Khamis, 25 Disember 2008

SEJARAH RAWA DI TANAH MELAYU


SEJARAH RAWA DI TANAH MELAYU

Sejarah orang Melayu Rao@Rawa bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing.
Pekerjaan utama suku kaum Rao iaJah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.

Hijrah Perantauan Rao ke Tanah Melayu

Ada empat gelombang perantauan orang-orang Rao ke Tanah Melayu iaitu:

a) Gelombang Pertama bermula pada tahun 500 Masehi hingga tahun 1400 masehi terdiri daripada golongan petani dan pemburu emas, kerana Tanah Melayu terkenal dengan Semenanjung emas.
.
b) Gelombang Kedua bermula pada tahun 1401 masehi hingga tahun 1600 masehi terdiri daripada golongan pedagang, terutamna pedagang emas, kain dan ubatan –ubatan terutama apabila Melaka menjadi Pusat Perdagangan Nusantara.

c) Gelombang Ketiga bermula pada tahun 1601 masehi hingga tahun 1800 masehi terdiri daripada tokoh agama, pemburu emas. bijih timah dan tentera upahan apabila dibuka Pusat Perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura disamping Melaka.

d) Gelombang Keempat bermula pada tahun 1801 masehi hingga tahun 1900 masehi dengan perantauan beramai-ramai apabila orang-orang Minangkabau bekerjasama dengan Belanda membunuh orang-orang Rao terdiri daripada Anak-Anak Raja Rawa dari Rao-Mapat Tunggul, Padang Nunang dan Pagar Ruyung, bersama-sama hulubalang dan pahlawan, ulamak dan tokoh agama Islam terutama ketika era Perang Paderi di Sumatera Barat (1815 – 1833) termasuk pakar-pakar dalam mencari emas, bijih timah, hasil hutan, tukang-tukang rumah, tukang-tukang emas/besi, pesilat yang handal dan kebal dan dukun/bomoh yang handal.

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan
• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848)

• Negeri Pahang
• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor
• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak
• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan
• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melalui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Takrifan Rao

"Istilah Rawa merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao – sebuah kacamatan di dalam Kabupaten Pasaman di Sumatera Barat. Negeri Rao di sebelah utara berjiran dengan Tapanuli yang didiami Mandailing manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Sumatera Barat yang majoriti penduduknya; Minangkabau. Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur pula bersempadan dengan Riau. Perkataan Rawa hanya popular di Makkah dan Malaysia. Ia kurang dikenali di Rao. Wan Mohd Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007) berpendapat bahawa istilah Rawa di Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Anak beliau bernama Haji Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki. Pada asalnya disebut ar-Rawi mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatera. Namun demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi dicantumkan pada akhiran nama mereka. Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Makkah. Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama itu seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau Makkah. Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang menggunakan perkataan tersebut".

Sumpahan KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat.

Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI.

Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan.
Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

'Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.
"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim”

Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218
Gelaran Bukan Untuk Di Puja Puji, tetapi sekadar Mengenal Asal Usul Jati Diri, Jangan Malukan Keturunan Sendiri, Amanah & Janji Harus Turuti, Bila Gelaran Sudah Di Beri, Laksanakan Tugas Seikhlas Hati

31 ulasan:

BaeBlackleads berkata...

salam .... sye diberitahu oleh ayah saya bahawa keturunan kami keturunan rawa

sheila berkata...

salam,

saya berketurunan rawa.. dari gopeng n umah uci saya di sg itek hehehhehe

Muhammad Syakir Hassan berkata...

saya pon keturunan rawa..saudara belah ayah tinggal di kawasan Gopeng. Ayah saya orang Gunung Mesah Hulu.

Qaseh Zaza berkata...

saya br tahu saya keturunan rawa sebelah mak, masih mencari ahli keluarga yang menetap di gopeng...

Muhammad Ihsan berkata...

Askum sy kturunen rawo. Atuk sy pngajar tareqat naqsyabandy yg brkampung di Ulysses bernam

inche arm berkata...

Hehehe..sy pun rawa jugak...bru tau..teringin nak tau sejarah keturunan saya...

Honey5112 berkata...

rasa macam sedare je.....ayah saya pun org sg itek, gopeng

Ajiem As berkata...

36wa... honey same la ngan saye atok nenek moyang dan seangkatan memang berasal dari kg cholek hingge la ke sg itek.. pergh... jangan wat pasal ngan orang rawa ni... ganas wo

aizawa jun berkata...

Salam.. Sy keturunan Rawa Dari Raub Pahang..

Shah berkata...

Name tok sy mat rawi @ mat rawa, agk2nye rawa jgk ke?

Azhar Ali berkata...

oh RAWA sudah lama aku mencari mu.... ALHAMDULILLAH.....

braim400 berkata...

Org Kg.Budu Lepeh juga dikatakan berketurunan org Roa..begitu jugs dibeberapa Kg di Lepeh juga ramai brdarah Roa...!!

Halim Bin Khalid berkata...

Di Negeri sembilan ada sebuah kampung orang Rawa@ Rao. Terletak di mukim Lenggeng bersempadan dengan sesapan minang kabau(Selangor). Telah wujud ratusan tahun lamanya merupakan pintu masuk bangsa ke seluruh negeri sembilan. Jika anda ke bukit Broga, kunjungi kampung ini.

Husni Amir berkata...

assalamualaikum.....sy juga berketurunan rawa abah dan mak sepupu keturunan Khatib mat arif anak ke-2 kepada tok shahrom raub. ingin mengenali suku sakat dan menyusuri keturunan. sekian,wassalam....

Wan cina berkata...

Saya juga keturunan rawa.. generasi ketujuh maharaja pageng.. hihi.. di alor star, arwah nenek dan atok cakap rawa..diorang dua je paham..arwah ayah dan adik beradiknya pon tak paham..

Unknown berkata...

Atuk saya tok ali pintas sungai itik..

Unknown berkata...

Atuk saya tok ali pintas sungai itik..

Maieza rahayu berkata...

salam.. sy pelajar unimas sedang buat kajian mengenai bahasa pertuturan kaum rawa yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda kerana lebih gemar menggunakan bahasa kebangsaan dan juga malu untuk menuturkan di kyalayak.. sy ingin memeinta pandangan balas dari mereka yang merupakan gererasi asal kamu rawa agar memberi pendapat dan maklum baalas mengenai isu yang timbul.. saya juga masih belajar dan sedang membuat kajian berkenaaan bahasa pertuturan kaum rawa di gopeng perak.. trima kasih..

Mohd Khamal Haqqim berkata...

Isu kami x berbahasa rao bkn sbb malu. Tp sbb jarang mak bapak kami bertutur kat rmh.

Mohd Khamal Haqqim berkata...

Isu kami x berbahasa rao bkn sbb malu. Tp sbb jarang mak bapak kami bertutur kat rmh.

Unknown berkata...

Assalamualaikum semua,saya Muhammad Zulhusni Bin Haji Nawawi dan ibu saya bernama Salbiah Binti Pawang Haji Abdul Rahman berketurunan Rao daripada Kampung Guai,Bera, Pahang. Susur galur Raja Komeng daripada Tanah Acheh. Itu saja saya tahu dan ayah saya masih lagi ada menyimpan carta susur galur di rumah, Bandar Jengka. Jika ada pertanyaa boleh contact 011-33951973. Terima kasih.

Badlee Shah Abu Samah berkata...

Assalammualaikum kilen sado'o dan waalaikummussalam dikembalikan. Ako keturunen Rao bolah omak di Kg. Gunung Mesah Hilier , Gopeng. Arwah niniek bokeh ketuo kampung. Rumah belakang mosojid. Salom ukhwah

Badlee Shah Abu Samah berkata...

Ondek... Bahaso Rao ko unik. Rugi tang kalau ndo pahom urang awak mengecek

Badlee Shah Abu Samah berkata...

Ondek... Bahaso Rao ko unik. Rugi tang kalau ndo pahom urang awak mengecek

gebril daulai berkata...

Kalau nak bersua sanak famili di rawa datanglah ke rao

gebril daulai berkata...

Kalau nak bersua sanak famili di rawa datanglah ke rao

Jue Sulaiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jue Sulaiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jue Sulaiman berkata...

Assalamualaikum... Awk ko asal dari pintu ladang gopeng... Nk mencari asal usul arwah ayah awk.. Yg berkaeten rajo Ajam... Arwah ayah awk ko asal dari RAO sumatra barat... Awk dh betanyu kek surang kawen kek FB to pasal rajo Ajam ko.. Tp dio kato indo bulieh nk bukak cerita sesuko atie... Kato dio tau sejarah RAO ko...di unfriend pulo awak.... Bagak tang nyonyo.... Salah pulo kwak awk nk betanyu no.. Pasal asal usul arwah niniek awk nyo.. Awk dh la indo konal sapo rajo Ajam to.. Klu indo tau bak mano nak tau kwak.. Me botol la dio to tau cerito dongen sejarah asal usul RAO ko mengapo kedukoit nk kongsi ken... Maop la.. Awk nk tau sangat pasal sejarah rajo Ajam ko...assalamualaikum

baharudin abu berkata...

Saya adalah dari keturunan Pakeh khalifah menatap di daerah raub

arif ismail berkata...

Assalamualaikum,

En. Badlee Shah, bolehkah saya berhubung dgn encik sekiranya saya nk mendapatkan maklumat dan lakukan kaji selidik berkaitan etnik rawa @ rao?