Isnin, 13 Disember 2010

PAWANG NONG ULU CHEKA (PAWANG ORANG RAO )


PAWANG NONG ULU CHEKA (PAWANG ORANG RAO )

Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Talib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Beliau telah dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Bt. Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Bt Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1 lelaki dan 2 perempuan).

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada tahun 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekak di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis di daerah ini.

Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.

Makam beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.

Pawang Nong atau juga dikenali dengan gelaran Awang Nong adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai ilmu persilatan Melayu serta ilmu perubatan tradisional yang tinggi sehinggakan pernah dicerita menerusi cerita lisan orang-orang tua dahulu bahawa beliau mempunyai ilmu kebal dan ketika penjajah ingin menebaknya peluru senapang hanya sekadar memasuki poket beliau sahaja tanpa dapat mencederakannya walau sedikit pun.

2 ulasan:

Unknown berkata...

moyang kas te salah langsung fakta

Unknown berkata...

hampehh btll