Jumaat, 24 Februari 2012

bilal lumus @tengku Hussein

bilal lumus @tengku Hussein

Assalamualaikum Tuan, izinkan saya bertanya tentang sedikit sejarah pahang. Saya amat berharap tuan sudi berkongsi apa apa maklumat berkaitan dalam usaha saya membina semula salasilah keluarga saya.

Nama saya ahmad khairuddin bin ismail bin abu bakar bin mohd seh bin haji ahmad bin bilal lumus @tengku hussein bin tengku abdul jabbar (di pagar ruyung)

Keluarga kami  berpusat di jajahan luit/maran. Bilal lumus datang dari pagar ruyung berpangkat sepupu dengan yamtuan antah, namun setelah bertelelagah, beliau membuang gelar dan menukar nama kepada bilal lumus dan meninggalkan jelebu membawa diri ke pahang. Anak beliau haji ahmad bin bilal lumus dimakamkan di maran, dan pusaranya diambil kerajaan negeri sebagai tempat bersejarah. 

jurai kami juga berkait dengan tok bahaman baik di jelebu mahupun di pahang.

Saya amat berharap tuan dapat membantu usaha saya menyimpan rekod warisan untuk generasi akan datang.

Tunku Dato Dzulkarnain ada membuat salasilah tapi tidak tepat kerana beliau meletakkan bilal lumus bin tengku abdul jalil acheh.

Sekian dari saya,

AK

Nota: Moh kite weh nolong sobat kite ni menjejak warisan kulawarganya. Sape yang ade maklumat, kabor ke keh?

Isnin, 20 Februari 2012

Sejarah Awal Kampung Tersan, Raub - sebuah info

Sejarah Awal Kampung Tersan, Raub - sebuah info

Kampung Tersan terletak dalam daerah Raub. Kampung ini antara kampung terawal diteroka. Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan ialah seorang ulama Islam bernama Tok Mat Amin. 

Salasilah lengkap beliau ialah Tok Mat Amin bin Tok Malek bin Tok Mohamad Salleh bin Tok Ngah Endik bin Tok Muhamad Ali Jaffar Sidek (Tok Deyong) bin Raja Muhamad (Baginda Demu – Tok Keramat Padang Asam, Perak) anak Seri Dewi binti Hang Tuah.

Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu didapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.

Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin dilantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Beliau menjalankan tugas dan atanggungjawab urusan keagamaan setempat dengan persetujuan Bendahara Pahang. Apabila beliau meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan
.

Sabtu, 31 Disember 2011

MENCARI KETURUNAN MAT SILA BIN IMAM PERANG ADAM

MENCARI KETURUNAN MAT SILA BIN IMAM PERANG ADAM

Kepada sanak saudara yang tinggal di Mukim Semantan Hulu, Raub, Pahang yang tersua dengan artikel ini, mohon jasa baik saudara-saudara semua untuk memberikan maklumat berkaitan dengan keluarga Mat Sila bin Imam Perang Adam yang berkampung halaman di Semantan Hulu, Raub pada abad ke-19 lalu. 

PANGLIMA TOK PERAK (1683-1785)

PANGLIMA TOK PERAK (1683-1785)

PUTERA SUNGAI TARAB PERINTIS PEMBUKAAN RAUB DI ABAD KE18 –
Bahagian 1

Sekitar tahun 1725 Masehi, seorang bangsawan dari Luhak Tanah Datar, Minangkabau, tepatnya dari Sungai Tarab, Pagaruyung melangkahkan kakinya dalam rangka kelana beliau yang putus. Kelana yang tidak akan kembali lagi ke tanah tumpah darah keturunannya yang amat dicintainya itu. Bukan mudah untuk “bercerai kasih” dengan tanah-tanih yang subur di sekitar lerengan Gunung Merapi dan Gunung Singgalang pusaka nenek moyangnya itu. Di situlah padang permainannya sewaktu kecil, di situlah dia dibesarkan dan dididik dengan segala macam ilmu dunia serta akhirat secukupnya. Di situlah juga berkumpulnya seluruh kaum kerabat serta saudara-maranya yang termasyhur kebesarannya ke serata pelusuk kepulauan Nusantara, bahkan sampai ke benua Eropah sekalipun kerana dibawa oleh penjajah Belanda, Inggeris dan Portugis yang halobakan emas bermutu tinggi yang ditakdirkan Allah pencipta alam tertanam dengan banyaknya di perut bumi Minangkabau.
Nama kerat pusat anak bangsawan Pagaruyung ini ialah Raja Ahmad. Beliau salah seorang putera kepada raja di Sungai Tarab yang mana pada hakikatnya Raja Sungai Tarab ini masih berperaturan saudara “sepupu-sepapat” dengan Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung itu sendiri (Raja Sungai Tarab yang dimaksudkan ialah Datuk Bandaro Putiah yang juga digelar Tuan Titah Sungai Tarab, seorang dari anggota Dewan Basa Ampek Balai Kerajaan Pagaruyung). Khabarnya, Raja Ahmad memiliki beberapa orang adik-beradik, dan saudara lelakinya yang tertua kemudiannya diangkat menjadi Tuan Titah Sungai Tarab yang baru selepas kemangkatan ayahandanya. Siapakah nama sebenar ayahanda kepada Raja Ahmad ini sebelum beliau memegang jawatan Tuan Titah Sungai Tarab tersebut tidaklah pula dikhabarkan oleh riwayat.
Situasi di Pagaruyung amat rumit semenjak dari mula Belanda bertapak di Padang pada tahun 1660 dengan bantuan Aru Palakka, petualang anak Raja Sopeng dari Sulawesi. Krisis politik dan berebut pengaruh kekuasaan sesama keluarga diraja Pagaruyung yang terpecah kepada Sungai Tarab dan Saruaso bagaikan tiada akan bertemu dengan penghujungnya. Kekalutan ini berlarutan hingga ke dekad-dekad awal abad ke-18 ketika zaman pemerintahan Daulat Yang Dipertuan Raja Bagagar Syah Alam @ Yamtuan Jombang @ Yamtuan Lembang Alam.
Bagaimanapun sebab sebenar anak bangsawan Kerajaan Pagaruyung dari Sungai Tarab ini berkelana tidaklah diketahui secara pasti. Ada yang mengatakan kerana beliau berkrisis dengan saudara-saudara kandungnya, ada yang beranggapan beliau merasa lelah dengan situasi politik dan percaturan kuasa pemerintahan yang bersimpang-siur di Pagaruyung dan ada pula yang merasakan langkah perantauan beliau itu langkah yang penuh isi. Langkah yang mengandungi visi dan misi yang tersendiri dalam mengembangkan payung keluarga besar Pagaruyung di luar skop Tanah Inti Minangkabau di Sumatera Barat itu sendiri!
Namun anggapan biarlah tinggal anggapan. Yang pastinya beliau berkelana tidak untuk menyebarkan kejahatan atau pun kesesatan di muka bumi kepulauan Melayu ini!
Sebelum berkelana, Raja Ahmad ini sudah pun beristerikan seorang puteri di Sungai Tarab dan beroleh beberapa orang zuriat di sana. Isteri dan anak-anaknya ditinggalkan dengan berat hati demi memenuhi seruan ghaib yang berkumandang di sanubarinya yang paling dalam. Sebagai teman, dibawanya seorang daripada “kemenakannya” (anak saudaranya) yang paling rapat dengannya bernama Raja Hitam kerana beliau juga berhasrat untuk merantau mencari tuah untung di bumi orang.
Melangkahlah Raja Ahmad dan Raja Hitam dengan membawa bersama beberapa orang pengikut setia yang sanggup sehidup semati dengan mereka meninggalkan Tanah Datar membelah Banjaran Bukit Barisan yang megah itu sebelum turun ke Rantau Siak yang mana Kerajaan Siak baru beberapa tahun terdahulu didirikan oleh Yang Dipertuan Raja Kecil Siak di Buantan. Dari sana mereka menuju ke laut lepas meredah ombak Selat Melaka menuju ke Semenanjung Emas atau lebih sinonim dengan namanya yang terkemudian, Semenanjung Tanah Melayu. Pada waktu itu, Raja Ahmad sudah pun berumur sekitar 42 tahun dan Raja Hitam di awal 20-an.
Setibanya di tanah semenanjung, tempat yang mula-mula dijejaki mereka ialah daerah Durian Sebatang dalam jajahan hilir Perak. Pada masa itu, Perak diperintah oleh Raja Radin ibni Yang Dipertuan Muda Raja Mansur bergelar Sultan Alauddin Mughayat Syah (Sultan Perak 1720-1728). Di bumi Perak inilah Raja Ahmad dan Raja Hitam mula-mula mencuba nasib dan tuah badan untuk menilai apakah mereka akan serasi hidup di sana atau pun tidak. Kebetulan pada waktu itu, perairan Perak sering diganggu oleh lanun-lanun dan bajak laut yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Malangnya tidak ada walau seorang pun dari kalangan pembesar mahu pun hulubalang Perak yang mampu menangani ancaman lanun-lanun terbabit.
Tidaklah diketahui bagaimana mula kisahnya, mungkin saja Raja Ahmad sendiri menawarkan diri kepada Sultan Perak atau para pembesarnya untuk membantu, tetapi yang pastinya Raja Ahmad dan Raja Hitam berserta para pengikut setia mereka telah berbakti kepada Kerajaan Perak dengan menewaskan kesemua lanun-lanun yang bermaharajalela tersebut berbekalkan ilmu persilatan dan kebatinan yang tinggi yang dibawa mereka semenjak dari Pagaruyung lagi. Sebagai balasan di atas jasa beliau itu, Raja Ahmad telah dikurniakan gelar kemuliaan “Tok Perak” oleh Orang Besar-Besar Perak walaupun tidak pernah diriwayatkan apakah beliau pernah diberi jajahan tertentu untuk diperintah sebagai orang besar di negeri Perak atau pun tidak.
Mulai saat itu, pudarlah nama batang tubuhnya yang asal iaitu Raja Ahmad lalu melekatlah panggilan Tok Perak sahaja dalam kalangan anak cucunya dan masyarakat sekeliling yang mengenalinya sehinggalah ke akhir hayatnya. Raja Hitam pula kemudiannya dikenali sebagai “Panglima Hitam” sahaja kerana mereka berdua beranak telah membuktikan kehandalan ilmu kepahlawanan mereka sebagai seorang panglima Melayu yang tulin.

PUTERA SUNGAI TARAB PERINTIS PEMBUKAAN RAUB DI ABAD KE-18 – Bahagian 2

Selama beberapa puluh tahun, Raja Ahmad atau Panglima Tok Perak bermastautin di bumi Perak dan beristerikan seorang perempuan dari Sungkai bernama Tok Nuri atau Tok Nuriah. Namun entah kerana apa gerangannya, Panglima Tok Perak kemudiannya memutuskan untuk memanjangkan lagi langkah kelananya meninggalkan bumi Perak dengan menyeberang Banjaran Titiwangsa menuju ke rantau Hulu Pahang yang diketahuinya telah pun diduduki oleh kelompok peneroka Minangkabau sejak 200 tahun sebelumnya.
Maka, sekitar tahun 1755 Masehi berpindahlah Panglima Tok Perak membawa isterinya serta beberapa orang anaknya yang sempat dilahirkan di Perak dengan diikuti juga oleh anak saudaranya, Raja Hitam menuju ke Hulu Pahang. Laluan yang diikuti mereka sama saja dengan laluan yang diikuti oleh orang-orang dagang dari Sumatera yang ingin ke Hulu Pahang sebelumnya mahupun di zaman selepas beliau iaitu menyusuri laluan Tapah ke Hulu Slim sehingga tembus ke Hulu Sungai, Batu Talam (dalam daerah Raub sekarang). Pada masa itu, yang merajai Pahang ialah Bendahara Seri Maharaja Tun Abas (1722-1764) ibni Bendahara Paduka Raja @ Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 (1699-1718).
Di Batu Talam, rombongan Panglima Tok Perak membuat penempatan sementara kerana beliau sedang meninjau pembesar Hulu Pahang manakah yang patut beliau temui bagi memohon keizinan untuk membuka kampung mengikut istiadat Melayu dahulukala. Setelah mengetahui “siapa dia siapa” di Hulu Pahang, Panglima Tok Perak telah pergi melakukan kunjungan hormat ke pusat pemerintahan Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bin Wan Ismail yang terletak di Bukit Kota, Lipis (setentang Bukit Betong dan hanya dipisahkan oleh aliran Sungai Jelai) kerana Maharaja Perba Jelai adalah salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran di rantau Hulu Pahang yang sangat luas.
Selesai menghadap Maharaja Perba Jelai di Bukit Kota, barulah Panglima Tok Perak menghilir pula menuju ke Kampung Terap, Budu untuk melakukan kunjungan hormat terhadap Tok Kaya Chendak, Orang Besar Berlapan Pahang bergelar Orang Kaya Setia Wangsa Lipis yang kedudukannya setingkat di bawah Maharaja Perba Jelai. Kampung Terap adalah perkampungan Melayu yang boleh dikatakan antara yang paling tua di Hulu Pahang dan telah pun wujud semenjak abad ke-16 lagi. Di sinilah Tok Kaya Chendak berkampung halaman sebelum pusat pemerintahan Tok Kaya Lipis ini dialihkan oleh pewaris seterusnya ke Penjom. Kampung Terap dalam meniti usianya sebagai kampung yang tua dan besar merupakan “kawah pelakuran pelbagai rumpun bangsa Melayu”, kerana penduduk awalnya dikatakan datang dari Kerajaan Melayu Melaka seawal tahun 1500 Masehi sebelum disambung pula oleh bangsawan Minangkabau pada penghujung abad yang sama dan berlarutan hingga abad ke-17 dan 18.
Menjelang abad ke-18, tatkala kuasa Bugis mulai mendominasi rantau alam Melayu, perbauran rumpun bangsa Melayu di Kampung Terap menjadi bertambah meriah dengan kedatangan sebilangan para bangsawan Bugis yang sesetengahnya bergelar “Daeng” iaitu predikat yang sama ertinya seperti “Tengku” atau “Raja” di Tanah Melayu.
Panglima Tok Perak kini telah pun mendapat keizinan dari kedua-dua pembesar Tanah Hulu Pahang untuk membuka kampung dan sawah ladang di mana-mana cabang anak Sungai Lipis yang masih belum ditanda oleh orang lain. Perhatiannya kini tertumpu ke arah kawasan Semantan Hulu dan sekitarnya yang masih padat dengan hutan rimba tetapi tanahnya yang subur menjanjikan suatu masa depan yang cerah bagi anak cucunya di kemudian hari. Tambahan pula pada masa yang sama terdapat juga kelompok keluarga Tok Kaya Chendak sendiri, atau lebih jelas lagi dari keturunan Tok Kaya Ibrahim yang juga sedang giat mencari tanah-tanah baru untuk dibuka (di sekitar Kampung Sega Tua yang kini telah sepi ditinggalkan orang) yang betul-betul bersempadan dengan kawasan yang menjadi sasaran Panglima Tok Perak tersebut. Kelompok keluarga Tok Kaya Ibrahim yang juga keluarga Tok Keli (Orang Besar 16 Pahang di Sega) ini kemudiannya berhasil membuka perkampungan baru di sempadan Sega-Semantan Hulu yang diberi nama Kampung Pasir Purun.
Di Semantan Hulu itulah Panglima Tok Perak, Raja Hitam dan lain-lainnya dengan berbekalkan beliung kapak menebang menebas hutan rimba yang subur menghijau di sepanjang aliran Sungai Lipis hinggalah berkembang melahirkan Kampung Sengkela (sekarang dalam Mukim Sega) dan Kampung Gesing (sekarang dalam Mukim Semantan Hulu). Di samping itu mereka juga mendapat tenaga tambahan dari sebilangan penduduk orang asli yang pada waktu itu agak ramai menghuni kawasan sekitarnya secara berpindah-randah. Di sini jugalah Panglima Tok Perak beroleh isterinya yang kedua bernama Tok Mikrah iaitu anak jati Kampung Terap, Budu yang juga masih keturunan Datuk Baginda Demu dan Datuk Kaya Ibrahim Lipis. Bermula dari sinilah terjalinnya ikatan kekerabatan yang amat dekat lagi meluas dalam kalangan penduduk Hulu Pahang yang bertebaran di semua mukim dan kampung-kampung dalam daerah Raub dan Lipis bahkan merebak hingga ke Jerantut dan Temerloh melalui ikatan perkahwinan generasi terkemudian. Dari perkahwinan ini Panglima Tok Perak beroleh tiga orang anak iaitu Tok Pandak Lena, Tok Fatimah dan Kulop Mat Daham. Melalui perkahwinan pertamanya dengan Tok Nuriah dahulu, mereka beroleh enam orang anak (yang dapat dikesan) iaitu Imam Abdullah Hasyim @ Tok Duhas, Tok Akil, Tok Barir, Halipah, Anjang Mas Suka dan Tok Pudi.
Selama lebih kurang tiga dekad menetap di Perak, sedikit-sebanyak budaya tempatan di sana melekat juga pada diri Panglima Tok Perak dan ini dapat dilihat pada nama sebahagian anak-anaknya yang jelas berbau kePerakan seperti Kulop Mat Daham, Pandak Lena dan Anjang Mas Suka walaupun bukan semua dari kalangan anak-anaknya itu dilahirkan di Perak.
Selain daripada Tok Nuriah dan Tok Mikrah, Panglima Tok Perak juga mengahwini seorang perempuan di Pulau Manis, Pekan bernama Tok Safiah (beroleh seorang anak perempuan bernama Halimah) dan seorang perempuan di Bukit Segumpal, Chenor (beroleh seorang anak perempuan bernama Mas Kuntum). Ada seorang lagi anaknya di Kampung Sengkela bernama Tok Uban tetapi malangnya tidak disebutkan pula oleh riwayat apakah Tok Uban ini anak kepada Tok Nuriah, Tok Mikrah, atau pun Tok Safiah.
Keseluruhannya, anak-anak Panglima Tok Perak ini berjumlah 16 orang termasuklah beberapa nama yang tidak tersebut dalam catatan (yang diketahui hanyalah nama cucu atau pun cicit beliau sahaja).
Oleh anak cucu beliau di Pahang, diubah pula gelaran Panglima Tok Perak tersebut kepada “Tok Prak” sahaja sebagai penegasan bahawa beliau bukanlah anak Perak jati, tetapi keluarga raja pemerintah Sungai Tarab dalam Kerajaan Pagaruyung yang telah membuang gelaran asli keluarganya.
Setelah lebih kurang tiga puluh tahun mengerah tulang empat kerat membuka hutan rimba untuk dibuat kampung dan sawah ladang, pada tahun 1785 iaitu pada zaman pemerintahan Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid (1770-1802) ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Abas, Panglima Tok Perak @ Raja Ahmad telah kembali ke rahmatullah dalam usia 102 tahun dan dikebumikan di perkuburan zaman yang kini dinamakan “Bukit Baru” yang terletak di belakang rumah allahyarham Tok Empat Mohamed bin Imam Kundor, Sengkela. Di sini jugalah tertanamnya jasad Tok Unus (menantu cucu beliau) yang datang dari Kampung Macang Gelap, Chenor, Haji Abdul Latif @ Haji Mahkota Kerinci (juga menantu cucu beliau), Haji Abdul Manan Rawa yang berasal dari Lansek Kadap, Rao Mapattunggul, Pasaman, Raja Hitam @ Panglima Hitam dan ramai lagi orang-orang dagang yang tidak tersenarai namanya dalam catatan riwayat.
Seorang daripada anak Panglima Tok Perak, Tok Imam Abdullah Hasyim @ Tok Duhas bertemu jodoh dengan perempuan dari Kampung Terap, Budu dan di Kampung Terap jugalah beliau berkampung halaman, berbakti sebagai imam masjid di sana sehingga ke zaman pemerintahan Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chendak. Beliau beroleh 5 orang anak dan cucu-cicitnya berkembang-biak dari Budu hingga ke Hulu Dong, Padang Tualang, Tanjung Besar, Mukim Dong dan Mukim Gali.
Menjelang abad ke-19 Masehi, berturut-turutlah rantau Hulu Pahang, terutamanya di Budu, Lipis melimpah hingga ke Semantan Hulu, Sengkela, Kampung Gesing, Kampung Dong dan Kampung Gali (Gali Hilir hingga ke Hulu Gali) didatangi oleh anak-anak raja serta kaum bangsawan dari Pagaruyung, Kampar dan Rao Mapattunggul kerana melarikan diri dari kemelut perjuangan menentang penjajah Belanda di Pulau Perca (Sumatera).
Melihat situasi yang unik ini, kita boleh saja beranggapan bahawa kedatangan para bangsawan dan anak-anak raja Pagaruyung serta Rao peringkat kemudian ini ibarat menyusul jejak yang telah ditinggalkan oleh Raja Ahmad @ Panglima Tok Perak sebelumnya, kerana pada hakikatnya mereka sama-sama berasal dari jalur keturunan yang satu, iaitu kaum keluarga raja-raja di Pagaruyung atau pun dari wilayah yang punya kaitan secara langsung dengan Pagaruyung. Bahkan mereka juga berasal dari rumpun bangsa yang satu, iaitu rumpun Melayu Minangkabau!

Rabu, 14 September 2011

SEJARAH BERMULANYA BERKENDURI DUA BELAH PIHAK DI MUKIM SEGA

SEJARAH BERMULANYA BERKENDURI DUA BELAH PIHAK DI MUKIM SEGA

Ada pun sesetengah perkara dilarang atas rakyat Pahang tatkala dahulu-dahulu iaitu pertama membuat bumbung rumah dengan cara bErbumbung lima. Kedua, membuat rumah beranjung. Ketiga, membuat rumah bertangga papan berpahat. Keempat membuat kenduri kahwin bersebelahan di antara pihak laki-laki dan pihak perempuan. Maka segala perkara yang tersebut itu tidak boleh diperbuat oleh rakyat Pahang kerana perkara-perkara tersebut khas bagi raja-raja sahaja. Sesiapa rakyat yang berbuat seperti itu nescaya akan dihukum atasnya dengan hukuman yang berat. Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau. Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang. Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli. “ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini? “ Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.” Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega. Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama.

PENDERHAKA SEMANTAN

PENDERHAKA SEMANTAN
oleh Zizie Ali pada pada 14hb September 2011 pukul 3.35 ptg

Pada bulan Oktober 1888, Sultan Ahmad telah bersetuju menyerahkan Pahang kepada pihak British. J.P. Rodger menjadi Residen Pahang yang pertama. British mengekalkan jawatan Sultan Ahmad dengan membataskan bidang tugas baginda hanya dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Sultan Ahmad dibayar elaun bulanan serta diberi pelbagai kemudahan.
Pemerintahan British telah berjaya membawa kemajuan di Pahang. Sistem pentadbiran telah dipermodenkan dengan menubuhkan pelbagai jabatan. Pelbagai kemudahan seperti jalan raya dan jalan kereta api telah dibina. Kegiatan ekonomi yang semakin rancak dengan bertambah majunya sektor perlombongan dan perladangan telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Majoriti rakyat Pahang rasa amat berterima kasih kepada pemerintah British. Mereka juga bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji tanpa gangguan daripada pemerintah British.
Namun begitu, terdapat segelintar rakyat Pahang yang tidak bersyukur. Mereka bangkit memberontak. Pemberontakan itu diketuai oleh Dato Bahaman.
Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan kononnya mempunyai ilmu kebal. Kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan (Semantan).
Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah mengarahkan Sultan untuk menamatkan kebangkitan Dato' Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan "Gerakan Sultan" telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato' Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Penderhaka Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, tokoh pengganas yang dikenali sebagai Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat penderhaka Pahang untuk kononnya berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato' Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Dato' Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Sir Hugh Clifford, Residen Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato' Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para penderhaka bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato' Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Mat Janggut).
Gerakan memburu pengganas dihentikan pada bulan November 1895. Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka", iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Pada tahun 1911, Dato' Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang penderhaka lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato' Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato' Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu.
Bila British memperkenalkan penggunaan kad pengenalan di Tanah Melayu, Mat Kilau telah mendaftarkan dirinya dengan nama Mohamad bin Ibrahim dengan nombor kad pengenalan 2044778. Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau telah memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato' Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Pemberontakan selama 4 tahun itu telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung kerugian yang besar. Sultan Ahmad diarah membayar ganti rugi sebanyak 7200.00 dollar setahun kepada pihak British.
>

Selasa, 16 Ogos 2011

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang (Versi 3)

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang (Versi 3)
Posted by Sejarah Islam Pahang at 3:26 PM 1 comments
Salasilah Ulamak Sekitar Daerah Cenor 1700-1900

Allahyarham Tuan Guru Sahidin bin Zainal Abidin (1710-1800)

Beliau merupakan adik kepada Tuk Shahibudin, ulamak terkenai di Pahang pada abad ke 18. Mereka berdua asalnya berguru kepada Kadi Ismail yang tinggal di Bangau Tanjung,atau di kenal sebagai Tuk Bangau yang pertama. Beliau berpindah ke CenorDi sana beliau telah mengajar selama beberapa tahun dan akhirnya berkahwin dengan adik kepada Orang Kaya Indera Pahlawan yang pertama .

Haji Abdul Rahman bin Sahidin bin Zainal Abidin (1740- )

Beliau menyambung usaha ayahnya menjalankan kegiatan pasenteren dan dakwah di sekitar Cenor.. beliau mengambil alih tugas ayahndanya yang telah uzur sebagai guru agama dan kadi di daerah Cenor ketika itu.

Khatib Buruk Bin Haji Abdul Rahman bin Tuan Guru Sahidin

Khatib Buruk terkenal di Cenor sebagai seorang guru agama dan berkebolehan sebagai pendakwah sehingga diberi gelaran Khatib pada awal namanya. Khatib merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermakna (Pemidato) atau perceramah.

Mufti Pahang Haji Abdul Shukur bin Haji Abdul Kadir (1800-1840an)

Dilahirkan pada sekitar tahun 1770.Ulamak berketurunan Jawa ini menetap di Cenor setelah bapanya datang berdagang ke Pahang dan menetap di Kampung Sekara. Beliau menerima pendidikan awal dari bapanya seorang yang alim yang pernah belajar di Mekah. Oleh kerana kealiman beliau,maka beliau dilantik menjadi mufti pada tahun 1930 bersama dengan Kadi Abu Bakar Sanggang sebagai Kadi Besar (Chef Kadi)

Mufti Pahang Haji Mokhsin bin Abdul Shukur (1840-1870an)

Beliau menjadi mufti mengantikan ayahnda beliau setelah ayahndanya tua,ibunya berasal dari Pekan Pahang. Beliau berlainan ibu dengan adiknya Kadi Abdul Rahman.

Tuan Kadi Haji Abdul Rahman bin Abdul Shukur (1860-1890an)

Beliau menjadi kadi Cenor di masa Sultan Ahmad Shah 1,merupakan guru kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,Kadi Besar Pahang sekitar awal 1900.Kadi Abd Rahman mendapat didikan agama dari abangnya Mufti Haji Muhsin yang membuka pondok pengajian di Kampung Kertau. Setelah itu beliau menyambung pengajian ke Mekah. Sekembali dari Mekah ,beliau telah dilantik sebagai Kadi bagi Daerah Cenor,

Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Senggora 1920-30an

Dilahirkan di kampong Bawang ,Senggora ,Maran Pahang. Mendapat pendidikan agama dari kawasan sekitar terutama dari Kadi Abdul Rahman di Cenor. Setelah itu beliau pergi menyambung pelajaran ke Kelantan dan Patani. Pada awal tahun 1900 beliau kembali ke Pahang, membuka pondok agama di kampong nya di Senggora.

Allahyarham Tuan Guru Haji Yunus bin Haji Lumus

Pondok Kijang Ulu Luit,pondok ini didirikan di kawasan perkampungan Serengkang Maran Pahang bagi menampung keperluan pendidikan agama penduduk setempat. Tuan Guru Haji Yunus pernah mendapat pendidikan di Selangor dan Sumatera, beliau datang ke Luit bersama peneroka yang lain bagi tujuan mencari emas.Setibanya di sana di dapati di kawasan tersebut tidak mempunyai kegiatan agama yang baik ,maka Tuan Guru membatalkan hasrat beliau mencari emas sebaliknya mendirikan pusat pendidikan di sana,tapak pusat pengajian masih terdapat disana berhampiran Sungai Pahang

Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Hamid 1900-70an.

Dilahirkan di Kampung Sanding, Seberang Cenor. Beliau seorang yang berperwarakan hebat dan di segani dari segi ilmunya.Anaknya Ustaz Alwi bin Abd Hamid mengasaskan pondok Darul Hijrah,Maran

Allahyarham Tuan Haji Yaakub Pesagi

Beliau merupakan tokoh yang banyak mengarang kitab sejarah dan akhlak, Kitab-kitabnya dicetak di percetakan Kelantan dan Singapura.

Tuan Guru Haji Jaafar bin Abbas 1908 -20..

Pada masa kecilnya beliau belajar agama kepada datuknya yang bernama Lebai Kifar. Pada tahun 1925 hingga 1929 beliau memasuki Sekolah Kebangsaan Tanjung Kertau sehingga darjah lima. Setelah tamat sekolah rendah,beliau kembali mengaji kepada datuknya sehingga tahun 1937, beliau menyambung pelajaran ke Lubuk Tapah Kelantan. Beliau merupakan rujukan masyarakat setempat di dalam soal-soal agama. Di Kelantan beliau mendalam kitab-kitab yang utama di dalam Mazhab Al Syafiee seperti Kitab Manhaj Tullab, Kitab Kalubi wa Umairah, Kitab Iqna dll

Tuan Guru Haji Ahmad Baqi

(Pondok Saadatul Darain , Lanting . Cenor Pahang)

Ulamak Sekitar Kuala Lipis & Raub

Tuk Besar Kuala Kenu (1600).

Kewujudan empat tokoh pendakwah di Pahang sekitar awal tahun 1690 di zaman Sultan Abdul Jalil. Di kalangan keempat-empat tokoh tersebut, Tuk Besar memilih kawasan yang paling jauh ke hulu Sungai Pahang di kawasan Kuala Lipis.,Beliau membuka Kampung Tanjung Besar di Kuala Kenu

Kadi Ismail bin Mohd Akil (1885-1962)

Dilahirkan di Kampung Kechau Kuala Lipis Pahang pada tahun 1885, bapanya berasal dari Kampung Budu,Mendapat didikan di Mekah dalam waktu yang agak lama dan kembali ke Pahang. Beliau di usulkan menjadi mufti tetapi menolak sebaliknya tinggal di Kampong Berhala di Kuala Lipis untuk mendirikan pusat pendidikan.

Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhd Ali ( Tanjung Besar,Benta )

Penduduk asal Kampung Tanjung Besar,Benta Kuala Lipis Pahang.Pondok ini merupakan pondok yang paling lama bertahan di Kuala Lipis,.

Kadi Besar Haji Muhammad bin Mohammad Salleh(1906 - )

Dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Bukit Nenas,Benus Bentong Pahang. Pada tahun 1926.Setelah itu beliau pergi ke Johor, di antara pondok pengajian yang beliau kunjungi ialah Madrasah Tamrinuddin di Segamat,di Johore Haji Muhammad tinggal selama 4 tahun, kemudian beliau pergi ke Kedah menuntut di Pondok Langgar selama 11 tahun. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 6 tahun,

Mufti Tuan Haji Muhammad Sidek bin Haji Ariffin.

Dilahirkan pada tahun 1922 di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis, mula bersekolah di Sekolah Kebangasaan Tanjung Besar. Sehabis tamat mengaji dikampungnya beliau telah dihantar oleh orang tua nya menyambung pengajian di Mekah di Madrasah Darul Ulum pada tahun 1937.. Kemudian pada tahun 1953 beliau telah dilantik menjadi Kadi Cenor kemudian sebagai mufti Pahang.

Kadi Syed Abdul Rahman ( Tanjung Besar,Benta )

Beliau merupakan kadi Daerah Kuala Lipis setelah Tuan Haji Ismal Mohd Akil melepaskan jawatannya, antara usahanya ialah menghidupkan pondok pengajian agama di Tanjung Besar semasa darurat dan semasa merdeka, jika tiada usaha dari beliau kemungkinan pondok ini mengalami m asalah yang sukar. Sebagai kadi, beliau menggunakan kuasanya bagi menjayakan pondok ini.

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang (Versi 2)
Posted by Sejarah Islam Pahang at 3:24 PM 0 comments
TOKOH ULAMAK SEKITAR DAERAH TEMERLOH 1690-20000
ALLAHYARHAM SUJI BILANG 1690 (Tanjung Keramat)

Seorang Pendakwah yang dating bersama dengan Tuk Mengkassar, berdakwah di Temerloh,berkahwin dan membuka pusat pengajian, kemudian pergi ke Kedah mengirimi Deang Celak dan meninggal di sana.

ALLAHYARHAM KADI HAJI ISMAIL MENDALIK 1650 -1720
(Orang Kaya Bangau 1 )
Mendirikan pondok di Kampung Bangau Tanjung sesudah pemergian Suji Bilang ke Kedah,tokoh ini berasal dari Mengkasar berbangsa Bugis. berfahaman Wihdatul Wujud. Guru pada Tuk Shahibudin.

ALLAHYARHAM LEBAI AJAM TOK MALIM PANJANG 1720
(Keramat Tanjung,Kg Baduk Mk Sanggang )

Beliau merupakan salah seorang Tuan Guru yang terkenal di Mukim Sanggang pada masa itu. Beliau ada mendirikan sebuah pusat pengajian di Kampung Baduk dan membawa aliran Wihdatul Wujud yang di ambil dari Hamzah Fansuri. Makam beliau masih kukuh terdapat di Lanjut Kg Baduk.

ALLAHYARHAM IMAM MUDA MAMAT
(KERAMAT BUNTUT PULAU )

Anak kepada Imam Zul Bayan yang merantau ke Kampung Buntut Pulau. Beliau mendirikan sebuah pusat pengajian agama di sana. makam beliau terdapat di sana berhampiran dengan padang bola Majlis Bandaran Temerloh.

ALLAHYARHAM KADI ABU BAKAR (TUAN SANGGANG) 1830

Kadi Besar yang pertama dapat di kesan setakat ini disebut oleh W.Linehan di dalam bukunya "The History of Pahang", mentadbir di kawasan hulu Pahang, seolah-olah pada masa itu di Pahang ada dua mufti.

ALLAHYARHAM IMAM PERANG SANGGANG (1820-1900)

Imam Perang Sanggang adalah merupakan Orang Besar Berlapan Negeri Pahang sekitar tahun 1880an. Nama beliau sebenar ialah Teh atau kerapkali digelar "Imam Teh". Anak kepada Kadi Abu Bakar sebagai ketua di daerah tersebut. Kedudukan Imam Teh masih lagi dibawah kekuasan Orang Kaya Temerloh, tetapi beliau seorang yang sangat bijaksana dalam soal-soal politik sehingga kadangkala kedudukannya melebihi kedudukan Orang Kaya Temerloh.

ALLAHYARHAM IMAM YAAKUB BIN LEBAI MUJI ( 1843-1926)

Tuan Guru dilahirkan di Kampung Sanggang Seberang,Temerloh Pahang. Keluarga ini berasal dari Kelantan.Keluarga ini sampai ke Temerloh,kerana datuk kepada Tuan Guru iaitu Imam Derajat merupakan seorang pendakwah, Setelah besar Tuan Guru dihantar pula oleh ayahnya mengaji ke Kelantan kemudian ke Patani. Dari Patani, Tuan Guru menyambung pengajian ke Mekah. Tuan Guru tinggal lama di Mekah setelah itu pada tahun 1902 beliau kembali ke Sanggang.

KADI HAJ ALLAHYARHAM I ISMAIL BIN SAID (1891-1958)

Dilahirkan di Kampung Kerdau ,Mentakab Pahang,Beliau memulakan pengajian agama secara formal di Pondok Sungai keladi Kelantan selama 6 tahun,setelah itu menyambung pengajian di Mekah selama 6 tahun lagi. Sekembali dari Mekah,beliau mengajar di beberapa tempat seperti di Kuala Kaung Lanchang,Golok dan di Kerdau.

ALLAHYARHAM KADI HAJI OSMAN BIN HASHIM (1911 - )

Berasal dari Kampung Lebak, Temerloh Pahang. Keluarga ini asalnya berkhidmat kepada Sultan Selangor,akan tetapi pada masa Bendahara Tun Abdul Majid (1800),mereka tinggal di Pekan Pahang. Tuan Kadi Haji Osman mendapat pendidikan di Mekah, beliau seorang yang sangat alim dan menjadi rujukan masyarakat di Daerah Temerloh bagi mendapatkan panduan dan hukum hakam.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SAID ( Pondok Catin )

Satu-satunya Tuan Guru yang membuka pondok hanya untuk murid perempuan di kawasan Temerloh. Pondok ini terletak di Kampung Catin Mentakab Pahang, Tuan Guru ini mengaji di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir,Benut Payung Kelantan. Namun usia Tuan Guru tidak panjang meninggal dunai sekitar tahun 1970an.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN
(Pondok Durian Pangsaenam)

Tuan Guru merupakan pengasas kepada Madrasah Al Diniah Pangsenam. Tuan Guru dilahirkan pada tahun 1920,anak kepada Haji Ibrahim, ibunya bernama Fatimah. Memulakan pengajian kepada guru-guru agama di sekitar kawasan Lebak kemudian menyambung pengajian ke Kelantan. Tuan Guru belajar kepada Haji Abdullah Tahir dalam jangka waktu yang lama.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI MOKHTAR BIN YAAKUB (Timbalan Ketua Syeikhul Al Arqam)

Tokoh ini merupakan cucu kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,yang disebut Kadi Tua; Kadi Ibrahim Melanjutkan pelajaran ke Al Azhar di Mesir sehingga memperolehi ijazah master, bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang, kemudian berhenti untuk menyertai pertubuhan Al Arqam di Kuala Lumpur.Keluar dari Al Arqam kerana tidak puas hati dengan amalan2 ahli arqam.

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang Ringkas
Posted by Sejarah Islam Pahang at 3:22 PM 0 comments
TOKOH-TOKOH ULAMAK SEKITAR PEKAN PAHANG 1600-1900

TUK MENGKASSAR (1690)

Orang yang mula membuka Kampung Mekasar di Pekan Pahang.Nama beliau tidak di ketahui ,Tuk Mengkassar berasal dari daerah Mengkassar di Selewasi Indonesia, Beliau dating ke Pahang bagi tujuan berdakwah .Kata pepatah ulama-ulama dahuluh
" Suji Bilang,Ali Mambang,Mekassar,Besar".
Makamnya tidak dijumpai¡­¡­..

ALI MAMBANG (1690)

Tokoh agama ini membuat penempatan di Kampung Mambang,Paloh Hinai Pekan,Kedatanganya sama dengan Tuk Mengkasar. Beliau berdakwah di sekitar kawasan Paloh HInai hingga ke hulu sungai Pahang seperti Mentiga,Luit.

TUK UBAN (KERIANG AJI ) 1720

Beliau berasal dari Acheh dan pernah di anggap oleh pihak mezium ngeri Pahang sebagai pengasas kepada kain songket tenunan Pahang. Beliau masyhur dengan panggilan Tuk Uban kerana kepala beliau dipenuhi uban,Beliau mengantikan bagi mentadbir Kampung Makassar

NAHKHODA ABDULLAH (1730)

Berasal dari Acheh, merupakan seorang ahli perniagaan, kuburnya terdapat di kampung Pulau Jawa Pekan di dalam keadaan yang tidak terjaga. Sesampai di pantai timur Tanah Melayu beliau ke negeri Terengganu bagi mempelajari ilmu agama kepada Tuk Ku Pulau Manis. Makam nya di Pulau Jawa Pekan.

ALLAHYARHAM ORANG KAYA BEDIMAN (1740)

Orang Kaya Bediman yang juga seorang orang ulamak dan memegang fahaman Mertabat Tujuh. Beliau ini banyak mempengaruhi pihak istana dalam soal-soal keagamaan dan kegaitan tarekat. Terkenal dgn gelaran "Orang Kaya Seman".

ALLAHYARHAM MUTIF MUKHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN 1800

Nama beliau di sebut oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Muhamaad Riau di dalam risalah " Bayani Al Sirki" pada tahun 1803, jika kita lihat di dalam tulisan itu yang berbunyi:" Adapun kemudian dari itu maka akan berkata yang berkehendak pada risalah ini¡­.Sheikh Abdullah anak Sheikh Muhammad¡­akan menyampaikan ia akan kehendak ku kepada Negeri Pahang sanya menuntut dari aku setengah dari sebesar-besar manusia dan itu Maulana Penghulu Yang Mulia Mahusin namanya anak Marhum Habib Abdul Rahman¡­¡­."

ALLAHYARHAM MUFTI HABIB MOHAMAD AMIN1865
(Mufti Pertama Selepas Canpurtangan British)

Beliau dilantik menjadi mufti yang pertama selepas campurtangan British di Negeri Pahang oleh KDYMM Sultan Ahmad Syah 1. Kedudukan beliau sebagai mufti dinyatakan dengan jelas di dalam syair Sultan Abu Bakar Johor.

ALLAHYARHAM MUFTI HAII OSMAN BIN SENIK (1900)
(Mufti Kedua Negeri Pahang Darul Makmur)

Di lahirkan pada tahun 1828 meinggal pada tahun 1918 di Pekan selepas solat Maghirb. Nama penuh beliau adalah Haji Osman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim bin Haji Jalaluddin, Haji Jalaluddin di katakan berasal dari Turki dan datang ke Singapura..Tuan Haji Montok bukan saja menjadi mufti tetapi beliau juga membuka pondok pengajian di Kampung Ketapang Tengah, Di samping itu sebagai mufti beliau juga menulis beberapa buah kitab antara nya : Kitab Majiliatul Musalli yang dicetak di Singapura, Kitab bertulis tangan mengenai perubatan dan Risalah Akidah.

ALLAHYARHAM MUALIM HASSAN BIN SENIK (1920)

Maalim Hassan bin Senik merupakan di antara pengasas pondok moden di Pahang, beliau sangat dipengaruhi oleh pemikiran Kaum Muda dari segi konsep pendidikan yang di bawa oleh Sheikh Tahir Jalaluddin.

KADI BESAR PAHANG KETIGA
ALLAHYARHAM HAJI DAUB BIN ZAINAL ABIDIN (1930)

Dilahirkan pada 1876 di kampong Mekassar Pekan Pahang dan mendapat pendidikan agama dari alim ulama yang ada di pekan ketika itu sepeti Haji Montok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1933 beliau dilantik pula menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi menyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihanya kepada yang berhak menerima zakat..

KADI BESAR PAHANG KEEMPAT
ALLAHYARHAM HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI DAUD (1905- 1973)

Mendapat didikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan, Pada 1934 melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Pada tahun 1953 dilantik menjadi Kadi Besar Pahang sehingga tahun 1960.

MUFTI HAJI ABBAS BIN TAHA (1939 -1950)

Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di isi hanya di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Oleh kerana Negeri Pahang telah begitu lama tidak mempunyai mufti maka Baginda Sultan telah berusaha mencari seorang tokoh yang layak bagi jawatan tersebut. Setelah beberapa kali di perhatikan beberapa orang tokoh agama samada di Negeri Pahang atau di luar negeri maka pihak Baginda Sultan memperkenankan Haji Abbas Taha di lantik sebagai mufti.

MUFTI TUAN SHIEKH ABDUL RAHIM SAMANUDDI.

Beliau berasal dari Mesir, kemudian datang ke Singapura dan mengajar di beberapa buah sekolah dan masjid di sana. Tuan Sheikh sempat berkenalan dengan Sultan Pahang ketika itu dan baginda menjemput beliau untuk menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar yang pada masa itu kekurangan guru yang mahir di dalam bahasa Arab

TUAN GURU HJ ABD WAHID QADIM (ULU LUIT MARAN)
KADI BESAR SYED ABDUL RAHMAN BIN SYED MOHAMMED AL YAHYA( 1923- 1991)

Dilahirkan pada tahun 1923 di Pekan Pahang, Memulakan pengajian di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan Pahang, Pada tahun 1952 kerana tidak puas hati dengan ilmu yang ada beliau menyambung pelajaran di Rabath Trim, Hadramaut di Yaman. Pada tahun 1976 beliua telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 8 tahun..Beliau diantara Kadi Besar yang banyak menulis kitab-kitab agama, di antara kitab tulisannya ialah: Kitab Qiraah Mufidah mengenai al Quraan, Kitab Risalah Idtikad Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdullah M.A Al Azhar (1925-2003)

(Tokoh Ulamak Umno Pekan)
ALLAHYARHAM DATO HJ MOHD TAIB BIN HASSAN ,Mufti Pahang (1929-2004)

Lahir pada 27.5.1929 di Kampung Benta,Langgar Pekan Pahang, Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Langgar,kemudian menyambung kelas ibtidaie di Kulliah Sultan Abu Bakar ,Setelah tamat pengajian di Kulliah ,beliau menyambung pelajaran ke Mekah ,Hampir 20 tahun beliau meninggalkan negara ini semata-mata untuk mencari ilmu pengetahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU ,
Pengetua Kulliah Abu Bakar (1935-2000).

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Keladi ,Pekan Pahang pada 6hb Ogos 1935.Bapanya bernama Mohammad dan ibunya bernama Alijah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram,kemudian menyambung pelajaran di Kulliah Sultan Abu Bakar, Tuan Haji Mohammad membawa diri ke India untuk menyambung pelajaran di Universiti Darul Ulum di dalam bidang Hadis..Setelah tamat beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Mesir, . Sebelum balik ke Malaysia beliau sempat menghabiskan Diploma Pendidikan di Unicversiti Ain Shams selama setahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI ABDUL SAMAD BIN JUSOH,
Guru Penolong Kanan 1, Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang (28 Jun 1939 - 1998)

Dilahirkan di Kampung Tanjung Batu Nenasi Pekan Pahang, Bapanya bersana Jusoh bin Ishak dan ibunya Wan Zainab bin Wan Abdullah. Dinamakan "Abd Samad" kerana semua anak-anak Jusoh yang terdahulu meninggal semasa kecil maka mereka sangat berharap anak keempat ini sihat dan selamat maka di namakan "Samad". 1966 maka dengan resminya beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dengan menjadi orang pertama mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Pahang yang telah dibekukan selama 15 tahuN,setelah tamat beliau mengajar di Kulliah.

Allahyarham Prof Madya Dr Mohd Saudi bin Haji Joned
(Anak Pahang Pertama mendapat Phd Al Azhar Mesir).

Tuan Haji Ramli bin Mohammad
(Pengasas Madrasah Al Husna Pekan)

SENARAI BACAAN DAN RUJUKAN AM
Posted by Sejarah Islam Pahang at 3:42 PM Tuesday, October 26, 2010 0 comments
SENARAI BACAAN UMUM & RUJUKAN

1)A BANG NARA - PATANI DULU DAN SEKARANG -PENERBITAN ANGKATAN PATANI.- 1977.

2)BUYUNG ADIL - SEJARAH PAHANG- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -1972

3)JANG ASIYAH MUTALIB -PEMBERONTAKAN PAHANG -AMAN PRESS -1972

4)RAJA MOHD AFFANDI -TOKOH MELAYU AGUNG DLM SEJARAH -DBP - 1982

5)HAMKA - SEJARAH UMAT ISLAM- PUSTAKA ANTARA -1977

6)MAHAYUDDIN HAJI YAHYA - SEJARAH ORG SYED PAHANG- DBP

8)ABD RAHMAN AHMAD -SASTERA MELAYU DAN ISLAM-PERCETAKAN BISTARI - 1980

9)DR HARUN FATAH-AJARAN SESAT DIMALAYSIA- DBP - 1995.

7)SHELLABERA- KITAB SEJARAH MELAYU-FAJAR BAKTI -1978.

8)S.Q FATMI -ISLAM COMES TO MALAYSIA-SINGAPORE MALAYSIA PUBLISHER - 1963

9)PAUL WHEATLEY-GOLDEN KHERSONESE-PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA-1980

10)W LINEHAN -HISTORY OF PAHANG-MBRAS KUALA LUMPUR -1973.

11.RG CANT -AN HISTORYCAL OF PAHANG-MBBAS - 1973.

RUJUKAN BULITEN:
1)JURNAL -ISLAM DI MALAYSIA - PSM -1980

2)JURNAL -TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA -PSM-1980

3)JURNAL - ISLAM DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN -1979

4)KOLEKSI TULISAN ZAKARIA HITAM- TUK SHAHIBUDIN - KUANTAN 1980.

5)KOLEKSI TULISAN WAN MOHD SHAGHIR -ULAMAK NUSANTARA - PUSAKA PATANI-

6)KOLEKSI TULISAN T ISKANDAR - MAJALAH DEWAN BAHASA - JAN-DIS 1964.

7)KOLEKSI TULISAN ABD HALIM NASIR - JABATAN MEZIUM NEGARA -1970/80/90-

8)BUKU CENDERAMATA JUBLI PERAK -SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL WOSTO -1974

9)BUKU "FATWA" - KELUARAN MUIP - TAHUN 1999