Selasa, 4 Ogos 2009

RAZAKRAO MENJAWAB KEKELIRUAN WAN MARIA & " KERABAT pagarruyung " - RESPON DARI SEMINAR RAO DI UPSI


RAZAKRAO MENJAWAB KEKELIRUAN WAN MARIA & " KERABAT pagarruyung " - RESPON DARI SEMINAR RAO DI UPSI
Assalamualaikum Pak Subari dan semua pembaca ,
Pertamanya kita ingin memohon maaf dan meminta izin untuk memberi maklum balas kepada kenyataan Pak Subari kepada Wan Maria , demi ketelusan sejarah Nusantara mengikut apa yang telah tertulis dalam sejarah . Pak Subari ada mengulas kepada Wan Maria .. " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya " .. mengikut catatannya sebenarnya Pak Subari , semasa kegemilangan kerajaan Sriwijawa sehinggalah kejatuhannya pada abad ke 11 , kerajaan pagarruyung belum pun wujud lagi dan menurut sumber yang dipercayai , lebih kurang 300 tahun selepas kejatuhan Sriwijaya , barulah kerajaan pagarruyung diasaskan oleh Adityawarman yang datang dari Majapahit pada 1340 an ( masehi ) .
Jangka masa 300 tahun ini adalah jauh dari mencukupi untuk kerajaan - kerajaan di bawah naungan Sriwijaya dahulu membina semula kerajaan sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kuat walaupun pada masa yang sama terpaksa membayar ufti kepada kerajaan Rajendra Chola ( dari India ) dari abad 11 hingga 13 , kerajaan Singhasari dan akhirnya kerajaan Majapahit dan kerajaan Rao adalah salah sebuah dari kerajaan itu , kemudiannya mengasas pula kerajaan Rokan dan Riau pada abad ke 14 ( ketika di bawah kerajaan Majapahit ) . Ada juga yang berpendapat yang nama Riau itu adalah diambil dari nama Rao , bersempena dengan pengaruh kerajaan Rao keatas Rokan dan Riau suatu masa dahulu .
Jesteru itu , setelah kerajaan - kerajaan Melayu di Sumatera ini menjadi kuat semula selepas 300 tahun barulah tertubuhnya kerajaan pagarruyung .. itu pun kerajaan pagarruyung didirikan di atas sebab Adityawarman membawa hati @ merajuk kerana gagal mewarisi tahta kerajaan Majapahit maupun kerajaan DharmasRaya ... Oleh itu adalah mustahil untuk mengatakan kerajaan pagarruyung mempunyai kerajaan yang mempunyai jajahan yang besar !...
Bagaimana pun , satu hakikat yang perlu diterima ialah penguasaan Majapahit keatas wilayah Sumatera pada ketika itu telah memberi keuntungan kepada Adityawarman di atas hal itu , beliau dengan mudah mendapat persetujuan Pembesar-Pembesar Adat untuk mengurniakan sebidang tanah di Batu Sangkar untuk membina kerajaan pagarruyung itu . Hormat / taat yang sebenar kerajaan - kerajaan lain ini , bukan lah kepada Adityawarman atau pun kerajaan pagarruyung yang baru itu , tetapi kepada kerajaan Majapahit sebagai penguasa wilayah Sumatera . Kerana ini jugalah menurut sejarah , kelemahan kerajaan pagarruyung sering kali dikaitkan dengan zaman selepas ketiadaan Adityawarman & adalah sezaman dengan kejatuhan kerajaan Majapahit pada abad ke 15 . Setelah Majapahit lemah pada abad ke 15 maka sekali lagi kerajaan- kerajaan di Sumatera ini melepaskan diri dari pengaruh Majapahit , ( bukan melepaskan diri dari kerajaan pagarruyung ) dan sekali lagi menjadi kerajaan - kerajaan yang merdeka dan secara sukarela kemudiannya bernaung pula di bawah kerajaan Melayu Melaka ketika kegemilangannya .. Jadi mengikut garis masa ini , bilakah masanya kerajaan - kerajaan di Sumatera itu sempat menjadi jajahan kerajaan pagarruyung ? ... Perlu ditekankan lagi disini bahawa kerajaan - kerajaan lain termasuk kerajaan Rao telah pun wujud beberapa abad sebelum berdirinya pagarruyung itu .
Inilah kebenarannya Pak Subari ... kerajaan pagaruyung itu sebenarnya tidak pernah pun menjadi kerajaan yang besar . Namanya pun sudah cukup untuk menjelaskan samaada ianya besar atau pun tidak ... pagarruyung !!... kuasa politik Raja pagarruyung itu sejak dulu hanyalah di dalam kawasan pagar istana nya yang di perbuat dari batang ruyung . Inilah ketetapan Pembesar-Pembesar Adat ketika itu dimana di luar kawasan istana pagarruyung , Pembesar-Pembesar Adat lah ( Dato' , Tongku/Tengku , Sutan dan Raja ) yang kekal berkuasa keatas kawasan autonomi masing-masing sebagai mana sebelum terbentuknya kerajaan pagarruyung . Memang benar Raja pagarruyung itu Raja yang berdaulat tetapi daulat seorang Raja tidak semesti menentu kan keluasan empayarnya .. tambahan pula Pembesar - Pembesar Adat yang ada pada ketika itu ramai dikatakan mempunyai daulat masing - masing .
Seterusnya , kita amat menghargai kenyataan tegas Pak Subari kepada Wan Maria akan status sebenar kerajaan pagarruyung yang ianya telah " Hanya tinggal sejarah " dimasa kini ....kita yakin , ini adalah kata akar utama yang perlu difahami oleh seluruh kaum Rao khusus nya dan seluruh dunia amnya , memandangkan seluruh isi penduduk di Sumatera Barat ( Minang dan Rao ) telah pun lama menerima kenyataan ini , begitu juga orang Rao di Malaysia . Hanya beberapa kawasan sahaja yang telah cuba di pengaruhi oleh golongan tertentu untuk menaikkan kembali imej pagarruyung menerusi siri-siri lawatan tahunan & salah satu kawasan tersebut adalah di Raub , Pahang .
Bagaimana pun Pak Subari , kita telah sempat menemubual dan menanyakan pendapat generasi lama ( umur sekitar 65 - 70 ) di Kg. Ulu Gali , bersebelahan Kg Pintu Padang , Raub mengenai penglibatan pagarruyung dikawasan itu dan mereka secara tegas menyata
" Raja-Raja Rao tetap asal dari Rao dan bukan dari pagarruyung ... yang pagarruyung datang siko , itu usaha memandai-mandai golongan muda di Raub untuk mengaitkan Raja-Raja Rao dengan pagarruyung ... Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung !... "
begitulah tegas beliau berkali-kali , yang juga mengaku anak saudara kepada alahyarham Imam Ishak . Walaupun menurut Pak Subari , teromba itu masih belum siap , sudah jelas yang pada asalnya Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung ....


Kepada Wan Maria Ismail , anda sepatutnya bukan hanya bercakap sahaja mengenai " ada fakta dan bukti2 yang jelas " ..tunjukkan bukti2 tersebut :
1. Buktikan yang pandangan RazakRao mengenai status dan keberadaan pagarruyung itu adalah " tanggapan segelintir orang Rawa " .. Rumusan dari Seminar Melayu Rao yang dikeluarkan oleh JARO telah membuktikan anda tersilap ! .. kerana pandangan itu adalah pandangan majoriti orang Rawa di seluruh Nusantara ini ...
2. Buktikan kesahihan jawatan yang anda dakwa sebagai Tengku Muda Padang Nunang memandangkan rujukan di Rao sendiri ( perlu diingat bahawa apa2 berkenaan jawatan di Rao perlu di rujuk di Rao sendiri kerana ianya melibatkan adat istiadat Rao ) telah meragui akan kewujudan jawatan ini dan ini juga diakui oleh Basa Nan 4 di Lubuok Layang .
3. Buktikan apa yang anda katakan , Teromba Besar yang asli yang anda katakan di simpan di Istana Pagarruyung . Sila tunjukkan segera untuk membuktikan yang anda tidak bercakap kosong tentang " fakta dan bukti2 yang jelas " mengenai " anak2 Raja di Rao memang dijemput dari pagarruyung ".
4. Buktikan yang Tambo Alam Minangkabau itu dan Tambo2 yang lainnya adalah rujukan penting sejarah sebagaimana yang anda katakan !.. Ahli sejarah manakah yang mengesah kan kesahihan Tambo Alam Minangkabau yang tiada mempunyai garis masa / tahun ini ? Walaupun ada usaha baru contohnya oleh Drs Mid Jamal untuk cuba meletakkan tarikh-tarikh kedalam Tambo serta memasukkan nama Daputa Hyang ( tokoh dalam kisah kerajaan Sriwijaya ) kedalam Tambo , ini hanya membuktikan tempelan demi tempelan alat solek sedang dikenakan keatas Tambo Alam Minangkabau ini supaya cantik dan menarik bagi pengkaji sejarah . Tetapi hakikatnya Wan Maria ... yang palsu tetap palsu !.
5. Buktikan yang anda faham dan layak bercakap mengenai sejarah .. tidak ada kelulusan tidak mengapa Wan Maria .. kelulusan akademik bukan segalanya tetapi kefahaman itu lebih utama ( pengetahuan itu boleh diperolehi melalui pembacaan - pembacaan tetapi kefahaman itu anugerah istimewa dari Allah ! ) ...Anda sepertinya tidak memahami perbezaan dan perkaitan di antara sejarah sebelum penjajahan Belanda ( pagarruyung ) dan selepasnya ( lenyapnya pagarruyung ) , Tambo Alam Minangkabau , Daerah Minangkabau ( sempadan hanya wujud selepas kemerdekaan ) dan istilah pentadbiran terletak di bawah Negeri Sumatera Barat ( ada dua iaitu sistem pentadbiran kerajaan @ sistem lembaga adat ? ) . Segalanya menjadi ' cha cha marba ' bila anda membuat kenyataan . Tahukah Wan Maria , yang ada hal2 Sistem Adat yang diselesaikan di peringkat Lembaga Pembesar Adat kerana tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan ? .. banyak juga yang anda tahu Wan Maria tetapi sebenarnya satu pun tidak anda faham !
6. Buktikan yang anda jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran Wan Maria . Adakah di dalam menyebarkan dan menggali kebenaran , faktor kebendaan begitu penting ? Adakah untuk menyatakan kebenaran itu memerlukan kajian selama bertahun-tahun ? adakah kebenaran yang diperolehi 2-3 bulan lalu mesti disingkirkan hanya disebabkan ianya tidak selari dengan fakta-fakta dari mereka yang telah mengkajinya sejak 10 tahun yang lalu ? .. Anda juga mempersoalkan " tahun pertama Phd " Sdr Afriadi Sanusi ...seolah - olah kebendaan itu satu -satunya hal yang penting bagi anda dan seolah-olah ilmu , ilham serta hidayah dari Allah itu hanya turun atas dasar tamatnya Dr. , Prof , Master dan Phd . Jika begitu bagaimanakah dengan kita semua ini yang tidak punya kelulusan dalam bidang sejarah ! mahu ditutup mulut semuanya ? ... Dan apakah pula pandangan peribadi anda terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tidak punya apa-apa kelulusan akademik .... !
7. Buktikan anda keturunan Rao / Rawa ..( anda boleh menafikannya sekiranya itu pilihan anda ) Wan Maria telah mengulas dan mengaitkan nama RazakRao , Amran Dato' Jorajo dan Afriadi dengan tindakan sindiran terhadap Prof. Dr Puti Reno Raudha secara individu ..tetapi dalam masa yang sama tidak mengulas dan menyatakan pendirian anda berkenaan tindakan Prof. Dr. Puti Reno Raudha yang menghiris perasaan RAMAI urang Rao / Rawa bilamana beliau mendakwa Rao itu bukannya apa-apa pun tetapi hanya sekadar nama tempat ! .. Sikap awak ini tidak menjelas jati diri awak sebagai orang Rao / Rawa , cuma mengaku saja Rao / Rawa.. ( siapakah diri anda sebenar nya .. ? ) ... Anda secara jelas cuma kisah dan risaukan keluarga pagarruyung anda sahaja ... orang Rao / Rawa bukan keluarga awak ke Wan Maria ?
Sekian dan salam hormat dari saya buat Pak Subari ....

RazakRao
Jawaban Arisel Ba:

Berpunca dari " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya "
Sila baca Utusan Malaysia, 4.2.2008, saya petik : Muzium empat tingkat ini terletak di bawah kelolaan Jabatan Muzium mula dibina pada tahun 2005 dan menyimpan artifak antaranya replika keris dari Pagar Ruyung, Sumatera yang dipercayai berusia hampir 1,300 tahun, sejarah Kesultanan Melayu serta Adat Perpatih.( Muzium Adat Negeri Sembilan).
Nama Kerajaan Pagar Ruyung sewaktu Sri Wijaya ialah “Kerajaan Dharmacraya”
Cukup jawaban saya setakat itu dulu.

Tiada ulasan: