Khamis, 26 November 2009

TUPIN ASAL RAO



TUPIN ASAL RAO

Pada akhir kurun ke 19 (dianggarkan antara 1870 – 1890), di Pulau Sumatera berlaku satu kesulitan sama ada pergaduhan sesama sendiri atau satu peperangan menyebabkan seorang gadis di awal belasan tahun bernama Tupin telah dibawa oleh bapa saudaranya (bapa saudara sebelah ibu yang dipanggilnya mamak dalam bahasa Minangkabau) bernama Pulasan datang rhijrah ke kawasan ini.
Selepas beberapa lama kemudian (tidak dipastikan jarak masa antara samada bulan atau tahun), seorang lagi anak saudaranya bernama Supek, telah dijemput dan dibawa tinggal bersama mereka. Nama-nama yang mereka gunakan di sini bukanlah nama asal mereka semasa di kampung halaman dahulu. Walaubagaimana pun nama sebenar mereka tidak diketahui.
Ketika berusia lewat belasan tahun, Tupin pernah kembali semula ke kampung halaman asalnya dan dikatakan telah singgah di Pagar Ruyung diatas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Di Lenggeng NS, Tupin dan bapa saudaranya itu mula-mula tinggal di satu tempat yang sekarang dipanggil Kampung Jelebu dan kemudian berpindah ke satu lokasi lain yang berdekatan bernama Kg. Sungai Machang Hilir. Tidak diketahui samada kampung-kampung ini dibuka oleh mereka sendiri atau sememangnya telah ada terdapat penempatan awal di situ.
Di sebelah Kg Sg Machang Hilir tersebut, menuju ke Kg Jelebu ada terdapat 3 buah kampung yang dikenali sebagai Kg Rawa Hilir, Kg Rawa Tengah dan Kg Rawa Hulu. Kampung-kampung ini dinamakan bersempena nama keturunan mereka dari daerah Rao di Pulau Sumatera. Di sinilah mereka membuat penempatan awal dan berkeluarga. Pulasan telah berkahwin dengan seorang wanita dari Rembau bernama Maliah, Tupin berkahwin dengan Ali dan Supek juga telah berkahwin dengan seorang lelaki dari satu tempat yang dipanggil Pinang Baik (Kg sg. Tua, Selayang) dan terus menetap di sana.
Pada hari ini masih lagi terdapat cucu dan cicit Pulasan yang tinggal di perkampungan tersebut. Kesemua anak Pulasan seramai 10-12 orang telah meninggal dunia. Pulasan yang meninggal dunia selepas dikatakan menjadi buta disebabkan mengalami sakit mata yang teruk masih lagi belum dikenalpasti lokasi kuburnya.



TUPIN MEMBUKA KG. DACHING


Suatu hari selepas waktu zohor, Tupin pergi ke hutan dan didapati tidak kembali ke rumahnya. Semua sanak saudara menjadi bimbang, samada beliau telah menjadi mangsa binatang buas di hutan. Hari ke hari mereka mencari kesan-kesan laluan beliau dengan bantuan sekumpulan orang asli tempatan bagi menjejaki kemanakah haluan yang telah ditujuinya.
Setelah mencari selama lingkungan sepuluh hari sepuluh malam, tiba-tiba seorang dari kaum asli tersebut ternampak kesan kewujudan beliau di satu tempat. Mereka pun terus berteriak di atas penemuan tersebut menggunakan loghat bahasa orang asli tempatan. Tupin dan anaknya, Yusuf, yang masih di dalam dokongan itu, telah ditemui berpondok di satu lokasi di hutan dan di lokasi inilah akhirnya mereka membuka perkampungan baru. Perkampungan baru ini terus dinamakan Kampung Daching bersempena bunyi bahasa orang asli tersebut semasa menemui Tupin. Ia terletak lebih kurang 15 km dari kampung pertama mereka di Kg. Jelebu.


MEMBINA RUMAH GADANG


Tidak diketahui siapakah Tupin sebenarnya semasa di kampung halamannya tetapi jelas kelihatan, dia bukanlah orang biasa yang memadai dengan kehidupan biasa. Sifatnya yang sangat cekal serta berpendirian teguh membezakan dia dari orang lain.
Dia mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam kehidupannya. Dimulai dengan membina sebuah rumah menghadap permandangan gunung-ganang sayup-sayup mata memandang. Mereka menebang hutan yang tebal untuk dijadikan tiang-tiang dan dinding rumah. Rumah ini selain berkeluasan besar dan selesa, ia juga dibina dengan menggunakan sistem pasak yang dipelajari semasa di kampung halaman.
Rumah yang kelihatan berbeza dari rumah-rumah lain di sini telah menjadi mercu tanda di kampung ini. Kini telahpun berusia melebihi 100 tahun, walaupun telah kelihatan usang masih lagi tidak di mamah anai-anai. Keluasan rumah ini sekarang hanya tinggal di bahagian anjungnya sahaja kerana bahagian ruang utama dan dapur telah dirobohkan. Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, orang-orang di kampung ini dan sekitar memanggilnya sebagai Rumah Gadang.
Berpindahlah Tupin, suami serta anaknya menetap sehingga akhir hayatnya. Selepas kematian Tupin, rumah ini didiami oleh anak perempuannya dan sekarang ini didiami oleh cicit perempuannya. Bersebelahan kira dan kanan rumah ini sekarang didirikan rumah kedua-dua cucu perempuan beliau.


SURAU SULOK


Ilmu keagamaan masih belum lekang di hati mereka. Selepas siapnya rumah kediaman mereka, Tupin dan suaminya membina pula sebuah surau, bersebelahan dengan rumah tersebut. Mereka menjemput seorang guru agama dari daerah Bonjol, Sumatera bernama Tuan Hj. Sheikh Said. Tuan Hj Sheikh Said telah menjadi rujukan utama kepada apa saja permasaalahan agama pada ketika itu.
Disamping pelajaran agama yang asas, sheikh Said juga mengajarkan pengajaran tasauf dari Tarekat Naqsabandiah. Dalam amalan tarekat ini, mereka sering melakukan amalan Sulok atau tinggal berasingan di surau dalam masa beberapa lama melakukan muhasabah diri dan penyucian jiwa melalui zikir yang berterusan. Oleh kerana jemaah yang terlalu ramai, jemaah perempuan mengadakan sulok di rumah gadang manakala lelaki ditempatkan di surau.
Amalan Sulok ini kerap di amalkan di surau ini sehingga surau ini terus dinamakan sebagai Surau Sulok sehingga kini.


MENGAMALKAN KEHIDUPAN BERADAT dan BERSUKU


Sebagaimana amalan yang diamalkan di kampung halaman, sejak awal lagi Kg Daching telah mengamalkan kehidupan bersuku. Walaubagaimanapun orang-orang di Kg Daching dan Lenggeng yang berasal dari Sumatera tidak menggunakan nama suku yang sama seperti di Negeri Sembilan. Suku-suku yang diwarisi oleh mereka mengikut suku-suku asal sebelum nenek moyang mereka tiba di Tanah Melayu.
Walaubagaimanapun Tupin adalah bersuku Melayu, begitu juga anak-anak cucu disebelah perempuan. Suku-suku lain termasuklah suku Jambak, suku Tanjung dan sebagainya. Amalan suku ini hanyalah bagi mengenali susur galur waris dan keturunan.
Adat-adat peradaban juga di amalkan. Ia menjadi penting apabila diadakan satu majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keramaian. ‘Adat’ ini (boleh juga dikatakan sebagai peraturan), diperturunkan dari pusat pemerintahan N. Sembilan di Seri Menanti melalui wakil-wakil di daerah Pantai, N.Sembilan. Semasa di awal penubuhan Kg. Daching, Tupin sering pergi ke Daerah Pantai, 30 km dari Kg Jelebu, untuk ‘mengambil adat’ (menerima mengisytiharan adat).
Adat-adat yang diisytiharkan akan diamalkan di dalam masyarakat kampung. Ketua adat di Kampung ini iaitu juga dipanggil ‘Tok Ampek’ (Tok Empat) akan memberitahu peraturan-peraturan apabila diperlukan. Tok Empat di Kg. Daching adalah dari keturunan Tupin seperti berikut :
Tupin (wakil Pertama)
|
Tok empat Yusuf(Jusuik) (Anak lelaki Tupin yang Sulung)
|
Tok Empat Baharum(Anak lelaki salah seorang anak perempuan Tupin. Tetapi jawatan ini telah diwakilkan kepada bapanya Alias (Lieh) kerana pada masa itu, Baharom masih muda)
|
(sekarang)
Tok Empat Mulup (Anak lelaki kepada anak perempuan Tupin)
Begitulah aturcara adat di Kampung Dacing. Setiap Tok Empat hanya menguruskan adat bagi masyarakat sekitar kampung ini sahaja. Kampung lain yang berdekatan mempunyai ketua adat yang berlainan, yang dipanggil dengan nama panggilan yang berlainan.


PERKEMBANGAN BAHASA PERTUTURAN


Perkembangan bahasa di Kg Dacing dan daerah Lenggeng adalah satu perkara yang boleh dibincangkan. Pada dasarnya jika dilihat pada waktu sekarang ini, bahasa kebanyakan penduduk di daerah lenggeng (tempat kediaman Pulasan) mirip kepada bahasa yang digunakan oleh orang-orang Negeri Sembilan seperti di Rembau dan Kuala Pilah
Di Kg. Dacing pula, 100% penduduk menggunakan bahasa Minangkabau termasuk juga dari keturunan anak-anak Tupin. Anak-anak dan cucu Supek pula berbahasa Minangkabau apabila berhubung dengan orang-orang di Kg. Daching.
Bagaimana dengan Pulasan, Tupin dan Supek pula. Pulasan, masih belum diketahui apakah bahasa yang digunakan semasa artikel ini ditulis manakala Supek pula berbahasa Rao. Tupin pula biasa dilihat bercakap bahasa Rao semasa berbual dengan kawan-kawan atau saudara-maranya yang tinggal di daerah-daerah lain. Ada juga yang mengatakan dia berbahasa minangkabau semasa di rumah.
Bagi masyarakat lenggeng yang berbahasa N.Sembilan. Berikut adalah teori peribadi saya. Oleh kerana Pulasan berkahwin dengan seorang wanita bernama Maliah dari Rembau. Jika Pulasan berbahasa Rao bercampur dengan Maliah berbahasa Rembau, bahasa Rao dan Rembau ada mempunyai banyak persamaan dari segi intonasi perkataan tetapi ada sedikit perbezaan dari segi irama ayat. Pertembungan dua bahasa ini bercampur dengan pengaruh persekitaran, hasilnya menjadi bahasa N.Sembilan yang digunakan oleh mereka sekarang.
Bagi keluarga keturunan Tupin di Kg. Dacing yang berbahasa Minangkabau pula, saya ingin menyatakan satu fakta yang jelas ialah, Bahasa Minangkabau yang digunakan adalah berbeza sedikit dari segi irama ayat dan sebutan perkataan berbanding dengan bahasa Minangkabau yang digunakan umum di Sumatera dan masyarakat Kg. Dacing yang lain.
Dari fakta di atas, saya mendapat dua teori. Pertama, jika Tupin berbahasa Minangkabau di rumah, ini adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa yang dipertuturkan di sekitar Pagar Ruyung di daerah Minangkabau. Teori kedua, terdapat pengaruh bahasa Minangkabau jika Tupin berkahwin dengan lelaki dari Minangkabau, Pertembungan diantara bahasa keturunannya di Rao dan bahasa Minangkabau, menghasilkan bahasa Minangkabau-Rao yang digunakan oleh keturunan Tupin di Kg. Dacing sekarang.
Bermulanya kedatangan Tupin ke sini, menyebabkan ramai lagi orang-orang Minangkabau di daerah persekitaran juga telah banyak berhijrah ke sini diakhir kurun ke 19. Diantaranya termasuklah dari Pasir Laweh, Kumpulan, Paya Kumbuah dan sebagainya menjadikan Kg. Dacing sebuah kampung yang di huni oleh masyarakat Minangkabau sepenuhnya. Banyak daripada mereka masih menggunakan bahasa Minangkabau yang asal.


TEMPAT YANG DILAWATI DAN PEMIMPIN YANG DIGEMARINYA


Semasa hayatnya, Tupin sering melawat ke tempat-tempat lain di sekitar Tanah Melayu semada menemui saudara-maranya atau sahabat handai. Di antara tempat-tempat yang biasa di lawatinya termasuklah di Pinang Baik (Kg. Sg Tua, Selayang), Janda Baik,Pahang, satu tempat di Perak tetapi tidak dipastikan namanya. Ada juga tempat-tempat yang tidak diketahui lokasinya. Beliau juga sering menyebut tentang Kampung Raja tetapi tidak dapat dipastikan lokasinya.
Di awal kurun ke 20, beliau mengerjakan haji ke Mekah bersama suami dan anaknya bernama Husin yang masih kecil pada waktu itu.
Semasa hayatnya, beliau juga pernah di datangi seorang wakil untuk menyuruhnya pulang semula ke tempat asalnya tetapi beliau menolak jemputan tersebut.

BARANG-BARANG PENINGGALAN BELIAU


Tupin semasa hayatnya telah menjadi satu ikon bagi penduduk di sekitar. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam masyarakat. Beliau telah meninggalkan banyak ladang-ladang yang diwariskan kepada anak-anak beliau.
Beliau ada juga meninggalkan beberapa barang-barang samada di dapati di sini atau dibawa dari di Sumatera. Barang-barang tersebut termasuklah sebuah peti logam, periuk tembaga, dulang tembaga, sebuah gong, katil besi tinggi, dua bilah lembing, perhiasan sanggul campuran tembaga, rantai lebar campuran tembaga, satu medal tahun 1938 bergambar queen dan hiasan pelamin untuk kenduri perkahwinan.
Barangan tersebuat walaupun biasa dilihat oleh anak-anak dan cucunya, kini sudah banyak yang hilang. Hanya ada beberapa barangan yang masih tersimpan.


KEMATIAN TUPIN


Tupin telah meninggal dunia pada pada 21hb April, 1945. Di atas batu nesannya tertulis nama beliau sebagai Tupin bt. Menang. Semasa kematiannya dianggarkan beliau berumur awal 80an. Beliau telah dikebumikan di hadapan Surau Sulok seperti mana yang di kehendakinya.
Sebelum itu suaminya telahpun meninggal terlebih awal dari itu. Selepas kematian Tupin, terputuslah semua hubungan bagi anak-anak dan cucu-cucunya dengan sahabat dan saudara maranya di negeri lain dan di Pulau Sumatera.


dipetik daripada www.registerweb.ws/raorao.php

Rabu, 14 Oktober 2009

Tersebab Oleh Kaf dan Nun



Tersebab Oleh Kaf dan Nun
A.Rahim Qahhar

tersebab oleh kaf dan nun
oran gorang mencatat luka
sejarah terayun-ayun

: jalan raya terbelah dua
longsor mengubur desa
rumah leluhur terkubur lumpur
gedung bertingkat runtuh berlipat
ninikmamak ngucap tergamak
padusi terhimpit tula ng besi
murid tengah berlajar terjepit
santri sedang berzikir terjungkir
hewan ternak mati tegak

seribu jiwa meregang
sibiran tula ng hangus terpanggang
ulat-ulat menggeliat
nyelinap di kantung mayat

jangan terka ini musibah purba
atau teka-teki alam semata
ini rekayasa Dia
tersebab oleh kaf dan nun
jadilah: kun!

tersebab oleh kun
oran gorang mencatat
duka berkurun-kurun

Jumaat, 9 Oktober 2009

waris keturunan


waris keturunan

Asalamualaikum...puan,
Saya jg seperti pn yg tercari-cari asal usul keturunan saya. banyak jg saya cari dan dalam proses mengumpul bukti, namum sangat susah..Ayah sy berasal dr kg. Temau, Raub. Ayah tlh pulah ke rahmatullah 5 tahun yg lalu. Swaktu ayh masih hidup dia banyak cerita ttg asal usul kluarganya tp sayang tiada bukti. hanya crita lisan saja. Banyak perkara yg dicritakannya antaranya dia mendakwa dia sekeluarga dgn tok gajah yakni ayah kpd mat kilau yg berasal dr kerajaan bangsawan pagar ruyung, Sumatera. sy ada bertanya kpd org lama yg masih hidup di Raub mereka mengakuinya dan sy tlh mempunyai sikit bahan mengenainya.
Malah seingat sy sewaktu sy kecil sy pernah melihat nenek sy bernama BESAH dan datuk saya bernama GUSTI memang handal bersilat malah mempunyai ilmu kebatinan yg ampuh dan digelar orang Harimau Berantai. Malah ayah sy jg seorang yg disegani oleh generasinya di Temau dan Dong kerana mewarisi ilmu datuk sewaktu hidupnya. Namun, sayang sekali kesedaran utk mencari asal usul sy ini hanya menjadi serius setelah ayah telah tiada maka sumber utama sy telah dibawa pergi bersamanya...Sy sangat merinduinya..
Namun, bila terbaca maklumat pn tadi sy berharap kita boleh bergabung utk mencari maklumat mengenai perkara yg sama kerana sy yakin kita ada hubungan keluarga kerana dr Kg.Gali hingga ke Kuala Dong, Budu, Jerangsang, Kuala Lipis tersebar keluarga ayah saya. Apa yg saya tahu suami penyanyi Ziana Zain adalah 2 pupu saya..

zari jamal"

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Daripada Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi @ Arisel Ba dan Keluarga

Rabu, 16 September 2009

Kita, Melayu Rao sebenarnya serumpun


Kita, Melayu Rao sebenarnya serumpun

Sinar Harian - 17 Sep 2009

Wajah bangga terpancar pada 2,000 masyarakat keturunan Rao yang datang dari seluruh negara berkumpul di Dewan Auditorium, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Per
ak, semasa warisan termasuk kebudayaan, kesenian, makanan, ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat Rao diseminarkan.

Memang banyak perkara menarik yang boleh dipetik daripada Seminar Melayu Rao Malaysia pada penghujung bulan Julai lalu yang bertemakan ‘Memahami Jiwa Raga Menyuntik Penyatuan Ummah Melayu Islam’. Ini kerana seminar ini berjaya membongkar sejarah salah satu etnik Melayu Malaysia iaitu Melayu Rao berkaitan asal usul keturunan, loghat dan sikap serta sumbangan positif mereka kepada bangsa dan negara Malaysia.

Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara yang juga salah seorang Melayu keturunan Rao, ketika memberikan ucaptama dalam seminar tersebut bertajuk ’Mengenang Kembali Sejarah Silam Rao’, bercerita tentang pengalaman beliau melihat budaya ‘Bajojak’ atau pantang tanah yang merupakan amalan khas orang Rao.

Beliau memberi penghargaan khusus kepada Persatuan Jalinan Rao Malaysia Malaysia (JARO) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menganjurkan seminar tersebut.

Menurutnya, ramai pencetus idea perjuangan kemerdekaan lahir di UPSI; malah salah seorang tokoh tersebut, Allahyarham Buyung Adil adalah seorang anak Rao yang juga pernah mengajar di institusi pengajian tinggi itu. Rao, nama salah satu daerah di Sumatera Barat, Indonesia, adalah antara suku bangsa Melayu yang berjaya di Malaysia.

Menurut Jaro jumlahnya kini dianggarkan seramai 150 ,000 jiwa. Ramai tokoh negara berdarah Rao sama ada tokoh politik, pentadbir, cendekiawan, ahli akademik, ahli perniagaan, pegawai tentera, ahli sukan, dan tokoh agama sehingga terdapat satu kertas kerja kerja khusus disusun dan dibentangkan oleh pensyarah UPSI, Dr Talib Samat membincangkan ’Sumbangan Tokoh-Tokoh Rao Terpilih dalam Tamadun Bangsa Melayu’.

Penulis mengimbas kembali pengalaman menghadiri Seminar Melayu Rao Malaysia ini mengungkapkan bukti betapa sebahagian besar rakyat Malaysia berasa bangga dengan sejarah tanah leluhur mereka. Mereka bukan sahaja merasakan hal tersebut bahagian dalam kehidupan mereka, tetapi juga berharap kebanggaan tersebut dapat diwariskan kepada anak cucu mereka.

Etnik Rao adalah satu di antara etnik Melayu di Malaysia selain pelbagai etnik lainnya yang terdiri daripada Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar, Mandailing, Acheh, Boyan (Bawean) dan lain-lainnya.

Penghijrahan

Penghijrahan masyarakat Nusantara ke Tanah Melayu sebenarnya telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi lagi. Tetapi penghijrahan secara besar-besaran dan tersusun bermula semenjak abad ke-16, 17 dan 18. Ketika itu belum ada negara Malaysia dan Indonesia, sebab Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Manakala Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. Keadaan zaman itu sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang. Para pendatang kebanyakannya membuka penempatan baru yang belum diterokai dan belum berpenghuni. Mereka membuka hutan-hutan dan meredah denai.

Sejarah juga mencatatkan bahawa masyarakat Nusantara yang hijrah ke tanah Melayu menjadi pengasas perkampungan baru dan sebagai peneroka awal beberapa tempat di Tanah Melayu. Usaha yang mereka lakukan tentu cukup berat kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang sahaja pada masa itu memakan masa selama enam hari.

Menurut Prof Dr HM Bukhari Lubis, pensyarah UPSI yang bercerita tentang sejarah penghijrahan masyarakat Nusantara ke Tanah Melayu, pada waktu itu Nusantara tidak dibatasi sempadan. Bahkan penghijrahan dari satu ke tempat lain dalam wilayah Nusantara biasanya dialu-alukan dan disambut bagaikan menyambut seorang pahlawan. Hal ini kerana setiap negeri memerlukan ramai penduduk untuk meramaikan negeri dan menjaga keselamatan negeri.

Prof Asmah Haji Omar dalam buku beliau, Sama Serumpun, terbitan UPSI menukilkan pandangan Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, penghijrahan orang dari Sumatera ke Tanah Melayu telah berlaku zaman berzaman dan jauh sebelum kedatangan Barat menjajah tanah Melayu. Hal ini bererti berbeza dengan penghijrahan kaum China dan India ke tanah Melayu yang dilakukan atas keinginan dan keperluan penjajah.

Penjajah ketika itu memerlukan kaum China sebagai pedagang dan kaum India sebagai pekerja kebun. Penghijrahan masyarakat Nusantara adalah penghijrahan semula jadi kerana adanya persamaan sejarah, antropologi, linguistik, antara budaya masyarakat Nusantara dengan budaya setempat.

Masyarakat rumpun Melayu selain faktor didikan agama Islam yang mengajar mereka untuk berhijrah, juga memiliki adat kebiasaan merantau untuk mempertikatkan imej, taraf sosial dan ekonomi keluarga.

Mewariskan budaya

Sewaktu penulis masih kecil, kami sekeluarga sering mendengar kisah daripada anggota keluarga tentang penghijrahan nenek moyang dari Minangkabau, Sumatera Barat ke Malaysia. Menurut ibu penulis, pada zaman dahulu orang biasa sahaja memberikan tanahnya untuk orang yang baru datang ke tempatnya untuk membuka lahan pertanian dan perumahan.

Siapa yang rajin dan kuat, nanti anak cucu mereka akan senang lenang. Hal ini kerana tanah yang diberikan tiada batasan atau had tertentu. Sekuat yang termampu, seseorang boleh menukar hutan belantara menjadi penempatan dan pertanian seluas-luasnya. Begitulah kisah awalnya tentang komuniti masyarakat Minangkabau di Sungai Cincin, Gombak dan di beberapa kawasan di pinggiran Kuala Lumpur dan sekitar Selangor yang masih wujud hingga hari ini.

Walaupun berlaku penghijrahan daripda segi fizikal, tetapi ada sesuatu yang ingin dipertahankan oleh masyarakat pendatang terutamanya sejarah masa lalu, budaya, bahasa, agama sehingga mereka tetap berasa bersaudara dengan komuniti mereka walaupun berada jauh di perantauan.

Kami sekeluarga masih menggunakan bahasa Minang apabila berkumpul dengan keluarga, seperti sebahagian masyarakat yang masih menggunakan bahasa Jawa, Bugis, atau Banjar, Boyan, Acheh, Rao untuk pertuturan dalam keluarga.

Penulis masih ingat, antara adat dan budaya yang ketara dipertahankan adalah berkaitan majlis perkahwinan. Masyarakat Minang di Gombak bukan sahaja mempertahankan sebahagian besar budaya perkahwinan ala Minang, malah dalam keadaan tertentu mereka akan membawa budaya dari tempat asalnya seperti rebab, randai, salung, tari piring dan sebagainya. Malah pada majlis keramaian tersebut, adalah satu kebiasaan iaitu pihak tuan rumah mengedarkan borang sumbangan untuk surau atau madrasah di Minangkabau, Sumatera Barat.

Apabila ditanya rasionalnya, di kalangan orang tua yang dikenali sebagai tokoh ninik mamak akan mengatakan agar generasi muda sentiasa ada pertalian dan mencintai budaya asal, tidak lupa dengan tanah leluhur di Sumatera.

Didikan agar rasa bangga dengan tanah leluhur ini berjaya ditanamkan bukan hanya pada masyarakat awam. Malah, sesetengah tokoh negara juga mempunyainya.

Misalnya, ada Menteri Kanan dalam Kabinet Malaysia sekarang yang membangun rumah kediaman bercirikan rumah adat Minangkabau sebagai manifestasi rasa bangga dengan budaya Minang yang diwarisi daripada nenek moyang. Juga ada Menteri Kabinet yang menjaga keselamatan negara, apabila bercakap beliau tidak segan menggunakan istilah-istilah bahasa Jawa kerana itu menurutnya adalah bahasa ibunya di rumah. Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa waktu lalu menerima penghormatan daripada kesultanan Bugis, Kerajaan Bone, sebagai kesinambungan rasa penghormatan dan bangga dengan tanah leluhur.

Tetapi apabila membaca beberapa berita akhir-akhir ini, terutama berkaitan isu sekatan ’Sweeping’ atau ‘sapu bersih’ orang Malaysia di Jakarta, isu buluh runcing sukarelawan untuk ganyang Malaysia, terasa perih di hati. Sungguh, terasa sukar untuk menanamkan dan mewariskan rasa bangga terhadap budaya dan tanah leluhur pada anak-anak hari ini.

Di hati mereka tanah leluhur ibu bapa mereka di Rao, Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar, Acheh, Mandailing, Boyan, mulai berasa asing disebabkan iisu perbezaan kecil yang dipaparkan media yang seharusnya boleh diselesaikan di meja rundingan melalui semangat persaudaraan serumpun.

Malah ada di antaranya yang bertanya, salahkan mereka dilahirkan sebagai orang Rao, Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar, Acheh, Mandailing, Boyan di Malaysia dan mempertahankan bahasa dan budaya tersebut di atas rasa hormat mereka terhadap ibu dan ayah yang melahirkan dan mewariskan bahasa dan budaya leluhur itu?

Dan sebagai warisan bersama, sungguh mereka tidak merasakan telah mencuri bahasa dan budaya tersebut!


* Penulis AHMAD YANI ABD MANAF ialah editor Majalah i terbitan Kumpulan Karangkraf.

Selasa, 1 September 2009

“Adat basandi (bersendi) sarak, sarak basandi Kitabulah”.

“Adat basandi (bersendi) sarak, sarak basandi Kitabulah”.

Perumusan

“Adat bersendi sarak, sarak bersendi Kitabulah” lahir dari suatu kompromi
antara dua kubu filsafat yang berbeda. Sebelum agama Islam masuk ke Minagkabau,
masyarakat Miangkabau mengatur kehidupan masyarakatnya berdasarkan adat
Minangkabau. Dasar filsafah adat Miangkabau adalah “Nan satitiek(setitik)
jadikan lauik (laut), nan sakapa(sekepal) jadikan gunuang, alam takambang
jadikan guru” (Lihat tulisan Mr. Nasroen). Singkatnya dasar adat Miangkabau
adalah hukum alam yang terhampar dalam setiap segi kehidupan kita.

Sedangkan agama Islam yang mendasarkan ajarannya kepada kitab Alquran sebagai petunjuk Tuhan dalam mengatur kehidupan masyarakat. Pertentangan keduanya telah
melahirkan persengketaan yang mendalam antara kaum adat dan kaum agama. Setelah
melalui peperangan dan tindakan kekerasan, akhirnya para yang bersengketa
mencari solusi damai dengan rumusan “Adat bersendi sarak, sarak bersendi
Kitabulah. Ini adalah contoh win-win solution. Kaum adat tidak perlu mengubah
ajarannya, demikian juga dengan kaum agama. Mengapa ?

Menurut ajaran agama Islam, alam terkembang adalah ciptaan Tuhan. Adat Minangkabau menjadikan alam terkembang sebagai dasar perumusan hukum-hukum adat. Dengan demikian tidak seharusnya dipertentangan antara hukum adat dengan hukum Islam, Karena kedua-duanya berasal dari ciptaan Tuhan. Maka lahirlah perdamaian antara kaum
agama dengan kaum adat berdasarkan rumusan : “adat bersendi sarak, sarak
bersendi kitabulah”.

2. “kerajaan pra-Islam itu hanya mitos atau bukan, tapi ada sesuatu yang tetap bertahan dari masa lampau – sesuatu yang tak tertangkap oleh hukum apapun, sesuatu Entah yang ada bersama sejarah.”

Kompromi ini lahir bukan karena kerajaan Pagaruyung, melainkan seperti yang saya jelaskan diatas sebagai win-win solution antara kaum adat dan kaum agama. Maka ia bukanlah mitos, juga bukanlah “sesuatu Entah”, sesuatu yang diragukan yang ada bersama sejarah. Ia nyata dan merupakan sesuatu kearifan manusia dalam mencari kedamaian dan menghindari pertentangan dengan win-win solution. Kedua pihak tidak ada yang merasa kalah maupun menang. Yang menang adalah seluruh masyarakat Minangkabau yang terhindar kehancuran akibat pertentangan antara ajaran adat dan ajaran agama Islam.

Burhan Azis

Isnin, 10 Ogos 2009

Silsilah Jang Dipertoean Pagaroejoeng


Silsilah Jang Dipertoean Pagaroejoeng
Almarhum Radja Bogomo, Jang Dipertoean Pagaroejoeng;
Sumber:- Catatan Dalam Simpanan Almarhum Raja Bot Ibni Raja Amirullah
Simpanan :- Daeng Besar Ungku Abdullah


Pada suatu masa, berkebulatan teguh Orang-Orang Besar Rawa pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau mengambil Raja, maka dibagi orang Pagar Ruyung Minangkabau seorang yang cantik paras rupanya, maka di bawalah pulang ke Rawa.

Sampai di Rawa, disembah ia pun sakit lalu mati. Kemudian dijemput lagi sekali, sampai di Rawa disembah ia pun sakit lalu mati juga. Oleh itu, berdukacitalah Orang-Orang Besar Rawa dengan menaruh ingatan yang mana kepada Raja-Raja Pagar Ruyung itu.

Pada suatu hari, muafakatlah Orang-Orang Besar di dalam Rawa memilih orang-orang yang handal lagi perkasa, serta dengan alat angkatan yang beradat, menjemput Orang-Orang Besar Bergelar pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau.

Adalah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu, “Sekali ini, jika tiada diberinya yang sebetulnya, jangan balik sehingga kita perangi Minangkabau itu”. Demikianlah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu.

Maka apabila sampai utusan itu ke Minangkabau, dengan tidak semena-mena bertemu dengan seorang tua, hendak dikatakan tua, tersangat tua, maka bertanyalah orang tua itu kepada utusan itu, “Hendak kemana tuan-tuan ini”, maka diceritakanlah oleh utusan itu kepada orang tua itu daripada mula hingga akhirnya.

Maka kata orang tua itu, “Jika diberinya yang cantik-cantik pakaian, jangan diambil, minta sendiri memilihnya serta tunjuk tengok kepadanya tanda-tandanya, dan adapun anak Raja Pagar Ruyung itu, perempuan seorang sahaja dalam istana itu, buruk lokos sahaja pakaian nya, ambillah itu”.



Maka apabila sampai ke Istana Pagar Ruyung, berkatalah utusan itu, “Minta kami-kami sendiri yang datang ini hendak memilihnya, sebab sudah dua kali, kami-kami ini mendapat tidak yang sebetulnya”.

Ialah dengan pandai pujuk rayu utusan itu, dibenarkanlah utusan itu memilihnya, dengan sebab tanda-tanda yang diberi oleh orang tua yang dijumpa di jalan itu, dapatlah utusan itu memilih yang sebetulnya.

Maka apabila terkena pilih yang sebetulnya itu, ratap tangis pun menderulah, maka pada masa itu, diminta utusan itu satu persumpahan setia yang besar lagi beradat, “Sampai ke anak-anak cucu cicit, tiada boleh sekali-kali balik ke Istana Pagar Ruyung”.

Maka sudahlah dengan takdir Allah, sehingga hilang akal budi-bicara Raja-Raja (Pagar Ruyung Minangkabau) Yang Tua-Tua itu, sehingga diikutnya permintaan utusan itu.

Maka sebab itu, yang mana-mana keturunan daripada itu, tiada boleh menempuh ke Istana Pagar Ruyung. Jika siapa-siapa keturunan Raja Pagar Ruyung sampai ke Minangkabau, jangan sekali-kali pergi ke Istana Pagar Ruyung, melainkan dengan adat sembah sambutnya, begitulah pesan nenda-nenda kita yang terdahulu.

Apabila dibawa ke Rawa, sampai di Kota Raja disambut dijulang, dinobat disembah oleh orang-orang Kota Raja, serta dibuat adat-istiadat Raja-Raja menyambut Raja. Bermulanya Kota Raja itu, dinamakan orang Kuda Raja, kemudian dialih diubah namanya Kota Raja.

Shahadan, apabila sampai di Rawa, tiadalah dapat jodohnya akan suaminya, maka disuruh pula utusan pergi mencari ke Pagar Ruyung Minangkabau. Didalam mencari itu, tidak semena-mena datang sahaja seorang Raja menunggang kuda ke Rawa.

Maka disiasat diperiksa secukup-cukupnya oleh Orang-Orang Besar didalam Rawa, dapatlah keterangannya yang sebetulnya, ia anak Raja keturunan Sang Seperba daripada Negeri Semuara, anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain dan Raja Nisrawan Adil Bukit Seguntang, lalu dikahwinkan dengan anak Raja Pagar Ruyung itu.
Setelah sekeliannya, balik utusan yang mencari akan jodoh anak Raja Pagar Ruyung itu, dengan membawa seorang anak Raja, lalu dikahwinkan dengan orang lain.

Maka turun-temurun keturunan inilah yang dibagi pangkat gelaran oleh Orang-Orang Besar Rawa, gelaran Raja Perempuan memegang adat kebesaran sekeliannya didalam Istana Padang Unang Rawa itu, dan anak Raja yang diambil dari Pagar Ruyung itu, dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa, dan turun-temurun keturunan inilah sampai sekarang menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa itu.

Shahadan, adalah Raja yang asal didalam Rawa itu Raja Daulat Parit Batu, keturunan daripada Raja Pagar Ruyung Minangkabau juga adanya. Pecahan Raja Daulat Parit Batu itu turun ke Rawa duduk di Gobar, bergelar Yamtuan Gobar di Rawa. Pecahan daripada Yamtuan Gobar itu pergi ke kampung bernama Kubu Sultan, dipanggil-panggil orang, anak Raja-Raja Yang Berempat.

Dari situlah anak Raja-Raja Rawa yang asal itu berselok menyeloknya dan semenda menyemendanya ke Padang Unang kepada pihak Yang Dipertuan Besar itu.

Alkisah, sebab orang-orang Rawa tidak mahu menjadikan Raja, Yamtuan pecahan Raja Daulat Parit Batu itu, kerana Orang-Orang Besar Rawa bersinggit (bersengketa) dengan Orang-Orang Besar Parit Batu.

Sebab itulah, Orang-Orang Besar Rawa mengambil Raja mereka dari Pagar Ruyung, betul akan halnya Raja Daulat Parit Batu itu kemanakan daripada Raja Pagar Ruyung.

Sebab itu didalam perbilangan Rawa, “Daulat di Parit Batu, Sultan di Pagar Ruyung, Yamtuan di Rawa, Sangkar adat dari dalam Rawa”.

Khamis, 6 Ogos 2009

Tidak terpadam fakta sejarah



Tidak terpadam fakta sejarah
TEKS titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka, semalam.

PESURUHJAYA Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivray dan Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menandatangani perjanjian kemerdekaan di King's House (kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara) di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957.
________________________________________

BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga.
Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi.
Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan
Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. “Kemerdekaan” itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman.
Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul Kemerdekaan mengingatkan bahawa ‘kemerdekaan’ bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia.
‘Kemerdekaan’ itu sewajarnya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato’ Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.
‘Kemerdekaan’ itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka.
Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora.
Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka -- bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.
Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa -- bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.
Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah.
Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:
‘‘Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.’’
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin MajlisMajlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.
Persekitaran kedua: Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang kesatria.
Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan bahasa pernah merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152.
Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun.
Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa ‘api dan air mata’, peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan.
Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli- Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.
Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan.
Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.
Padamlah satu kandil gemerlap – pelita jendela di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang senantiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenaran.
Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi negaranya sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya.
Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya.
Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan, pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar ini.
Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas.
Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkaraperkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham.
Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi.
Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan.
Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan.
Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalan di negara maju.
Ia berlaku di dalam istana, di dalam sektor awam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama.
Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal.
Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram.
Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
Demikianlah kotor dan jijiknya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum dunia.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar “Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas” serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek.
Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa.
Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut.
Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.
Dalam hasrat membina modul Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan.
Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca ijazah.
Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai.
Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.
Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi.
Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solehin. Sama-samalah kita bacakan surah Al-Fatihah dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas.

Selasa, 4 Ogos 2009

RAZAKRAO MENJAWAB KEKELIRUAN WAN MARIA & " KERABAT pagarruyung " - RESPON DARI SEMINAR RAO DI UPSI


RAZAKRAO MENJAWAB KEKELIRUAN WAN MARIA & " KERABAT pagarruyung " - RESPON DARI SEMINAR RAO DI UPSI
Assalamualaikum Pak Subari dan semua pembaca ,
Pertamanya kita ingin memohon maaf dan meminta izin untuk memberi maklum balas kepada kenyataan Pak Subari kepada Wan Maria , demi ketelusan sejarah Nusantara mengikut apa yang telah tertulis dalam sejarah . Pak Subari ada mengulas kepada Wan Maria .. " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya " .. mengikut catatannya sebenarnya Pak Subari , semasa kegemilangan kerajaan Sriwijawa sehinggalah kejatuhannya pada abad ke 11 , kerajaan pagarruyung belum pun wujud lagi dan menurut sumber yang dipercayai , lebih kurang 300 tahun selepas kejatuhan Sriwijaya , barulah kerajaan pagarruyung diasaskan oleh Adityawarman yang datang dari Majapahit pada 1340 an ( masehi ) .
Jangka masa 300 tahun ini adalah jauh dari mencukupi untuk kerajaan - kerajaan di bawah naungan Sriwijaya dahulu membina semula kerajaan sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kuat walaupun pada masa yang sama terpaksa membayar ufti kepada kerajaan Rajendra Chola ( dari India ) dari abad 11 hingga 13 , kerajaan Singhasari dan akhirnya kerajaan Majapahit dan kerajaan Rao adalah salah sebuah dari kerajaan itu , kemudiannya mengasas pula kerajaan Rokan dan Riau pada abad ke 14 ( ketika di bawah kerajaan Majapahit ) . Ada juga yang berpendapat yang nama Riau itu adalah diambil dari nama Rao , bersempena dengan pengaruh kerajaan Rao keatas Rokan dan Riau suatu masa dahulu .
Jesteru itu , setelah kerajaan - kerajaan Melayu di Sumatera ini menjadi kuat semula selepas 300 tahun barulah tertubuhnya kerajaan pagarruyung .. itu pun kerajaan pagarruyung didirikan di atas sebab Adityawarman membawa hati @ merajuk kerana gagal mewarisi tahta kerajaan Majapahit maupun kerajaan DharmasRaya ... Oleh itu adalah mustahil untuk mengatakan kerajaan pagarruyung mempunyai kerajaan yang mempunyai jajahan yang besar !...
Bagaimana pun , satu hakikat yang perlu diterima ialah penguasaan Majapahit keatas wilayah Sumatera pada ketika itu telah memberi keuntungan kepada Adityawarman di atas hal itu , beliau dengan mudah mendapat persetujuan Pembesar-Pembesar Adat untuk mengurniakan sebidang tanah di Batu Sangkar untuk membina kerajaan pagarruyung itu . Hormat / taat yang sebenar kerajaan - kerajaan lain ini , bukan lah kepada Adityawarman atau pun kerajaan pagarruyung yang baru itu , tetapi kepada kerajaan Majapahit sebagai penguasa wilayah Sumatera . Kerana ini jugalah menurut sejarah , kelemahan kerajaan pagarruyung sering kali dikaitkan dengan zaman selepas ketiadaan Adityawarman & adalah sezaman dengan kejatuhan kerajaan Majapahit pada abad ke 15 . Setelah Majapahit lemah pada abad ke 15 maka sekali lagi kerajaan- kerajaan di Sumatera ini melepaskan diri dari pengaruh Majapahit , ( bukan melepaskan diri dari kerajaan pagarruyung ) dan sekali lagi menjadi kerajaan - kerajaan yang merdeka dan secara sukarela kemudiannya bernaung pula di bawah kerajaan Melayu Melaka ketika kegemilangannya .. Jadi mengikut garis masa ini , bilakah masanya kerajaan - kerajaan di Sumatera itu sempat menjadi jajahan kerajaan pagarruyung ? ... Perlu ditekankan lagi disini bahawa kerajaan - kerajaan lain termasuk kerajaan Rao telah pun wujud beberapa abad sebelum berdirinya pagarruyung itu .
Inilah kebenarannya Pak Subari ... kerajaan pagaruyung itu sebenarnya tidak pernah pun menjadi kerajaan yang besar . Namanya pun sudah cukup untuk menjelaskan samaada ianya besar atau pun tidak ... pagarruyung !!... kuasa politik Raja pagarruyung itu sejak dulu hanyalah di dalam kawasan pagar istana nya yang di perbuat dari batang ruyung . Inilah ketetapan Pembesar-Pembesar Adat ketika itu dimana di luar kawasan istana pagarruyung , Pembesar-Pembesar Adat lah ( Dato' , Tongku/Tengku , Sutan dan Raja ) yang kekal berkuasa keatas kawasan autonomi masing-masing sebagai mana sebelum terbentuknya kerajaan pagarruyung . Memang benar Raja pagarruyung itu Raja yang berdaulat tetapi daulat seorang Raja tidak semesti menentu kan keluasan empayarnya .. tambahan pula Pembesar - Pembesar Adat yang ada pada ketika itu ramai dikatakan mempunyai daulat masing - masing .
Seterusnya , kita amat menghargai kenyataan tegas Pak Subari kepada Wan Maria akan status sebenar kerajaan pagarruyung yang ianya telah " Hanya tinggal sejarah " dimasa kini ....kita yakin , ini adalah kata akar utama yang perlu difahami oleh seluruh kaum Rao khusus nya dan seluruh dunia amnya , memandangkan seluruh isi penduduk di Sumatera Barat ( Minang dan Rao ) telah pun lama menerima kenyataan ini , begitu juga orang Rao di Malaysia . Hanya beberapa kawasan sahaja yang telah cuba di pengaruhi oleh golongan tertentu untuk menaikkan kembali imej pagarruyung menerusi siri-siri lawatan tahunan & salah satu kawasan tersebut adalah di Raub , Pahang .
Bagaimana pun Pak Subari , kita telah sempat menemubual dan menanyakan pendapat generasi lama ( umur sekitar 65 - 70 ) di Kg. Ulu Gali , bersebelahan Kg Pintu Padang , Raub mengenai penglibatan pagarruyung dikawasan itu dan mereka secara tegas menyata
" Raja-Raja Rao tetap asal dari Rao dan bukan dari pagarruyung ... yang pagarruyung datang siko , itu usaha memandai-mandai golongan muda di Raub untuk mengaitkan Raja-Raja Rao dengan pagarruyung ... Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung !... "
begitulah tegas beliau berkali-kali , yang juga mengaku anak saudara kepada alahyarham Imam Ishak . Walaupun menurut Pak Subari , teromba itu masih belum siap , sudah jelas yang pada asalnya Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung ....


Kepada Wan Maria Ismail , anda sepatutnya bukan hanya bercakap sahaja mengenai " ada fakta dan bukti2 yang jelas " ..tunjukkan bukti2 tersebut :
1. Buktikan yang pandangan RazakRao mengenai status dan keberadaan pagarruyung itu adalah " tanggapan segelintir orang Rawa " .. Rumusan dari Seminar Melayu Rao yang dikeluarkan oleh JARO telah membuktikan anda tersilap ! .. kerana pandangan itu adalah pandangan majoriti orang Rawa di seluruh Nusantara ini ...
2. Buktikan kesahihan jawatan yang anda dakwa sebagai Tengku Muda Padang Nunang memandangkan rujukan di Rao sendiri ( perlu diingat bahawa apa2 berkenaan jawatan di Rao perlu di rujuk di Rao sendiri kerana ianya melibatkan adat istiadat Rao ) telah meragui akan kewujudan jawatan ini dan ini juga diakui oleh Basa Nan 4 di Lubuok Layang .
3. Buktikan apa yang anda katakan , Teromba Besar yang asli yang anda katakan di simpan di Istana Pagarruyung . Sila tunjukkan segera untuk membuktikan yang anda tidak bercakap kosong tentang " fakta dan bukti2 yang jelas " mengenai " anak2 Raja di Rao memang dijemput dari pagarruyung ".
4. Buktikan yang Tambo Alam Minangkabau itu dan Tambo2 yang lainnya adalah rujukan penting sejarah sebagaimana yang anda katakan !.. Ahli sejarah manakah yang mengesah kan kesahihan Tambo Alam Minangkabau yang tiada mempunyai garis masa / tahun ini ? Walaupun ada usaha baru contohnya oleh Drs Mid Jamal untuk cuba meletakkan tarikh-tarikh kedalam Tambo serta memasukkan nama Daputa Hyang ( tokoh dalam kisah kerajaan Sriwijaya ) kedalam Tambo , ini hanya membuktikan tempelan demi tempelan alat solek sedang dikenakan keatas Tambo Alam Minangkabau ini supaya cantik dan menarik bagi pengkaji sejarah . Tetapi hakikatnya Wan Maria ... yang palsu tetap palsu !.
5. Buktikan yang anda faham dan layak bercakap mengenai sejarah .. tidak ada kelulusan tidak mengapa Wan Maria .. kelulusan akademik bukan segalanya tetapi kefahaman itu lebih utama ( pengetahuan itu boleh diperolehi melalui pembacaan - pembacaan tetapi kefahaman itu anugerah istimewa dari Allah ! ) ...Anda sepertinya tidak memahami perbezaan dan perkaitan di antara sejarah sebelum penjajahan Belanda ( pagarruyung ) dan selepasnya ( lenyapnya pagarruyung ) , Tambo Alam Minangkabau , Daerah Minangkabau ( sempadan hanya wujud selepas kemerdekaan ) dan istilah pentadbiran terletak di bawah Negeri Sumatera Barat ( ada dua iaitu sistem pentadbiran kerajaan @ sistem lembaga adat ? ) . Segalanya menjadi ' cha cha marba ' bila anda membuat kenyataan . Tahukah Wan Maria , yang ada hal2 Sistem Adat yang diselesaikan di peringkat Lembaga Pembesar Adat kerana tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan ? .. banyak juga yang anda tahu Wan Maria tetapi sebenarnya satu pun tidak anda faham !
6. Buktikan yang anda jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran Wan Maria . Adakah di dalam menyebarkan dan menggali kebenaran , faktor kebendaan begitu penting ? Adakah untuk menyatakan kebenaran itu memerlukan kajian selama bertahun-tahun ? adakah kebenaran yang diperolehi 2-3 bulan lalu mesti disingkirkan hanya disebabkan ianya tidak selari dengan fakta-fakta dari mereka yang telah mengkajinya sejak 10 tahun yang lalu ? .. Anda juga mempersoalkan " tahun pertama Phd " Sdr Afriadi Sanusi ...seolah - olah kebendaan itu satu -satunya hal yang penting bagi anda dan seolah-olah ilmu , ilham serta hidayah dari Allah itu hanya turun atas dasar tamatnya Dr. , Prof , Master dan Phd . Jika begitu bagaimanakah dengan kita semua ini yang tidak punya kelulusan dalam bidang sejarah ! mahu ditutup mulut semuanya ? ... Dan apakah pula pandangan peribadi anda terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tidak punya apa-apa kelulusan akademik .... !
7. Buktikan anda keturunan Rao / Rawa ..( anda boleh menafikannya sekiranya itu pilihan anda ) Wan Maria telah mengulas dan mengaitkan nama RazakRao , Amran Dato' Jorajo dan Afriadi dengan tindakan sindiran terhadap Prof. Dr Puti Reno Raudha secara individu ..tetapi dalam masa yang sama tidak mengulas dan menyatakan pendirian anda berkenaan tindakan Prof. Dr. Puti Reno Raudha yang menghiris perasaan RAMAI urang Rao / Rawa bilamana beliau mendakwa Rao itu bukannya apa-apa pun tetapi hanya sekadar nama tempat ! .. Sikap awak ini tidak menjelas jati diri awak sebagai orang Rao / Rawa , cuma mengaku saja Rao / Rawa.. ( siapakah diri anda sebenar nya .. ? ) ... Anda secara jelas cuma kisah dan risaukan keluarga pagarruyung anda sahaja ... orang Rao / Rawa bukan keluarga awak ke Wan Maria ?
Sekian dan salam hormat dari saya buat Pak Subari ....

RazakRao
Jawaban Arisel Ba:

Berpunca dari " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya "
Sila baca Utusan Malaysia, 4.2.2008, saya petik : Muzium empat tingkat ini terletak di bawah kelolaan Jabatan Muzium mula dibina pada tahun 2005 dan menyimpan artifak antaranya replika keris dari Pagar Ruyung, Sumatera yang dipercayai berusia hampir 1,300 tahun, sejarah Kesultanan Melayu serta Adat Perpatih.( Muzium Adat Negeri Sembilan).
Nama Kerajaan Pagar Ruyung sewaktu Sri Wijaya ialah “Kerajaan Dharmacraya”
Cukup jawaban saya setakat itu dulu.

Isnin, 3 Ogos 2009

JAWABAN DARI WAN MARIA


JAWABAN DARI WAN MARIA
Pak Subari,

Terima kasih menjawab email saya tempohari. Begitulah ringkasannya dari suatu sejarah yang panjang dan saya mengikutinya dari segala sudut dan dari jiwa yang iklas untuk mengetahuinya. Tapi apa yang saya kesal komen Sdr Razak Nasir agak kesat terhadap keluarga yang datang dari keturunan Raja2 Pagaruyung...Adakah ini serangan peribadi darinya atau komen yang berasas kepada fakta dan sejarah yang benar atau adakah iyanya suatu fitnah supaya semua orang percaya? Saya mendapat tahu Datuk2 pembesar diRao ini ada berkelompok2 dan terdapat persilangan pendapat mengenai sejarah diRao....

Entahlah Pak Subari,..saya tak mahu masuk campur urusan mereka diseberang sana...cuma saya berdoa apa jua perselisihan pendapat tidak menjadi penyebab kepada orang2 rawa di Malaysia bertaki2 sesama sendiri....Saya kira Seminar Melayu Rao tempohari itu tujuannya untuk menyatu padukan dan menjalin ukhuwah yang lebih rapat antara saudara2 rawa diMalaysia dan diseberang. Jangan pulak jadi sebaliknya, makin bermusuh2an dan tak sehaluan....wallahualam

Nota: Surau Aki Ngah Keman(Aki Lokman) di Lepar pulak macamana yer? Mak saya cerita surau ni juga tempat bersuluk suatu masa dahulu.....
Jawaban Arisel Ba:
Sdri Wan Maria.

Bagi saya RazakRao tu masih takfaham makna teromba @ salasilah yang sedang diusahakan oleh JARO Raub dari markasnya Surau Ehyaul Qulub, Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang. Biarkan dia terjun dengan tanggapannya sendiri berbekalkan ilmu sejarah yang dia ada. Tugas saya untuk meneruskan Wasiat YM Tengku Mustapha untuk jaga dan pelihara salasiah yang diasaskan oleh Imam Ishak, itu saja. Teromba yang Imam Ishak buat tu masih belum lengkap dan belum menyeluruh, jadi kita sama-sama cari. Tolonglah...

Mengenai Surau di Lepar tu, ianya satu fahaman dengan surau di Sungai Ruyung, apabila pengasasnya meninggal dunia, pengikutnya bersatu di surau Jeram Bangkin, Dong.

dari Ismail @ Subari Lebai Ahmad.

Rao vs Pagaruyung


Rao vs Pagaruyung

Dikutip dari Blog Sdra Afriadi Sanusi

Nampaknya perdebatan tentang Rao vs Pagaruyung akan semakin rancak dan menambahkan lagi khazanah budaya dan ilmu pengetahuan. Setiap perdebatan ilmiyah yang sesuai dengan prinsip-prinsip kaedah ilmu dalam konsep sains social adalah sah-sah sahaja tentunya. Tentu sahaja, dalam perdebatan itu kepentingan ilmiyah dalam rangka mencari kebenaran tidak boleh dikalahkan oleh kepentingan-kepentingan individu atau kelompok lainya yang hanya akan menghilang objektifiti kita dalam berilmu. Agar perdebatan itu nilainya tidak seperti percakapan dikedai kopi, maka tentu sahaja setiap diskusi harus disertakan dengan dalil dan bukti-bukti yang autentik. Data-data dan bukti itu nantinya akan didiskusikan seperti dalam seminar dan sebagainya. Saya mengharapkan semoga perdebatan ini akan berlanjutan sampai kita menemukan khazanah ilmu yang banyak dan akan menemukan kebenaran ilmu yang relative kebenarannya tentunya.
Pertama saya ucapkan ribuan terima kasih pada Puan Wan Maria yang telah sudi menjadi pembanding dalam diskusi ini. Kalau semua orang setuju tentunya diskusi akan mati, ibarat masakan yang kurang bumbu, ianya kurang sedap. Kata P. Ramle “sedangkan lidah lagi tergigit, apalah lagi suami isteri.” Kata Jan van der Putten “hanya al-Qur`an yang original dan mutlak kebenarannya”[1].
Tidak ada yang benar 100% dan tidak ada yang salah 100%, itulah kesimpulan dalam setiap seminar yang sering saya ikuti. Saya mengatakan sebuah buku berwarna putih kerana saya sedang membacanya dan orang lain mengatakan warna hijau kerana dia sedang melihat warna kulit buku. Sudut pandang yang berbeza akan melahirkan kesimpulan yang berbeza, itulah ilmu.
Puti Reno, walaupun dia orang sains Prof. bidang pertanian dan makalahnya tidak memiliki footnote, beliau ada benarnya. Ini karena beliau berbicara tentang sejarah semenjak abad ke 13 (Nama Minang dan kerajaan Pagaruyung berdiri sekitar 1347). Semenjak berlakunya perang Paderi (1816-1833) memang terdapat hubungan yang tidak signifikan dan terkesan dipaksakan antara rao dengan Minangkabau seperti dalam penyatuan distrik dll. Rao sangat penting bagi Belanda... (panjang ceritanya) Bagaimana mungkin beliau akan memahami Rao yang sebenarnya sebab setahu saya Puti Reno tidak pernah datang ke Rao, Mungkin di Unand Ramai mahasiswa beliau dari Rao, tapi di Padang mereka tidak berbahasa Rao lagi. Menurut 3 orang Doktor UPSI (1 Profesor) makalah yang terdapat dalam buku Rao Disana Sini itu adalah cukup ilmiyah dan bukan berdasakan mimpi, angan-angan atau rekaan. Ianya adalah tulisan yang memenuhi standart ilmiyah.
Dari hati ke hati saya ingin mengajak orang-orang Rao berbicara kito samo kito, tanpa menyertakan orang luar Rao terlebih dahulu. Orang Rao telah berkecai, menjadi korban penganiayaan sejarah; ramai terkorban, ramai yang terpaksa meninggalkan kampong halamannya oleh sebab peristiwa Perang Paderi, Perang saudara kerana diadu domba oleh Belanda, PRRI, Komunis dan sebagainya.
Matlamat penubuhan JARO adalah; untuk menyatukan kembali tali ukhwah, persaudaraan, hubungan darah yang telah lama terpisah oleh kekejaman sejarah itu. Menjaga identity bahasa, adat dan budaya Rao yang tidak bertentangan dengan Islam. Melahirkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh yang hebat seperti Tun Ahmad Sarji dan sebagainya. Memupuk rasa kekitaan yang akan melahirkan hubungan tolong menolong didalam kebajikan.
Letak Perbezaan
Kerajaan Pagaruyung adalah sebuah kerajaan yang pernah berdiri, meliputi provinsi Sumatra Barat sekarang dan daerah-daerah di sekitarnya. Nama kerajaan ini berasal dari ibukotanya, yang berada di nagari Pagaruyung. Kerajaan ini didirikan oleh Adityawarman pada tahun 1347M. Pagaruyung menjadi Kesultanan Islam sekitar tahun 1600-anM. Kerajaan ini runtuh pada masa Perang Padri. Nama Minangkabau berasal dari dua kata, minang (menang) dan kabau (kerbau). Nama itu berasal dari sebuah legenda. Konon pada abad ke-13, kerajaan Singasari melakukan ekspedisi ke Minangkabau. Untuk mencegah pertempuran, masyarakat lokal mengusulkan untuk mengadu kerbau Minang dengan kerbau Jawa dstnya…
Menurut pendapat yang mengatakan bahawa orang Rao adalah suku kaum tersendiri dan bukan berasal atau dibawah kekuasaan minangkabau ataupun Batak, mengambil dalil dari bukti-bukti sejarah seperti batu bersurat, candi, bahasa, adat budaya, sejarah dan sebagainya. Bukti-bukti sejarah itu keberadaanya jauh telah wujud sebelum adanya kerajaan Pagaruyung dan Minangkabau itu sendiri
Terakhir saya mengajak kita semua mari kita mengkaji, menyelidik, dan berdiskusi dengan pikiran terbuka dalam rangka mencari kebenaran dengan tetap menjaga matlamat asal penubuhan JARO iaitu menjalin ukhuwah dalam rangka melahirkan generasi Rao yang lebih berkualiti. Firman Allah SWT.;
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri” (Surah ar-Raad ayat 11)
Kuala Lumpur 3 Ogos 2009
Afriadi Sanusi

DIALOG RAWA/RAO VS PAGARRUYUNG BERSAMA ARISEL BA DI TEROMBARAWA.BLOGSPOT.COM .


DIALOG RAWA/RAO VS PAGARRUYUNG BERSAMA ARISEL BA DI TEROMBARAWA.BLOGSPOT.COM .

Dikutip dari blog Sdr RazakRao untuk perkongsian bersama.

Kita ingin melakukan ' Post Mortem ' yang tersendiri bagi satu pembentangan kertas kerja Seminar Melayu Rao yang telah diadakan di Tanjung Malim , Perak pada 25 hb Julai 2009 .
Suasana Auditorium UPSI telah menjadi panas pada penghujung seminar bilamana salah seorang pembentang yang dijemput dari Universiti Andalas , Padang , Sumatera Barat iaitu Prof. Puti Reno Raudha telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan majoriti peserta-peserta seminar dengan mendakwa yang adat-adat warisan Rao adalah semata-mata tertakluk kepada adat dari Pagarruyung dan Minangkabau dengan hujah yang lemah iaitu Rao lahir dari Minangkabau dan dibawah takluk Pagarruyung .
Diakhir ucapan , beliau juga mengeluarkan kenyataan yang ethnik Rao , sebenarnya tidak wujud kerana nama Rao adalah nama lokasi semata - mata ... Kenyataan begini sememang menimbulkan rasa kurang senang kerana ianya seperti cuba untuk membunuh jati diri ethnik Rao itu sendiri ..
Salah seorang pembentang kertas kerja iaitu Bapak Amran Dato' Jorajo telah terlebih dahulu memberikan hujah kukuh mengenai Rao/Rawa itu satu suku Bangsa kerana berpandukan kepada falsafah .. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA . Sesuatu kelompok yang dinamakan bangsa itu mempunyai BAHASA yang kuat dan diterima pakai oleh ramai kaum .. itulah hujahnya . Memandangkan bahasa yang diguna pakai oleh ethnik Rao/Rawa sama dengan Riau , Jambi dan Negri Sembilan , maka bahasa itu semestinya dimiliki oleh sesuatu BANGSA ...
Sehubungan dengan itu , kita telah berdialog dengan Bapak Subari @ Arisel BA dari Raub pada 27hb Julai 2009 untuk menentukan kedudukan Rawa/Rao ini dan hubung kaitnya dengan Pagarruyung dan adakah Rao ini dibawah jajahan Pagarruyung ...
Bapak Subari @ Arisel BA kita pilih untuk sessi dialog kerana beliau urang Rao dari Raub dan sebahagian besar sedara Rao/Rawa Raub masih mempercayai mitos bahawa Raja2 Pagarruyung lah yang menjadi penguasa kepada Raja2 Rao dan memberi makna Rao itu dibawah jajahan takluk Pagarruyung ..
Silalah berkunjung ke ' Link ' dibawah untuk mengikuti persoalan yang kita timbulkan semasa dialog dan jawapan yang disampaikan oleh Bapak Subari . Sila klik ' link ' dan pergi ke ruangan " Bilo Mano Rao Bersembang "
http://terombarawa.blogspot.com/
Hal @ isu disini rumit sedikit ...Minang , ' pagarruyung ' , acheh , Riau / Rao , Jambi , Palembang & Bengkulu adalah dari akar yang sama iaitu suku bangsa Lubu atau ras Mongolite ( rupa sedikit cina ) . Asal dari timur tengah dan berhijrah ke timur dan membuka penempatan di Monggolia , Himalaya , Northern India , Burma , Siam , China dan Kemboja . Kemudiannya bangsa ini mula menyeberangi lautan membuka Jepun , Philipine , Borneo , Sulawesi & Sumatera sekitar 200 masehi dan 600 masehi .
Suku bangsa di Sumatera asalnya satu iaitu dibawah kerajaan Sriwijaya .. tetapi kaum nie maklumlah ada yang berpecah menjadi lebih cerdik berbanding yg lain ..dan kemudian menjadi opportunis sekitar 1600 masehi ... mereka itulah ' kerabat Pagarruyung ' . Bila Belanda masuk sebagai pedagang , mereka bersama Belanda sebagai rakan kongsi mencari keuntungan .. pada hal masyarakat yg lain ketika tu memandang serong kepada pendatang Belanda .. maklumlah mereka Kristian ! kita dah Islam ..
Bila Belanda menunjuk tembelang sebenarnya ingin menjajah .. kerabat pagarrung ini juga yg menjadi talibarut penjajah sehingga diera Perang Padri ketika majoriti kaum disana bangkit menentang Belanda , kerabat Pagarruyung yg berkepentingan tidak berpihak kepada perjuangan Tuanku Rao , Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai .. mereka bersekongkol dengan Belanda kerana punya kepentingan .
Sehinggalah tentera Padri tewas , Raja Alam Pagarruyung terakhir bernama Bagagar Shah telah dilantik sebagai wakil Belanda bergelar Regent Tanah Datar . Asalnya sebelum Belanda Menjajah , tuan .. Pagarruyung tidak ada kuasa politik .. itulah makanya ketika kerajaan Pagarruyung mula didirikan 1347 masehi , Pembesar2 Adat ( bekas Sriwijaya ) yg dah lama memerintah sebagai kawasan autonomi memberi nama kerajaan tu ' Pagarruyung ' . Menandakan had kuasa .. yang kerabat itu tidak ada kuasa di luar pagar istananya .. yang ketika itu dibuat dari batang ruyung ..
Hanya selepas Belanda berkuasa barulah berbagai anugerah diberi kepada keluarga Pagarruyung .. pastilah sebagai hadiah kepada ' Pengkhianatan ' mereka terhadap perjuangan murni di tanah Sumatera.
Sehinggalah sekarang nie .. mereka masih menuntut kononnya berhak dan berkuasa terhadap daerah2 yang tertentu .. Kami yang dari keturunan menentang Belanda ..nenek moyang kami mengorbankan darah dan airmata berjuang bersama Tuanku Rao , Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai tentulah dengan sekeras-kerasnya menolak tuntutan mereka .. nenek moyang dulu sampai diburu Belanda , hingga melarikan diri ke tanah Melayu sekitar tahun 1870 an .
Kesimpulannya disini , isunya bukannya samaada Pagarruyung dan Rao tu sama ke tidak ..kerana kita semua dari roots yg sama iaitu Mongolite .. yg berkulit gelap digelar roots Negroite .. Cuma tidak dapat terima keangkuhan kerabat Pagarruyung ini menuntut yang bukan hak mereka dan tindakan mereka yang mendakwa sekian wilayah ..termasuk la daerah Rao di bawah jajahan mereka .. mana ada jalan .. betul tak ?

Catatan ada bro .. itulah yang berupa Prasasti2 , catatan dari pedagang2 , dan artifak sejarah .. tetapi orang Indonesia ini hidupnya susah dan tak de masa mengkaji asal sejarah . Pada mereka , cari duit untuk mengisi perut sendiri dan keluarga lebih utama ... Kerabat Pagarruyung lantas memainkan jarum mereka dengan mencipta cerita khayalan seperti Tambo Alam Minangkabau yang jelas didalamnya tiada satu pun tarikh atau garis masa .. tetapi itulah yang di dondang sayangkan oleh kuncu2 kerabat pagarruyung ini untuk melenakan kaum disana .. akibatnya , sejarah sahih yang sebenarnya seperti keberadaan kerajaan Sriwijaya , kerajaan Melayu Lama DharmasRaya & kerajaan yg lainnya terperap begitu saja ... yang diagung-agungkan oleh kerabat pagaruyung itu tetap Tambo Alam Minangkabaunya .
Semuanya itu hanya bertujuan untuk menutup kesalahan mereka & melekakan kita semua !

Ada banyak versi ceritanya bro... salah satunya cerita Raja Songek Baung dan Putri Sangkar Bulan .. Sebenarnya cerita sumpahan nie hanya kepada keturunan Raja Rao sahaja . Bukan Raja Pagarruyung ..

Darah Rao tu masih asli .. maknanya sebelah bonda & ayahanda pun masih asli Rao . Darjat darah tu bercampur .. ada Ulamak ..ada Pembesar ...ada Panglima ..dan ada Raja . Pangkat tu tak penting sangat dan tak perlu di kejar . Kalau warisan tu dah hak kita ..nescaya ia akan datang mencari bila tiba masanya .
Yang terpenting sekarang nie , tuan.. adalah peranan yg perlu dimainkan ... menegakkan kebenaran demi kesejahteraan bersama ... Pembesar2 Adat dan Raja di tanah Rao disana masih aktif tuan . Walau pun mungkin yg sebenar-benar berhak keatas tahta mungkin ada di Malaysia tetapi mereka yg disini tak berhasrat menuntut tetapi menghalalkan apa yg terambil ..cuma warisan2 yg ghaib nie tetap berjalan mencari waris yg hak di sini .. Tu lah ada juga kes2 kerabat Pagarruyung nak masuk campur atas hal2 di kawasan Rao seperti perlantikan Raja ..lantas mengeruhkan suasana d daerah sana .. alasan mereka mudah je ..Rao di bawah takluk mereka !
Dialek memang dah ada ... yang buat kalah dan penat berbincang tu , bila yg berpihak pada kerabat pagarruyung nie nak berpegang kuat juga pada Tambo Alam Minangkabau mereka .. kita baca pun pening kepala , tuan .. satu tahun @ garismasa pun tak ada !

Kalau jumpa fakta yg membuktikan kita nie tersilap ... tolong tegur ya !

masa seminar hari tu Pak .. memang dah angkat tangan nak bertanya lagi .. mc x nampak . Angkat 2 belah tangan lagi .. dia bagi orang lain dulu bertanya.. pas tu dia kata " masa tidak mengizinkan " . so , banyak hal yg tak jelas dan perlu perbincangan tapi tak dapat dibincang .. salah satu yg utamanya hal inilah Pak ... isu Rao VS Pagarruyung ! ... 2 malam kita tak lena tidur dibuatnya !

Alhamdulillah ... setelah meluahkan apa yg tak terluah masa d seminar .. melalui ruangan nie , barulah rasa lega sangat .. thanks pada teman semua kerana mendengar !

Kurang pasti tuan ... cuma ada mendengar kisah , setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis .. Sultan Mahmud Shah telah berundur beberapa kali sehingga ke Riau . Putera Mahkotanya yang masih kecil telah dibawa / diselamatkan ke pedalaman Rokan sehingga ke salah sebuah daerah Rao bernama Tanjung Sialang ketika itu . Sementara Sultan Mahmud Shah kembali menyusun tenteranya untuk menyerang Melaka , Putera mahkota bernama tengku Alaudin Shah itu telah dijaga dan dibesarkan di Tanjung Sialang , Rao sekitar 1515 - 1530 an , dilatih dengan segala persiapan untuk Putera mahkota tersebut menggantikan tempat ayahandanya kelak . Beliau telah didik oleh seorang Raja Rao bernama Yam Tuan Sakti . Bersempena dengan kehadiran Putera Mahkota ke daerah itu , akhirnya tempat itu ditukar namanya kepada Koto Rajo ( Kota Raja dalam bahasa baku ) . Sehingga kini daerah itu kekal dinamakan Nagari Koto Rajo .
Setelah dewasa baginda pun membuat percubaan menyerang Melaka tetapi gagal dan akhirnya baginda menawan Siak lalu menjadi Raja di Siak .. Bagindalah juga kemudiannya yang mengasaskan kerajaan Johor Riau .
Mengenai Raja yang di jemput ke Perak tu bernama tengku Muzaffar Shah , tidak kita pula tahu samaada di jemput dari Pagarruyung atau tidak .. perlu diselidiki lagi , tuan .

Tengku Muzaffar Shah adalah juga anakanda kepada Sultan Mahmud , tetapi tiada maklumat beliau ke Pagarruyung kerana mengikut geografi lama kawasan Riau .. secara logiknya pengembara akan berjalan kaki menyusuri sungai & sungai utama di Riau adalah sg. Rokan . Sekiranya pengembara menghulu sg Rokan sehingga ke punca aliran sungai tersebut maka akan sampailah ke kawasan tinggi Rao atau pun Rao Mapat tunggul .. Sekiranya pengembara tersebut mahu meneruskan lagi perjalanan ke Pagarruyung di batu sangkar , maka perlu berjalan lagi mendaki dan menuruni bukit & gunung ( Bukit Tinggi ) dan perjalanan ini sahaja mengambil masa 6 jam perjalanan dengan memandu kereta ( pada 90 km/jam ) ..
Kesimpulannya ... Kita tidak fikir tuan , waris2 Raja samada tengku Alaudin Shah atau tengku Muzaffar Shah boleh sampai ke Pagarruyung kerana lokasinya yang boleh dikatakan mustahil dicapai pada masa dahulu ( abad ke 16 ) . Rao sudah pun mempunyai kerajaan sendiri pada masa itu dan yang menarik mengenai lokasi Rao ini ialah Rao merupakan punca air sungai Rokan yang mengairi tanah Riau dan punca sebahagian sungai Kampar . Jadi untuk waris2 Sultan Mahmud Shah ini sampai ke Rao melalui sungai Rokan memang logik tetapi untuk mereka sampai ke Pagarruyung pada zaman itu adalah sangat tidak logik dan mustahi ! ..
Masaalah utama disini teman MPer semua ialah kerabat Pagarruyung telah memutar belitkan sejarah untuk mencari populariti .. maaf kerana bercakap benar ! . Walau pun Raja yang datang ke Negeri Sembilan dahulu ...Raja Melewar adalah sebenarnya waris dari Raja Rao , mereka tetap mendakwa yang itu dari Pagaruyung ... mereka mempengaruhi pemikiran ramai dengan melabelkan semua raja berdaulat dari daerah Sumatera Barat adalah dari Pagarruyung padahal dakwaan itu palsu ! Apatah lagi rakyat di tanah melayu pada masa itu begitu taksub dengan populariti mereka . ( kerabat pagarruyung ini pada sudut pemikiran kita adalah dari golongan yang bijak dan opportunis .. pandai menggunakan peluang yg ada untuk keuntungan diri sendiri )

Harap teman2 MPer tidak melepaskan peluang untuk pergi ke link diatas dan membaca dialog dengan Arisel BA ( Seorang penulis ) dan beliau sebagai orang lama juga ada mendedahkan siapa sebenarnya pagarruyung itu . Sila klik juga ' mesej lama ' kerana dialognya agak panjang .

Sememangnya banyak hal2 sebenar yg terhijab .. insiden yg berlaku di UPSI pada 25hb Julai 2009 sebenarnya banyak hikmahnya . Dari situlah tergerak dihati kita untuk menerobos fakta2 yang di palsukan oleh puak2 yg berkepentingan .. mungkin kita semua boleh bersama usaha memecahkan blok yg sebegini .

Begini lah sdr Khaz ... Pandangan peribadi kita je nih ... Apa2 yang dakwaan mengatakan Raja dari Pagarruyung di Raja kan d Perak .. meragukan dan boleh dipertikai . Mungkinkah Megat terawis itulah anak raja Bugis yang dimaksudkan datang dari Sumatera dan di bawa ke Perak ?

Kesultanan Johor tu diasaskan oleh waris dari Sultan Mahmud , Sultan melaka yang terakhir ..yang juga bersalasilah dari Raja Sriwijaya yg terakhir iaitu Parameswara .. yang juga kerabat kepada Raja di kerajaan Rao sekitar 1390 an ..jadi yang mengasaskan kesultanan melayu Johor Riau tu bukannya dari Pagarruyung tetapi dari Sriwijaya dan pernah dibesarkan di Rao ... Pagarruyung tu jauh dari Rao , Kay dan besar kawasannya seperti sebuah kampung saja .. cuma cerita diperbesar-besarkan ..
Tak timbul soal merampas kuasa , dah ketentuan Allah .. contohnya Portugis menjajah melaka , Sultan Mahmud lebih menyalahkan dirinya sendiri atas kejatuhan Melaka .. mungkin berpunca di atas kezalimannya ketika memerintah ... Jadi Kalau Kesultanan melayu Johor Riau hilang kekuasaannya kepada Bugis , kenalah cermin muka sendiri dulu .. mungkin ada dosa yang dah dilakukan sehinggakan bala tiba !...

Mohon pencerahan Tembo ini ada tak kena mengena dengan keturunan Rao dan Kurinci.

223. Tembo bertulisan Melayu pada kertas

Tembo dusun Tanjung Tanah, Kerinci.

Bahwa inilah usul kita tatkala masa dahulu kemudian dari pada Rasulullah, anak Ratu sunan jawa mataram sembilan beradik, seorang bergelar Sultan ratu. Raja Paid. Sorang bernama Sultan Maraja Said, seorang bergelar Sultan Maraja Inang, seorang bergelar Sultan Maraja Salih, seorang bergelar Sultan Maraja Batu, seorang bergelar Sultan Maraja Bata, seorang bergelar Sultan maraja Bansu, seorang bergelar Sultan Karda Basi, seorang bergelar Sikh Abd. rahman.
Tatkala masa dahulu berparang dengan Teko Piaman berebut gedang. Kata Raja Tiko Piaman hamba dahulu turun di Pagaruyung. Kata Ratu Maharaja Paid hamba dahulu turun di pagaruyung, maka jadi parang, akan kalah Jawamataram, maka keluarlah ninik sembilan beradik itu maka larilah musuh semuanya, tinggallah rampasan yang banya’, adapun riyal dapatnya sebuah gedung lima hasta bujur sangkar dan meriam satu pupus penuh sebuah, itulah lagi arta itu tinggal di Jawa mataram, kemudian dari itu maka pikirlah nibik yang sembilan beradik itu hendak menjalang Pagarujung, maka berhentilah di bukit Saguntang2 kerna hendak melihat musuh kalau lagi akan datang, kamadian dari pada itu maka berjalan pula maka berhenti pula di Kato Raja, kamadian dari pada itu maka jadi kerjaanlah Sultan Maraji Said di Jambi, maka berjalanlah orang yang tujuh beradik itu, maka tinggal Sultan Maraja Said di Jambi itu, maka dimudikkanlah air Batang Hari maka lepaslah ke Pagaruyung. Kamadian dari pada itu maka berbaliklah di Pagarujung maka lepaslah ke Paliyang Padang Panjang lamahlah di situ, maka lepaslah ke Tebo Bungo, maka lepaslah pula ke hulu air diki maka dihilirlah pula air diki maka tibolah di muara air diki, bersuwo (bertemu)lah dengan air gedang maka dikembangkanlah tabir maka digelarkanlah batang air itu Batang Songai Tabir, maka pikir orang yang tujuh beradik itu, maka dimudikkanlah air Sungai Tabir itu maka tinggallah Sultan Maraja Batu itu, maka berjalan orang yang enam beradik itu maka sampailah ke Talun tinggi maka berdusunlah di situ maka tinggallah Sultan Maraja Besar di situ, maka berjalanlah orang yang lima beradik itu maka sampai ke hulu air itu tiada bulih lagi tempat mandi, karena air itu sudah kecil, maka pikirlah orang yang lima beradik itu maka disuruh tiong yang-g pandai berkata, maka terbanglah mencari jalan, maka kembali tiong itu maka berkata tiong hai Tuan? jikalau kita mudikkan juga air ini tibo pula kita di Pagaruyung, jikalau kita kirikan air ini, ada renah yang lebar, maka berjalan pulalah orang yang lima bersuwo (bertemu) pula dengan sungai gedang, maka berhenti pula di situ maka turun pula hujan gedang maka gedang air itu maka digelar sungai itu sungai gedang, maka kami berjalan pula dari situ bertemu pula dengan batu gedang maka berhenti pula di situ maka terus pula panas maka dikembangkan pula payung, maka digelarkan pula Batu Bapayung, maka berjalan pula kami dari situ bertemu pula kami dengan sungai bertumbuk tiga baik rupanya maka berdusunlah di situ karena banyak emas rupanya seperti kepinding lapar rupanya emas lekat dinapan rupanya maka digelarkan dusun ulu Kalinding lama pula dari situ maka berjalan Sultan Maraja Inang, maka bertemu hulu air Hiang, maka dihilirkan air itu, adapun anaknya Sultan Maja inang itu Petinggi emas Indar Jati yang membawa Tiong Pandai berkata Adapun Sultan Maraja Salih dua beradik dengan Temenggung Kertapati, berjalan maka bertemu pula air Kinci maka dihilir pula air itu. Kemudian dari itu maka berjalan pula Sultan Marajo Bangsu, Sultan Karda Besi, Siah Abd. Rahman. Adapun anaknya Sultan Marajo Bangsu Kertam Batu, Adapun anaknya Sultan Karadan (Karanda) Besi namanya Naai, anaknya poyang ruwanti. Adapun Sikh Abd. Rahman Tunggah raja nama anaknya, maka berjalanlah pula ketiko itu. Adapun Sultan Marajo Bangsu turunlah ke bukit kudeng, dari bukit Padang maka berdusunlah pula Kayuaro tungkat. Adapun Sultan Keranda Besi dengan Sikh Abd. Rahman maka turunlah ke batu gedang, dari situ maka bertemu dengan air Tanjung maka dihilirkanlah air itu maka berdusunlah pula dusun Tanjung, lamalah pula dari situ maka berjalan pula orang dua beradik itu maka berdusunlah pula sungai napan, lamalah pula dari situ maka berjalan pula Sultan Keranda Besi, maka Sich Abd. Rahman tinggallah di situ. Sultan Keranda Besi bersuwalah (bertemu)lah dengan tanah bertanjung maka melihatlah ilir mudik maka tampaklah danau dengan rendah, maka digelarlah dusun Tanjung Tanah.
Adapun isterinya dayang ruwanti, anak beliyaw seorang begelar Naai, seorang bergelar Raja Masail, seorang bergelar Raja Temenggung, Raja Masail dengan Raja Temenggung tinggallah ke dusun Talang Batu Besar. Adapun Naai mengadakan sejambi, Sajambi mengadakan Dayang emas. Dayang emas mengadakan Kembang genap, Kembang genap mengadakan sediwi. Sediwi mengadakan kembang dua, Kembang dua mengadakan Seman gl. Depati Mangku Bumi mengtar alam
Disalin dari asal mulanya dari tambo kami.
Disalin oleh Haji Saibi gl. Depati Mangku Bumi mengtar alam.
Tambahan Bab. G. (Mendapo Seleman)
Pusaka yang tidak bertulisan, disimpan oleh Depati Talam, dusun Tanjung Tanah:
beberapa helai kain lama.
1 tongkat.
Salam, mohon pencerahan.

144. Beberapa helai kertas bertulisan Melayu
Beberapa helai kertas disambung-sambung jadi gulungan panjang, bertulisan Melayu. Sebagian kecil kelihatan pada gambar No. 62. Bunyinya menurut salinan guru Abdulhamid daripada surat asli:
(Dan tatkala usul dan masa dan tatkala masa jeman dahulu, A/dam/pun belum ada selutan pun belum ada) raja yang tiga silo (pun belum ada) maka pa’lum lima jurid (?) ditakdirkan Allah ta’ala ‘aras dan kursi/ surga dan neraka bumi dan langit bulan dan matahari dan batu beramu dan bumi itu baru seujo ceper dan langit itu baru seujo dulang tatkala bumi bersintak turun tatkala langit bersintak naik, ibutpun belum bernama ibut2 baru beribut ke selatan, umputpun belum bernama umput, baru bernama umput rantai, belum ada ikut yang garang, baru berikut dayu-dayu, belum ada rumput yang panjang, baru berumput daun kayu, itupun bernama ibut, tanah besar teridiri dahulu, negeri yang tiga dilebihkan Allah, pertama Mekah kedua Madinah, dan ketiga Baitulmukaddas. Dan kelebihan Mekah baitullah pintu ka’abah belum terbuka. Jatuh tukung menjadi petir, jatuh pasak menjadi kilat, maka boleh sami’ ‘mendengar, basir melihat, kalim berkata, bulan dan bintang dijadi keterangan, maka terbuka pintu ka’bah, maka berjalan ke padang ‘Arafah, maka memandang kudara, terbanglah burung ber-kawan2, maka berkata Adam: baiklah aku seperti burung terbang ber-kawan2. Maka Adampun sembahyang dua raka’at, maka dengan takdir Allah ta’ala keluarlah Siti Awal daripada kiri Adam. Maka beroleh pusaka Siti Awal satu bagi dan beroleh pusaka Adam dua bagi. Maka berjawab ijab dengan kabul, maka dengan takdir Allah beranak tiga kali beranak, anak yang pertama-tama dua orang, itulah kaum sekalian manusia, anak yang kedua sembilan orang, itulah kaum sekalian kafir, anak yang ketiga itulah Sultan Usul namanya. Kemudian daripada itu kala: (2:28) Inni ja’ilun fi l’ardi khalifatan dan lagi:
Maka Adam pun berkata kepada Jibrail: Siapa suami Sultan Usul? Maka Jibrail pun turun ke hadarat Allah ta’ala di dalam surga mendapatkan Mendari Bunsu, sedang menyungkit menarawang kain suri sutera. Maka Jibrail pun berbalik ke atas dunia, maka Mendari pun ditemukan Allah dengan Sultan Usul, maka berjawab ijab dengan kabul di awal udara. Maka ditakdirkan Allah ta’ala Mendari Bunsu mendapat anak tiga orang, pertama-tama Sultan Meraja Alif dan kedua Sultan Meraja Dipang dan ketiga Sultan Raja Dirajo khalifatullah. Dan Sultan Meraja Alif balik ke Bandar Ruhum, sungainya itam batu puding, pancuran mas negeri Mekah. Dan Sultan Meraja Dipang balik ke Bendar Cina, batu putih telaganya perak, burungnya seekor di awang udara adanya. Dan Sultan Rajo Dirajo khalifatullah kasetero pemuncak ‘alam, pegangnya batu kacang sungai beremas, barentek digamut berentak dinapang, di situlah makoto terlebih sati. Kemudian daripada itu ditakdirkan Allah ta’ala, maka adalah suatu Poti di Batu Sangkar, maka berjawab ijab dengan kabul, kemudian maka dapat anak delapan orang. Kemudian maka ditegak balai bunta besendi gading, panjang tujuh, sengkanya enam, berasuk gading selalu, bersendi segading tunggal, bertiang teras jelatang, batabuh batang pulut2, begendang begendang batang cino guri, begetang jangat tuma, sekertum balai berleret, bajirung balai malintang, tujuh pingkat selapan penjuru, betanduk guwang gading suasa, balapik tilung badada tilung, lapik tilung pandan beguris, dibawa alang kuari, payung mengapit kanan dan kiri, payung tekembang adat di belakang, maka ditengkek balai anjung malintang tinggi. Maka memandang ke laut ujo, tampatlah ular seketi muno, maka meminto Sultan Rajo Dirajo, maka adalah pusako yang tigo: pertama cunek serangin lalu, kedua cunek serangin gila dan ketiga cunek sembilan giring, ulunya kuning sumbing seratus. Kemudian maka terompak seketi muno, ekornya jadi bukit se-guntang2, pedunya Serampeh Sungai Tenang, dadonya itu jadi tanah tadi atas, kepalanya Gunung berapi, pusatnya ‘alam Sungai Pagu, punggungnya ‘alam Minangkabau, tangan kanan ke Inderapura, tangan kida ke Enah Giring. Sudah menetak Seketi muno maka hilang sembilan girirng, maka dikadukan di Rajo yang tigo selo, maka tahu daripada pedang sudah hilang, maka kedengaranlah suara di awang-awang, maka tedenda seguling batang, sekuning lembia, selesung pasuk, selengan baju panjang, seruas telang di rimba. Maka diadakan beras hitam, beras putih, dasun babawang, kulit manis, pinang batanduk, sirih badagang, tebu becap manis babuli, tuak dengan babuluh, nasi baambung, gulai babakung, kelapa betali, ketutu tiga gayo, ketitir panjang ranto,puyuh panjang dengung, ayam simabr ekor, maka diperadapkan sembah kepada Jibrail, maka terdiri cunek sembilan giring, sudah menetak seketi muno jadi sumbing seratus sembilan puluh. Maka tumbuhla kayu antara Mekah dan Madinah berurat ada seurat babatang ada sebatang, badahan ada sedahan, badaun ada sehelai, uratnya cemeh yang dua belas, batunya menjadi undang2 yang dua lapan, dahannya jadi teliti, daunnya jadi isyarat, babunga ada setangkai, babuah ada sebiji, ber-gilang2 rupanya, jatuh buah menimpa bangka, maka adalah Datuk Rangkang Pamuncak Alam, maka didaki gunung berapi, melingo ilir, memandang mudik………..tampaklah bayang luak selapan dibaruh batu berliyir di situlah bayo putih daguk. Maka memandang ke Pariang Padang Panjang, tampaklah seorang suatu rajo, duduk di balai buntak besendi gading, maka di ruang imbo yang dalam, maka terompak Pariang Padang Panjang. Maka tetepat di balai Buntang besendi gading, maka ditangkap kerbau jantan sebanua. Maka dipotong kerbau itu, dipasah idak bajangkat, disait idaknya genap. Maka ditambah dengan kambing irang kenantan tanduk, dado putih punggung kuning. Tatkala itu cupak babatih gantang babelah, yang segantang kurang dua lima puluh tahil. Datuk Rangkang Pamuncak Alam masakan duduk di setera pamuncak alam di bawah payung sekaki, karang setia yang semangkuk, jikalau tidur berbungkus cina, jikakau makan betabang-tabang, minum air bejamu-jamu. Maka berkatalah Sultan Seri Kali, segala tuan yang gedang2, segala tuan yang kayo2, jikalau bulih permintaan saya, perjalanan Datuk Rangkang jangan dilarang, supaya bumi kita ini senang. Datuk Berpayung putih membawa ukur bailok, membawa pantak dengan tiga buah, berjalan tidak ngida dan tidak nganan, orang sujud pada Allah dan sujud pada Rasul. Maka Rajo yang delapan itu masing2 mencari tempat. Pertama nah giring malimpah Kuatan lalu ke pangkalan, itulah mula2 menjadi Rajo Nahgiring yang bernama Sultan Jumadil Iman, anak Yang dipertuan di Pagaruyung juga, kedua balik ke luak Agam Tanah Datar, melimpah ke luak Lima puluh, itulah mula2 menjadi raja di luak Agam Tanah Datar, yang bernama Sultan Seri Kali anak Yang dipertuankan di Pagaruyung juga. Ketiga balik ke Bandar Aceh Bandar Aceh melimpah ke Batu Bara, Itulah mula2 menjadi raja, itulah yang bernama Seri Pangkat. Yang keempat ke Sungai Pagu melimpah ke Pasisir balik Bukit, lalu ke Benda Sepuluh, itulah mula2 menjadi raja di Sungai Pagu, Sultan Besar Bergumbak Putih. Yang kelima ke Inderapura pegangnya Bandar Sepuluh bandar yang besar, maka buluh masuk kuala Padang, sejak dipisah piso anyut, sejak dirau bertongkat arang, sejak dinibung belantak intan, sejak seketak air itang, sejak sekilang air Bangis, sejak di Tiku Pariaman mudik sejak di guo kelam kemarin, itulah yang mula menjadi Inderapura yang bernama Sultan Muhammad Syah. Yang keenam balik Bantan Muko-muko ke Jawa, lalu ke Mentarang, itulah mula2 menjadi raja negeri Bantan Muko2 yang bernama Sultan Mukai Batu. ketujuh balik ke negeri Palembang, lalu ke Bugis dan lalu ke Mentawai, itulah mula menjadi raja negeri Palembang yang bernama Sultan Inda Rahim. Yang keselapan balik ke negeri Jambi, melimpah ke Batang Arri, lalu kerenah Kerinci, itulah yang mula2 menjadi rajo negeri Jambi yang bernama Sultan Baginda Tuan. Kemudian daripada itu kayu lah berlareh dan sungai lah babatang dan tanah lah begabung Sultan Besar memegang tanah Jambi dan sembilan lareh alam Jambi dan sembilan lareh alam Palembang dan tujuh puncak alam Jambi dan tujuh puncak alam Palembang. Di dalam puncak yang tujuh, menusun ke puncak yang dua: Puncak yang pertama Batang Ari, puncak yang kedua ‘Alam Kerinci, itulah puncak Jambi. Kemudian maka dicacak negeri di tanah pilih, maka begelar tanah pilih. Maka begelar tanah pilih sembuang kenantan cuci dan segetan pucuk seribu, dan ceno guri pucuk seribu dan sebatang talang merindu, maka dientak tamilang dilarikkan tanah bato, direntak kepalo negeri dapat bedil setundo musuh di tengah negeri, dapat gung setimban Jambi, dan dapat bedil segetar mas, direntak kor negeri dapat bedil sekupi kala, baru baparit dua mambo, maka adalah Pangeran Temenggung kebul di bukit, maka adalah Ratu yang berdua, adalah Sutan yang berempat, adalah Jenang yang tiga puluh. Tatkala Pangeran kubul di bukit naik Alam Kerinci membawa tali empat belas tukal, membawa kain pan-jang selapan hendak mengukur gabung tanah. Di dilir jak tetepat pulau Tiung, di mudik gading terentak dapat tanah empat belas gabung. Di mudik batang Selangun tetepat ba:ai kecil Muara Masume dan tujuh batu bagalo cimbung, kesiknya………….air salunya segajah mandi. Maka di mudik Batang Merangin tetepat salam muku, salam muku tetepat rajo, tanah nah kayu batanam, lubuk gaung batating sirih. Maka jadilah rajo yang tiga selo: Pertama Dipati Setio Rajo, kedua Dipati Tio Nyato, yang ketiga Dipati Tiung ti. Kemudian maka begelar Setio Rajo duduk di Batu Hampar, bersandar di tiang aras memegangkan tiang sendi bumi. Maka bergelar Dipati Tiung Nyato, menyatokan kato rajo. Dan maka begelar Dipati Tiung Meti, mematikan kata rajo. Kemudian maka ditempuh penguatan Lubuk Sam, didaki bukit kemuro, diteke jenjang yang tiga, maka didaki bukit kemuju dan naik Serampas Sungai Temang, menyacak rajo di Sungai Tenang dan bergelar Dipati Gento Nyalo dan Rio Peniti. Maka bergelar Dipati Gento Nyalo, menyalokan kato rajo. Maka bergelar Rio Peniti, meniti kato rajo. Maka diturun bukit kemujur, maka tetepat pondok yang tiga buah negeri di dilir pondok bekedai, di mudik bapondok panjang, di tengah bapondok tinggi. Kemudian maka melayang di Sungai Banang batang Penetai, maka didaki bukit sembilan tanggo, pematang panjang setimbun parut, maka tetepat di dusun Tanjung muara Sake, maka ditempuh batu Pelarah, maka didaki bukit badengung, maka tetepat tanah Sanggaran Agung, itulah ujung tanah khalifah. Dan tatkala raja naik dan jenang naik, mencacak rajo di ulu sungai, maka jailah raja yang empat selo, pertama Dipati Mendaro Langkat dan kedua Dipati Rincung Talang dan ketiga Dipati Rincung Telang dan ketiga Dipati Bian Sari dan keempat Dipati Batu Hampar. Dan tiga di baruh, empat di atas. Maka jadilah dipati empat delapan helai kain, sungai bagian tungun. Kemudian daripada itu diilir kerbau yang tiga ekor, maka mudiklah beras yang sembilan ratus ke tanah nah anto Salamuku. Maka dipotong kerbau yang tiga ekor, darah dikaco, dagingnya dimakan, atinya jadi karang setio, dan sedalam bumi setinggi langit, da’ lapuk daripada hujan, da ‘lekan daripada panas, maka dikaco karang setio, di bawah payung sekaki dak boleh kecut, dan karang setio yang semangkok tak boleh terlimbat di atas sendi kerajaan yang sebuah, dak boleh tergilit. Maka jatuh adat dengan pusaka, maka negeri pagar adat, tapian bapagar baso, adat kawi kitab Allah. Lazim syara’ tegantung di-awang2 kitabullah membubung naik langit berebat jangan dipanjat, besawa jangan ditempuh. Siapa memacak boleh utang, siapa menempuh bulih baris. Dan tanduk kijang becipang tujuh betulak mudik, keluk kati kegumbak mas betulak ilir, tumbak belang di Sanggaran Agung, Talang Genting ke Tebing Tinggi, undang2 tanah Seleman, piagam di tanah Hiang, celak berjalan Penawar Tinggi. Maka dengkek balai panjang selapan tingkat dan panjang sembilan perbayo tergantung tinggi………………..di bawah au tempat mandi di Lubuk Batu.
Cuma sangat terkilankan kepada 2 perkara Jimmy :
1. Prof Dr. yg didatangkan dari University Andalas ..benar2 kita harapkan dapat membentangkan satu pandangan yg adil dan professonal.. namun perasaan hampa menggigit hati ! . Pandangan serta teori nya tiada asas kajian akademik sesuai dengan taraf nya ..cuma luahan emosi dan pandangan peribadi , berdasar kan kepada Tambo Alam Minangkabau sahaja .
2. Masa untuk membincangkan isu semasa sessi soal jawab tidak di beri oleh pengerusi majlis .. menunjukkan satu kelemahan dalam perancangan seminar yang amat ketara .

Sehinggakan dibelakang pentas , Pengerusi Seminar menempelak AJK yg bertanggung jawab .... mengenai jemputan Dr Prof Puti Reno Raudha .. Siapa yg bertanggung jawab menjemputnya ? tanya nyo...

Sememang sedari lama dahulu hingga bila-bila pun perbezaan pandangan / pendapat menjadi elemen kepada pengukuhan ukhuwah kalau di lihat dari sudut positiv . Yang paling penting ..tahu batas dan hak sendiri dan saudara yang lain .... inilah kekurangan yg amat ketara dapat dilihat dari sikap sedara yang menggelarkan diri mereka ' Kerabat Pagarruyung ' .. sering nak melanggar hak orang lain . Disebabkan itu lah terjadinya dialog dengan Pak Arisel BA di link : http://teromborawa.blogspot.com/

Ala ... AJK bahagian pemilihan pembentang kertas kerja ! ... Sebenarnya bukan salah dia pun . Masaalah besarnya sebab isu yg di bangkitkan oleh pembentang2 kertas kerja tak diberi masa yg cukup untuk di bahaskan . Tu yg ramai tak puas hati.. termasuk la yg menulis nie .

Jimmy!... kalau lah benar boleh diusahakan dengan berdasarkan fakta sejarah , tentulah individu yg paling berkebolehan & layak utk mengusahakannya itu ialah Prof Dr. Puti Raudha sendiri bukan ?kerana beliau adalah pembentang kertas kerja dan orang terpelajar ! ... tetapi kenapa dia tidak guna kan peluang keemasan itu untuk menyelesai dan membentang kan nya berdasarkan fakta sejarah ?... sebaliknya merumuskan sesuatu berdasar kan Tambo ... adakah Tambo Alam Minangkabau itu boleh dikira fakta sejarah ?
Itulah sebabnya ramai yg mempertikaikan professionalisme dan keikhlasan beliau dalam membentang kan kertas kerjanya ... Mungkin beliau fikir kita semua di Malaysia yg tak da pangkat Prof. & Dr ... kurang cerdik dan boleh di perbodoh-bodohkan ...
Pembentangan oleh pembentang kertas kerja pertama iaitu Bapak Amran Dato' Jorajo adalah jauh lebih berfakta dan berilmiah berbanding Prof Dr Puti Raudha ... walaupun asas yang dikemukakan Bapak Amran Dato' Jorajo lebih mengaitkan kepada sejarah tua Sriwijaya ..tetapi segala bukti2 dan fakta2 di pertontonkan kepada peserta pada hari itu .... berbanding pembentangan oleh Prof Dr Puti Raudha , kalau dari sudut fakta dan ilmiah ...sangat menyedihkan . Nasib baik puak yg di dalam dewan jenis penuh berakhlak ..kalau tidak , dah kena lontar dengan botol2 air mineral Prof Dr Puti tu....
Kita rasa Jimmy .... pandangan ratusan ribu individu pun tak dapat memutuskan hal sekiranya kedua2 belah pihak tidak berjejak dibumi yg nyata .. sebelah pihak nak berpandukan fakta ! ...tapi sebelah lagi nak berpandukan tambo ... dah tu , seorang cakap bahasa ayam & seorang lagi bahasa itik ... camana nak putus kan atau selesaikan . Prof Dr Puti Raudha pada hari tu , tidak berdasarkan fakta yg murni tetapi nak berdasarkan cerita dongengan dari tambo ... camana nak close discussion ? .. Keikhlasan paling utama ... kiranya tiada keikhlasan dan penuh dengan kepentingan individu ... susah nak berbincang ...
Fakta2 ilmiah itulah yg dapat menentukan batas dan sempadan ...dan sekiranya semua mengikut aturan batas dan sempadan tu dan tak melanggar hak yg lain ..InsyaAllah semuanya akan baik .

Bang Razak : ) setahu saya "Tambo Alam Pagaruyung" juga salah satu peninggalan sejarah turun-temurun. Tersimpan sejak sekian lama, rasa tak salah kita rujukkan dan perbandingan. Maka saya bilang pendapat seorang-dua pakar tak boleh kita simpulkan sebagai jawaban. Seminar2 yang seumpama inilah jalan menuju sesuatu penyelesaian. Mungkin dimasa depan harus diadakan lagi dengan menjemput ahli2 sejarah, pakar2 budaya, ketua2 adat dari kedua-dua negara. Nah...dibincangkan lagi.

Bang Razak, saya fikir tiada niat Prof. Puti Reno itu cuba untuk membunuh jati diri sesuatu etnis. Komentar dan fakta2 beliau mungkin mengikut fahaman beliau sendiri.

Sedikit demi sedikit apa saya fahami semangat nasionalis, semangat jati diri sesuatu etnis sangat menebal dan itu sangat bagus ^_^

Pastinya kita berasa tak senang apabila bangsa kita dibilang tidak wujud, dikuasai dan ditakluki. Saya juga pasti tak senang jika tanah tumpah darah saya (Negeri Sembilan) dikatakan pernah dikuasai dan ditakluki sesuatu daerah. Walaupun sudah terbukti Negeri Sembilan dan Minangkabau tak bisa dipisahkan.

Entry saya tentang JARO mendapat sambutan yg sangat menggalakkan dari orang Rao terutama dari generasi mudanya. Kebanyakkan meraka tak begitu mengetahui apa itu RAO. Mungkin hanya mendengar emak, ayah, atuk dan nenek menyebut-nyebut...."kita ini orang rawa". Hanya sekadar itulaha yang mereka tahu "saya orang rawa".Apa sebenarnya Rao, asalnya, budayanya, adat-resamnya serta bahasanya mereka tak tahu sama-sekali.

Bagi saya semua inilah yang lebih penting, agar iyanya tidak terus hilang dimakan zaman. Soal dan permasalahan siapa menakluki siapa, zaman ini sepertinya sudah tidak relevan.

Ya itu hanya pendapat saya, maaf jika ada yg tak berkenan.
Jelas penerangan kita tadi .. Tak salah TAP dijadikan rujukan & perbandingan ..yg salah Prof Dr Puti telah membuat kesimpulan yg total dari TAP tanpa membandingkan dengan fakta2 yg ada seperti peninggalan sejarah & prasasti .... bukankah itu kesimpulan yg tidak adil ?

Tak kisah lah nk mengaitkan Rao dan Minangkabau ..itu tidak salah . Yg salahnya krabat pagaruyunglah yg beriya iya nak meletakkan Raja Rao dibawah takluk mereka .. sepatutnya Jimmy bertanya kepada mereka dengan lebih lanjut kenapa mereka bersikap begitu sedangkan Jimmy percaya yg permasaalahan siapa menakluki siapa sudah tidak relevan ?... cuba tanyakan kepada mereka ..kenapa sampai sekarang mereka masih beriya-iya nak mengishtiharkan Rantau Rao di bawah jajahan mereka ?

Ini lah kebiasaannya jimmy ... bila ada yang naik angin , mereka dilihat sebagai tidak rasional ... sedangkan individu yang menghina lantas menjadi punca orang naik angin ... apa pula komen Jimmy ?..
Rao tu satu label saja ..Minang pun satu label ..kita tak kisah kalau nak dilabelkan apa saja cuma , sikap menjajah yg mereka warisi dari penjajah ( kolonial doktrin ) masih menebal dalam jiwa ' golongan ' itu . Kalau negri sembilan di labelkan sebagai minang , tidaklah jadi masaalah tetapi kalau sampai dilabel negeri sembilan di bawah jajahan pagarruyung macamana ? ... berapa percent orang negri sembilan yg boleh menerimanya ... tentu ada yg marah ...begitulah juga perasaan orang Rao !...

Itulah makanya tuan..kita ziarah ke daerah Rao untuk menyiasat hal sebenarnya dan menemubual individu tertentu . Soal nya sekarang , di Rao itu Pembesar2 adatnya masih aktif dan mereka masih berpegang kepada undang2 adat ..perkara ini perkara sensitif tetapi mungkin kita d Malaysia nie melihatnya sebagai perkara yg remeh temeh ..tetapi kita dah sampai d sana dan menyelami sebahagian permasaalahan mereka ...

Di Rao ada isu yg besar berkaitan adat istiadat yg belum selesai hingga ke hari ini ..iaitu satu jawatan penting dalam lembaga adat telah diganggu perlantikannya oleh institusi dari luar sehingga menjejaskan keharmonian didaerah itu ... sehingga masyarakat jadi resah dan berpecah belah . Ini disebabkan campur tangan dari Daulat Raja Pagarruyung ( Taufik ) yang melanggar adat setempat di Rao dengan menggunakan kononnya kuasa vetonya untuk membuat lantikan tersebut . Ini telah membuatkan majoriti Raja dan pembesar marah kerana tindakan institusi luar mengganggu adat istiadat di Rao mengakibatkan lantikan secara formal dan mengangkat sembah tidak berlaku .. begitulah ringkasan hal yg sedang terjadi disana . kepada sdr Jimmy.. kalau hal berkaitan " siapa dijajah siapa sudah tidak releven " ..kenapakah hal ini harus dan masih terjadi ?..

Sdr Jimmy .. kalau Prof Dr Puti mengeluarkan komentar sebegitu sebagai seorang peserta seminar ... pasti tiada siapa yg akan ambil hati atau terguris ... tetapi disebabkan beliau seorang yg dijemput atas kapasiti yg dipercayai dapat memberikan pandangan secara rasional dan adil , maka itulah beliau di kritik keras .... Sebagai Professor dan Dr , beliau harus 100 % bertanggungjawab mengenai kesalahan etika yg di tonjolkan . Tidak salah memberi komentar mengikut kefahaman sendiri tetapi mesti mengambil kira banyak aspek bukan dari satu sumber sahaja . Kalau beliau memberikan beberapa bukti akademik yang bukan Tambo mungkin peserta seminar masih boleh menerima ...tetapi malangnya beliau bersikap prejudis dan tidak professional pada hari itu !....

Sdr Jimmy ... disinilah kesilapan terbesarnya sehingga kan pengamal doktrin kolonial ' pagarruyung ' secara tidak bermoral berani melanggar batas , menuntut serta merampas sesuatu yang bukan haknya ... kerana mereka beranggapan TAP peninggalan sejarah !.. memang benar TAP adalah tinggalan turun temurun tetapi ianya hanya dongengan dan bukan sejarah .. antara elemen yang menjadikan sesuatu itu bahan sejarah ialah bukti tinggalan sejarah itu sendiri dan catatan2 yang mempunyai garis masa @ tarikh sebagai rujukan . Jadi jelas yg TAP bukannya sumber sejarah dan tidak ada kekuatan langsung untuk dijadikan rujukan utama . Sikap fanatik kerabat pagarruyung ini terhadap dongengan itu juga lah menjadi punca kecelaruan yang berlaku di Ranah Rao masa kini ....

Salam tuan ..
Kalau di lihat gambar dalam kotak disebelah nie .. adalah gambar kita ..RazakRao dengan Bapak Masdul Amri , beliau memegang jawatan Dato' Rajo Molintang ( bahasa bakunya Dato' Raja Melintang ) di Lubuk Layang , Rao . Beliaulah orang yang terakhir kita temubual untuk mengesahkan tentang kekusutan dalam hal lembaga adat di Rao .. beliau merupakan Pembesar Adat yang paling senior jawatannya iaitu merangkap ketua kepada semua Raja , Dato , Sutan & Tongku ( juga Pembesar Adat ) di Rao . Alhamdulillah .. setelah menemubual Bapak Dato' Rajo Molintang , Januari lalu , banyak hal2 disana yang tidak jelas dapat dijelaskan . Cuma untuk membetulkan kecelaruan yang telah di timbulkan oleh daulat raja pagarruyung mungkin perlu dilakukan dengan teliti dan berhikmah ....

Dalam isu waris keturunan Rao pula tuan... putar belit terhadap sejarah yg asli di mulakan oleh penjajah Belanda kerana di Sumatera khususnya , penentangan masyarakat tempatan sangat kuat dan ethnik2 ini sangat ditakuti oleh soldadu2 Belanda ..jadi latar belakang serta kerajaan2 lama seperti di Rao dan sekitarnya seolah - olah telah di padamkan dari lipatan sejarah . Dizaman pemerintahan Belanda lah yg sebenarnya di ujudkan kisah dongeng Tambo Alam Minangkabau / Pagarruyung mengikut cerita orang2 tua di Sumatera Barat . Tujuannya supaya masyarakat dan keturunan selepas perang Padri di khayal serta di dodoikan dengan cerita - cerita khayalan lantas menghilangkan semangat perjuangan keturunan mereka dahulu .. wilayah2 tertentu seperti Rao telah cuba diberikan identiti baru dengan nama baru iaitu Minang supaya identiti asal sebelum perang padri lupus begitu sahaja ! dan wilayah 2 ini juga dihadiahkan oleh Belanda melalui perjanjian2 bertulis sebagai imbalan kepada golongan tertentu yang bersekongkol dengan usaha mereka menjajah wilayah ini...

Sebenarnya nama kaum yg dikenali sebagai Minang itu bukannya Minang sebelum penjajahan Belanda .. mereka adalah juga orang Sriwijaya yang dari suku Lubu ( mangolite ) tetapi dilabelkan dengan nama Minang sesudah penjajahan Belanda.. Kita syak la ! ... Kaum Lubu ( Mongolite ) ini memang dari keturunan yg handal berperang dan payah berundur ketika berjuang .. jadi untuk Belanda menundukkannya secara bersenjata , tidak mudah . Jadi elemen 2 dalaman seperti talibarut2 dari kaum sendiri telah gunakan untuk menundukkan penentang2 ini .

Sebab itulah kata2 Prof Dr Puti Raudha pada seminar yg mendakwa Rao bukan ethnik @ kaum , sangat mirip dengan usaha penjajah Belanda untuk melenyapkan identiti suatu masa dahulu ... ini hakikatnya , walaupun ramai yang tak suka mendengarnya .. mengenai beliau tiada niat pula .... niat itu tidak penting lagi kerana Prof Dr Puti Raudha telah pun melakukan tindakan , berupa ucapan mengenai hasratnya untuk menghilangkan nama kaum Rao itu .. jadi tidak berbangkit lagi soal niat !

Minta maaf tuan kerana hal yg kita bangkitkan lebih berbentuk kelompok ramai @ kaum ... Setakat ini , kita dah pun berusaha apa yg terdaya , dengan menghantar usul-usul kepada Pembesar2 Adat di Rao untuk mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan masaalah Jawatan Pembesar di dalam Lembaga Adat di Rao .. mudah mudahan dapat jalan keluarnya di dalam satu - dua tahun ini .