Sabtu, 16 Mei 2009

MAT KILAU


MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

http://alam-melayu.blogspot.com/2007/06/mat-kilau.html

NOTA:

Mat Kilau anak Khatib Rasu (Tok Gajah) anak Tok Saharom (Tengku Ahmad) yang datang dari Rao, Sumatera Barat.Tok Saharom menetap di Temau, Dong Raub. Seingat saya isteri Tok Gajah ini ada 4 orang, Isteri Pertama orang Temau, isteri kedua orang Budu, isteri ketiga Mahda (orang Burau dekat Pulau Tawar, Jerantut dan isteri keempat orang Dungun. Pusara Tok Gajah ada di Dungun, Terengganu.

9 ulasan:

hai berkata...

Benar ke dia telah mengkhianati perjanjiannya bersama Tok Bahaman untuk menyembunyikan identiti mereka.
masih ada lagi ke warisnya yang ditemau?

arisel ba berkata...

Diceritakan bahawa Bahaman yang mungkir janji atas persetiaan dengan Wan Ahmad, tinggal Tok Gajah dan Mat Kilau berdepan dengan British. Tok Gajah dilindungi oleh Tok Syed Paloh di Terengganu sehingga meninggal dunia, manakala Mat Kilau terus melawan, dan akhirnya lari ke Kelantan. Bahaman lari duluan hingga ke Chengmai, Thailand dan dikhabarkan berkahwin dengan kerabat Istana Raja Siam hinggalah meninggal dunia di Chengmai. Waris Tok Gajah ramai di Temau, Budu, Pulau Tawar, Kuantan dan Dungun/Kg Raja. Allah Wu-Alam...

arisel ba berkata...

Bahaman asal dari Negeri Sembilan dan dipengaruhi oleh Adat Minangkabau dan bukan keturunan dari Rao (rawa).

Hashim Zabidi berkata...

Tok Gajah, Bahaman & Mat Kilau adalah murid Tok Ku Paloh dan masyhur kegagahannya di Pahang. Segala ilmu Mat Kilau sekarang ini sdh berpindah ke Kedah. Org Pahang tak percaya, agaknya. Lagipun xada pengamal tegar disini.Lagipun tak tertepis peluru dek silat, kata org sekarang.

2. Kalau saya kata mereka ni belum matipun, orang pasti tak percaya punya...Oleh itu biarkanlah cerita Mat Kilau, Tok Gajah dan Bahaman ini reput begitu saja.

Kerajaan Satu Malaysia tentu tidak iftiraf, pasti....

MekonG berkata...

see my site more about this..
http://mekongpeace.blogspot.com

RAJAWALI berkata...

Memang Tok Bahaman masih hidup tetepi secara rijazulghaibi! DiSimpan untuk Takkan Hilang Melayu di Tanah Melayu yang kian layu-sayu ini menjelang 2012...Sila masuk 'Kemega' untuk ulasan selanjutnya, Salam99 dari Kota DiRaja kuala kangsar; Perak Darul Ridzuan. Hidup MelayuJati, Parit, Mendeling, Banjar, Rawa, Minang dll.!

century44 berkata...

moyang saya panglima garang abdul samad(budu),saya nak tanya..isteri tok gajah yang kedua adalah orang budu,apa nama dia?

trima kasih =)

acis hasif berkata...

Isteri kedua Tok Gajah bernama Jebah Bt Ibrahim berasal dari Batu Naga dekat Kg Chat, Jebah ini adek beradik dengan isteri Panglima Garang Abdul Samad bekas Penghulu Budu yang pertama. ...

acis hasif berkata...

Nama sebenar Dato Bahaman ialah Abdul Rahman., ayahnya Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. ibunya Rokian bt Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yg berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.