Selasa, 10 Mac 2009

Sejarah Pembukaan Kampung Tersan, Sega, Raub, Pahang

Kampungku Kampung Tersan.
Cerita ini ditulis oleh Sdra Mohd. Hashim bin Zabidi

Kampung Tersan adalah kampung tertua di Mukim Sega, Raub Pahang. Alasan saya ialah apabila saya baru baru ni menelaah atau mengkaji satu Salasilah atau Teremba atau Teromba atau Family Tree, peninggalan Bapak saudara sepupu saya bernama Zakaria bin Imam Ngah yang telah lama meninggal dunia. Berbulan bulan saya mengesan salasilah ini akhirnya saya dapati berada dalam simpanan anaknya sendiri Hamdan bin Zakaria, saudara dua pupu saya yang tinggal di Kampung Som dekat Damak Jerantut Pahang.

Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan bernama Tok Mat Amin keturunan Tok Baginda Demu. Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu dadapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.

Kampung Tersan semakin besar dan penduduknya bertambah ramai, lalu wujudlah kampung kampung lain disekitarnya menjadikan sebuah kampung yang lebuh besar yang akhirnya bergelar Mukim Sega.

Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin di lantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Bila dia meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan. Kemungkinan besar semasa hayatnya Tok Mat Amin yang alim, warak dan banyak jasanya maka Almarhum Tok Mat Amin di takbir dalam firasat dan mimpi anak cucunya sebagai wali Keramat. Selepas itu ramailah anak cucunya berziarah ke makam tersebut, bertahlil dan berdoa malah ada yang membayar niat dan bernazar konon.

Ringkasan:

Tok Baginda Demu ( datang dari Perak ) – Tok Muhammad Ali Jaafar Sidek - Tok Ngah Endik - Tok Muhammad Salleh - Tok Imam Malik - Tok Mat Amin –

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Sdr Arisel,salam...,
Sila hubungi sdr John @ Hj. Saedan Hj.Ibrahim:
Lot 1088 Kampung Chembong Kecil,
71300 Rembau, N.S DKhusus
Tel.013-2466853 & 013-3352670
Pastikan Tn Hj itu menulis dan kembali aktif. Jgn biarkan dia ulang alik ke masjid dan surau aje. Pastikan dia buka blog dan terus menulis.

Pak Njang berkata...

askm. tk atas ingatan. akan ku cuba setakat mampu, , dalam menyelami sejarah silam....baru baru ini sungai LipiS bermula Jeram Besu, kelihatan berwarna merah-ramai yang terkejut''

apakah konatosi perubahaan tersebut?