

Rao pernah menjadi pusat kegiatan ekonomi yang menarik penduduk lain seperti mandahiling, Jawa, Minangkabau dan Belanda tertarik datang ke Rao pada zaman dahulu. Di Rao terdapat tambang emas terbesar di daerah Sumatera Barat pada zaman Belanda. Dobbin menceritakan dalam karyanya Kebangkitan Islam dalam Ekonomi Petani Yang Sedang Berubah, Sumatera Tengah 1784-1847. Keuntungan yang menumpuk pada tambang emas dilukiskan pada tahun 1838 dalam hubungan dengan penggalian kecil dalam tanah luapan banjir di dekat Rao di sebelah utara rantau Minangkabau. Ditempat ini keadaan para pekerjanya jauh lebih baik dari pada pekerja tambang . Keahlian menambang emas menjadi faktor penghijrahan masyarakat Rao ke tanah Melayu untuk memburu emas di samping faktor penyebab lain seperti perang Padri, ekonomi, kekeluargaan dan sebagainya.

Di Rao terdapat kebun kopi dan menjadi sentral produksi karet rakyat utama di daerah Sumatera Barat kebun getah yang diusahakan oleh Belanda pada tahun 1891. Tanggal 18 September 1953, sebuah surat kabar harian di Sumatera Barat menurunkan sebuah berita tentang sekitar hebohnya kedatangan penduduk pendatang dari Tapanuli Selatan kedaerah Rao yang datang ke Rao secara menyeludup, diam-diam dan mengambil tanah perkebunan getah yang ditinggalkan Belanda. Undri kawan penulis sejak kecil, menceritakan dalam tiga karya ilmiyah beliau dengan panjang lebarnya tentang konflik ini.

Dalam rapat KAN dibicarakan soal kehadiran masyarakat pendatang ke wilayah Rao-Mapat Tunggul. Pada rapat tersebut kemudian diputuskan bahwa penerimaan penduduk pendatang baru diterima setelah melaksanakan alur tata cara adat yang berlaku di daerah tersebut. Walaupun pada permulaannya, orang Mandailing yang datang ke daerah Rao Mapat Tunggul menimbulkan konflik, tapi kemudian kerana mereka mau menuruti adat istiadat yang berlaku di daerah Rao, oleh Basa nan XV diizinkan menempati daerah Rao yang merasa mungkin untuk bisa membuka lahan pertanian. Maka saat itu dibuat suatu kesepakatan antar orang Mandailing dengan orang Rao Mapat Tunggul yang dilukiskan sebagai berikut :

Sasangkak balam jo kititiran (Sesangkar balam dengan ketitiran)
Bacampua Melayu jo Mandailing (Bercampur Melayu dengan Mandailing)
Angguak di balam danguik di puyuah (Angguk di balam dengut dipuyuh)
Balam maangguak didahan kayu (Balam mengangguk didahan kayu)
Puyuah mandanguik di alang laweh (Puyuh mendengut di padang luas)
Samo mangaluah di atah bumi (Sama mengeluh diatas bumi)
Sando manyando kaduonyo (Sandar menyandar keduanya)
Bak aua jo tabiang (Seperti aur dengan tebing)

Ini merupakan kesepakatan antara orang Mandailing dengan Rao. Ternyata kesepakatan tersebut masih berlaku di Pasaman Timur. Adapun angguak dibalam, danguik dipuyuh adalah bagaimana pun tingginya adat Mandailing yang ada di daerah Minangkabau ini, harus tunduk pada panji-panji adat alam Minangkabau. Sedangkan sasangkak balom jo kititiran maksudnya orang Mandailing dan orang Minangkabau boleh tinggal di daerah yang sama, dengan adat istiadat yang berbeda.

Walaupun demikian halnya, dalam penyelesaian konflik yang terjadi disamping mengikutsertakan lembaga adat tapi juga pihak pemerintah. Ini dapat kita buktikan ketika terjadinya konflik antara orang Minangkabau dengan orang Jawa. Pada tahun 1949 orang Minangkabau merasa kuatir atas keberadaan orang Jawa menjelang penyerahan kedaulatan Republik Indonesia dari tangan Belanda ke Indonesia. Timbul perselisihan pendapat antara penduduk asli dengan sebahagian eks buruh perkebunan Ophir yang berasal dari Jawa tentang tanah perkebunan. Situasi di Ophir sangat tidak stabil. Semula penduduk setempat tidak mempermasalahkan tentang lahan perkebunan Ophir tersebut. Namun kerana makin leluasanya dan luasnya tanah bekas perkebunan Ophir dikerjakan oleh eks buruh perkebunan Belanda tersebut menyebabkan penduduk setempat tidak merasa senang. Hal ini disebabkan kerana penduduk setempat merasa memiliki lahan perkebunan ini

Menurut beberapa sumber dari orang-orang tua yang penulis temu bual, nama Rao memiliki dua defenisi;

1. Rawa-rawa yang bererti boncah, tempat yang selalu digenangi air (rawa-rawa).
Bentuk bumi Rao ialah seperti kawah besar berbentuk kuali yang dikelilingi oleh bebukitan. Pemandangan seperti kuali ini akan terlihat dengan jelas kalau kita naik ke atas bukit Koto Panjang. Melihat panorama perkampungan Rao dari atas bukit, sawah yang terbentang luas menghijau, ratusan kolam ikan bagaikan tasik, kebun kelapa, getah dan suasana yang masih asri menghijau akan membawa ketenangan tersendiri bagi yang pernah mengunjunginya. Panorama dari atas, keindahannya bagaikan puncak di Jawa Barat. Kalau infrastruktur di sini diperbaiki, ia akan menjadi tempat pelancongan yang menarik. Jalan ke puncak Koto Panjang boleh dilalui oleh kereta, lori dan motosikal, sementara di puncak juga tersedia sebuah kedai makan gulai ikan masak lomak yang sedap.

Penduduk Rao dahulu tinggal di pinggiran bukit, dengan membuat rumah dan penempatan dipinggiran bukit. Mereka menjadikan kawasan boncah itu sebagai tempat mencari kehidupan secara traditional seperti menangkap ikan dan berburu haiwan lainnya. Secara proses semula jadi dan alami air boncah itu semakin surut dan masyarakatnya mulai turun ke bawah membuat penempatan di kawasan boncah yang mulai tidak terlalu banyak air lagi. Lama-kelamaan masyarakat sudah tidak tinggal dipinggiran bukit lagi, tetapi mereka turun dan membuat penempatan di kawasan boncah yang sudah kering itu.

2. Rao adalah nama tuhan masyarakat primitif yang menganut kepercayaan animisme ketika itu.
Sampai sekarang masih ada sisa-sisa animisme itu, iaitu apabila anak-anak yang keluar di senja hari akan ditakutkan orang tuanya dengan menyebutkan “awas hantu rayo!.” Kesimpulan yang kedua ini dibuktikan dengan ditemukannya sebuah candi sebagai pusat penyembahan kepercayaan animisme. Ianya didatangi oleh masyarakat berbagai-bagai tempat ketika itu di pinggir bukit Curanting, Tanjung Air, iaitu dekat pertemuan antara sungai asik dengan batang sumpur oleh seorang pengkaji asal Rao iaitu datuk Amran.

Rao yang dimaksudkan dalam tulisan ini bukanlah kecamatan Rao, Kabupaten Pasaman Propinsi Sumatera Barat sekarang ini. Ini kerana Rao versi baru sangat kecil disebabkan telah di pecahnya daerah-daerah Rao dulu menjadi beberapa Kecamatan oleh pemerintah Indonesia sekarang ini. Rao yang penulis maksudkan adalah daerah rawa-rawa yang meliputi berbagai-bagai daerah yang luas seperti Panti, Padang Gelugor, Sungai Ronyah, dan sebagainya itu (Rao Versi Klasik) yang terletak di pulau Sumatera Indonesia saat ini. Di sebelah Utara, Rao bersempadan dengan Sumatera Utara, di sebelah Timur bersempadan dengan Riau Daratan, di Selatan, bersempadan Minangkabau (Sumatera Barat) manakala di sebelah Barat, terbuka dengan Selat Mentawai yang secara geografi membentuk permukaan bumi di daratan pulau Sumatera.

Suasana di Rao sekarang tidak jauh berubah dengan Rao zaman dahulu. Sungainya tidak tercemar oleh sisa buangan hasil industri, kerana di Rao tidak terdapat kilang. Udaranya belum tercemar oleh asap kenderaan, kerana kenderaan tidak begitu banyak. Suasana hutan dan kebun yang menghijau, sawah yang membentang luas, kolam ikan yang berarak menambahkan lagi keindahan dan keasrian bumi Rao. Walaupun demikian jalan-jalan di Rao ber tar dan sudah boleh dilalui oleh lori dan kenderaan lainnya. Saluran paip air bersih sampai kerumah-rumah penduduk. Ada tenaga elektrik yang menerangi rumah-rumah penduduk, sampainya jaringan telepon dan saluran Televisi 24 jam sehari.

Di Malaysia Rao dikenal Juga dengan Rawa. Penggunaan istilah "ar-Rawi" atau rawa adalah mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada "Rao" tetapi lama-kelamaan menjadi "ar-Rawa" yang menunjukkan asal seseorang itu, iaitu daripada daerah "Rao", di Sumatera. Menurut wan Shagir Penggunaannya juga diperkirakan pada sekitar awal abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Mekah. Istilah "Rawa" pada konteks perbicaraan kita ialah merujuk kepada salah satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao, satu tempat yang terdapat di Sumatera. Perkataan Rawa hanya popular di Mekah dan Malaysia. Kurang dikenal di Rao sendiri. Ini kerana menurut penulis Rao telah “di Minangkabau kan”, yang membuat sejarah, budaya dan adat Rao sendiri dilamun oleh Minangkabau.

Secara geografis dan beberapa adat budayanya, orang Rao digolongkan kepada Minangkabau . Akan tetapi Rao memiliki beberapa identiti khazanah budaya sendiri yang tidak terdapat di Minangkabau. Ringkasnya orang Rao itu seperti orang Betawi di Jakarta atau orang Sunda di Bandung yang secara geografis berada dalam pulau Jawa, tetapi mereka tidak mahu dan tidak merasa sebagai orang Jawa, kerana Jawa menurut mereka identik dengan Jawa Timur dan Jawa Tengah. Ini kerana mereka memiliki identiti budaya, bahasa dan ciri khas tersendiri yang tidak terdapat di Jawa. Secara kekuasaan pula mereka tidak tunduk di bawah taklukan kekuasaan Raja Jawa.

Dari segi adat, budaya dan bahasa dapat kita lihat bahawa tamadun Rao adalah sebuah tamadun yang tua. Prof. Dr Muchtar Naim mengatakan bahawa orang Rao berasal dari Lubu kamboja . Tidak dikenal pasti siapakah yang tua antara masyarakat Minangkabau atau orang Rao, akan tetapi mereka berasal dari suku yang sama. Secara kekuasaan pula raja Rao tidak tunduk kepada kekuasaan Raja Pagaruyung kerana di Rao terdapat ramai Raja-raja kecil seperti halnya di Aceh juga demikian. Rao tidak dapat dikatakan jajahan Pagaruyung, tapi lebih tepatnya persemakmuran

Nama-nama seperti Rajo kuamang, Rajo Lelo, Rajo Panji Alam, Rajo Kinayen dan sebagainya menggunakan istilah Raja di Rao. Bukan menggunakan istilah penghulu, datuk bendahara dan sebagainya. Ini bererti tidak mungkin raja tunduk kepada raja yang lain dalam kawasan kekuasaannya.

Kerajaan Pagaruyung pula hanya memiliki kekuasaan sekitar istana yang dipagar dengan ruyong sahaja. Di luar kawasan itu kerajaan Pagaruyung tidak memiliki kekuasaan apa pun. Orang Minang pula dikenal dengan identiti “barajo surang” (Raja diri sendiri). Akan tetapi secara nama Minangkabau itu sangat luas, namun tidak berada di bawah satu kekuasaan tertinggi seperti Raja, Sulthan, Amir dan sebagainya.

e. Orang Rao / Rawa
Yang dimaksud dengan orang Rao dalam tulisan ini adalah;
1. Beragama Islam
2. Mereka yang bermastautin di Rao, (Rao versi klasik)
3. Mereka yang berasal dari keluarga Rao melalui hubungan kekerabatan (hubungan darah) atau persemendaan, yang tidak dibatasi oleh sempadan geografis, sosial, politik dan kenegaraan
4. Menggunakan bahasa Rao, dan
5. Masih ada mengamalkan adat resam dan budaya Rao.

Pada tahun 1830-an Lembah Rao sahaja diperkirakan berpenduduk sekitar 25.000 orang. Pasukan yang dipimpin oleh Tuanku Tambusai sahaja seramai 7000 orang . Namun pada tahun 2009 penduduk keseluruhan di Rao hanya sekitar 60.000 sahaja. Majoriti masyarakat Rao tinggal dan berhijrah ke tempat lain dalam Indonesia, Malaysia dan Singapura. Faktor penghijrahan besar-besaran adalah disebabkan ditakluknya Rao oleh Belanda pada tahun 1833. Faktor penghijrahan lainya adalah disebabkan meletusnya perang antara Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) dengan tentera pusat di Sumatera Barat tanggal 15 Februari 1958, di mana Rao adalah kubu terakhir PRRI ketika itu.

Usaha menyatukan kembali keluarga masyarakat Rao yang terpisah-pisah diserata dunia ini telah dilakukan dengan mendirikan Ikatan Keluarga Besar Rao (IKBR) di Medan, Jakarta dan berbagai-bagai tempat di Indonesia. Usaha serupa juga dilakukan di Malaysia dengan mendirikan persatuan Jaringan anak Rao Malaysia (JARO) yang dimulai di Pahang dan dilanjutkan di Perak.

III. Identiti Masyarakat Rao Malaysia

Dalam bagian ini penulis akan menjelaskan serba ringkas tentang bagaimana pengamalan agama, adat, budaya, bahasa dan berbagai-bagai identiti masyarakat Rao di Sumatera dan membandingkannya dengan masyarakat keturunan Rao di Semenanjung Malaysia yang penulis temukan. Ia adalah hasil temu bual serta pengamatan langsung penulis selama lebih lima tahun berada di Malaysia sebagai pelajar Pascasiswazah di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Ia juga disebabkan ayah penulis lahir di Sungai Itek Gopeng Perak dan sampai saat ini penulis ramai sanak saudara di Perak yang mengharuskan penulis selalu berkunjung kesana.

A. Pengamalan Ajaran Islam

Sepanjang pengamatan penulis, masyarakat Rao 100% mengamalkan ajaran Islam ahl sunah waljamaah yang berpegang kepada pendapat imam yang empat iaitu Hanbali, Maliki, Syafi`i dan Hanafi. Dalam hal ini terdapat persamaan antara masyarakat Rao asal dengan Rao di SM, iaitu sama-sama mengamalkan ajaran Islam.

1. Sekilas tentang aktifiti masyarakat Rao

Aktifiti keagamaan di Rao biasanya setiap kampung terdapat surau atau masjid. Disurau itu setiap malam terdapat anak-anak mengaji yang dipimpin oleh seorang ustaz. Pagi ahad pula biasa diadakan “kuliah subuh” sebagai wadah untuk melatih anak-anak mengaji, berpidato, baca puisi dan sebagainya. Setiap seminggu sekali diadakan wirid pengajian dengan mendatangkan ustaz untuk berceramah selepas magrib hingga isyak, yang dihadiri oleh orang kampung.

Pada hari-hari besar Islam pula seperti Maulid Nabi, Isra` Mikraj diadakan ceramah secara besar-besaran. Dengan mengundang ustaz yang didatangkan dari jauh. Setiap rumah biasanya akan membawa kue mueh ke masjid untuk hidangan selepas ceramah yang biasanya diadakan selepas isyak. Hari besar Islam digunakan untuk melatih anak-anak tampil ke muka masyarakat untuk mengaji, ceramah, dan kesenian Islam lainnya sebelum ceramah disampaikan oleh ustaz. Tidak seperti di Malaysia, Pemerintah Indonesia tidak memberi gaji atau elaun terhadap ustaz, guru mengaji, imam, bilal dan pengurus masjid.

Menjelang puasa dan hari puasa terakhir, biasanya masyarakat akan memotong kerbau untuk jamuan berbuka dan jamuan hari raya. Proses pemotongan ini dilakukan dengan bergotong royong. Pada bulan puasa sanak saudara akan membawa kue kerumah saudaranya yang lain untuk bekalan berbuka dengan membawa mangkuk bertingkat. Biasanya yang menghantar kue akan diberi hadiah berupa kue yang ada di rumah tersebut untuk dibawa ke rumahnya. Malam hari bulan puasa masjid dan surau diadakan solat taraweih berserta tazkirah dari ustaz. Selepas itu anak-anak dan orang kampung akan bertadarus mengaji al-Qur`an menggunakan pengeras suara secara bersama-sama. Terkadang mengaji itu sampai waktu makan zahur baru mereka balik kerumah.

Pada hari raya pula mereka menunaikan solat di surau atau kampung masing-masingnya. Selepas. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan handai taulan yang lain untuk bergembira dan bermaaf-maafan. Selama seminggu lebih hari raya biasanya setiap kampung akan mengadakan acara keramaian. Ada yang membuat acara memanjat batang pinang, lari dalam karung, tembak sosar, silat dan banyak lagi. Yang paling bergembira hari raya adalah anak-anak, kerana mereka akan dibelikan baju baru oleh orang tua mereka.

Budaya menabung dikalangan orang tua untuk ikut berkurban biasa dilakukan. Pada hari raya haji, masyarakat akan memotong lembu kurban secara beramai-ramai. Daging kurban akan dibahagi-bagikan kepada peserta kurban 1/3 dan selebihnya dibagikan pada setiap orang yang datang ke tempat itu dan dibagikan secara merata kerumah-rumah. Sebahagian besar orang Rao hanya memakan daging 3 kali setahun, iaitu bulan puasa, dan hari raya 1aidil fitri dan hari raya Haji, namun bukan semuanya mampu membeli. Hanya hari raya haji sahaja dapat dipastikan 100% orang Rao makan daging. Penulis mengharapkan orang-orang Rao Malaysia dapat membayar kurban di Rao, kerana di Malaysia orang sudah sering makan daging dan haiwan kurban pula selalu berlebih dan tidak mampu ditampung oleh surau-surau yang ada.

Acara bersunat bagi anak lelaki biasanya diadakan secara beramai-ramai dalam satu rumah penduduk. Anak-anak yang bersunat akan tinggal bersama-sama dalam satu rumah untuk beberapa hari sampai mereka dibenarkan keluar. Biasanya mereka akan tidur, makan, berbual, dan bermain bersama dalam rumah tersebut sampai diperbolehkan berjalan keluar. Semua budaya kebersamaan ini membentuk jiwa masyarakat. Setelah besar anak-anak itu akan belajar bersilat bersama-sama.

Budaya menjaga tepi kain orang adalah biasa dikalangan masyarakat Rao. Orang tua yang melihat kesalahan dan kejahatan dilakukan oleh anak muda akan ditegur dan dimarahi dengan serta-merta tanpa peduli anak siapa pun dia. Kenakalan remaja akan menjadi aib bagi keluarganya, kerana di Rao orang saling mengenal antara satu dengan lainya. Jika ada tempat-tempat Perjudian, minuman memabukkan, perzinaan dan kejahatan lainya akan segera dihapuskan dan dibakar oleh penduduk secara beramai-ramai.

Dari segi pengamalan dipengaruhi oleh faktor lingkungan yang membedakan antara masyarakat Rao asal dengan Rao di SM. Di Rao 100% masyarakatnya adalah Melayu dan beragama Islam. Sementara di SM masyarakat Rao berbaur dengan masyarakat non muslim yang jumlahnya lebih 40% yang terdiri dari masyarakat China, India dan sebagainya. Sensitifiti ke Islaman dan kemelayuan yang ada di SM tidak terdapat di Rao. Saat ini orang Rao masih suka memelihara anjing untuk menjaga rumah, kebun, dan untuk berburu khinzir supaya tidak merosak kebun dan sawah di Rao. Sementara di SM memelihara anjing adalah sesuatu yang sensitif bagi orang Islam melayu.

Orang Rao asal hingga saat ini suka membangun masjid. Setiap memperoleh hasil pertanian, perniagaan dan sebagainya orang Rao asal suka membangun masjid, memperbesar dan mencantikkan lagi tempat ibadah mereka. Disetiap kampung, jorong dan lurah terdapat surau atau masjid. Pembangunan itu biasanya dilakukan secara bertahap dan proses yang lama. Duit yang telah terkumpul dibelikan bahan seperti batu, kayu, atap, besi dulu sebelum wang mencukupi untuk dibangunkan seutuhnya. Pembangunan dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat kampung dengan menggaji beberapa orang tukang mahir sahaja. Sementara orang Rao di Perak agak “manja” mengharapkan kerajaan yang membangunkan tempat ibadah untuk mereka.

Kepedulian orang tua terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam masyarakat Rao asal sangat tinggi. Pendidikan surau adalah pendidikan yang wajib bagi setiap anak sebelum mereka dewasa dan keluar dari daerahnya. Pendidikan surau adalah pendidikan awal untuk anak mengenal Tuhannya sebelum mereka terdedah dengan budaya luar disaat merantau nantinya. Selain itu juga ada sekolah petang yang khusus mengajar agama sahaja seperti mengaji, kelas fardu `ain. Pendidikan agama di Rao masih terkesan murah dan lebih kepada keikhlasan seorang guru dan ustaz. Yuran belajar agama pula hanya dibayar dengan beras dan padi diwaktu panen. Sebahagian besar budaya di atas berlaku dan terdapat pada masyarakat awal Rao di Semenanjung Malaysia dahulu. Namun sudah mulai dilupakan oleh generasi kemudian yang muda-muda

2. Sumbangan Tokoh Rao Di Malaysia

Dalam sejarah pula kita mengenal beberapa ulama yang menyebarkan ajaran Islam di Semenanjung Malaysia yang berasal dari keluarga Rao. Sebagai tokoh, mereka ini tentu sahaja memiliki pengaruh yang tiada terhingga di SM hingga saat ini. Wan Muhammad Shagir menuliskan beberapa orang yang berasal dari keturunan Rao atau Rawa yang ikut aktif dalam penyebaran Islam di dunia Melayu, sebagian di antara mereka ialah:


a. Syeikh Muhammad Murid Rawa

Syeikh Muhammad Murid Rawa ialah datuk nenek beberapa orang tokoh terkemuka di Malaysia, antaranya Tun Dr. Hamdan Syeikh Tahir, bekas Yang Dipertua Pulau Pinang.

b. Haji Yusuf Rawa

Haji Yusuf Rawa (lahir 10 Ramadan 1340 H/6 Mei 1922 M, wafat 24 Muharam 1421 H/28 April 2000 M). Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki. Saat ini beliau memiliki seorang anak yang sama belajar dengan penulis di Universiti Malaya iaitu Dr Mujahid Bin Yusuf Rawa.

c. Abdullah Nordin Ar-Rawa.

Percetakan yang didirikan oleh Haji Abdullah bin Nordin ar-Rawa juga dikenali sebagai Mathba'ah Persama. Syarikat percetakan yang telah banyak berjasa itu kemudiannya diuruskan oleh anaknya iaitu Haji Yusuf Rawa. Hingga kini syarikat tersebut masih beroperasi di Jalan Kampung Jawa, Bayan Baru dikenali sebagai Safir Ilmu Enterprise diurus oleh cucu Haji Abdullah Nordin sendiri iaitu Mujahid bin Yusuf ar-Rawa.

Daripada percetakan tersebutlah bermula penggunaan istilah Rawa khususnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan percetakan serta penerbitan kitab. Dari mathba'ah tersebut melibatkan sumbangan masyarakat berketurunan Rao atau Rawa yang menetap di Semenanjung Tanah Melayu didokumen dalam bentuk cetakan nama pada kitab-kitab.

d. Syeikh Muhammad Murid Rawa Pengulas Hadis Fikah

Nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Shalih bin Muhammad Murid al-Khalwati as-Sammani asy-Syazili ar-Rawi (ar-Rawa). Syeikh Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Muhammad Shalih Rawa memperoleh dua anak iaitu Ahmad dan Muhammad. Ada pun Ahmad itu anaknya ramai, mereka melibatkan diri dalam pengurusan jemaah haji dari tanah Jawi (Syeikh Haji). Ahmad yang tersebut masih mengekalkan amalan Tarekat Sammaniyah yang beliau terima daripada ayahnya Syeikh Muhammad Shalih Rawa yang tersebut. Oleh itu, nama beliau juga dikenali dengan Ahmad Saman Rawa. Salah seorang anaknya, Syeikh Hasan Rawa yang memberi kebenaran menerbitkan kitab datuk/neneknya Syeikh Muhammad Shalih Rawa yang tersebut di atas. Ada pun anak Syeikh Muhammad Shalih Rawa yang bernama Muhammad tidak memperoleh anak.

Salah seorang Syeikh Haji pada beberapa waktu yang lalu bernama Syeikh Jamal Rawa dipercayai adalah keturunan Syeikh Muhammad Shalih Rawa yang diriwayatkan ini. Ada pun tahun wafat Syeikh Muhammad Shalih Rawa dipercayai adalah beberapa bulan selepas beliau menyelesaikan kitab-kitab yang tersebut, iaitu masih dalam lingkungan tahun 1272 H/1856 M. Beliau meninggal dunia di Mekah dan dikebumikan di perkuburan Ma’la, Mekah

e. Tuanku Tambusai

Walaupun Tuanku Tambusai berasal dari Melayu Riau, namun penulis memasukkan namanya di sini kerana beliau adalah murid dan teman seperjuangan Tuanku Rao melawan Belanda ketika itu. Banyak pengikut Tuanku Tambusai adalah orang Rao. Ulama dan pahlawan ini telah menyemaikan benih anti penjajah. Beliau ikut dalam peperangan Imam Bonjol di Sumatera Barat. Akhirnya terpaksa hijrah ke Negeri Sembilan dan meninggal dunia di situ . Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Tambusai, dan Tuanku Rao dikenal dengan pejuang tiga serangkai yang berjuang menantang penjajahan Belanda pada masa dan kawasan yang sama. Oleh kerana Tuanku Tambusai meninggal dunia di Negeri Sembilan sedikit sebanyak tentu beliau telah menyemaikan benih berjuang kepada bangsa Melayu di Negeri Sembilan khususnya dan Semenanjung umumnya yang dijajah oleh Inggeris pada zaman itu.

Ketika Muhammad Shalih meningkat dewasa beliau dihantar ke Rao yang lokasinya berdekatan dengan Tambusai. Setelah mendapat pendidikan Islam di Rao dan Bonjol beliau lebih dikenali dengan nama “Faqih Shalih”. Dalam perang melawan penjajah Belanda itu di antara jasa besar Tuanku Tambusai, beliau dapat menyatupadukan tiga etnik iaitu Minangkabau/Rao, Melayu dan Mandailing. Bahawa mereka bersatu tekad dan semangat bumi pusaka bukan milik bangsa penjajah. Bumi ini adalah kepunyaan bangsa kita yang beragama Islam (Wan Shagir Wan Muhammad).

Sumatera Barat majoriti penduduknya ialah Minangkabau, daerah Riau Daratan majoriti penduduknya ialah Melayu dan daerah Sumatera Utara majoriti penduduknya ialah Batak dan yang beragama Islam mempunyai nama tersendiri iaitu Mandailing. Daripada rakaman ini kita dapat membayangkan bahawa Tuanku Tambusai mempunyai kehebatan atau kekuatan yang tersendiri sehingga beliau dapat menyatupadukan etnik dalam bumi yang demikian luas itu. Setelah banyak mengapai kemenangan dan keberhasilan perjuangan, Tuanku Tambusai menjadikan pusat perjuangan, pentadbiran dan pertahanan di Dalu-Dalu sekarang dalam daerah Riau Daratan. (Wan Muhammad Shagir)

f. Mat kilau

Mat Kilau adalah pahlawan terkenal Malaysia. Nama sebenarnya adalah Mat Kilau Bin Imam Perang Rasu Indera Gajah Pahang. Menurut Zaffuan Haji Manaf Mat Kilau adalah cucu kepada Tengku Ali atau Tok Shaharom yang dikatakan berasal dari daerah Rao Tanjung Durian Sumatera Barat.

g. Imam Ishak Rawa

Nama lengkap beliau mengikut salasilah ayahnya ialah Tuan Guru Imam Tengku Haji Ishak bin Tengku Muhammad Arif bin Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bin Tengku Merah Laut Silingkar Alam @ Limbang Laut keluarga Yang Dipertuan Muda Tanjung Alai, Mapat Tunggul, Rao, Sumatera Barat. keluarga tersebut ada pertalian dengan Syeikh Muhammad Murid Rawa. Kata Zaffuan, “Keluarga Syeikh Murid ini juga mempunyai pertalian dengan keluarga Merah Mas, Yang Dipertuan Muda Tanjung Alai, Rao tetapi sayangnya peraturan sebenar masih belum dapat dihuraikan hingga kini.”

Pada 1932 Tuan Imam Haji Ishak telah diberi tauliah imam oleh Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang). Dalam usia 24 tahun, Tuan Imam Haji Ishak telah diberi kepercayaan menjadi imam di Masjid Lechar, Raub, Pahang Darul Makmur. Berbekalkan ilmu-ilmu keislaman yang dipelajarinya dari para ulama yang dipercayai, Tuan Imam Haji Ishak berjaya menyatupadukan penduduk di kampungnya. Seorang pengasas dan cikgu sekolah di Pahang yang berasal dari Rao pula namanya di abadikan menjadi nama sekolah hingga ke hari ini bernama Sekolah Kebangsaan Muhamad Jabar Dong Raub.

3. Mengaji Bahasa Rao

Identiti masyarakat Rao yang masih dipertahankan hingga saat ini di SM adalah mengaji bahasa Rao. Namun itu tidak semuanya mennggunakan metode ini. Hanya generasi yang tua sahaja masih menggunakan metode mengaji lama ini. Pun demikian di pelbagai daerah Minangkabau, Tapanuli (Mandahiling) dan Batak Indonesia, hingga saat ini masih ada yang mengaji menggunakan bahasa Rao ini. Sewaktu penulis sekolah rendah dahulu juga menggunakan metode ini juga. Baru-baru ini sahaja mengaji dengan menggunakan bahasa Rao sudah mulai dikalahkan dengan metode Iqra` karya As`ad Humam. Yang jelas dalam berbagai sejarah dinyatakan, beberapa daerah Mandailing dan Batak di Islamkan oleh Tuanku Rao cs. Cara orang mandailing menyuruh beruk memanjat dan memilih kelapa tua pun masih menggunakan bahasa Rao hingga saat ini. Berikut adalah tatacara mengaji menggunakan bahasa Rao;

Tulis Arab Bahasa Rao
اُ اِ اَ Alif dateh a, alif bawah i. alif dopen u →a-i-u
بَ بِ بُ Ba dateh ba, ba bawah bi, ba dopen bu →ba-bi-bu
تَ تِ تُ Ta dateh ta, ta bawah ti, ta dopen tu, →ta-ti-tu
ثَ ثِ ثُ Tsa dateh tsa, tsa bawah tsi, tsa dopen tsu →tsa-tsi-tsu
جَ جِ جُ Jim dateh ja- jim bawah ji- jim dopen ju→ ja-ji-ju
حَ حِ حُ Ha dateh ha, ha bawah hi, ha dopen hu →ha-hi-hu
خَ خِ خُ Kho dateh kho, kho bawah khi, kho dopen khu →kho-khi-khu
دَ دِ دُ Dal dateh da, dal bawah di, dal dopen du →da-di-du
ذَ ذِ ذُ Dzal dateh dza, dzal bawah dzi, dzal dopen dzu →dza-dzi-dzu
رَ رِ رُ Ro dateh ro, ro bawah ri, ro dopen ru →ra-ri-ru
زَ زِ زُ Zai dateh za, zai bawah zi, zai dopen zu→ za-zi-zu
سَ سِ سُ Syin dateh sa, sin bawah si, sin dopen su →sa-si-su
شَ شِ شُ Shin dateh sha, shin bawah shi, shin dopen shu→sha-shi-shu
صَ صِ صُ Shad dateh sho, shad bawah shi, shad dopen shu→sha-shi-shu
ضَ ضِ ضُ Dhad dateh dho, dhat bawah dhi, dhat dopen dhu →dho-dhi-dhu
طَ طِ طُ Tho dateh tho, tho bawah thi, tho dopen thu→Tha-thi-thu
ظَ ظِ ظُ Zho dateh zho, zho bawah zhi, zho dopen zhu→zha-zhi-zhu
عَ عِ عُ `ain dateh `a, `ain bawah `i `ain dopen `u →`a-`i-`u
غَ غِ غُ Ghin dateh gho, ghin bawah ghi, ghin dopen ghu→gha-ghi-ghu
فَ فِ فُ Fa dateh fa, fa bawah fi, fa dopen fu→fa-fi-fu
قَ قِ قُ Kho dateh kho, kho bawah khi, kho dopen khu→kho-khi-khu
كَ كِ كُ Kaf dateh ka, kaf bawah ki, kaf dopen ku →ka-ki-ku
لَ لِ لُ Lam dateh la, lam bawah li, lam dopen lu→la-li-lu
مَ مِ مُ Mim dateh ma, mim bawah mi, mim dopen mu→ma-mi-mu
نَ نِ نُ Nun dateh na, nun bawah ni, nun dopen nu→na-ni-nu
وَ وِ وُ Waw dateh wa, wau bawah wi, waw dopen wu →wa-wi-wu
هَ هِ هُ Ha dateh ha, ha bawah hi, ha dopen hu →ha-hi-hu
ءَ ءِ ءُ Hamzah dateh a, hamzah bawah i, hamzah dopen u→ a-i-u
يَ يِ يُ Ya dateh ya, ya bawah yi, ya dopen yu →ya-yi-yu-
Tulis Arab Bahasa Rao
اٌ اٍ اً Alif duo dateh an, alif duo bawah in. alif duo di dopen un →an-in-un
بً بٍ بٌ Ba duo dateh ban, ba duo bawah bin, ba duo dopen bun →ban-bin-bun
تً تٍ تٌ Ta duo dateh tan, ta duo bawah tin, ta duo dopen tun, →tan-tin-tun
ثً ثٍ ثٌ Tsa duo dateh tsan, tsa duo bawah tsin, tsa duo dopen tsun →tsan-tsin-tsun
جً جٍ جٌ Jim duo dateh jan- jim duo bawah jin- jin duo dopen jun→ jan-jin-jun
حً حٍ حٌ Ha duo dateh han, ha duo bawah hin, ha duo dopen hun →han-hin-hun
خً خٍ خٌ Kho duo dateh khan, kho duo bawah khin, kho duo dopen khun →khon-khin-khun
دً دٍ دٌ Dal duo dateh dan, dal duo bawah din, dal duo dopen dun →dan-din-dun
ذً ذٍ ذٌ Dzal duo dateh dzan, dzal duo bawah dzin, dzal duo dopen dzun →dzan-dzin-dzun
رً رٍ رٌ Ro duo dateh ran, ra duo bawah rin, ro duo dopen run →ran-rin-run
زً زٍ زٌ Zai duo dateh zan, zai duo dibawah zin, zai duo dopen zun→ zan-zin-zun
سً سٍ سٌ Syin duo dateh san, sin duo dibawah sin, sin duo dopen sun →san-sin-sun
شً شٍ شٌ Shin duo dateh shan, shin duo bawah shin, shin duo di dopen shun→shan-shin-shun
صً صٍ صٌ Shad duo dateh shan, shad duo bawah shin, shad duo di dopen shun→shan-shin-shun
ضً ضٍ ضٌ Dhod duo dateh dhan, dhat duo bawah dhin, dhat duo dopen dhun →dhan-dhin-dhun
طً طٍ طٌ Tho duo dateh thon, tha duo bawah thin, tho duo dopen thun→Than-thin-thun
ظً ظٍ ظٌ Zha duo dateh zhon, zha duo bawah zhin, zha duo dopen zhu→zhan-zhin-zhun
عً عٍ عٌ `ain duo dateh `an, `ain duo bawah `in `ain duo di dopen `un →`an-`in-`un
غً غٍ غٌ Ghin duo dateh ghan, ghin duo bawah ghin, ghin duo dopen ghun→ghan-ghin-ghun
فً فٍ فٌ Fa duo dateh fan, fa duo bawah fin, fa duo di dopen fun→fan-fin-fun
قً قٍ قٌ Khaf duo dateh khan, khaf duo bawah khin, khaf duo dopen khun→khon=khin-khun
كً كٍ كٌ Kaf duo dateh kan, kaf duo bawah kin, ka duo dopen kun →kan-kin-kun
لً لٍ لٌ Lam duo dateh lan, lam duo bawah lin, lam duo dopen lun→lan-lin-lun
مً مٍ مٌ Mim duo dateh man, mim duo bawah min, mim duo dopen mun→man-min-mun
نً نٍ نٌ Nun duo dateh nan, nun duo bawah nin, nun duo dopen nun→nan-nin-nun
وً وٍ وٌ Waw duo dateh wan, wau duo bawah win, waw duo dopen wun →wan-win-wun
هً هٍ هٌ Ha duo dateh han, ha duo bawah hin, ha duo dopen hun →han-hin-hun
ءً ءٍ ءٌ Hamzah duo dateh an, hamzah duo bawah in, hamzah duo dopen un→ an-in-un
يً يٍ يٌ Ya duo diateh yan, ya duo bawah yin, ya duo dopen yun →yan-yin-yun-


B. Pengaruh Bahasa Rao

Bahasa Rao tidak sama dengan bahasa Minangkabau, Mandahiling atau Bahasa Melayu Riau. Rao memiliki identiti bahasa sendiri. Keunikan bahasa Rao adalah kebanyakannya bahasa singkatan-singkatan dari bahasa Melayu. Menurut dr zul Bahasa Rao adalah ibu kepada bahasa Melayu dengan mengambil contoh bahasa cina, bahawa identiti bahasa yang tua itu ialah bahasa yang disingkat-singkatkan. Sedangkan bahasa Rao pula, banyak yang berasal dari singkatan sebagai contoh dari bahasa Rao, menjadi bahasa melayu yang belum sempurna dan akhirnya disempurnakan;

Bahasa Rao Menjadi (BM) Maksud
Kuak Ku agak Mungkin
Indokundak Tak ku hendak Taknaklah
Indokupodah Tak ku faedah Tak ada faedahnya
Caroolah Ikut cara dialah Suka hati dialah
Klien Kalian You all
Topapo Ntah apa-apa Ntah apo lah
Poi Pergi
Kunyonyonyak ge Ku henyak-henyakan Ku belasah
Tetapi memang, sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa melayu tertua berasal dari Riau yang terdapat dalam archive gurindam dua belas karya Raja Ali Haji (http://www.rajaalihaji.com/id/). Beliau adalah seorang raja, pahlawan, sasterawan dan seorang ulama. (http://id.wikipedia.org/) Beliau berasal dari Riau yang bersempadan dengan Rao yang tidak dipisahkan oleh lautan ataupun sungai dan juga kosa kata antara Riau dengan Rao pula memiliki persamaan.
Masalah seterusnya adalah; apakah bahasa Rao berasal dari bahasa Riau atau bahasa Riau berasal dari bahasa Rao?. Dibeberapa daerah seperti rokan dan sebagainya memang terdapat persamaan yang ketara antara bahasa Rao dan bahasa Riau. Seperti yang kita ketahui bahawa kerajaan Riau Lingga pernah sampai ke Johor suatu ketika dahulu (http://melayuonline.com/).

Salah satu identiti masyarakat Rao Malaysia yang belum pupus adalah bahasa. Pengamatan penulis sewaktu berkunjung ke kampung-kampung Rao di Perak menemui bahawa mereka masih menggunakan bahasa Rao, namun nampaknya bahasa itu tidak diwariskan kepada anak cucu mereka. Ini sangat mengkhawatirkan akan pupusnya bahasa ini. Sebuah pengalaman penulis ketika bersama Setiausaha JARO pak Taheruddin berkunjung ke rumah seorang Datin bertanya didepan pintu pagar rumahnya. Sepanjang pembicaraan dia menggunakan bahasa orang putih bercampur melayu, tetapi waktu dia terperanjat dan menjerit dengan menggunakan bahasa Rao “apo tang nyo…”
Walaupun mengalami beberapa aspek perubahan, namun masyarakat Perak masih menggunakan bahasa Rao hingga saat ini. Perubahan itu adalah sesuatu yang wajar mengingat menurut ilmu semantik bahasa akan mengalami perubahan setiap 99 tahun sekali. Perubahan yang ketara hanya kerana di Rao bahasa itu diucapkan dengan laju, sementara oleh keturunan Rao Perak diucapkan dengan perlahan dan sedikit dipengaruhi oleh bahasa persekitaran. Bahasa Rao totok biasanya akan keluar disaat berlaku sesuatu yang mengejutkan.

Kecintaan dan kerinduan orang Rao SM kepada Rao tanah leluhur mereka sangat tinggi. Ini dibuktikan dengan kunjungan rombongan JARO seramai 45 orang ke Rao baru-baru ini, dan banyak lagi kunjungan-kunjungan secara individu ke Rao. Dalam satu seminar di Hotel PJ Hilton Kuala Lumpur, penulis pernah berkenalan dengan seorang peguam cara perempuan yang bernama Rao Suryana yang berasal dari Kedah. Menurut beliau nama itu diberikan ayahnya kerana kecintaan dan kerinduan ayahnya kepada tanah Rao yang sudah lama ditinggalkanya.

Secara amnya masyarakat Rao Perak masih menggunakan bahasa Rao dalam kehidupan rumah tangga mereka. Namun hanya dikhawatirkan bahasa Rao akan hilang begitu saja kerana tidak diwariskan kepada anak cucu mereka. Pembudayaan bahasa Rao dikalangan anak-anak muda sangat kurang. Namun ada beberapa individu Rao yang masih mencintai bahasa Rao. Salah seorang daripadanya ialah Pak Tahiruddin yang memberi hadiah kepada anak-anak dirumahnya kalau dapat mengemukakan bahasa Rao.

Rasa rendah diri terhadap bahasa leluhur nampaknya yang paling mempengaruhi dan mengancam kewujudan bahasa Rao di Malaysia. Padahal bahasa Rao pernah dikatakan sebagai ibu dari bahasa Melayu. Perasaan rendah diri menggunakan bahasa rao sebenarnya tidak menjadi alasan kalau sahaja kita ingin melihat bangsa lain seperti China dan India yang dengan bangganya menggunakan bahasa ibunda mereka di Malaysia. Padahal jarak India dan China dengan Malaysia sangat jauh.

Biasanya masyarakat yang mempengaruhi adalah masyarakat yang kuat tamadunnya dari segi kuantiti dan kualiti. Pengaruh bahasa Rao dapat dilihat telah sampai ke nogori sembilan. Orang Mandahiling yang ada di Perak menurut pak Shawal semua menggunakan bahasa Rao, pengaruh bahasa Rao juga terdapat dalam bahasa Kelantan dan sebagainya. Di dalam koleksi CD Ally Noor & Mastura, terdapat banyak sekali unsur-unsur bahasa Rao. Penulis pernah belajar di Tapanuli selama tujuh tahun dan belajar di Minangkabau selama empat tahun. Bahasa yang dilagukan oleh kedua artis nogori sembilan itu bukanlah bahasa Minang murni, dan bukan pula bahasa Mandahiling, tetapi terdapat unsur-unsur bahasa Rao yang banyak di dalamnya.

Di Nogori Sembilan terdapat kuburan Tuanku Tambusai yang berasal dari Riau yang bersempadan dan berjiran dengan Rao. Tuanku Tambusai yang juga sebagai pahlawan nasional Indonesia ini, dulunya pernah belajar agama dan berjuang di Rao. Tuanku Tembusai melarikan diri ketanah Melayu kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak penjajah Belanda yang sudah menaklukkan Rao ketika itu. (Wan Mohd. Shaghir Abdullah) Kemungkinan Tuanku Tembusai membawa pengikut orang-orang Rao datang ke Tanah Melayu juga adalah sesuatu yang masuk akal. Ini kerana sejarah mengenal perjuangan tiga serangkai iaitu; Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Tembusai dan Tuanku Rao yang sezaman dan memiliki ikatan yang rapat.

Buyuang adalah panggilan sayang kepada anak lelaki. Jang adalah singkatan ujang yang berasal dari kalimat bujang yang bermakna hansem (gagah) adalah panggilan manja dan sanjungan kepada anak lelaki di Rao. Di sini penulis hanya akan menuliskan sebahagian kecil kadungan bahasa Rao yang terdapat dalam nyanyian Nogori Sembilan Ally Noor & Mastura tersebut, iaitu;

Bahasa Rao/Lagu Bahasa Minang Bahasa Rao/lagu Bahasa Minang
Mano Ma Porang Parang
Poi Pai Baden Badan
Kobou Kabau Tompek Tampek
Gulei Gulai Koreh Kareh
Sobolango Sabalango Kobun Kabun
Monuang Manuang Tobang Tabang
Ompuak Untuak Tolontang Talantang
Sonang Sanang Tontu Tontu
Do Nyo Pojom Pajam
Domom Damam Omak Amak
Copek Capek Tompek Tampek
Morano Marano Poniang Paniang
Baden Badan Jowobnyo Jawabnyo
Ongah Uda Solemo Salemo
Podiah Padiah Tompah Tampah
Jangen Jan Bolakang Balakang
Ondak Nyio Monggigik Manggigik
Togah Tagah Monangih Manangih
Sonang Sanang Monyobuik Manyabuik
Konang Kanang Jowobnyo Jawabnyo
Omak Amak Disobuik Disabuik
Ontahlah Antahlah Apo layi A layi
Mujuar Untuang Bobuih Babuih
Obang Azan Konyang Kanyang

Menurut Pak Shawal, salah seorang pengusaha berjaya di Kuala Lumpur, orang yang datang selepasnya akan menjadikan orang yang pertama kali hijrah itu sebagai tepatan tempat singgah. Menurut beliau Selayang umpamanya dibuka oleh orang Selayang Rao, kawasan Masjid India saat ini adalah penempatan orang Rao dahulu. Pudu Raya pula diambil dari nama orang Rao yang bergelar pudu dan ibunya yang bernama Raya. Pudu adalah bahasa Rao yang bererti idiot. Adalah menjadi kebiasaan orang Rao untuk membuat panggilan yang rendah sebagai gurauan kepada rakan-rakannya. Mungkin kebiasaan ini jugalah yang membuat orang Rao menjadi low profile sampai saat ini. Apa yang saya temui, keturunan Rao memiliki otak yang cerdas dan ramai yang berjaya serta hebat-hebat belaka, tetapi tetap sahaja rendah diri (low profile).
C. Adat dan Budaya Rao di Rao dan Malaysia
Identiti perkampungan Melayu Rao klasik adalah 1. Berada di tepi sungai; Ini kerana sungai adalah alat pengangkutan yang menghubungkan antara satu kampung dengan kampung lainnya. Sungai juga digunakan sebagai tempat mencari rezki seperti mencari ikan, udang, lingkitang, loken dan sebagainya 2. Ada masjid / surau tempat beribadah dan sebagai tempat institusi pendidikan ke Islaman di tepi sungai dan 3. Ada pasar tempat mereka berbelanja. Identiti masyarakat melayu pula adalah tatasusila seperti kelembutan, kesopanan, mendahulukan kepentingan orang lain dari diri sendiri. Ada beberapa adat budaya Rao yang masih bertahan dikalangan masyarakat Rao SM hingga saat ini;
i. Bojojak (pantang tanah)

Adat pantang tanah ini masih diamalkan hingga ke hari ini oleh masyarakat Rao di SM. Adalah sudah menjadi adat kebiasaan bagi keturunan rao hingga saat ini bahawa mereka tidak boleh menyentuh tanah sebelum di jalani beberapa istiadat tertentu. Walaupun dalam adat Melayu Rao tidak mengenal sistem kasta seperti India atau sistem peringkat darah biru dan darah biasa seperti di Jawa, namun masyarakat Rao secara tidak langsung juga mengenal sistem taraf kedudukan sosial. Kerabat diraja dan orang-orang yang bekerja di istana dianggap lebih mulia begitu juga dengan saudagar dan tingkatan terendah adalah petani yang memiliki status sosial yang dipandang rendah dalam masyarakat Melayu. Para pembesar dan orang-orang kaya Rao dahulu tidak berjalan diatas tanah, tetapi dijulang di atas bahu seorang kuli atau hamba .

Ini kerana dikatakan bahawa tanah memiliki derajat yang rendah dalam budaya masyarakat melayu yang menganggap petani adalah derajat yang rendah dalam lingkungan masyarakat kuno. Kerendahan tanah juga pernah diperkatakan oleh Iblis yang menganggap dirinya lebih mulia kerana dijadikan dari api dari adam yang dijadikan dari tanah. Dalam falsafah Melayu kuno juga mengenal empat unsur tubuh manusia iaitu api, air, udara dan tanah. Empat unsur yang terdapat dalam tubuh manusia ini sangat terkenal dalam dunia magic Rao . Sebagai keturunan diraja, masyarakat Rao tidak dibenarkan menjejakan kaki di tanah sebelum di upacarakan. Biasanya adat ini akan dijalankan oleh seorang yang ahli dan telah mewarisi ilmu untuk menjojakkan orang. Dengan berbekalkan bunga dan berbagai-bagai peralatan lainnya si anak akan dijalankan di atas bunga, dimandikan dan setelah itu di sapukan tanah di tangan, kaki dan keningnya.

ii. Budaya gotong-royong

Dalam masyarakat Rao sangat ditekankan budaya gotong royong. Susah dan senang harus dirasakan bersama. Budaya gotong-royong ini umpamanya diwaktu kenduri kahwin dan diwaktu kematian, membangun dan membersihkan masjid, membuat dan membersihkan tali air dan sebagainya.

Diwaktu kenduri kahwin ahli keluarga akan bekerjasama dalam menyediakan berbagai-bagai peralatan yang diperlukan. Langkah awal adalah dengan mendudukan orang, iaitu semacam mesyuarat ahli keluarga untuk membagi tugasan masing-masing waktu kenduri nanti. Ada yang ditugaskan memberi tahu dan menjemput orang di waktu kenduri nanti. Ada yang menyumbangkan haiwan ternakan, ada yang memberikan kelapa, beras, wang dan sebagainya. Masyarakat pula biasanya rela untuk tidak bekerja pada hari itu. Yang lelaki mencari kayu api ke hutan secara beramai-ramai, membuka kelapa, memotong kambing, sementara yang wanita memasak di rumah kenduri kahwin. Tamu yang datang kenduri biasanya akan membawa beras dan gula yang diisi dalam kain sapu tangan. Semua dilakukan secara sukarela tanpa berbayar. Hal yang sama juga berlaku pada kematian semua dilakukan secara bersama tanpa meminta bayaran, seperti memandikan mayat, mengkafani, menyolatkan, menguburkan dan sebagainya.

Dalam masyarakat Rao SM budaya gotong-royong sudah mula pupus kerana kemajuan zaman. Hampir semuanya berbayar dan proses gotong-royong sudah mulai berkurangan yang disebabkan kerana kesibukan bekerja. Budaya berziarah kerumah sanak saudara, budaya kerjasama dan sebagainya sudah mula hilang. Padahal semua itu adalah identiti masyarakat Melayu yang harus dipertahankan.

iii. Budaya Tobek di Rao

Tobek adalah mata pencaharian utama di Rao selain sawah, ladang, berdagang, bekerja dengan kerajaan dan sebagainya. Ini kerana tobek memerlukan ramai orang untuk menguruskanya. Diperlukan pekerja yang ramai, diperlukan pengangkut ikan, pembeli ikan dan semua proses ini tentunya memberikan lapangan pekerjaan bagi masyarakat Rao. Tobek adalah identik dengan Rao dan ia memiliki sejarah yang berkurun-kurun lamanya. Di Rao juga terdapat nama-nama kampung dari tobek seperti; Tobek Sawah, Tobek Porupuk, Tobek Ulak, Tobek Ateh.

Salah satu kelebihan Rao adalah sesuai untuk peternakan ikan air tawar. Nama Rao menjadi popular dikalangan masyarakat sumatera hingga ke pulau Jawa yang dikaitkan dengan penghasil dan pengeluar ikan terbaik dan terbanyak. Keahlian dan kepakaran orang Rao dalam membuat dan menguruskan tobek tidak dapat ditandingi, walaupun beberapa daerah telah mencobanya. Tobek sesuai dengan nama Rao itu sendiri yang terdiri dari rawa-rawa dan boncah. Kawasan yang berlobang dan berair banyak dibuatkan tobek tempat memelihara ikan. Sementara kawasan datar yang masih berair dan boncah-boncah yang ditumbuhi mensiang akan dijadikan sebagai lahan sawah padi. Kawasan tanah tinggi pula akan dijadikan tempat perladangan getah, kelapa, kopi, coco, dan perkebunan lainnya.

Bentuk rumah lama di Rao punya tiang yang tinggi, kawasan ini dahulu selalu digenangi air dan sering berlaku banjir. Saat ini tidak pernah lagi berlaku banjir kerana keadaan paras air yang turun. Kekurangan air juga sesuatu yang mengancam sumber pendapatan orang Rao saat ini untuk mengairi sawah dan tobek mereka. Saat ini sedang dibangunkan bendungan besar untuk membantu sumber air petani. Untuk lebih memahami tobek ini, penulis akan membagi tobek kepada dua iaitu;

1. Tobek Tradisional

Tobek secara traditional terbagi dua; pertama; Tobek yang terbentuk secara semula jadi dan masyarakat hanya mengusahakan sedikit sahaja lagi untuk menjadi tobek. Tobek jenis ini biasanya sangat luas menyamai sebuah tasik yang mencapai keluasan 6 hektar lebih. Masa panen sangat lama iaitu enam bulan hingga bertahun. Tobek ini tidak dimasukkan benih ikan, ikan hanya datang dengan sendirinya secara alami melalui aliran air sungai yang ada didekatnya, melalui perpindahan ikan disaat berlakunya banjir.

Setelah beberapa lama dan dilihat ikan yang terdapat di dalam tobek itu sudah besar-besar, maka proses panen akan berlaku. Tobek yang biasanya dimiliki oleh keluarga besar itu dikeringkan. Setiap ahli keluarga akan mengutus anggota keluarganya untuk tinggal secara bergilir ditobek, kerana proses pengeringan memakan waktu lama. Ketika air tinggal sedikit, ikan akan diarahkan memasuki kulah besar untuk kemudian akan dipindahkan ke kulah-kulah lain menurut jenis dan ukuran ikan. Ada kulah rutiang, kulah bujahir, kulah tonsen, kulah kaluih, kulah iken dan sebagainya.

Prioriti utama, biasanya ikan akan dimasak `asam lauk` dan `gulei lauak` masak lomak bagi ikan besar. Semantara anak ikan rutiang akan `dipongek` atau masak pedas. Orang-orang yang bekerja, ahli keluarga dan pengunjung yang bermaksud untuk membeli ikan akan ikut serta sekali memakan ikan itu. Asam lauk dan asam kerbau adalah masakan traditional Rao yang tidak penulis jumpai di mana pun penulis berkunjung. Para perantau yang baru sampai kekampung Rao, biasanya akan sambut dengan masakan asom lauak oleh ahli keluarganya. Masakan itu juga biasa dimasak dirantau untuk mengobati rasa rindu kepada kampung halaman mereka. Akan tetapi tidak semua orang boleh memasaknya, kerana ada rempah ratus dan cara memasak tersendiri.

Proses penjualan ikan pula memakan waktu berminggu hingga berbulan. Ikan hanya dijual secara traditional ke kampung-kampung oleh peniaga dan ada juga masyarakat yang datang sendiri ke tobek untuk membeli ikan. Pembeli yang datang ke tobek akan mendapatkan ikan yang lebih murah, banyak dan juga dapat ikut makan ikan sekali dengan ahli keluarga dan pekerja lainnya. Sudah menjadi kepercayaan, bahawa yang punya tobek tidak boleh kedekut. Sebab tiada siapa pun yang tahu jumlah kuantiti ikan sebenar yang masih berada di dalam kulah. Kalau kedekut biasanya ikannya akan sedikit dan cepat habis, sementara kalau tidak kedekut ikan dalam kulah akan bertambah-tambah dan berminggu-minggu baru habis semua terjual. Walaupun itu adalah mitos yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun ia juga memiliki nilai-nilai murni tentang kebersamaan dan kesaksamaan.

Dinding-dinding tobek yang berlobang dan rosak akan dibaiki semasa tobek dikeringkan. Lumpur-lumpur pula akan dihanyutkan semasa proses pengeringan ikan dan terakhir lumpur itu akan dinaikkan ke ompang tobek untuk meninggikan dan menguatkan lagi struktur ompang tobek. Induk ikan dan ikan-ikan kecil yang tidak habis dijual akan dimasukkan kembali ke dalam tobek yang mula digenangi air setelah ikan yang ada dalam kulah habis terjual. Proses penggenangan air pula memakan waktu yang lama dan setelah itu tobek akan ditinggalkan oleh pemiliknya untuk beberapa waktu.

Sistem tobek tradisional kedua adalah; tobek di tepi sungai. Terdapat tiga sungai besar di Rao iaitu Sungai Tingkarang dan Sungai Asik yang keduanya mengalir ke sungai ketiga iaitu batang sumpur. Semua sungai itu muaranya ke sungai Rokan, faktor ini pulalah yang mendekatkan hubungan masyarakat Rao dengan Riau suatu ketika dahulu. Masyarakat yang tinggal di tepi sungai itu dan memiliki `lekuk`kan tanah di tepi sungai akan mengusahakan sedikit jalan agar ikan memasuki kawasan kolam tersebut. Sebelum adanya “global warming” Musim hujan bulan September, Oktober, November dan Disember, biasanya akan menyebabkan air sungai melimpah, bah dan banjir.

Musim ini adalah musim ikan mencari tempat air tenang untuk berkembang biak. Ikan yang memasuki tobek di tepi sungai itu tidak boleh kembali lagi ke sungai disaat air sungai mulai surut. Ikan terkepung dalam tobek mula dikeringkan itu dan ditangkap serta dijual. Ikan yang besar akan dijadikan makanan dan dijual, sementara anak-anak ikan akan dijual dan dipindahkan ke kolam-kolam lain yang lebih selamat dan tidak terkena banjir.

2. Tobek Profesional

Saat ni semua tobek di Rao sudah diurus secara profesional, produktif dan menguntungkan. Tobek profesional ini memiliki modal yang banyak untuk membeli benih, makanan ikan dan pengurusan tobek. Keuntungan yang diperoleh terkadang lebih 100% dari modal yang dikeluarkan. Masa panen pula adalah singkat iaitu hanya 40-60 hari sahaja. Tobek profesional ini terdiri dari tobek-tobek lama dan tobek baru. Bisnes tobek jauh lebih menguntungkan dari sawah. Masyarakat akan membuat sawah-sawah mereka menjadi tobek baru dengan mengupah orang lain menggali tanah dan membuat ompang. Tobek-tobek baru ini pula multi fungsi yang dapat menjadi tobek disaat air mencukupi dan kembali menjadi sawah disaat air tidak mencukupi untuk memelihara ikan.

Proses tobek profesional berbeda dengan sistem traditional. Pertama tobek akan dikeringkan dan ditaburkan racun agar semua ikan dan makhluk pemangsa yang ada di dalamnya mati untuk seterusnya dihanyutkan. Kedua tobek akan ditaburi baja agar tanah tobek menjadi subur dan seterusnya digenangi air. Setelah beberapa hari pemilik tobek akan memasukkan benih ikan yang dibeli dari petani lainnya. Setiap hari ikan yang ada dalam tobek itu diberi makan dengan makanan pelet yang didatangkan dari sebuah kilang makanan ikan di Medan.

Setiap minggu ikan akan ditangguak jarang untuk memilih ikan yang mulai besar untuk dijual atau dipindahkan ke kolam lain. proses seterusnya adalah ikan akan ditangguak menggunakan keramba dan dijual atau dipindahkan ke kolam lain. Terakhir tobek akan dikeringkan dan ikan yang besar dijual dan tobek akan diracun untuk membunuh ikan-ikan pemangsa seperti rutiang dan mujahir. Perlu diingat bahawa hanya ikan tonsen yang dipelihara dalam sistem tobek profesional. Walaupun demikian setiap pengeringan ikan akan terdapat ikan-ikan jenis lain yang terdapat dalam tobek, walaupun sebelumnya telah diracun. Anehnya, terkadang jumlah ikan yang telah diracun, dibunuh, dihanyutkan dan dihilangkan selama ini lebih banyak dari jumlah ikan tonsen yang memang sengaja dipelihara.

Pendapatan sektor perikanan darat di Rao, mencapai hampir Rp14 miliar per tahun. Sektor perikanan darat ini cukup berkembang dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan produksi mencapai 12.251,3 ton, rinciannya 2.084,76 ton benih ikan dan sisanya ikan konsumsi. Luas areal perikanan darat saat ini mencapai 2.365 hektar, dan 70 persen di antaranya berada Rao.(antara) Pakan ikan hanya diperoleh dari Kota Medan dan tentu saja harganya mahal kerana kos pengiriman yang tinggi mencapai Rp210 ribu/karung. Untuk itu pihak pemerintah daerah berharap investor untuk membangun kilang ikan dan berjanji akan memberikan kemudahan perizinan. Berdasarkan data dari 55.200 kepala keluarga (KK), di Pasaman, sebanyak 5.527 KK menggantungkan hidupnya dari sektor pengelolaan perikanan darat, dengan perincian 4.875 KK sebagai petani pembesar ikan konsumsi, 620 KK sebagai petani pembenih dan 33 KK pengelola keramba ikan deras. (http://www.antara-sumbar.com/id

Beberapa cabaran yang dihadapi para peternak ikan dalam bisnes tobek profesional di Rao saat ini adalah;
1. Ketiadaan kilang makanan ikan di Rao dan masih harus didatangkan dari Medan yang jaraknya jauh dari Rao dan harganya mahal kerana biaya transportasi yang mahal.
2. Ketidak pastian harga yang disebabkan oleh monopoli harga oleh sesetengah pemborong
3. Ketiadaan import dari luar negara yang membuat harga ikan masih murah. Satu-satunya ikan yang di eksport adalah rutiang binguang yang di eksport ke Singapura, Korea dan Jepun. Harga ikan rutiang binguang ini mahal dan susah didapati serta tidak boleh diternak.
4. Ketiadaan pengolahan ikan secara profesional seperti pengalengan ikan, kerupuk ikan dan sebagainya.

Tobek adalah bahasa Rao yang bererti kolam ikan air tawar. Tobek pula memiliki sejarah yang lama di daerah ini. Sebahagian tobek itu terbentuk secara semula jadi. Tobek-tobek yang lama biasanya memiliki keluasan dan kedalaman yang amat besar. Kalau di Malaysia orang akan memanggilnya tasik, tetapi sebenarnya adalah tobek. Tobek adalah sumber ekonomi utama di Rao. Beberapa keturunan Rao Malaysia yang penulis temui juga mendapati di rumah mereka terdapat tobek. Di belakang rumah pak Shawal Tapah terdapat sebuah tobek peninggalan orang datuk beliau. Di rumah beliau Kuala Lumpur juga terdapat dua buah tobek ikan keli dan tobek ikan puyu. Budaya suka ber tobek ini juga penulis jumpai di rumah Dr. Dzulkhaini Husain.

3. Kepakaran Menangkap Ikan

Kebanyakan masyarakat Rao memiliki sawah, sawah setelah di bersihkan akan dibiarkan beberapa lama sebelum ditanam. Setelah ditanam akan dibiarkan hingga 2 bulan baru dibersihkan. Setelah itu ditinggalkan lagi menunggu padi berbuah. Waktu buah padi telah berisi, barulah sawah ditunggu untuk menghalau burung daripada memakan padi. Waktu tenggang lapang itu biasanya digunakan masyarakat untuk membersihkan kebun, yang lelaki pula mengisi waktu lapang dengan menangkap ikan disungai. Ada yang pergi menjalo, menjaring, memancing, menyelam dan menjamah ikan. Kalau dahulu ikan yang dapat itu mencapai sebesar anak kecil, sekarang sudah jarang ditemui. Ikan yang paling mahal dan sedap adalah ikan kaluih (kelah). Ikan ini sudah langka dan jarang ditemui saat ini.

a. Rezeki Banjir

Satu fenomena biasa yang menyeronokkan bagi orang kampung adalah selepas berlakunya banjir. Kawasan tanah yang lekuk biasanya akan lambat kering dan beberapa hari setelah banjir, kawasan itu masih digenangi sedikit air lagi. Dalam kawasan lekuk tanah itu akan dijumpai berbagai-bagai macam jenis dan ukuran ikan yang banyaknya bergoni-goni jumlahnya. Ikan juga terkadang dijumpai dekat rumah, di tengah sawah, di kebun dan sebagainya. Fenomena ini sudah hilang kerana tidak pernah berlaku banjir lagi.

b. Ikan Di Tengah Sawah

Di tengah sawah biasanya terdapat banyak ikan. Orang kampung akan menyuluh ikan dengan menggunakan lampu minyak dimalam hari. Diwaktu umur padi yang baru ditanam sudah mencapai seminggu, anak-anak muda akan keluar dua orang dalam satu rombongan, waktu malam ke tengah sawah dengan menyalakan lampu minyak dan membawa parang untuk memukul ikan. Kepala ikan akan dipukul dengan bagian belakang parang yang tidak tajam. Ikan-ikan yang dapat dimasukkan ke dalam kampia yang dibawa oleh seorang lagi temannya. Ikan yang didapat pula bermacam-macam-macam ada yang besar dan ada yang kecil. Ikan yang dicari sebenarnya adalah belut yang dikatakan mengandungi banyak gizi.

Salah satu sumber ikan lainnya adalah, di tengah sawah biasanya terdapat kawasan tanah lekuk. Disaat padi sudah mulai berbuah, air sawah akan dikeringkan supaya hama penyakit seperti tikus, belalang, keong mas tidak menyerang buah padi. Sesuatu yang mengejutkan adalah, di kawasan tanah lekuk tengah sawah itu akan kita jumpai ikan yang banyak di dalamnya. Sambil menjaga sawah padi agar tidak dimakan oleh burung, petani biasanya akan menyalakan api di rumah sawah dan menangkap ikan yang ada di danau sawah untuk dipongek, dibakar dan sebagainya.

Fenomena ikan banyak itu bukanlah sesuatu yang aneh di Rao. Talian air yang mengalirkan air kesawah dan tobek biasanya terdapat banyak ikan. Diwaktu kecil penulis biasa memancing dan menangkap ikan di tali air. Lobang yang terdapat dalam air adalah tempat ikan rutiang dan ikan tingkalang bersembunyi. Disaat dimasukkan tangan ke dalam lobang akan terasa badan-badan ikan yang siap untuk ditangkap dengan mudah. Caranya pula ialah dengan mencari dan memegang kepala ikan untuk ditarik keluar, sebab ikan Tingkalang (keli) biasanya berbisa kalau terkena sengatnya.

Mencari ikan memang sudah menjadi kepakaran orang-orang Rao. Seorang yang pakar, akan tahu jenis ikan dan dapat menangkap ikan dalam air yang keruh hanya dengan tersentuh tangannya dengan badan ikan. Orang Rao dapat dipastikan akan mendapat belut dalam lumpur kalau tangannya tersentuh badan belut dengan cara tersendiri.

Orang Rao juga punya kepakaran lain seperti memasang taut yang berisi umpan dan diletakan di atas unggok. Unggok adalah urat rumpun kayu yang berada di dalam sungai. Taut itu yang di pasang banyak tempat itu akan ditahan dan diperiksa kemudian. Ikan yang dapat terkadang rutiang, tingkalang atau bahkan biawak yang termakan umpan. Diwaktu musim kering, disaat air sungai sedikit orang Rao juga biasa menimbo sungai. Kawasan lubuk akan di ompang hulu dan hilirnya serta airnya ditimba keluar secara bersama-sama. Ikan yang terkepung dalam lubuk itu akan ditangkap dan dibagi-bahagikan serta dibawa pulang. Menimbo juga berlaku pada air danau sawah dan tali air yang banyak ikannya.

Urang Rao juga suka menubo ikan di sungai dan tali air. Tubo diperolehi dari air sejenis akar kayu yang kalau di tokok akan mengeluarkan santan berwarna putih. Air tubo ini kalau dilepaskan dalam air, akan membuat ikan menjadi pening dan selanjutnya ditangkap dengan tangan dan tangguak. Sebahagian besar kepakaran dan kebiasaan budaya di atas berlaku dan terdapat pada masyarakat awal Rao di Semenanjung Malaysia dahulu. Namun ia sudah mulai dilupakan oleh generasi kemudian yang muda-muda

iv. Masakan Rao

Masakan gulai lomak dan kelamai masih terdapat dalam kalangan masyarakat Rao Perak dan Pahang. Kalau di SM kita dapat temukan berbagai-bagai masakan dan makan baik China, India, Melayu, Thailand, Arab dan sebagainya, di Rao masakan itu masih dalam kategori asli dan tidak mengalami perubahan hingga saat ini. Di Rao orang tidak mengenal makanan seperti roti canai, nasi lemak, tomyam, kfc, McDonald dan sebagainya. Beberapa masakan traditional Rao lainnya tidak terdapat dalam komunitas masyarakat Rao SM. Masakan seperti asom kebau, asom lauak dan sebagainya sudah hilang di sini. Barangkali hilangnya masakan itu kerana tidak dijumpainya rempah yang sesuai di Malaysia.

IV. Analisa dan Kesimpulan
Rao berada di tempat strategis dan berjiran dengan Mandahiling, Melayu Riau, Minangkabau dan pesisir pantai Air Bangis. Rao memiliki identiti adat, budaya dan bahasa tersendiri yang berbeda dengan keempat budaya tetangganya di atas. Kerana Rao berada dalam geografis Sumatera Barat yang identik dengan Minagkabau, maka selama ini Rao dibangsakan kepada Minangkabau, sehingga Khazanah budaya yang berharga di Rao dilupakan begitu sahaja. Padahal Tamadun Rao adalah sebuah tamadun tua berikutan dengan ditemukannya berbagai-bagai macam peninggalan kuno seperti kuil-kuil lama, keris, senjata, batu bertulis dan dari adat budaya dan bahasa Rao itu sendiri. Masih banyak lagi keunikan khazahah budaya masyarakat Rao yang perlu dikaji dan diselidiki.

Masyarakat Rao telah menyebar diberbagai tempat dalam kawasan Indonesia, Malaysia, Singapura, USA, Newzeland dan sebagainya. Masyarakat keturunan Rao sebahagianya masih mengamalkan adat resam dan bahasa Rao. Beberapa keluarga Rao telah membangun persatuan keluarga Rao dengan tujuan menjalin kembali hubungan kekeluargaan dan silaturahim yang selama ini terpisah-pisah. Seperti Ikatan Keluarga Besar Rao (IKBR) di Medan dan Jakarta dan Palembang. Di Malaysia pula dikenal Jaringan Anak Rao (JARO) yang dibangun di Pahang yang terfokus pada satu-satu jalur keturunan sahaja. Sementara di Perak pula JARO adalah mewakili persatuan masyarakat Rao secara keseluruhannya di Malaysia. Cara yang paling mudah mengenal sesama keturunan Rao adalah dari loghat bahasa mereka dan dari adat pantang tanah (berjojak) yang masih diamalkan hingga ke hari ini.

Dari hasil wawancara penulis bersama Pak Shawal dan beberapa orang tua lainnya di Malaysia, penulis berkesimpulan bahawa; Semua adat budaya, bahasa dan kebiasaan masyarakat Rao asal yang penulis ceritakan di atas terdapat dan diamalkan oleh generasi awal masyarakat Rao Malaysia. Akan tetapi lama-kelamaan adat budaya, bahasa dan kebiasaan orang Rao lainnya sudah mulai menghilang dan dilupakan

Sebahagian budaya masyarakat Rao di Semenanjung Malaysia sebahagiannya masih bertahan dan diamalkan oleh masyarakat keturunan Rao Malaysia hingga ke hari ini. Ini terlihat dari pengamalan beragama, bahasa, masakan, adat istiadat dan budaya. Budaya yang paling popular yang masih diamalkan di SM adalah bojojak (adat pantang tanah). Diharapkan adat, budaya dan identiti Rao lainnya yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, sebaiknya dipertahankan dan di budayakan, kerana itu adalah identiti yang akan mendekatkan silaturahim antara sesama keturunan Rao di mana pun berada dan berjumpa. Ini juga sesuai dengan Pepatah Melayu mengatakan “biar mati anak asal jangan mati adat”.

Identiti ibaratkan jenis kelamin, sebab ia semacam jati diri yang dapat menjadi pemersatu masyarakat Rao dimanapun mereka berada dan berjumpa dengan sesama masyarakat Rao lainnya diseluruh dunia. Tanpa identiti boleh dibaratkan seperti pondan yang punya jenis kelamin kacau dan tidak menentu. Sebagai masyarakat yang bertamadun, sebaiknya masyarakat Rao diseluruh dunia dapat mempertahankan identiti mereka walaupun hanya sebahgian sahaja. Bahasa dan berjojak menurut penulis adalah dua adat budaya yang mudah diamalkan dan dipertahankan.

Bibliografi
Afriadi Sanusi (2008) Usaha Membendung Pengaruh Islam Liberal: Kajian Terhadap Strategi KH. Ahmad Dahlan Dalam Memurnikan Ajaran Islam. Bangi: kertas kerja dalam Seminar Peringkat Kebangsaan Persatuan Ulama Malaysia.

_____ (2008) Peranan Surau Dalam Menghasilkan Tokoh-Tokoh Ulama Melayu Silam Di Minangkabau. Kelantan: Kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri.

A. Kardiyat Wiharyanto (2005) Asia Tenggara Zaman Pranasionalisme. Jogjakarta: Universitas Sanata Dharma.

Adriyetti Amir et. Al (2006) Pemetaan Sastera Lisan Minangkabau. Padang: Andalas University Press

Azyumardi Azra (2004) Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara abad XVII & XVIII. Jakarta: Kencana, h. 50

Buletin Silungkang, Nomor : 001/SM/JUNI/1998

Deliar Noer (1994) Gerakan Moderen Islam di Indonesia. Jakarta: LP3S. op.cit, h. 38-40

Hamka (1974) Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao: Bantahan Terhadap tulisan Ir Onggan Parlindungan dalam bukunya Tuanku Rao. Jakarta: Bulan Bintang

_____ (2007) Ayahku : riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan perjuangan kaum agama di Sumatera. Shah Alam, Selangor : Pustaka Dini

_____ (2007) Tasauf Modern. Jakarta: Pustaka Panjimas

Hasmah Haji Omar (2005) Sama Serumpun. Tanjung malim: UPSI

Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

http://jaro.com.my/

http://sekondakhati.com.my/

http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/m/mahmudyunus/index.shtml

Kenangan-kenangan 70 tahun Buya Hamka. Jakarta : Yayasan Islam, (1979)

Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Komaruddin Hidayat dan Ahmad Gaus(2006) Menjadi Indonesia: 13 Abad Eksistensi Islam di Bumi Nusantara. Jakarta: Mizan

Lukman Sinar Harian Waspada: Medan

M. Rajab (1976) Perang Paderi. Jakarta: Bulan Bintang

M. Solihin (2005) Melacak pemikiran Tasawuf di Nusantara. Jakarta: Rajawali Pers

Mahmud Yunus, (1996) Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia. Jakarta: Hidakarya Agung

Mohd. Koharuddin Moh. Balwi (2005) Peradaban Melayu. Johor: UTM

Prof. DR H. Amir Syarifuddin. http://www.cimbuak.net/content/view/77/46/.

Sejarah Pendidikan Daerah Sumatera Barat. http://pakguruonline.pendidikan.net/

Shalahuddin Hamid, Iskandar Ahza (2003) 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Indonesia. Jakarta: Intimedia

Silfia Hanani, M.Si. dalam makalah: Difusi Ajaran dan Pemikiran Ulama dalam Sejarah Islam Minangkabau dalam: http://ern.pendis.depag.go.id/DokPdf/ern-II-03.pdf

Tengku Sutan Hermansyah M. Saman (2003) Sejarah Masuknya Agama Islam ke Minangkabau. Padang: Terbit

Tuanku Rao dan Rakyat Rao Melawan Penjajah. Medan: Tiga Saudara

Umar Ahmad Tambusai (1999) Pahlawan Nasional Tuanku Tambusai. Riau: Pemda TK II Kampar

Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi

Wan Moh. Shagir Abdullah (2001) Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sehagat Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah

Wan Moh. Shagir Abdullah (2004) Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah

www.antara-sumbar.com/id

www.id.wikipedia.com

Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources

Zuriati (2007) Undang-undang Minangkabau Dalam Perspektif Ulama Sufi. Padang: Unand

Sabtu, 30 Mei 2009

Bak aua jo tabiang


Bak aua jo tabiang


Sasangkak balam jo kititiran
Bacampua Urang Cerdik Urang Piras Hangit
Angguak di balam danguik di puyuah
Balam maangguak didahan kayu
Puyuah mandanguik di alang laweh
Samo mangaluah di atah bumi
Sando manyando kaduonyo
Bak aua jo tabiang

Sabtu, 16 Mei 2009

MAT KILAU


MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

http://alam-melayu.blogspot.com/2007/06/mat-kilau.html

NOTA:

Mat Kilau anak Khatib Rasu (Tok Gajah) anak Tok Saharom (Tengku Ahmad) yang datang dari Rao, Sumatera Barat.Tok Saharom menetap di Temau, Dong Raub. Seingat saya isteri Tok Gajah ini ada 4 orang, Isteri Pertama orang Temau, isteri kedua orang Budu, isteri ketiga Mahda (orang Burau dekat Pulau Tawar, Jerantut dan isteri keempat orang Dungun. Pusara Tok Gajah ada di Dungun, Terengganu.

Jumaat, 1 Mei 2009

Tangga Batu Bersurat di Dasar Singkarak


Tangga Batu Bersurat di Dasar Singkarak
PadangKini.com | Senin, 30/03/2009, 2:09 WIB
SEBUAH peninggalan sejarah penting yang diduga berkaitan dengan sejarah Minangkabau dan Pagaruyung terbenam di dalam Danau Singkarak. Belum ada laporan upaya penelitian dengan melakukan penyelaman sejak informasi ini dibuka pada 1970.

Tim Research Pengumpulan Data-data Sejarah Minangkabau yang diketuai Drs. Hasan Basri melaporkan dalam Seminar Sejarah dan Kebudayaan Minangkabau di Batusangkar, Agustus 1970.

Tim yang mengumpulkan berbagai informasi tentang Minangkabau dan Pagaruyung mendapatkan cerita adanya ‘batu basurek' (batu bertulis) di Batu Baraguang, Sumpur, tepi Danau Singkarak. Tapi batu tersebut sudah terbenam beberapa meter ke dalam danau.

Di bawah batu basurek tersebut ada terdapat ‘batu bajanjang' (tangga batu) yang turun ke dalam danau dan di tengah danau tangga tersebut menonjol ke atas dan turun lagi kira-kira 1 km dan naik lagi sampai ke pantai seberang Jorong Sudut Sumpur.

"Menurut keterangan penangkap ikan, bagian tangga yang meninggi itu hanya beberapa meter di bawah air permukaan danau, dan di kiri-kanan batu bersurat tersebut terdapat gua-gua," demikian isi laporan tim yang dikutip dari makalahnya.

Apa isi surat yang terpahat di batu itu, adakah kaitannya dengan Adityawarman, untuk apa tangga tersebut, kenapa sampai terbenam di dasar Singkarak, apakah juga karena gempa mengingat patahan Sumatera melewati danau itu? Belum ada jawabannya. (syof)

Sabtu, 25 April 2009

Negara berasaskan sistem beraja

Negara berasaskan sistem beraja
Oleh Zin Mahmud
Minguan Malaysia/26 April 2009

Demokrasi awal mula diamalkan di kota Athens pada zaman silam di Yunani atau Greece purba dengan warganegaranya secara langsung membuat keputusan pemerintahan.
Di kota dan zaman itu jugalah muncul ahli-ahli falsafah Socrates, yang mengajar muridnya, juga ahli falsafah terkenal Plato. Beliau pula mempunyai seorang murid yang juga ahli falsafah besar, iaitu Aristotle.
Kota Athens tumbang ditawan dan dimusnahkan oleh pesaingnya ketika itu, iaitu Sparta yang mengamalkan sistem pemerintahan ketenteraan dan berakhirlah sistem demokrasi awal dalam kehidupan politik manusia itu.
Tetapi antara banyak-banyak negara dalam Yunani purba itu, muncul sebuah kerajaan yang dianggap berada di pinggiran tamadunnya. Negara itu, Macedonia dipimpin oleh Raja Philip yang mempunyai putera bernama Iskandar. Baginda mengarahkan Iskandar belajar daripada Aristotle mengenai segala perkara yang diketahui.
Setelah kemangkatan Philip, baginda digantikan dengan Raja Iskandar. Baginda memimpin bala tenteranya menawan keseluruhan Yunani. Bukan itu saja, baginda merentas ke timur, menakluki Parsi dan terus hingga ke India. Maka wujudlah kerajaan besar Iskandar Agung yang wilayahnya merentas tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika.
Baginda menubuhkan ibu kotanya di Babylon (sekarang Iraq) dan mengasaskan sebuah kota besar di Mesir purba yang dinamakan Iskandariah. Dalam bahasa Inggeris disebut Alexandria.
Pengaruh Iskandar Agung ini menyerap ke India yang seterusnya budaya serta pemikiran mengenai kerajaannya tentu akhirnya sampai juga ke Asia Tenggara.
Justeru apabila kitab Sejarah Melayu mengisahkan asal usul Raja-Raja Melayu, tentunya dirujukkan kepada Kesultanan Melaka yang mewarisi Kerajaan Seri Wijaya, ia mengisahkan betapa permulaan sistem Raja-Raja Melayu adalah di Bukit Siguntang di Sumatera, atau disebut juga sebagai Seri Andalas.
Maka disebut dalam Sejarah Melayu, asal-usul Raja-Raja Melayu apabila disusur galurkan yang dikisahkan melalui pelbagai mitos adalah daripada Iskandar Agung.
Dalam tradisi Melayu, Iskandar Agung ini juga disebut sebagai Iskandar Zulkarnain, walaupun terdapat pelbagai pertikaian oleh ahli sejarah dan ahli sastera tentang perbezaan antara Iskandar Zulkarnian dan Iskandar Agung.
Antara kisah dalam Sejarah Melayu ialah perjanjian antara Raja dan Datuk Bendahara yang mewakili rakyat. Dari sinilah keluar ungkapan 'Raja adil disembah, Raja zalim disanggah'.
Namun begitu, kerajaan Melayu bermula lebih awal daripada Seri Wijaya. Kerajaan awal muncul di Funan dan kemudian di Champa yang kesemuanya terletak di Indochina sekarang ini. Tamadun Melayu dikatakan bermula di wilayah itu dengan gendang Dongson yang berbentuk bintang berbucu banyak sebagai simbolnya.
Simbol bintang berbucu banyak ini kini dapat diabadikan dalam bendera Jalur Gemilang. MCA juga mengambil bintang berbucu banyak itu sebagai lambangnya.
Jadi ketika kerajaan-kerajaan Melayu itu muncul di wilayah Vietnam dan Kemboja sekarang, di manakah bangsa Vietnam berada? Manusia pelbagai etnik dan kaum bercampur baur baik melalui perkahwinan atau penaklukan dan menghasilkan bangsa baru yang lain.
Tetapi bangsa Vietnam purba pada asalnya hidup di China selatan. Ketika mereka menguasai bahagian dunia itu, China sebagai bangsa dan negara belum dimantapkan.
Maharaja Shih Huang Ti baru hendak menyatukan pelbagai bangsa dan etnik untuk dijadikan satu bangsa berasaskan negaranya sendiri yang bernama Chin. Dalam usahanya itu, baginda ditentang oleh kaum Vietnam purba yang berada di China selatan.
diperluaskan
Hanya setelah membina pelbagai terusan bagi membawa bekalan untuk bala tenteranya, maka China dapat diperluaskan dan menawan wilayah Vietnam purba. Bangsa Vietnam purba pula terdesak dan lari ke selatan membawa sekali kerajaan-kerajaan mereka.
Maka menghala ke selatan, sudah tentu mereka bertempur dan menakluki bangsa-bangsa Funan, Champa, Khmer dan lain-lain, termasuklah bangsa Melayu purba.
Kerajaan-kerajaan Melayu purba ini turut bergerak ke selatan memindahkan kerajaan-kerajaan mereka ke Kemboja, Vietnam Selatan hinggalah ke Pattani dan Semenanjung Melayu.
Di situ, mereka bertembung pula dengan kerajaan Ayuthaya yang sedang memantapkan kerajaan Siam di mana ia mahu menguasai keseluruhan semenanjung Asia Tenggara hingga ke selatan iaitu Temasik.
Kemunculan Parameswara sebagai pewaris kepada Seri Wijaya kemudian mengembalikan negeri-negeri Melayu, daripada Temasik hinggalah ke Pattani untuk berada di bawah Kesultanan Melaka. Pengaruh kesultanan ini juga sampai ke Brunei dan Sulu.
Keupayaan Kesultanan Melaka dapat menapak di mercu tertingginya berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dengan Tun Perak menjadi Bendahara dan Hang Tuah sebagai Laksamana.
Kebijaksanaan diplomasi juga menyumbang kepada kejayaan ini apabila Melaka mengadakan hubungan persahabatan dengan China, pimpinan Dinasti Ming yang di dalamnya terdapat pengaruh Islam yang kuat.
Maka pada zaman itu, daripada Istanbul di Barat hinggalah ke Zaytun di Timur, baik melalui laluan sutera mahu pun bahtera, sebahagian besar dunia ditadbir dan dipimpin oleh kerajaan-kerajaan Islam dengan sokongan sekutu-sekutunya termasuk kerajaan China. Laksamana Cheng Ho memainkan peranan penting dalam mewujudkan tata kuasa dunia itu.
Tetapi tidak ada kerajaan yang dapat bertahan selama-lamanya. Dinasti Ming tumbang, begitu juga dengan Kesultanan Melaka, Kerajaan Moghul di India dan juga Khalifah Uthmaniah di Istanbul.
Kuasa-kuasa baru Eropah muncul dan yang terbesar datangnya dari England. Negara kecil ini mendapat manfaat daripada kesedaran tamadun yang dinamakan Enlightenment yang asalnya datang daripada Yunani melalui Renaissance di Itali yang muncul melalui kajian-kajian pemikiran Yunani tersimpan oleh para cendekiawan Islam.
Akhirnya Perang Salib membuka ruang pemikiran Yunani yang dikaji oleh cendekiawan Islam kepada orang Eropah. Antara pemikiran inilah yang membawa kebangkitan kaum bangsawan di England untuk mengehadkan kuasa raja melalui piagam yang disebut Magna Carta.
Daripada situ, idea sistem politik yang berasaskan rakyat berkembang. Fahaman demokrasi yang pernah dilaksanakan di Athens akhirnya dimunculkan semula dalam bentuk Raja Berperlembagaan Inggeris. Maka Parlimen England dikenali sebagai "ibu kepada parlimen".
Demokrasi moden mula berputik. House of Lords atau Dewan Bangsawan dan House of Commons atau Dewan Orang Ramai mula merintis kepada kaedah demokrasi moden.
Tentu pada awalnya, sistem Raja Berperlembagaan ini memperlihatkan kesukaran hubungan antara raja dengan Parlimen serta juga dengan Perdana Menteri yang dipilih Parlimen untuk menasihati raja.
Walaupun raja tidak mencampuri urusan politik dan pemerintahan, tetapi pengaruhnya tetap ada dan berbeza-beza mengikut personaliti dan zaman masing-masing.
Maka semasa pemerintahan Queen Victoria, baginda memperoleh pula seorang Perdana Menteri yang juga hebat, Benjamin Disraeli. Pada zaman ini, empayar British terbentang paling luas hinggakan Victoria diisytiharkan juga sebagai Maharani India.
Ternyata sistem raja-raja India sudah tumbang apabila negara itu dijajah sepenuhnya oleh British.
Di China pula, Dinasti Ching yang memerintah berada di penghujungnya. China sedang diancam oleh penjajah-penjajah, iaitu Rusia, Jepun, Jerman, Britain dan Perancis, masing-masing mahu membahagi-bahagikan negara itu.
Britain berjaya menguasai Hong Kong walaupun dalam bentuk pajakan dengan janji perlu dikembalikan pada tahun 1997. Keupayaan Britain memerintah empayarnya yang luas bertunggakkan pada pelabuhan-pelabuhan strategik yang dikuasai.
Dari London, Gibraltar, Port Said, Aden, Bombay, Colombo, Pulau Pinang, Singapura hinggalah Hong Kong berada di bawah kekuasaannya.
Pentadbiran India yang berpusat di Calcutta juga turut mentadbir Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang, Seberang Perai, Dinding, Melaka dan Singapura.
Walaupun Britain menguasai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi kedaulatan masih tetap dipegang oleh Raja-Raja Melayu.
berdaulat
Pada kurun ke-19, negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis masih berdaulat walaupun kekuasaan di luar daripada hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu sudah berada di tangan Inggeris. Namun begitu, pengaruh Raja-Raja Melayu masih besar termasuk dalam soal tanah.
Maka dari satu segi, pada zaman penjajahan British, sistem beraja yang diamalkan di negeri-negeri Melayu bersifat Raja Berperlembagaan walaupun yang menguasai pemerintahan bukannya rakyat tetapi penjajah.
Perkara yang sama juga berlaku di banyak tempat di Hindia Timur Belanda yang kemudiannya menjadi Indonesia. Di Thailand pula, berlaku gerakan untuk mewujudkan Raja Berperlembagaan, tetapi ia tidak datang dari rakyat, tetapi pihak tentera.
Sementara di Jepun, maharajanya juga berdaulat tetapi kekuasaan sebenarnya terletak pada pihak yang menguasai tentera. Golongan tentera inilah kemudian merubah politik Asia termasuk Malaysia.
Dalam perang Dunia Kedua, Jepun berazam untuk menguasai keseluruhan Asia Timur melalui gagasan Kemakmuran Asia Timur Raya dengan Tokyo memerintah keseluruhan China, Asia Tenggara, India dan kepulauan Pasifik sehingga Australia.
Mereka gagal dan apabila Amerika Syarikat menakluk Jepun, mereka menimbangkan sama ada untuk menghapuskan institusi maharaja atau tidak. Akhirnya mereka membuat keputusan memperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan institusi maharaja dikekalkan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Britain memberikan kemerdekaan kepada India dengan menggubal sebuah perlembagaan yang begitu kompleks.
Pada mulanya cadangan yang diutarakan ialah untuk menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan di India dengan Ratu atau Raja England menjadi Maharaja India sebagai mewarisi Queen Victoria.
Sistemnya adalah seperti Australia dan Kanada di mana ketua negara dipegang oleh Raja England dengan diwakili oleh Gabenor-Jeneral. Tetapi kemudian perkara ini ditentang dan India menjadi republik dengan presiden tanpa kuasa eksekutif seperti Raja Berperlembagaan.
Di Tanah Melayu, pada mulanya dicadangkan penubuhan Malayan Union dengan menghapuskan sistem beraja. tetapi akibat bantahan orang Melayu dan ancaman komunis, Britain bersetuju menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen bagi Tanah Melayu.
Untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, maka diambil perlembagaan India sebagai rujukan. Oleh kerana sudah ada sistem beraja di negara ini, maka dengan mudahnya diambil cadangan Tunku Abdul Rahman supaya sistem Raja Berperlembagaan yang unik di dunia, iaitu melalui Majlis Raja-raja.
Keindahan sistem Raja Berperlembagaan Malaysia ini diterima baik dan tidak pernah dipertikaikan, malah kedaulatannya diperluaskan kepada semua Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka yang sebelum itu tidak dinaungi oleh mana-mana raja.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Pinang dan Melaka. Bukan itu saja, semasa penubuhan awal Malaysia, dengan mudah sistem Raja Berperlembagaan ini dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dan kedaulatannya meliputi Singapura, Sarawak dan Sabah.
Keagungan dan kejayaan sistem ini bergantung kepada rakyat negara ini sendiri. Ia merupakan sistem yang unik, penuh warisan dan berkesan. Tetapi untuk menjayakannya, rakyat tanpa mengira kaum wajar sama-sama berusaha untuk mendokongnya supaya negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dapat berfungsi dengan lebih baik. Ingatlah bahawa kehidupan bernegara memerlukan keseimbangan.

Selasa, 14 April 2009

Tengku Aishah Rohani ditabal Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan


Tengku Aishah Rohani ditabal Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, hari ini dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada satu istiadat diraja Negeri Sembilan yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Selepas istiadat itu, Tengku Aishah Rohani akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Kali terakhir istiadat ini diadakan pada 19 Julai 1967 apabila Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dilantik sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan.
Sebelum itu, bonda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Durah Tunku Besar Burhanuddin ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan pada 14 April 1961.

Turut hadir pada istiadat hari ini ialah Putera Yang Empat dan Anak Raja Bergelar serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja, Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Istiadat di Balairong Seri itu dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan oleh Tuanku Muhriz sebelum baginda berangkat meninggalkan Balairong Seri bagi membolehkan istiadat pertabalan berlangsung.
Pengurniaan gelaran itu dilakukan dengan Tunku Muhriz memakaikan tiara pada Tengku Aishah Rohani dengan disusuli tembakan meriam lapan das.

Kemudian istiadat pertabalan pula bermula dengan upacara menghadap dan menjunjung duli oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir, Luak Gemencheh dan Luak Air Kuning serta Tiang Balai masing-masing.

Luak Tanah Mengandung adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dilakukan oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung.
Selepas istiadat itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkenan berangkat meraikan bersama tetamu jemputan di majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet Istana Besar Seri Menanti.

Penamaan Tengku Aishah Rohani sebagai calon Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dibuat oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Inas, Luak Terachi dan Luak Jempol yang sudah bermesyuarat dengan Orang Empat Istana pada 21 Januari lalu.

Selepas mendapat kebulatan dan permuafakatan, mereka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan memohon perkenan baginda supaya permaisuri baginda yang dipilih itu dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tarikh hari ini dipilih sebagai hari istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ini diadakan lebih awal daripada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi membolehkan Tengku Aishah Rohani bersemayam bersama Tuanku Muhriz sewaktu pertabalan baginda secara rasmi yang dijangka Oktober depan.

Tengku Aishah Rohani, 57, diputerikan di Batu Gajah, Perak, adalah kerabat diraja Terengganu iaitu puteri kepada Almarhum Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan Almarhum Tok Puan Zainun Meriam Su Mahmud.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan kemudian di Sekolah Convent, Taiping dan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Baginda pernah berkhidmat di sebuah bank di Kuala Lumpur dan di situ baginda diperkenalkan dengan Tuanku Muhriz dalam satu majlis keramaian.

Pertemuan manis itu dilanjutkan dengan ikatan pertunangan.

Tengku Aishah Rohani melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Muhriz pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, 32, Tunku Zain Al'Abidin, 27, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 25.

Di samping mengurus keluarga, Tengku Aishah Rohani turut meluangkan masa mengikuti program amal yang dianggotai baginda seperti Inner Wheel of Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Speakers Club.

Dalam bidang yang lain, baginda pernah ke Amerika Syarikat untuk mengikuti dan mendalami kursus penjagaan kanak-kanak istimewa, khususnya dalam bidang perkembangan minda kanak-kanak yang dianjurkan 'Institutes for the Achievement of Human Potential' di Philadelphia, Pennsylvania.

Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, baginda sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada mereka yang memerlukan. - Bernama

Ahad, 29 Mac 2009

Manuskrip Melayu nusantara

Manuskrip Melayu nusantara
Utusan Mekayu/30.3.2009

Pengenalan

JUDUL Manuskrip Melayu Patani pernah ditentukan oleh pihak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada penulis untuk dibentangkan dalam satu seminar anjurannya. Untuk lebih luas perbicaraan ini, maka penulis lengkapkan dengan perkataan Hubungan Patani, Natuna, Kelantan, Terengganu dan Kemboja.
Perbicaraan ini disusun bertitik mula daripada pelbagai Manuskrip Melayu Patani, surat-surat, salasilah, pelbagai catatan dan lain-lain.
Pada bahagian akhir perbicaraan ini, penulis sentuh agak ringkas mengenai sekian dokumen surat-surat yang penting dikaji dan dibahas untuk pembuktian hubungan kuat semua negeri Kawasan Timur Laut seperti tersebut di atas.
Antara yang dijadikan contoh ialah surat-surat terima balas antara Sheikh Ahmad al-Fathani dengan para ulama, raja-raja dan tokoh-tokoh: Kemboja, Patani, Kelantan dan Terengganu.
Walau bagaimanapun, penulis berasa sangat perlu mendahulukan pengenalan terhadap Natuna, berbanding negeri-negeri kawasan timur laut lain yang disebut dalam judul, kerana telah banyak dikenal dan ditulis oleh para pengkaji.
Natuna yang dibicarakan ini adalah berdasarkan surat-surat, catatan-catatan dan salasilah yang ditulis oleh para ulama dan tokoh silam Patani, baik yang tinggal di Natuna mahupun tempat-tempat lainnya.
Natuna adalah kabupaten yang baru muncul setelah krisis ekonomi dan reformasi, 1997-1998, dengan pusat pemerintahannya Ranai, di Pulau Bunguran/Natuna. Penulis memilih Natuna adalah disebabkan ada hubungan erat dengan Patani, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan lain-lain. Bahkan sebahagian dari wilayahnya termasuk dalam Kawasan Timur Laut, jika ditarik garis dari Terengganu.
Bahawa sistem pemerintahan terawal di Natuna adalah diasaskan oleh golongan bangsawan yang berhijrah dari Patani dan Johor. Dari pihak lelaki adalah golongan bangsawan Patani, dari pihak perempuan pula adalah dari Kesultanan Johor. Dapatlah ditegaskan bahawa dari pemerintahan terawal (1597 M) hingga Datuk Kaya yang terakhir adalah keturunan lurus dari golongan bangsawan Patani.
Daripada hal-hal yang tersebut di atas, di sini cuba dibahaskan Natuna dalam tiga persoalan, iaitu: ekonomi, politik dan sosial. Dalam sejarah zaman lampau Natuna, ketiga-tiga persoalan yang tersebut tidak dapat dipisahkan dengan Kawasan Timur Laut, iaitu: Patani, Kelantan, Terengganu, dan Kemboja/Cam. Bahkan lebih luas lagi ada hubungkaitnya dengan Pahang, Johor, Sarawak, Brunei, Sambas, Pontianak, dan tempat-tempat lainnya di Asia Tenggara dan dunia antarabangsa terutama China.

GEOGRAFI KABUPATEN NATUNA

Sebelum membicarakan perkara-perkara lain, di sini disentuh dengan ringkas letaknya Kabupaten Natuna. Kabupaten tersebut terdiri dari gugusan Kepulauan Natuna Besar (Pulau Bunguran dan Pulau Laut, dan lain-lain), Kepulauan Siantan/Anambas, Kepulauan Jemaja, Pulau Midai, dan Kepulauan Natuna Kecil/Selatan (Pulau Subi, Pulau Panjang dan Pulau Serasan) ialah di Laut China Selatan.
Ia terletak di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Pulau yang paling Utara dalam Kabupaten Natuna ialah Pulau Laut. Jika ditarik garis lurus dari Barat, iaitu dari Dungun dan Pulau Tenggul dalam Terengganu, maka arah ke timurnya setentang dengan Pulau Laut, Natuna.
Pulau yang paling besar Kabupaten Natuna, nama asalnya ialah Pulau Serindit, nama lainnya ialah Pulau Bunguran. Dalam kitab-kitab klasik bahasa Arab dinamakan Jazirah Qumuran. Nama popular dunia antarabangsa dalam peta minyak dan gas sekarang ialah Natuna. Jika ditarik garis lurus dari Barat, iaitu dari Cukai, Terengganu, maka arah ke timurnya setentang dengan Teluk Buton, iaitu nama tempat yang paling Utara di Pulau Bunguran.
Tempat yang paling selatan Pulau Bunguran pula setentang dengan Kuantan, Pahang. Pulau Tioman, Pahang, pula bersententangan dengan Letung, Kepulauan Jemaja. Pulau yang paling Selatan Kabupaten Natuna ialah Pulau Serasan sangat dekat dengan Tanjung Datuk, Sarawak/Malaysia Timur.
Natuna adalah termasuk wilayah Indonesia yang paling utara, merupakan pintu masuk pertama bagi pelayaran laut menuju nusantara dari dulu sampai sekarang bagi negeri-negeri seperti: Kemboja, China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, dan lain-lain.
Oleh itu, anggapan daerah Natuna merupakan daerah terpencil adalah tidak benar. Pada pandangan penulis, Laut China Selatan adalah merupakan daerah strategik dalam pembentukkan wilayah ekonomi, yang sebahagiannya termasuk kawasan timur laut yang disejajarkan dengan Patani, Kelantan dan Terengganu.

Sejarah Ringkas

Pemerintahan di Natuna diperkirakan bermula tahun 1597 Masihi (abad ke-16), didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Salah seorang puteri keturunan asal pemerintahan Natuna bernama Wan Seri Bulan, berkahwin dengan salah seorang kerabatnya di Patani, bernama Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani.
Beberapa orang keturunannya menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna. Selanjutnya dari keturunan Orang Kaya Aling pula, di antaranya ada keturunannya yang perempuan kahwin dengan keluarganya dari Patani.
Keturunan Orang Kaya Aling, keturunan yang keempat, bernama Orang Kaya Janggut anak Orang Kaya Muhammad. Menantu Orang Kaya Janggut ini bernama juga Wan Muhammad (sama nama dengan ayah mertuanya), beliau ini sengaja diambil dari Patani.
Setelah memerintah, Wan Muhammad al-Fathani digelar 'Orang Kaya Perdana Mahkota'. Pada tahun 1848 M, beliau memperoleh tanda penghargaan sebuah meriam tembaga dari Penguasa Militer Inggeris untuk Singapura dan Melaka bernama Liutenant Colonel Butterworth, atas jasanya memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik Inggeris bernama General Wood yang pecah di sekitar Pulau Selaut di perairan Bunguran Kepulauan Natuna pada 25 Januari 1848 M.
Sewaktu Wan Muhammad al-Fathani (Orang Kaya Perdana Mahkota) akan mangkat, yang layak menggantikannya sedang berada di negeri Cam (Kemboja), beliau ialah Wan Qamaruddin atau digelar Wan Kama/Wan Rawa. Sebuah kapal milik Belanda telah digunakan untuk menjemput Wan Qamaruddin itu di Cam (Kemboja).
Wan Muhammad al-Fathani (Orang Kaya Dana Mahkota) diganti oleh puteranya Orang Kaya Wan Rama pada tahun 1850 M. Daripada maklumat ini, adalah jelas bahawa sampai tahun 1850 M bahkan sebelum kemerdekaan Indonesia 1945, hubungan Natuna dengan Patani mahupun hubungan dengan Cam di Kemboja masih sangat erat.

Sejarah Ringkas Ekonomi

Sejarah ekonomi di Natuna, dapat penulis ringkaskan seperti berikut, bahawa:
Di antara syarikat/perusahaan niaga itu yang masih ada sampai sekarang hanyalah Ahmadi & Co. Midai. Ahmadi & Co. Midai dalam masa yang panjang sangat terkenal, kerana mempunyai cawangan di Singapura, yang banyak menerbitkan pelbagai jenis bahan cetakan.
Perlu juga disentuh di sini bahawa di antara sekian ramai yang memasukkan modal/saham dalam Ahmadi & Co. Midai ataupun cawangan di Singapura, terdapat juga pelabur yang berasal dari Patani dan Kelantan.
Dengan berdirinya Cawangan Ahmadi & Co. Midai di Singapura, atas kebijakan ketuanya Raja Ali bin Raja Muhammad Tengku Nong, bermula dari agen kelapa kering (kopra), hasil laut, dan usaha tenunan kain Terengganu, hingga terkenal sebagai mathba'ah/ press dan penerbit.
Secara tidak langsung, ini bererti mewakili keintelektualan masyarakat Tukong Pulau Tujuh atau sekarang disebut Natuna, di gelanggang dunia niaga serantau. Selain itu seorang ulama besar Sarawak yang terkenal di Mekah, iaitu Sheikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak pernah memiliki sebidang kebun di Pulau Midai yang diurus oleh Ahmadi & Co. Midai.
Jika kita menoleh kebelakang, pelayaran pada zaman silam yang menggunakan tongkong atau wangkang dari negeri China, perahu ukuran besar yang berasal dari Terengganu, negeri Bugis dan penduduk Natuna sendiri yang melalui Laut China Selatan, sudah pasti akan melalui ataupun singgah di Natuna.
Pada zaman penggunaan tongkong/wangkang atau perahu, peranan kepulauan di Laut China Selatan itu adalah sangat penting terutama untuk mendapatkan bekalan air. Lama kelamaan wujudlah perdagangan antara pelbagai daerah. Bahkan ramai orang-orang Terengganu datang di daerah tersebut untuk berniaga menggandar pelbagai jenis kain, dan ia berjalan hingga tahun 1950an. Syarikah Ahmadi & Co. Midai termasuk perintis awal memiliki sebuah kapal di daerah Natuna yang dinamakan Kapal Karang.
Sepanjang sejarah pelayaran, penggunaan kapal untuk daerah Natuna mengalami dua kali tergendala, yang pertama ialah menjelang perang dunia yang kedua dan beberapa tahun sesudahnya. Keduanya pula ialah ketika terjadi Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963) berjalan terus hingga beberapa tahun sesudahnya.
Pada masa perang dunia yang kedua, barang makanan banyak dibawa dengan perahu dari Kuala Terengganu dan Kuching, Sarawak. Perhubungan dengan Singapura yang menggunakan kapal boleh dikatakan terputus. Ketika konfrontasi terdapat pertukaran makanan secara garam (illegal) dengan Singapura dan pelabuhan kecil Sematan di Sarawak, yang diangkut dengan motor-motor kecil ukuran mulai 4 tan dan yang paling besar hanya 40 tan. Dalam masa konfrontasi pula mulai banyak hubungan perniagaan dengan Kalimantan Barat melalui pelabuhan Singkawang dan Pemangkat dalam Kabupaten Sambas.
Walaupun selama ini betapa peritnya derita, namun akhir-akhir ini Natuna dipandang sangat berpotensi kerana terdapatnya minyak dan gas. Paling penting pula hasil emas hijau, bunga cengkih, yang mengundang kedatangan pengusaha besar dari Jawa ke Natuna.
Datang pula kapal-kapal dari Taiwan, Hong Kong, dan Thailand memburu ikan di laut Natuna, ada yang secara sah (legal) tetapi lebih banyak yang bercorak illegal. Ada perniagaan ikan hidup, ada ikan mati yang diawetkan. Ada yang langsung ditangkap di laut, ada pula tempat-tempat pemeliharaan. Pendek kata dirumuskan bahawa semuanya serba lengkap dan moden.

Aktiviti Agama Islam

Orang-orang Melayu di keseluruhan Natuna adalah sebagai bumiputera yang datang dari pelbagai tempat: Patani, Semenanjung Malaysia, Kampar/Kuantan (Sumatera), Bugis, Banjar, Sambas, Brunei, dan lain-lain, semua mereka adalah beragama Islam, kecuali orang Pesuku masih animisme. Orang China pula masih menurut tradisi mereka.
Bahawa ulama terawal yang menghasilkan karya yang berasal dari Siantan, Natuna, yang dapat dikesan bernama Sheikh Abdul Wahhab Siantan. Karyanya ialah Hikayat Ghulam yang diterjemahkan dari bahasa Arab. Sheikh Abdul Wahhab Siantan adalah guru kepada Raja Ja'far Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga ke-6 (1805-1831 M).
Aktiviti penulisan ulama Siantan itu diteruskan lagi oleh dua orang ulama ialah Sheikh Abdullah bin Muhammad Siantan dan yang seorang lagi ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab Siantan. Tidak perlu penulis panjangkan perkara ini kerana pengenalan sejarah mengenai tokoh ulama-ulama tersebut pernah dibicarakan dalam ruangan ini sebelumnya.
Masih ramai ulama dan intelektual Natuna yang belum sempat penulis perkenalkan, namun perlu juga disebutkan bahawa terdapat ulama Natuna yang pernah mengajar di Masjid al-Haram Mekah, seperti Sheikh Muhammad Nasir Pulau.
Salah seorang tokoh pejuang politik Riau yang paling menonjol pada zamannya, ialah Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad, iaitu anak kelahiran Pulau Midai, Natuna. Beliau pernah menyelesaikan sebuah karangannya berjudul Panduan Taruna di Ranai, ibu kota Natuna.

Kesimpulan

Dari gambaran di atas, dapat penulis simpulkan bahawa Natuna boleh menjadi satu kawasan perdagangan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Thailand yang membentang dari Patani, Kelantan, Terengganu, Natuna dan Sarawak.
Hal ini barangkali dapat kita bandingkan dengan SIJORI (Singapura-Johor-Riau) ataupun seperti kawasan ekonomi di Utara Malaysia yang melibatkan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Penghasilan Kabupaten Natuna terutama minyak dan gas juga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Kabupaten Natuna bagi meningkatkan taraf ekonominya.
Oleh kerana dalam Kabupaten Natuna majoriti penduduknya adalah beragama Islam, maka penanganan kepentingan Islam perlu lebih diutamakan dari semua kepentingan dan pembangunan selainnya.
Jika kita menoleh sejarah zaman silam, sejak pemerintahan asal Datuk Kaya hingga bergabung dengan Kesultanan Riau-Lingga-Johor dan Pahang adalah berperanan aktif dalam memasyarakatkan agama Islam.

Ahad, 22 Mac 2009

Alam Minangkabau (04)


Alam Minangkabau (04)



Ditulis oleh Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo
Sabtu, 28 Agustus 2004

VI. Datuk Katumanggungan, Datuk Perpatih Nan Sabatang, dan Datuk Sri Maharaja Nan Banaga Naga.

Menurut bunyi Tambo Alam Minangkabau dan curaian orang tua tua, setelah dewasa anak ninik Sri Maharaja Diraja yang bernama Sutan Paduka Besar dan anak anak Cateri Bilang Pandai bernama Sutan Balun dan Sikalab Dunia, atas kesepakatan anak nagari Pariangan Padang Panjang dan anak nagari Sungai Tarab, diangkat menjadi penghulu.
Sutan Paduka Besar bergelar Datuak Katumanggungan, Sutan Balun bergelar Datuak Parapatiah Nan Sabatang, dan Sikalab Dunia bergelar Datuak Sri Maharaja nan Banaga naga.

Beliau beliau itulah penghulu ninik kita, yang sangat cerdik pandai, lubuk akal lautan budi, lagi keramat ketiganya. Meliau bertiga menata adat lembaga untuk kita orang Alam Minangkabau.

Kata ahli adat, setelah Sutan Balun diangkat jadi penghulu, beliau pergi berlayar keluar Pariangan Padang Panjang, hendak pergi tamasya ke pulau Langgapuri(Serindip Cylon).
Dalam perjalanan kembali pulang, ditengah lautan beliau mendapat sebatang kayu yang berisi lengkap didalamnya segala perkakas untuk pertukangan seperti kapak, lading, pahat dan perpatih. Oleh sebab itu dia digelari Datuk Perpatih Nan sabatang Kayu, kemudian ditetapkan dengan Datuk Perpatih Nan Sabatang saja.

Adapun kayu yang berisi alat perkakas ditemukannya itu berasal dari peninggalan nabi Nuh. Perkakas itu diletakkan orang dalam lobang sebuah pohon kayu dan hanyut ke laut.
Dengan karunia Allah kayu itulah yang didapatkan oleh Datuk Parapatiah Nan Sabatang. Benar atau tidaknya cerita ini wallahu 'alam.

Diceritakan kembali, sesudah ninik yang bertigaitu diangkat orang jadi penghulu, semenjak itulah beliau berusaha mencari ikhtiar memperbaiki nagari dan memperluas jajahan di tanah Alam Minangkabau serta berusaha membuat bermacam macam aturan adat lembaga yang akan dipakai orang didalam Nagari yang telah beliau dirikan itu, untuk penjaga kesentosaan dan keselamatan orang yang berada didalam nangari.
Adat lembaga yang beliau tinggalkan menjadi pegangan bagi masyarakat Minangkabau sampai sekarang, adat lembaga itu amat baik dan sempurna aturannya, tidak dapat disanggah oleh jauhari pun, mempunyai akal budi yang sempurna. Bila ada orang yang merubah atau merusak warisan beliau itu, tak dapat tidak pastilah mendatangkan kesusahan dan kerugian besar bagi dirinya serta bagi segala orang di dalam nagari sampai kepada anak cucunya.

Disadur oleh : Dewis Natra
Sumber : Buku Curaian Adat Minangkabau
Penerbit : Kristal Multimedia Bukittinggi

Jumaat, 13 Mac 2009

Sejarah Awal Tanjong Malim


Sejarah Awal Tanjong Malim

Tanjung Jambu 1790 – Kg Kubu 1870 – Tanjung Malim 1876
Tanjong Malim,asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis.
Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 – 1870, bergelar menteri :
• Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Katib b Dato’ Menteri Jamilin
• Dato’ Menteri Doba Dato’ Menteri Katib
• Dato’ Menteri Amin b Dato’ Menteri Doba
• Dato’ Menteri Mat Taya b Dato’ Menteri Amin
Dato’ Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir pada masa itu.
Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Dato’ Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim.
Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato’ Hj. Mustapha juga dipanggil Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya.
Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Nagari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tg. Malirn. Panglirna Kanan berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglirna Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tg. Malim Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya.Bermakna adalah Dato’ Haji Mustapha sepupu dengan Hj Abas b Hj Siun dan Hjh Rahmah bt Hj Siun, artinya isteri Hj Siun adik beradik dengan isteri Raja Kamala.
Oleh yang demikian, Dato’ Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini diambil sempena nama sebatang pokok yang bernama pokok Kelumpang dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan rurnahnya, masjid dan lain-lain dengan pengikutnya. Tempat itulah pekan Kalumpang sekarang.
Pada masa itu juga Bernarn atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Selangor. Dato’ Hj. Mustapha dilantik sebagai Penghulu Bernam atau Tg. Malim yang pertama dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi assistant Penghulu Bernam. Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tg. Malim. Di sinilah kaitan Tg. Malirn dan Kalunipang pada zaman tersebut.
Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut sungai. Tg. Malim jatuh dalam pemerintahan negeri Perak dan Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan Selangor sehingglah kini. Untuk mengingati atau mengenang jasa Dato’ Hj Mustapha, kerajaan Perak sudi dan bersetuju atas permintaan kaum kerabatnya menamakan jalan di kawasan Kg. Kubu itu laitu berhampiran kawasan stesen bas lama Tg. Malim, dinamakan Jalan Hj. Mustapha Bin Raja Kamala yang ada pada han ini.
Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato’ Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi kubur Dato’ Hj. Mustapha tanpa protokol di mana orang Tg. Malim dan Kalumpang berasa hairan mengapa Baginda ziarah? Jawabnya adalah kerana Tun Dato Hj. Mustapha pernah jadi ketua orang Rao di Gali dan pengikut setia Tok Gajah. Airnarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasa moyangnya Sultan Ahmad Shah pada zaman tersebut.
1876 – 1898
Yang Berusaha lagi Bijaksana Dato’ Penghulu Haji Mustapha b Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Sumatra Barat, Penghulu yang pertama Kg Kubu.

Dato’ Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato’ Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim.

Anak-anaknya :
• Muhammad Ali + Raja Aminah & Selamah
• Zaharah
• Nuruddin
• Ulwi
• Pidir
• Abd Majid
• Gurun
• Hitam
• Muhammad + Cik Tun
• Kechik + Haji Bidin
• Ramli
• Mohd Zain
• Lelo + Haji Shahabuddin-Imamludin
• Sabariah
• Tanda + Haji A Wahid
• Rashidah
• Siti Mariam + Haji Mohd Siddik
• Sawiyah
• Zainal Abidin
• Sufian
• Jemah + Yusuf
• Ahmad@Awil + Saadiah
• Abdullah Sani
• Hafsah
• Zubaidah
• Saemah + Haji Ahmad
• Binti@Umi Salamah
• Ubi@Hapipah
• Khamsiah
• Bahakudin@Imam Bahak
• Talib
• Tupat
• Abas
• Jama’yah + Ramli
• Us. Mustapha
• Fatimah + Hj Mohd Sidek
• Dogun
• Abdullah + Rukiah
• Jamaliah
• Rukiah
• Saiyah
• Rahmat + Khamsiah
• Abd Manaf
• Azimun
Adik beradik Dato’ Hj. Mustapha
1. Siti Khadijah
2. Siti Atikah
Rujukan:
1. Allahyarham Hj. Abdullah Bin Hj. Salam. (Anak Panglima Kanan)
2. Allahyarhamah Hjh. Zabedab Hj. Salam. ( Anak Panglirna Kanan)
3. Allahyarharn Ahmad Bin Yusof ( Cicit FIj. Mustapha Bin Raja Kainala)
4. Ustaz Mustapha Bin Ramli. (Cicit Hj. Mustapha Bin Raja Kamala)
5. Allahyarliam Adi Hj. Kassim (Cicit saudara Imamludin salah seorang Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang)
6. Allahyarham Mokhtar Hj. Kassim ( Cicit saudara Imamludin- salah seorang Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang
7. Buku Riwayat Tg. Malim karangan Allahyarharn Cikgu Zainal Abidin Daud (Murid Tua SITC — 1929)

Khamis, 12 Mac 2009

Azlan Khairuddin

Salam


saya azlan b khairuddin , dari kg pandan k.lumpur, asal kg ibu & ayah saya drpd kg pulai gopeng
perak,

ayah saya khairuddin bin mohd som bin Hj davi. berkampung di sekitar gopeng dan selama di perak.

Wassalam

Azlan Khairuddin
azlan.khai@gmail.com

Selasa, 10 Mac 2009

Sejarah Pembukaan Kampung Tersan, Sega, Raub, Pahang

Kampungku Kampung Tersan.
Cerita ini ditulis oleh Sdra Mohd. Hashim bin Zabidi

Kampung Tersan adalah kampung tertua di Mukim Sega, Raub Pahang. Alasan saya ialah apabila saya baru baru ni menelaah atau mengkaji satu Salasilah atau Teremba atau Teromba atau Family Tree, peninggalan Bapak saudara sepupu saya bernama Zakaria bin Imam Ngah yang telah lama meninggal dunia. Berbulan bulan saya mengesan salasilah ini akhirnya saya dapati berada dalam simpanan anaknya sendiri Hamdan bin Zakaria, saudara dua pupu saya yang tinggal di Kampung Som dekat Damak Jerantut Pahang.

Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan bernama Tok Mat Amin keturunan Tok Baginda Demu. Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu dadapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.

Kampung Tersan semakin besar dan penduduknya bertambah ramai, lalu wujudlah kampung kampung lain disekitarnya menjadikan sebuah kampung yang lebuh besar yang akhirnya bergelar Mukim Sega.

Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin di lantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Bila dia meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan. Kemungkinan besar semasa hayatnya Tok Mat Amin yang alim, warak dan banyak jasanya maka Almarhum Tok Mat Amin di takbir dalam firasat dan mimpi anak cucunya sebagai wali Keramat. Selepas itu ramailah anak cucunya berziarah ke makam tersebut, bertahlil dan berdoa malah ada yang membayar niat dan bernazar konon.

Ringkasan:

Tok Baginda Demu ( datang dari Perak ) – Tok Muhammad Ali Jaafar Sidek - Tok Ngah Endik - Tok Muhammad Salleh - Tok Imam Malik - Tok Mat Amin –

Isnin, 9 Mac 2009

Alam Minangkabau (03)


Alam Minangkabau (03)


Ditulis oleh Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo
Sabtu, 28 Agustus 2004

V. Sungai Tarab Nagari Tua

Seiring dengan perkembangan waktu, masyarakat di Nagari Pariangan bertambah ramai juga, sedang nagari itu tidak begitu luas sehingga sudah penuh sesak oleh orang banyak. Maka bermusyawarahlah ninik Sri Maharaja Diraja dengan segala orang besarnya untuk memindahkan sebagian orang kedaerah baru.

Setelah bulat mupakat, mendakilah ninik Sri Maharaja Diraja ke puncak gunung merapi hendak melihat dimana tanah yang baik dan subur akan tempat memindahkan orang orang itu. Setibanya beliau dipuncak gunung merapi, memandanglah beliau kesegala arah. Pandang jauh dilayangkan pandangan dekat di tukikkan.

Kelihatan oleh beliau setumpuk tanah tanah gosong yang ditumbuhi rimba di baruh gunung kearah selatan yang kelihatannya tanahnya berpasir. Gosong gosong itu adalah puncak puncak bukit yang tersembur dari permukaan laut waktu itu.

Setelah itu beliau kembali turun, dan bersama sama dengan Cateri Bilang Pandai beliau pergi melihat tanah itudengan berlayar. Pelayaran beliau itu hanya menepi gunung merapi saja dan akhirnya beliau sampai ditepi pantai, lalu berlabuh dan langsung memeriksa tanah tadi.

Didapati oleh beliau tanah itu lebih luas dari Pariangan Padang Panjang dan nampaknya lebih baik dan lebuh subur.

Disebelah mudik tanah itu ada pula sebidang padang pasi yang amat luas yang sangat baik untuk tempat orang bermain dan bergembira.

Setelah ada keyakinan bagi ninik Sri Maharaja Diraja dan Cateri Bilang Pandai, lalu keduanya kembali ke Pariangan Padang Panjang untuk menjeput orang orang yang akan mendiami tempat tersebut.

Beliau membawa tujuh karib bai'id beliau laki laki dan perempuan, begitupun Cateri bilang pandai membawa pula enam belas orang, yaitu delapan pasang suami istri.
Setelah mereka tiba ditanah tadi, mereka mulai membuka ladang, berladang mencencang melateh, membuat teratak ditempat itu. Lama kelamaan teratak menjadi sebuah dusun bernama dusun Gantang Tolan dan dusun Binuang Sati.

Kemudian dusun itu bertambah lama bertambah ramai pula. Maka dibuat orang pula dipinggir dusun itu sebuah koto tempat berkampung, berumah tangga. Dari koto itulah orang orang berulang ulang keladangnya yang didusun tadi.
Semakin lama didalam koto tadi orang semakin bertambah ramai juga, lalu koto itupun dijadikan nagari, diberi nama nagari Bunga Setangkai. Kenapa bunga setangkai, sebab sewaktu ninik Sri Maharaja Diraja sampai disitu beliau mendapatkan setangkai bunga yang sangat harum baunya, dan dibawah bunga itu ada pula sebuah batu luas dan datar. Panjangnya tujuh tapak ninik Sri Maharaja Diraja, batu itu diberi nama oleh beliau "Batu Tujuh Tapak" Sampai sekarang batu itu masih ada didalam nagari Bunga Setangkai.

Adapun padang pasir yang di mudik nagari Bunga Setangkai, lama-kelamaan ditumbuhi oleh kayu-kayuan, sehingga kemudian menjadi rimba yang berkampung kampung. Pada akhirnya daerah itu menjadi koto, lalu menjadi nangari yang diberi nama Pasia Laweh, takluk kepada nagari Bunga Setangkai.

Didalam nagari Bunga Setangkai dibuat orang sebuah balairung tempat ninik Sri Maharaja Diraja dan Cateri Bilang Pandai menghukum. Dekat balairung itulah ninik Sri Maharaja Diraja membuat istana tempatdiam.

Kemudian keluarlah sebuah mata air dibawah sebuah pohon yang bernama tarab dihalaman istana ninik Sri Maharaja Diraja. Air yang keluar sangat jernih dansejuk serta besar sehingga menjadi suatu anak sungai, oleh sebab itu Cateri Bilang Pandai memberi nama Sungai Tarab.

Karena Sungai itu sangat termasyhur nama Bunga Setangkai dilupakan orang sehingga nagari itu berubah nama jadi nagari Sungai Tarab.

Didalam nagari Sungai Tarab ditanam orang delapan orang penghulu yang diambil dari dalam kaum orang yang delapan pasang, yang mula mula mencencang melateh nagari tersebut. Penghulu yang delapan itu memerintah orang dalam nagari Sungai Tarab dan menguasai masing masing kaumnya. Penhulu itu bernama "Datuk nan Delapan Batur" Yakni delapan batu kedudukan dahulu.

Kemudian setiap penghulu itu membuat pula sebuah balairung sehingga disebut orang pula delapan balai kedudukan Datuk Nan Delapan Batu.

Delapan balai kemudian menajdi delapan suku yang terbagi atas 2 kampung. Satu kampung di mudik (Sungai Tarab) dengan lima balai dan satu lagi di hilir dengan 3 balai sehingga kampung ini disebut TigaBatur.

Setelah berkoto, bernagari dan berpenghulu yang akan memelihara orang didalam Sungai Tarab, ninik Sri Maharaja diraja merasa senang sekali dan beliau beserta Cateri Bilang Pandai kembali lagi ke Pariangan Padang Panjang.

Meninggalnya Ninik Sri Maharaja Diraja

Ninik Sri Maharaja Diraja meninggal di Pariangan Padang Panjang, yaitu beberapa lalu kemudian setelah beliau kembali dari Sungai Tarab. Sepeninggal beliau jabatan raja di pariangan Padang Panjang tidak ada karena beliau tidak mempunyai waris. Posisi beliau dijabat oleh karib beliau yang ada di Sungai Tarab. Adapun yang memerintah di Pariangan Padang Panjang sepeninggal ninik Sri Maharaja Diraja adalah Datuk Bandaharo Kayo, Datuk Maharaja Besar, Datuk Suri Diraja, Cateri Bilang Pandai dan Cateri Rino Sudah. Sedangkan yang memerintah di Sungai Tarab dipegang oleh Datuk Delapan Batur, dibantu oleh Cateri Bilang Pandai mewakili karib ninik Sri Maharaja yang belom dewasa.

Tuan Putri Jamilan

Setelah beberapa lama ninik Sri Maharaja Diraja meninggal dunia, Tuan Putri Indah Jalia janda beliau kawin dengan Indra Jati yang bergelar Cateri Bilang Pandai.

Dari perkawinan itu beliau berputra enam orang, dua orang laki laki, pertama bernama Sutan Balun dan yang kedua bernama Sikalab Dunia dan empat orang perempuan bernama: Putri Reno Sudi, Putri Reno Mandi, Putri Reno Judah dan si bungsu Puteri Jamilan. Tuan Putri Jamilan ini kawin dengan karib ninik Sri Maharaja Diraja yang menjadi raja di Sungai Tarab itu.

Disadur oleh : Dewis Natra
Sumber : Buku Curaian Adat Minangkabau
Penerbit : Kristal Multimedia Bukittinggi

Khamis, 5 Mac 2009

JEJAK WARIS KETURUNAN

Salam,

Saya sebenarnya berketurunan Rawa...datuk and nenek mmg berasal dari pagar ruyong yang duduk di dong dan kuala dong, raub.....Cuma seperti orang lain...sy mmg blur terus.......

Ini nama datuk saya.....

Sebelah Ibu

Mat Dong xxx
Dunah xx

Sebelah ayah pulak

Hitam bin xxxx
Mahya xxxx

Mungkin boleh saya hubungi tuan, yang mana boleh memungkinkan saya untuk mengetahui salur keluarga saya.....

Ini no hp saya : 012 9142500

Rozita Abdul Rahim
Human Resource Unit
Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT)
Level 6, Block 2
Menara PJH
Presint 2
62100 Putrajaya
Tel : 03 - 83157 888
Fax : 03 - 88888 232

Selasa, 3 Mac 2009

Alam Minangkabau (02)


Alam Minangkabau (02)


Ditulis oleh Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo
Sabtu, 28 Agustus 2004
IV. Penghulu Pertama

Lama pula antaranya orangpun bertambah ramai pula. Pada suatu hari bermusyawarah pula ninik Sri Maharaja Diraja dengan Datuk Suri Diraja dan Cateri Bilang Pandai, serta segala orang banyak dari kampung Pariangan dan Padang Panjang di Balai Saruang tadi.
Musyawarah itu adalah untuk memilih orang yang akan menjadi yang memerintah dan menghukum dibawah raja.
Adapun orang yang akan ditanam jadi ketua adalah orang yang akan menjadi penghulu orang banyak itu, dengan fungsi antara lain :

Kusuk yang akan menyelesaikan
Keruh yang akan menjernihkan
Sesat yang akan menghimbau
Terluncur yang akan menghelakan

Itulah orang yang akan memimpin orang banyak, dibawah ninik Sri Maharaja Diraja.
Didalam permusyawaratan itu dicapai kata sepakat yakni akan menanam dua orang ketua, seorang di Pariangan dan seorang di Padang Panjang. Hasil kesepakatan itu dikembalikanke kepada ninik Sri Maharaja diraja dan beliau menyetujui.

Pada kesempatan itu Datuk Suri Diraja bertitah "Berbahagialah kamu sekalian, telah sama sama sepakat untuk menanam dua orang ketua yang akan menjadi penghulu oleh kamu sekalian. Apa nama pangilan dan apa nama pangkatnya bagi keduanya ?"
Mendengar titah Datuk Suri Diraja itu, tidak ada yang dapat menjawab sebab belum ada kata mupakat tentang itu. Sekalian orang banyak itu memohon kepada ninik Sri Maharaja Diraja untuk kembali bermusyawarah untuk menetapkan apa nama panggilan dan pangkat bagi keduanya tadi.

Tetapi setelah beberapa saat lamanya mereka duduk timbang menimbang, hasilnya nihil sama sekali. Akhirnya sekalian orang banyak itu memulangkan kata kepada ninik Sri Maharaja Diraja.

"Telah puas kami bersama sama mencari nama pangkat dan nama pangilan bagi ketua kami, namun tidak dapat oleh kami, melainkan sebuah kata ketua saja. Oleh sebab itu kami serahkan saja kepada Tuanku semua, apa yang baik bagi Tuanku, kami akan menurut saja."

Setelah itu bertitahlah ninik Sri Maharaja Diraja kepada sekalian orang banyak itu : "Adapun orang akan kita jadikan ketua itu tentulah akan dipilih dari kita yang hadir disini, yaitu orang yang lebih pandai dan baik tingkah lakunya. Sebab orang itu, pergi tempat kita bertanya, pulang tempat kita beberita. Orang itulah yang akan memelihara buruk baiknya kita sekalian, tempat kita mengadukan segala hal yang baik dan buruk.
Orang itu yang akan menimbang mudharat danmanfaat diatas kita sekalian serta menghukum barang sesuatunya buruk dan baik.

Oleh sebab itu sepanjang pendapat hamba, patutlah kita muliakan benar orang itu dengan semulia mulianya daripada kita yang banyak ini. Kita tuakan orang itu dengan kata mupakat bersama dan tuanya kita samakan dengan orangtua ninik mamak kita yaitu 'datuk' namanya. Dengan demikian kepadanya kita panggil Datuk meskipun umurnya lebih muda daripada kita.

Kita wajib menghormatinya, apa titahnya kita junjung, apa perintahnya kita turut, agar sentosa kita dari marabahaya selama hidup didunia ini. Jikalau kita tidak bertindak dan tiada turut menurut, niscaya tiadalah kita mendapat keselamatan"

Mendengar penitahan ninik Sri Maharaja Diraja itu, senanglah hati sekalian orang banyak itu. Panggilan Datuk sampai sekarang tidak berubah. Itulah asal mulanya maka segala penghulu itu dipanggil Datuk dan disebut orang juga ninik mamak, ninik daripada mamaknya orang banyak. Setelah putus kata mupakat, diadakan helat jamu di kampung Pariangan dan Padang Panjang.

Pada masa itu ditetapkan kedua penghulu tadi seorang di Pariangan bergelar Datuk Bandaharo Kayo dan seorang lagi di Padang Panjang bergelar Datuk Maharaja Besar. Itulah penghulu pertama yang ada dipulau andalas ini, yang disebut juga pulau Perca.
Adapun Datuk Suri Diraja bukanlah penghulu yang diangkat orang, beliau diberi nama seperti itu hanya karena beliau berkarib dengan raja. Beliau dipanggil datuk karena tuanya saja, dan lagi beliau adalah orang cerdik pandai, lubuk akal lautan budi, tempat orang berguru dan bertanya pada waktu itu di Pariangan Padang Panjang, serta menjadi guru oleh ninik Sri Maharaja Diraja.

Dengan bertambah ramainya orang di Pariangan dan Padang Panjang, oleh ninik Sri Maharaja Diraja dengan mupakat segala isi kampung diberi nama Nagari Parangan Padang Panjang. Sampai saat ini nama itu tidak pernah dirubah orang dan itulah nagari tertua di pulau Andalas ini.

Dari pernikahan ninik Sri Maharaja Diraja dengan adik datuk Suri Diraja yang bernama Tuan Putri Indah Jalia, lahirlah seorang yang bernama Sutan Paduka Besar.

Disadur oleh : Dewis Natra
Sumber : Buku Curaian Adat Minangkabau
Penerbit : Kristal Multimedia Bukittinggi

Ahad, 1 Mac 2009

TITIK BUKAN NOKTAH


TITIK BUKAN NOKTAH
BLOG SDRA HASHIM ZABIDI, KUALA LIPIS PAHANG
http://titikbukannoktah.blogspot.com

Dibawah ini ialah pantun Datuk Empat Moyang Lapan yg saya petik dari buku Salasilah milik En. Zakaria bin Imam Ngah PJK, (aruah) bekas Ketua Kampung Tersan, Mukim Sega,Raub Pahang. Pemantun ialah sepupu ayah saya dan Pak saudara pupu pada saya.

Ikan tiar ikan jemadi - ikan kerapu ikan tetuka
kita dilahirkan kedunia ini - dengan adanya ibu dan bapa.

Ikan kerapu ikan tetuka - ikan raya ikan lelumba
dgn adanya ibu dan bapa - begitu juga lahirnya mereka.

Ikan raya ikan lelumba - ikan cencaru ikan pelata
begitu juga lahirnya mereka - dengan beribu dan berbapa.

Ikan cencaru ikan pelata - ikan aya ikan lemuduk
dengan beribu dan berbapa - yg kita panggil datuk.

Ikan aya ikan lemuduk - ikan lambai ikan memparang
yg kita panggil datuk - seramai empat orang.

Ikan lambai ikan memparang - ikan raya ikan tetuka
yg seramai empat orang - mereka juga beribu berbapa.

Ikan raya ikan tetuka - ikan lambai ikan memparang
mereka jua beribu bapa - seramai dilapan orang.

Ikan lambai ikan memparang - ikan pelata ikan selayang
seramai dilapan orang - yang kita panggil moyang.

Ikan pelata ikan selayang - ikan kaci ikan alu alu
yg kita panggil moyang - yang mesti diambil tahu.

Ikan kaci ikan alu alu - ikan bunang ikan petanda
yg mesti diambil tahu - supaya senang mengenal saudara.

Ikan bunang ikan petanda - ikan selayang ikan lepu
supaya senang mengenal saudara - berpangkat moyang tuk dan pupu.

Ikan selayang ikan lepu - ikan pelaga ikan keli
berpangkat moyang tuk dan pupu - serta juga muhrim dan wali.

Ikan pelaga ikan keli - ikan kalang ikan haruan
serta juga muhrim dan wali - perkara yg dituntut Tuhan.

Ikan kalang ikan haruan - ikan gelama ikan tiram
perkara yg dituntut Tuhan - bagi yang beragama Islam.

Ikan gelama ikan tiram - ikan duri ikan limbat
bagi yg beragama Islam - wajiblah cari sebelum terlambat.

Ikan duri ikan limbat - ikan mina ikan batulu
wajiblah cari sebelum terlambat - dengan bertanya orang yg tahu.

Ikan mina ikan batutu - ikan todak ikan tenggiri
dgn bertanya orang yg tahu- jika tidak kita yg rugi.

Ikan todak ikan tenggiri - ikan lidah ikan kerisi
jika tidak kita yg rugi - hingga berbalah sesama sendiri.

Ahad, 22 Februari 2009

Alam Minangkabau (01)


Alam Minangkabau (01)



Ditulis oleh Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo
Sabtu, 07 Agustus 2004

Dewasa ini sangat minim sekali informasi mengenai adat yang kita dapati, seringkali kita mendengar tambo alam Minangkabau, tapi kita tidak seperti apa isi tambo itu sebenarnya. Begitu juga dengan adat Minangkabau seperti apa adat tersebut. Mulai dari tulisan ini kami dari admin akan memuat tulisan dari Ibrahim Dt. Sangguno Dirajo dalam bukunya Curaian Adat Minangkabau. Serta ucapan terimakasih kepada penerbit Kristal Multimedia Bukittinggi yang telah berkenan memberi ijin untuk menyadur isi buku tersebut.

Sedikit tentang penulis Ibrahim dilahirkan di sungayang Sumatera Barat pada tahun 1958. Pendidikan dimulai di Sekolah Government di Batusangkar, tamat tahun 1968. Pada tahun 1870 beliau menjadi juru tulis Tuanku Titah di Sungai Tarab. Tuangku ini ahli dibidang adat Minangkabau. Maka saat itu beliau tertarik dan memperdalam pengetahuan dibidang Adat Minangkabau sehingga beliau diangkat menjadi Penghulu Andiko pada tahun 1913 dengan gelar Datuak Sangguno Dirajo.
Dalam tulisan alam Minangkabau akan dimuat berseri. Semoga hal ini bermanfaat bagi pembaca.

I. Pulau Andalas

Menurut bunyi Tambo Alam Minangkabau, adapun orang yang pertama datang mendiami pulau andalas adalah ninik kita Sri Maharaja Diraja namanya. Beliau datang datang kemari dari tanah besar Voor Indie, tanah Rum kata orang tua tua, dan beliau kesini bersama dengan ke enambelas orang laki laki perempuan dari kasta Cateri. Selain itu dibawanya juga Kucing Hitam, Harimau Campo, Kambing Hutan dan Anjing Muk Alam.

Dikatakan Kucing Hitam, Harimau Campo dan lain lainnya itu, sekali kali bukanlah bangsa binatang, tetapi manusia biasa juga. Mereka dijuluki dengan nama nama seperti itu sesuai dengan tingkah laku dan perangai mereka. Semuanya perempuan dan dipelihara oleh ninik Maharaja diraja seperti memelihara anaknya sendiri.
Ninik Sri Maharaja Diraja berlayar dari tanah besar itu dengan sebuah perahu kayu jati. Mula mula mereka berlayar melalui pulau Jawa yang saat itu belum terlihat tanah pulau Jawa itu. Yang tampak hanya puncak gunung Serang dan dipulau itu perahu beliau tertumpuk batu karang sehingga mengalami kerusakan dan tidak bisamelanjutkan perjalanan. Pada saat itu menitahlah ninik Sri Maharaja Diraja kepada mereka yang berada diatas kapal itu "Barangsiapa yang dapat memperbaiki kapal ini seperti sediakala, akan hamba ambil sebagai menantu"

Mendengar titah itu beb erapa cerdik pandai segera berunding, mencari akal agar dapat memperbaiki perahu itu. Maka dengan karunia Allah, maka lima orang tukang segera bekerja dan kapal itu dapat diperbaiki kembali. Sri Maharaja merasa senang dan suka hati serta memuji kepandaian para tukang tersebut.

Kemudian perjalanan dilanjutkan sampai pada suatu kektika mereka melihat sebuah gosong tersembunyi di dalam laut. Tergilang gilang kelihatan dari jauh kira kira sebesar telur ayam, hilang timbuldilamun ombak.

Setelah sampai disitu kiranya ada tanah lebar dengan datarannya, berlabuhlah ninik Sri Maharaja Diraja diatas gosong itu. Gosong itu adalah puncak gunung merapi yang sekarang ini. Disanalah berdiam ninik Sri Maharaja Diraja bersama dengan para pengikutnya. Itulah ninik kita yang mula mula mendiami pulau Andalas ini, hingga menjadi juga oleh yang tua tua dengan memakai pantun ibarat :

Dimana mulanya terbti pelita
Dibalik tanglun nan berapi
Dimana mulanya ninik kita
Ialah di puncak gunung Merapi

Kata orang yang menceritakan, takkala ninik Sri Maharaja Diraja berada di puncak gunung Merapi itu beliau berdo' a supaya disusutkan air laut.
Dengan karunia Tuhan air laut semakin hari semakin susut juga dan bertambah lebar tanah daratan sehingga nyatalah tempat tempat itu adanya diatas gunung yang sangat besar.

Kata sahibulhikayat, takkala beliau masih berdiam dipuncak gunung itu, dengan takdir Tuhan orang orang yang bernama Kucing hitam, Harimau campo, Kambing hutan dan Anjing Muk Alam masing masing melahirkan seorang anak perempuan. Begitu pula istri Ninik Sri Maharaja Diraja melahirkan seorang anak perempuan pula. Sekalian semua anak itu dipelihara oleh ninik Sri Maharaja Diraja dengan kasih sayang yang tiada dibedakan. Kemudian kelak setelah anak anak itu besar, mereka dinikahkan dengan 5 tukang yang memperbaiki kapal tadi.

II. Galundi Nan Bersela dan Guguk Ampang

Setelah beberapa lama mereka berdiam dipuncak gunung itu, air laut sudah berangsur susut juga dan bertambah besar juga tanah daratan, maka sekalian orang itu berpindah kesebuah lekung dipinggang gunung Merapi itu.

Oleh Sri Maharaja Diraja tempat itu diberi nama Labuhan Sitembaga. Disitulah pada masa dahulu ada Sirengkak nan Berdengkang. Disitu pulauntuk pertama kalinya orang menggali sumur untuk tempat mandi dan tempat mengambil air minum, karena disekitar tidak ada air tawar, yang ada hanya air laut.

Selanjutnya mereka membuat sepiring sawah bernama sawah setampang benih. Disebut setampang benih karena dengan padi yang setampang itu sudah mencukupiuntuk makan orang disaat itu, karena mereka belumbanyak. Padi itu pula menjadi asal padi yang ada sekarang. Sepanjang cerita orang tua tua.

Lama kelamaan tumbuh pula Galundi nan Bersela, air laut bertambah susut juga dan daratan bertambah luas, maka Cateri Bilang Pandai mencari tanah yang lebih baik untuk mereka huni.

Ditemukan sebuah guguk disebelah kanan dari Galundi nan Bersela tadi, dan sekalian orang yang berada di Galundi berpindah ke ketempat baru itu. Tempat itu diberi nama oleh ninik Sri Maharaja Diraja serta Cateri Bilang Pandai dengan nama Guguk Ampang.

III. Nagari Pariangan dan Padang Panjang

Tidak berapa lama antaranya, orang orang yang menetap di Guguk Ampang berpindah pula dengan membuat setumpak tanah yang datar di baruh Guguk Ampang itu.
Tanah disini lebih baik daripada tanah di Ampang Gadang. Mereka pun berbondong bondong membuat tempat tinggal ditempat yang baru ini dan oleh ninik Sri Maharaja Diraja beserta Cateri Bilang Pandai tempat ini diberi nama Perhurungan. Guguk Ampang tadi pada saat ini bernama kampung Guguk Atas. Lama kelamaan orangpun bertambah kembang juga, dan kampung Perhurungan bertambah maju. Orang semakin hari semakin riang pula.

Atas prakasa ninik Sri Maharaja Diraja beserta cerdik pandai masa itu, dibuat semacam permainan anak negeri seperti Pencak Silat, Tari Payung dan bermacam peralatan untuk gung dan talempong, gendang, serunai rabab, kecapi dan lain lain sehingga menjadikan orang bertambah riang juga disetiap waktu.

Suasana masyarakat yang selalu dalam keadaan riang itu, menimbulkan keinginan dari ninik Sri Maharaja Diraja dan Cateri Bilang Pandai untuk menganti nama kampung menjadi Pariangan.

Kemudian karena bertambah kembang juga, seorang hulubalang ninik Sri Maharaja Diraja pergi membuat tempat tinggal dekat sebuah batu besar disuatu tanah disebelah kanan pariangan. Karena tempat itu baik pula, berdatangan orang pariangan membuat tempat tinggal disitu.

Lama kelamaan tempat itu menjadi sebuah kampung yang ramai pula. Oleh Cateri Bilang Pandai kampung itu diberi nama Padang Panjang. Sebab yang pertama sekali menemukan daerah itu adalah hulubalang yang menyandang gelar Pedang nan Panjang. Kampung Pariangan dan Padang Panjang semakin hari semakin ramai, dan kedua kampung ini dibawah hukum ninik Sri Maharaja Diraja.

Pada suatu hari bermusyawarahlah segala isi kampung Pariangan dan Padang Panjang untuk mendirikan sebuah Balairung tempat raja duduk menghukum (memerintah) beserta orang besar lainnya Datuk Suri Diraja, Cateri Bilang Pandai yang bernama Indra Jati. Balairung itu didirikan didalam kampung Pariangan, dihiasi dengan lapik lalang.
Ruangan hanya sebuah saja sehingga sampai saat ini disebut orang Balai Saruang. Disitulah tempat ninik Sri Maharaja Diraja dan orang orang besarnya menghukumwaktu itu.

Disadur oleh : Dewis Natra
Sumber : Buku Curaian Adat Minangkabau
Penerbit : Kristal Multimedia Bukittinggi

Bahasa Rao Di Nogori Sembilan

Bahasa Rao Di Nogori Sembilan

Walaupun sudah beberapa kali datang kerumah Pak Shawal, namun hari rabu itu saya di telepon oleh beliau cukup lama. Berkali-kali beliau mengatakan dalam telepon itu “sekondakhati bukanlah generasi pertama yang datang ke tanah Melayu”. Menurut pengusaha berjaya keturunan Rao Koto Rajo asal Tapah itu, “jauh sebelum sekondakhati, telah ramai orang Rao yang berhijrah ke tanah Melayu”. Pengaruh orang Rao menurutnya telah sampai ke nogori sembilan. Orang mandahiling yang ada di Perak menurutnya semua menggunakan bahasa Rao, pengaruh bahasa Rao juga terdapat dalam bahasa Kelantan dan sebagainya.
Menurut beliau, suku yang mempengaruhi adalah suku yang kuat dan kokoh, sehingga orang lain terpengaruh dan ingin menjadi bagian darinya. Sejarah mencatatkan bagaimana Barat dan Eropah menjadi ke Árab-araban dan mengikut style Arab dizaman keemasan Islam dahulu dan sekarang dunia menjadi ke Barat-baratan yang mengikut gaya Barat kerana saat ini adalah zaman keagungan Barat yang mengalahkan dunia lain. Pak Shawal melanjutkan, “cubo dongar ge lagu nogori sombilen, apo kono eh jang”...
Sebagai seorang akademisi yang terikat dan berpegang teguh pada prinsip dan data-data ilmiyah, saya tidak mahu menerima kenyataan itu begitu sahaja tanpa soal selidik terlebih dahulu. Hari sabtu saya pergi ke Maydin masjid India membeli dan memborong semua koleksi CD Ally Noor & Mastura. Saya langsung “jatuh cinta” mendengar lagu-lagu itu. Di samping kelakar, cerita dalam lagu hampir sama dengan kisah saya. Seolah lagu-lagu itu menceritakan nasib saya yang ditinggal kahwin oleh seorang kekasih setelah empat tahun lebih kami berkawan baik. Seperti cerita itu, saya juga telah jumpa dan mendapatkan persetujuan orang tuanya. Tetapi taqdir menentukan lain yang membuat saya ridha dan tawakkal menerima taqdir dari_Nya dan menjadi “bujang lapuk” hingga ke hari ini.
Mendengar lagu-lagu negeri Sembilan yang dinyanyikan oleh Ally Noor & Mastura memang menyeronokkan. Tetapi tanpa disadari ada sesuatu yang lain dalam lagu yang terkenal dan menggelitik dengan lagu apo kono eh jang itu. Pernah tak kita menyedari bahawa di dalam lagu-lagu itu terdapat banyak sekali unsur-unsur bahasa Rao. Penulis pernah belajar di Tapanuli selama tujuh tahun dan belajar di Minangkabau selama empat tahun. Bahasa yang dilagukan oleh kedua artis nogori sembilan itu bukanlah bahasa minang murni, dan bukan pula bahasa mandahiling, tetapi terdapat unsur-unsure bahasa Rao yang banyak di dalamnya.
Pertanyaan selanjutnya adalah kenapa bahasa nogori sombilan dipengaruhi oleh bahasa Rao? Pernahkah orang Rao maju dan `berkuasa` dinegeri sembilan? Siapakah dan tahun berapa generasi pertama asal Rao datang ke Negeri Sembilan dan masih adakah keluarga Rao yang menetap di nogori sembilan saat ini?. Mungkinkah kerana Raja nogori sembilan saat ini adalah keturunan Minang Bukit Tinggi, membuat orang Rao menghilangkan identitinya sebagai orang Rao? (sebuah pertanyaan yang pastinya tidak akan mampu dijawab oleh artikel yang singkat ini)
Di nogori sembilan terdapat kuburan Tuanku Tambusai yang berasal dari Riau yang bersempadan dan berjiran dengan Rao. Tuanku Tambusai yang juga sebagai pahlawan nasional Indonesia ini, dulunya pernah belajar agama dan berjuang di Rao. Tuanku Tambusai melarikan diri ketanah Melayu kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak penjajah Belanda yang sudah menaklukkan Rao ketika itu (Wan Mohd. Shaghir Abdullah) Kemungkinan Tuanku Tambusai membawa pengikut orang-orang Rao datang ke Tanah Melayu juga adalah sesuatu yang masuk akal. Ini kerana sejarah mengenal perjuangan tiga serangkai iaitu; Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Tambusai dan Tuanku Rao yang sezaman dan memiliki ikatan yang rapat.
Buyuang adalah panggilan sayang kepada anak lelaki. Jang adalah singkatan ujang yang berasal dari kalimat bujang yang bermakna hansem (gagah) adalah panggilan manja dan sanjungan kepada anak lelaki di Rao. Di sini penulis hanya akan menuliskan sebahagian kecil kadungan bahasa Rao yang terdapat dalam nyanyian nogori sembilan Ally Noor & Mastura tersebut, iaitu;
Bahasa Rao/Lagu Bahasa Minang Bahasa Rao/lagu Bahasa Minang
Mano Ma Porang Parang
Poi Pai Baden Badan
Kobou Kabau Tompek Tampek
Gulei Gulai Koreh Kareh
Sobolango Sabalango Kobun Kabun
Monuang Manuang Tobang Tabang
Ompuak Untuak Tolontang Talantang
Sonang Sanang Tontu Tontu
Do Nyo Pojom Pajam
Domom Damam Omak Amak
Copek Capek Tompek Tampek
Morano Marano Poniang Paniang
Baden Badan Jowobnyo Jawabnyo
Ongah Uda Solemo Salemo
Podiah Padiah Tompah Tampah
Jangen Jan Bolakang Balakang
Ondak Nyio Monggigik Manggigik
Togah Tagah Monangih Manangih
Sonang Sanang Monyobuik Manyabuik
Konang Kanang Jowobnyo Jawabnyo
Omak Amak Disobuik Disabuik
Ontahlah Antahlah Apo layi A layi
Mujuar Untuang Bobuih Babuih
Obang Azan Konyang Kanyang
Menurut pak Shawal, orang Rao telah datang ke tanah Melayu bermula dari abad ke enam belas lagi. Namun seperti biasa, belum ada data-data tertulis yang mengatakan demikian. Ini juga kerana budaya tulis baca belum terkenal ketika itu. Tetapi orang yang datang selepasnya akan menjadikan orang yang pertama kali hijrah itu sebagai tepatan tempat singgah.
Penghijrahan orang Rao ke tanah Melayu jauh sebelum adanya negara Indonesia yang hanya berdiri pada 17 Ogos 1945 dan jauh sebelum adanya kerajaan Malaysia yang hanya berdiri semenjak 31 Ogos 1957. Diwaktu itu Nusantara tidak dibatasi oleh sempadan dan batasan, bahkan penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah Nusantara biasanya di alu-alukan dan disambut bagaikan menyambut sang pahlawan. Ini kerana setiap negeri ketika itu memerlukan orang ramai untuk membuka lahan-lahan pertanian yang baru untuk menukar hutan belantara menjadi perkebunan. Morodah segala macam bahaya untuk mencari sumber kehidupan. Ini juga kerana yang hijrah dan yang menerima penghijrahan itu memiliki identiti yang sama. Kesamaan dari segi bentuk tubuh, warna kulit, budaya, bahasa, agama dan berbagai-bagai kesamaan lainnya membuat mereka merasa bersaudara antara satu dengan lainnya. Belum ada mengenal sistem paspor, Visa dan Viskal ketika itu.
Seperti yang diceritakan oleh Pak Shawal, Selayang umpamanya dibuka oleh orang selayang Rao, Pudu Raya pula diambil dari nama orang Rao yang bergelar pudu dan ibunya yang bernama Raya. Pudu adalah bahasa Rao yang bererti idiot. Adalah menjadi kebiasaan orang Rao untuk membuat panggilan yang rendah sebagai gurauan kepada rakan-rakannya. Saya juga pernah mendapat alamat email tungkik = air telinga dari keturunan Rao di sini. Mungkin kebiasaan ini jugalah yang membuat orang Rao menjadi low profile sampai saat ini. Apa yang saya temui, keturunan Rao memiliki otak yang cerdas dan ramai yang berjaya serta hebat-hebat belaka, tetapi tetap sahaja rendah diri (low profile). Bab ini mungkin perlu diskusi pakar lanjut lagi tentunya.
Tulisan ini jauh dari apa yang dikatakan sempurna. Diharapkan selepas ini akan ada anak-anak keturunan Rao dan mereka yang peduli, membuat kajian tentang “Pengaruh Bahasa Rao Dalam Bahasa Nogori Sembilan” melalui latihan ilmiyah, thesis atau disertasi lainnya diberbagai universiti.
Wallahu a`lam, Kuala Lumpur, 21/02/09,
Afriadi Sanusi
PhD cand. Islamic Political Science, University of Malaya
HP. 0122955829/ Email; adirao76@gmail.com

Sabtu, 21 Februari 2009

Tunku Besar Seri Menanti baru dilantik esok

Tunku Besar Seri Menanti baru dilantik esok

KUALA PILAH: Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, putera sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, akan dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti yang kesembilan dalam satu istiadat di Istana Besar Seri Menanti di sini, esok.

Menurut kenyataan Istana Besar Seri Menanti, istiadat pelantikan ini diadakan untuk kali ketiga dalam tempoh 120 tahun di mana dua pemegang gelaran terdahulu iaitu Tuanku Muhriz dan Tunku Burhanuddin masing-masing menyandangnya selama 47 tahun dan 73 tahun.

Tunku Ali, 32, akan memegang gelaran yang disandang oleh ayahandanya sebelum baginda dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008.

Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat.

Tiga gelaran yang lain ialah Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar yang disandang masing-masingnya oleh Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar.

Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah ahli Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai oleh Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Istiadat penuh tradisi diraja ini akan diadakan dalam dua upacara di mana pada upacara yang pertama, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan membuatpengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris yang diwarisi zaman berzaman.
Pasangan diraja kemudian akan berangkat meninggalkan dewan untuk istiadat kedua iaitu istiadat menghadap, di mana pegawai istana akan memberi penghormatan kepada Tunku Besar Seri Menanti yang baru atas pelantikan baginda.

Tunku Ali diputerakan pada 1977 di Hospital Universiti Kuala Lumpur.
Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom.

Baginda berkelulusan BA (Hons) dalam jurusan Sejarah, Sains Sosial dan Politik daripada Universiti Cambridge pada 1998.

Baginda memulakan kerjayanya di McKinsey & Company London dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkhidmat dengan McKinsey in Asia.

Pada 2004, Tunku Ali menyertai Khazanah Nasional Bhd dan kini menyandang jawatan Pengarah Pelaburan. - Bernama

Khamis, 12 Februari 2009

SENARAI LAMAN WEB

SENARAI LAMAN WEB
RUMPUN KULAWARGA RAO & PERSEMENDAAN
SERTA SEGALA PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA


http://tuneman.multiply.com/journal/item/178/Orang_Rawa_dari_etnis_Mandailing

http://forum.ekpkm.com/viewtopic.php?f=7&t=1552

http://palantaminang.wordpress.com/

http://xdeusfx.wordpress.com/2007/11/09/adat-diraja/

http://afandiempire.blogspot.com/

http://adi-rawi.blogspot.com/

http://anakrajadagang.multiply.com/

http://naim-firdausi.blogspot.com/

http://bnomian.multiply.com/

http://lipis-zaini.blogspot.com/

http://razakramli.blogspot.com/

http://groups.google.com.my/group/orang-rao?hl=ms&lnk=sg

http://marisma.multiply.com/

http://i-glass.blogspot.com/

http://kampungbudu.blogspot.com/

http://makampurba.blogspot.com/

http://malaysiana1.blogspot.com/

http://malaysiana2.blogspot.com/

http://moersip.multiply.com/

http://serimau.blogspot.com/

http://www.montelkarung.blogspot.com/

http://portal.mpklang.gov.my/lamanjabatan/individu/azian%20ab%20wahab/html/page3.htm

http://ilzaf.multiply.com/

http://seman9752.googlepages.com/freedownload

http://alongdiyana.multiply.com/journal/item/130

http://artmelayu.blogspot.com/2008/09/masjid-mosque-of-ulu-dong-raub-pahang.html

http://dongtalk.blogspot.com/

http://lawyer-kampung.blogspot.com/

http://sriandalas.multiply.com/

Rabu, 11 Februari 2009

PROFIL KELUARGA NASAB RAO

Keopada:
Semua Kaum Kerabat Orang-Orang Rao di Tanah Melayu

Mohon diisi Biodata Profil Keluarga Nasab Rao sebagai contoh dokumentasi di bawah dan apabila siap, hantarkan melalui emel: rodong_siber@yahoo.com atau ariselba@yahoo.com.sg sebelum 30 Jun 2009. Atau boleh hantar melalui pos ke alamat berikut

Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi
RM462 Blok Q, Perkampungan Cenderawasih,
Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang.

BIODATA
PROFIL KELUARGA NASAB RAO


Nama Perantau : Mestilah perantau bukan orang tempatan

Nasab Di Rao : Di sebelah Bapa / Di sebelah Ibu

Asal-Usul : Berasal dari kampung mana di RPT

Dikuburkan :

Hiraki Sosial : Raja / Pembesar / Panglima / Pembesar

Penghijrahan

• Laluan Kembara
Tempat-tempat yang didiami beliau buat sementara sebelum perantau bermastautin selama-selamanya.

• Sebab-Musabab
Sebab-sebab beliau berhijrah ke Tanah Melayu. Scenario semasa kampung halaman ketika ditinggalkan (membolehkan kita menggagak tarikh perpindahan beliau)


Perwatakan
Menceritakan mengenai kelebihan, keperibadian dan sebagainya yang berkaitan dengan diri beliau

Jasa Sumbangan / Peristiwa Penting
Menjelaskan sumbangan beliau atau peranan penting dalam sesuatu peristiwa penting (sama ada secara langsung-tidak langsung)

Senarai Nama Kerabat & Status Perhubungan

• Di Rao Mapat Tunggul
• Di Tanah Melayu

Profil Ringkas Nasab Isteri
Diceritakan serba sedikit mengenai asal-usul keturunan sebelah isteri dan perwatakannya serta peritiwa penting yang membabitkan dirinya

PROFIL NASAB PERANTAU
RAO ABAD KE 21


Ketua Nasab : Individu yang mereka angkat sebagai ketua kepada nasab keluarga
No. HP / R

Perawi Nasab : Individu yang menyusun dan mencantum nasab keluarga
No. HP / R

Penyimpan Teromba : Individu atau agensi yang menyimpan nasab keluarga
No. HP / R

Bil. Ahli Nasab : Anggaran

Bil. Generasi : Generasi Termuda

Alamat Perhubungan
• No. Faks :
• E-mel :
• Blog :
• Web :
• Rumah :
• Pejabat :

Taburan Nasab (Mengikut Kawasan)
Taburan perkembangan nasab mengikut kawasan setempat dan jika boleh dengan bilangan sekali

Senarai Saudara Persemendaan
Suku Melayu yang banyak berkahwin campur dengan nasab ini. Jika boleh diperincikan mengikut kawasan.

Tokoh Berjaya (Lengkap Bersalasilah)
Tokoh-tokoh yang cemerlang hendaklah mempunyai bin/binti yang lengkap sehingga berakhir kepada nama perantau Rao





REKOD KEMASKINI


1. Sumber Rujukan :
Nama / Tel :
Kaedah Terima Maklumat :
Tarikh / Masa :
Saksi :