Selasa, 23 Disember 2008

Mesyuarat Agung Penubuhan JARO

Mesyuarat Agung Penubuhan JARO

Pada 21 Disember 2008 mulai jam 9.00 pagi, Dewan Sri Tanjung, UPSI Tanjong Malim penuh sesak dengan kehadiran Melayu Rao seluruh Malaysia kerana mesyuarat agung JARO kali pertama yang dirasmikan oleh tokoh Rao, YB Senator Tan Seri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Keahlian JARO hanyalah 85 orang sahaja walhal yang ramai hadir adalah bertaraf pemerhati. Walau bagaimanapun, selepas mesyuarat agung hampir 200 orang berpusu-pusu mendaftar menajdi anggota JARO. Keahlian hanya sejenis sahaja: Ahli Seumur Hidup - pendaftaran RM5 dan yuran RM50.

100 ribu
Dianggarakan masyarakat Rao di Malaysia berjumlah 100 ribu manakala di Sumatera Barat sendiri hanya tinggal 60 ribu sahaja. Difahamkan Negeri Kelantan mempunyai 10 ribu Melayu Rao namun begitu kebanyakan mereka tidak lagi fasih bertutur loghat Rao (bukan loghat Minang).

Dominasi lokasi Melayu Rao
Dominasi lokasi masyarakat Rao ialah di Perak seperti Gopeng, Selama, Temoh, Tapah, Slim River, Tanjong Malim, Sungai Sumun, Teluk Intan dan Ipoh. Negeri-negeri yang masih memiliki masyarakat Melayu Rao selain Kelantan ialah Johor (Kota Tinggi), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Mantin), Selangor (Semenyih, Beranang, Kalumpang, Batang Kali, Gombak ), Kedah (Selama), Pahang (Raub, Kuala Lipis), dan Pulau Pinang.

Mesyuarat tersebut telah memilih YBhg Dato' Seri Hj Mohammed Khalil bin Hj Hussein (Kuala Lumpur) sebagai Yang DiPertua, YBhg Dato' Zainal Abidin bin Moordin (Selangor) dan YBhg Dato' Hj Abd Wahab Majid (Pahang) selaku Timbalan Yang DiPertua manakala YBhg Dato' Hj Abd Wahab Majid (Pahang), Puan Ailin Ton binti Dato' Isahak (Kelantan) dan Hj Fuaddin hj Kamarudin sebagai Naib Yang DiPertua. Mesyuarat juga meluluskan beberapa program tahun 2009 iaitu:

• Seminar Melayu Rao
• Motivasi Pelajar (Sistem Anak Angkat berkampung dengan keluarga Rao)
• Balik Ke Rao (dari masa ke semasa)
• Ibadah Korban di Rao, Sumatera Barat, Indonesia
• Penulisan Buku berkaitan Melayu Rao kerjasama dengan UPSI dan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk)
Sesiapa yang ingin menjadi ahli (terbatas kepada Melayu Rao sebelah ibu atau bapa atau ninik / uci ataupun persemendaan) boleh menghubungi Setiausaha JARO, Encik Tahirruddin Ahmad di No. 6C Ruang Niaga DBI, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh atau telefon: 05-5480405 atau 0165200550 atau faks: 05-5480462 atau e-mel: chttsb@yahoo.com
Dicatat oleh Ar-Rao di 04:57 0 ulasan

Tiada ulasan: