Isnin, 3 Ogos 2009

JAWABAN DARI WAN MARIA


JAWABAN DARI WAN MARIA
Pak Subari,

Terima kasih menjawab email saya tempohari. Begitulah ringkasannya dari suatu sejarah yang panjang dan saya mengikutinya dari segala sudut dan dari jiwa yang iklas untuk mengetahuinya. Tapi apa yang saya kesal komen Sdr Razak Nasir agak kesat terhadap keluarga yang datang dari keturunan Raja2 Pagaruyung...Adakah ini serangan peribadi darinya atau komen yang berasas kepada fakta dan sejarah yang benar atau adakah iyanya suatu fitnah supaya semua orang percaya? Saya mendapat tahu Datuk2 pembesar diRao ini ada berkelompok2 dan terdapat persilangan pendapat mengenai sejarah diRao....

Entahlah Pak Subari,..saya tak mahu masuk campur urusan mereka diseberang sana...cuma saya berdoa apa jua perselisihan pendapat tidak menjadi penyebab kepada orang2 rawa di Malaysia bertaki2 sesama sendiri....Saya kira Seminar Melayu Rao tempohari itu tujuannya untuk menyatu padukan dan menjalin ukhuwah yang lebih rapat antara saudara2 rawa diMalaysia dan diseberang. Jangan pulak jadi sebaliknya, makin bermusuh2an dan tak sehaluan....wallahualam

Nota: Surau Aki Ngah Keman(Aki Lokman) di Lepar pulak macamana yer? Mak saya cerita surau ni juga tempat bersuluk suatu masa dahulu.....
Jawaban Arisel Ba:
Sdri Wan Maria.

Bagi saya RazakRao tu masih takfaham makna teromba @ salasilah yang sedang diusahakan oleh JARO Raub dari markasnya Surau Ehyaul Qulub, Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang. Biarkan dia terjun dengan tanggapannya sendiri berbekalkan ilmu sejarah yang dia ada. Tugas saya untuk meneruskan Wasiat YM Tengku Mustapha untuk jaga dan pelihara salasiah yang diasaskan oleh Imam Ishak, itu saja. Teromba yang Imam Ishak buat tu masih belum lengkap dan belum menyeluruh, jadi kita sama-sama cari. Tolonglah...

Mengenai Surau di Lepar tu, ianya satu fahaman dengan surau di Sungai Ruyung, apabila pengasasnya meninggal dunia, pengikutnya bersatu di surau Jeram Bangkin, Dong.

dari Ismail @ Subari Lebai Ahmad.

2 ulasan:

hajwings berkata...

Na tanya? Tg Khairul alam sampe ke Pahang pada tahun 1778. Bila lahirnya Tg abdul Samad? Tengku Haji Daud? Bilanya mereka meninggal?

marisma berkata...

Terdapat kekeliruan antara org yg bernama Tg Tialam dgn Tg Khairul Alam. Tg Tialam adalah bapa saudara Tg Khairul Alam, dan Tg Tialam inilah yg dtg bersama2 rombongan Raja Melewar ke Rembau yg di nobatkan menjadi Yamtuan dari Minangkabau pertama diN9 pada thn 1773. Keturunan Tg Tialam ini menetap di Sg Ujung. Sedangkan Tg Khairul Alam dtg kemudian ke Sri Menanti sekitar 1830an atau lebih awal semasa pemerintahan Yamtuan Radin. Andaian ini di buat berdasarkan Tg Abdul Samad bin Tg Khairul Alam meninggal dunia di Kg Durian Sebatang Dong,Raub pd bln 9/1924 pada umur 85th bermakna beliau lahir sekitar thn 1839. Sedangkan anknya Tg Hj Daud bin Tg Abdul Samad meninggal dunia lebih awal iaitu pd 15/2/1915. Ini berdasar pada catitan di batu nisan mereka.