Ahad, 11 Januari 2009

Mencari Susur Galur Rao

Mencari Susur Galur Rao

Assalamulaikum Tuan Subari Ahmad,

Saya cukup tertarik dengan usaha Tuan untuk mengumpulkan susur galur darah Rawa @ Rao di pelusuk Nusantara terutamanya di Malaysia.
Nama saya Shamsul Bahareen Bin Hassan berasal dari Cheras dan sekarang ini menetap di Kuching, Sarawak. Kedua belah ibubapa saya iaitu Haji Hassan Bin Haji Mahmud dan Hajah Norma Binti Haji Mukti berasal dari Kedah, ibu dari Sungai Petani manakala bapa pula dari Yan tetapi kini bermastautin di Cheras.

Saya berminat untuk mengumpulkan ahli keluarga dan merapatkan silaturrahim sesama kita terutamanya keturunan Rao di sebelah ibu saya. Gemulah nenek saya berasal dari Gunung Mesah kemudian berpindah Kampung Pulai sebelum bermastautin di Kampung Tersusun Kopisan, Gopeng iaitu Haji Mukti Bin Abdullah dan Gemulah Uci saya iaitu Hajah Ramlah.

Untuk pengetahuan Tuan, saya ada terbaca email yang di hantar pada 8/1/2009 dari Encik Razak Bin Nasir dari Gopeng yang ingin mencari saudara mara Rao yang kebetulannya adalah merupakan sepupu saya kerana ibu nya iaitu Hajah Rohani adalah adik beradik tetapi berlainan ibu dgn ibu saya.

Jika Tuan dapat meluangkan masa untuk berkongsi maklumat tentang kajian susur galur Rao yang telah Tuan usahakan setelah sekian lama,adalah menjadi satu penghargaan kepada saya kerana ianya adalah merupakan sejarah berharga yang tidak ternilai kerana dapat saya turunkan kepada anak-anak saya tentang asal-usul keturunan mereka.


Shamsul Bahareen Bin Haji Hassan
Kuching, Sarawak
012-8911518

"Shamsul Bahareen Hassan"

Tiada ulasan: